taken from here |
“Assalamualaikum Zuyyin.” Aku menjawab salam lalu turun dari kudaku. Jun
aku ikat pada pokok sebelum mengambil tempat di pangkin.
“Aku tak sangka kau dah nak kahwin Zuyyin.” Hanif, sahabatku ketika di
sekolah menengah dahulu. Kini dia bekerja sebagai juruukur di pejabat kerajaan.
Hubungan kami renggang apabila dia menyatakan hasrat untuk menjadikan aku teman
wanitanya.
“Dah sampai jodoh aku.” Dia mengeluh kecil sebelum melabuhkan punggung
disebelahku. Aduilah dia ni nak bagi aku kena rejam dengan penduduk kampung ni
ke apa? Dengan kadar segera aku bangun dari duduk dan bersandar pada Jun.
“Kenapa kau tolak aku Zuyyin? Aku tak cukup baik untuk kau ke?” soal Hanif
dengan nada kecewa. Aku memandangnya dengan pandangan simpati. Hanif boleh
dikategorikan lelaki tampan di kampung aku ini. Dengan badan tegap ala-ala
Fahrin Ahmad dan kulit lebih kurang Remy Ishak, memang ramai gadis-gadis
kampung yang gilakan dia tapi aku...apakehal beb! Dia sahabat aku aje kot!
“Hanif. Kita membesar bersama sampaikan aku rasa tak ada rahsia antara kita
sepanjang persahabatan kita. Aku anggap kau macam abang aku sendiri dan terus
terang aku cakap aku tak ada perasaan cinta untuk kau.” Walaupun kedengaran
agak kejam tapi itu sahaja cara untuk buatkan si Hanif ini patah hati dengan
aku.
“Zuyyin, aku sayangkan kau sejak kecil lagi. Aku ikutkan sahaja kemahuan
kau bila kau nak redah hutan ke panjat gunung ke pergi kejar anjing liar tapi
kali ini aku harap sangat kau batalkan perkahwinan kau sebab aku tau kau terima
pun sebab keluarga kau kan? Aku sayangkan kau dan aku memang nak jadikan kau
isteri aku.” Aku akui Hanif memang seorang lelaki yang baik dan apabila
mendengarkan dia dah serupa nak merayu hati aku turut terguris sama.
“Maaf Zuyyin tetap akan kahwin dengan saya.” Entah dari mana ceruk mamat
Downy ini tiba-tiba muncul dan terus berdiri disebelahku. Wajah Hanif berubah
terus.
“Aku tak sangka dalam diam kau tikam aku dari belakang Nazhan! Kau tahu aku
sukakan Zuyyin dari dulu kan?” Aku hanya terkebil-kebil dan hanya mampu
mendiamkan diri. Ini drama stesen mana pula ni?
“Saya tak tahu Hanif. Apa yang saya tahu saya dan Zuyyin kena kahwin sebab
saya tersentuh dia ketika dia selamatkan saya dari lubuk ular. Saya nak
bertanggungjawab.” Aku melihat muka Hanif yang tercengang mendengarkan
kenyataan kontroversi dari si mamat Downy.
“Kau ni kan kalau nak bagi orang salah sangka memang terer! Macam ni Hanif,
aku tarik dia keluar dari tali air hari tu dan kami terjatuh. Dia terpeluk aku
masa tu dan terus dia ingat nak bertanggungjawab. Tapi apapun aku anggap itu
semua sebagai takdir yang nak mengikat kami berdua. Mak dengan ayah aku pun dah
setuju jadi aku tak boleh nak buat apa-apa. Aku sayangkan kau sebab kau sahabat
aku dari kecil Hanif tapi kalau selepas ini kau dah tak nak jadi sahabat aku
redha. Maafkan segala salah silap aku selama ini. Assalamualaikum.” Aku terus
naik diatas badan Jun lantas beredar dari situ. Dua-dua lelaki buat kepala aku
pusing dan aku rasa malam ini beg pasir aku bakal terburai.
“Cikgu!!!!” Anak-anak murid aku terus mengerumuniku. Selain menolong ayah
aku, aku menjadi guru mengajar silat di sekolah menengah kampung aku ini. Aku
sukakan segala jenis seni mempertahankan diri itu sebab semua pun aku belajar
sejak kecil dan ayah aku pula tak pernah menghalang malahan siap mencari guru untuk
aku.
“Cikgu, ibu cakap cikgu nak kahwin dengan Cikgu Nazhan.” Kalau nak tahu,
mamat Downy itu guru Kimia di sekolah ini. Aku pun baru tahu semalam bila mak
membuka cerita. Selama aku mengajar silat, tak pernah pula aku nampak dia. Hmm
entahlah...
“Ye. Dah cepat berbaris sebelum cikgu lipat korang!” Bertempiran
budak-budak itu mengambil tempat. Haa tau takut?
Selesai latihan,
aku merehatkan diri sambil memerhatikan riak wajah murid-muridku. Masing-masing
tayang muka minta nyawa.
“Baik minggu depan insyaAllah kita jumpa lagi. Assalamualaikum.”
Murid-murid aku bersorak gembira. Latihan intensif selama dua jam sememangnya
memenatkan dan disebabkan mereka akan menyertai pertandingan lagi sebulan maka
aku kena tegas dengan mereka semua.
“Assalamualaikum.” Aku menoleh ke arah pemberi salam. Okey tak payah nak
teka, memang si mamat Downy.
“Waalaikumussalam. Ye?” Dia menghulurkan sebotol air mineral kepadaku dan
untuk tidak memalukan dia dihadapan murid-muridku, aku menyambut hulurannya.
Murid-murid aku dah mula bersiul nakal tapi segera berhenti apabila aku
menjeling tajam ke arah mereka. Nak tidur kat hospital?
“Saya selalu perhatikan awak dari sana.” Dia menunjukkan ke arah bangunan
berdekatan dengan padang. Murid-murid aku spontan menayang muka nakal lantas
aku menayangkan isyarat penumbuk. Semua bersurai dengan kadar segera kerana tahu
jika aku dah mula menunjukkan isyarat sebegitu mereka akan sakit.
“Saya suka tengok awak bila awak mengajar budak-budak ni.” Tambah mamat
Downy itu lagi. Aku hanya menjulingkan mataku ke atas. Aku bukan perempuan yang
senang dibeli dengan kata-kata manis sebegitu.
“Hmm thanks for the drinks. Got to go.
Assalamualaikum.” Aku cepat-cepat berjalan ke arah keretaku. Tak kuasa nak
berlama-lama dengan mamat Downy yang bakal buat cerita drama stesen mana pun
aku tak tahu.
“Zuyyin.” Aku berpaling memandangnya. Dia menguntumkan senyuman untuk aku.
“Saya akan berusaha.” Senyum dan senyum lagi. Entah kenapa kali ini hati
aku mula terusik dengan senyuman si mamat Downy. Ohoiii~
“Zuyyin, mak nak pergi KL dengan ayah esok. Zuyyin jaga kedai ye? Kebetulan
esok ada pengedar kita nak datang ambil stok.”
“Mak nak pergi KL buat apa? Beli barang raya ye? Zuyyin nak ikut?” Aku
mengeselkan pipiku ke lengan mak yang sedang melipat baju.
“Apa kejadahnya barang raya Zuyyin oiii?! Mak nak beli sikit barang untuk
majlis kamu la. Nak ikut ke? Mak minta Mat sahajalah tengok-tengokkan pengedar
kita tu esok.” Gulp! Majlis kahwin aku? Nak dekat dah ke?
“Ta..tak apalah. Biar Zuyyin yang selesaikan hal kat sini. Mat tu bukan
reti nak handle diorang tu.” Mak
hanya mengangguk. Untuk membuang resah, aku mengapai katalog di meja.
“Oh ye Zuyyin. Kamu suka warna hijau kan? Nak hijau emerald ke hijau epal
ke hijau pucuk pisang?” Ambik kau! Segala hijau mak aku tanya.
“Mak pilihlah mana-mana pun janji hijau,” jawabku malas.
“Zuyyin. Kenapa macam ni? Tak suka mak beli ke? Nak pergi beli dengan
Nazhan ke?” Aku menegakkan badan aku apabila mendengar saranan mak. Biar betul?
“Tak, tak , tak...Zuyyin blur sikit
tadi mak. Mak pilihlah nanti mana mak rasa cantik kat mata mak, cantiklah juga
pada Zuyyin. Taste kita kan lebih
kurang?” Fuh peluh besar sekejap aku tadi. Mak tersenyum lalu mengangguk. Aku
dan mak memang bercitarasa sama jadi dia yang selalu uruskan pakaian dan
kemasan bilik aku.
“Tadi petang, Nazhan hantar mak balik.” Apakah? Dia nak lobi mak aku ke
sekarang?
“Eh mak keluar dengan dia ke?”
“Tak, mak pergi jumpa mama dia. Tanya pasal tema kenduri belah sana sambil
bincang-bincang sikit,” terang mak sambil tangannya masih ligat melipat baju.
Aku? Tolong tengok ajelah. Aku malas gila bab-bab melipat baju ni, lipat orang
je yang aku rajin.
“Oh..”
“Nazhan cakap dia ada jumpa Zuyyin kat sekolah.” Ramah juga mamat Downy itu
bercerita dengan mak. Taktik pikat hati bakal mertua ke?
“Hmm Zuyyin kan ajar budak-budak silat.”
“Bila dia sebut nama kamu, mak tengok muka dia ceria sangat Zuyyin. Mak
rasa dia sayangkan kamu.” Terdiam terus aku mendengarkan kata-kata mak. Dia
sayang aku? Ye ke?
“Zuyyin. Lepas kahwin nanti, baik-baiklah hidup dengan Nazhan tu. Mak
doakan yang baik-baik sahaja untuk kamu.” Adui mak, kalau tak masuk gear sedih
memang tak sah. Aku hanya mampu mengangguk. Nampaknya memang terbantutlah
segala rancangan nak membuli mamat Downy itu.
2 comments:
Wah ada sambungan... Hehe
Sis, kebetulan, sy pun suka kaler hijau... ;)
Cepat2 sambung ye :)
@Suha: huhu biase2
Woo..sama2..memang kaler hijau itu favourite!
InsyaAllah (^-^)v
Post a Comment