taken from here |
“Hanan, papa kamu accident!” tersentak Adriana Hanan
ketika mendapat panggilan cemas dari mamanya. Bagai nak luruh jantung tapi
segera dia beristighfar. Ini semua qada’ dan qadar yang ditentukan Allah cuma
dia berdoa agar keadaan papanya tak begitu serius.
“Hello? Hanan?”
“Ye mama. Keadaan
papa macam mana?”
“Alhamdulillah papa
tak teruk tapi Henry....” esakan dari mamanya membuatkan dia semakin tak tentu
hala. Henry, pemandu setia papanya. Lelaki muda yang tabah menjaga adik-adiknya
setelah kematian ibubapa. Lelaki yang selamatkan papanya ketika ada cubaan
menculik suatu ketika dahulu.
“Henry agak
kritikal Hanan. Hanan ajaklah Firdaus datang hospital sekarang. Papa kamu
perlukan kamu.” Adriana dapat membayangkan keadaan papanya. Papa sangat sayangkan
Henry walaupun tak pernah sekalipun papa menyatakan secara terang-terangan.
Henry juga sudah dia anggap seperti adik lelakinya sendiri.
“Baiklah mama,
Hanan datang secepat mungkin.” Adriana menamatkan panggilan setelah memberi
salam. Dia dan Firdaus baru sahaja pulang dari Korea Selatan. Firdaus yang
sedang tidur dikejutkan perlahan.
“Abang, bangun
bang.” Adriana mengusap wajah Firdaus. Cara nak kejutkan Firdaus memang kena
lembut-lembut kalau tak payah sikit suaminya nak bangun. Firdaus sedar setelah
dua kali Adriana memanggil namanya. Sedar-sedar sahaja dah senyum tengok muka
bini yang makin berseri sejak mengandung.
“Ye sayang. Kenapa?
Belum Zohor lagi kan?” soal Firdaus setelah melihat jam didinding bilik. Baru
pukul 11 pagi.
“Papa dengan Henry accident. Jom pergi hospital.” Firdaus
membuka matanya besar-besar. Segera dia melompat bangun dan pergi membersihkan
diri. Risau sungguh dengan keadaan bapa mertuanya dan Henry.
“Abang, Ana letak
baju atas katil ye?” Adriana melaung sebelum dia sendiri pergi bersiap. Nasib
baik ketika mamanya menelefon dia sudah bangun dan mandi kalau tak mahu ambil
masa juga untuk bersiap.
Tiba di hospital, Adriana dan Firdaus segera
mendapatkan Datin Hafsyah yang duduk sugul bersebelahan dengan Datuk Ilyas. Kelihatan
ibubapa Firdaus dan keluarga Rayyan turut berada disitu.
“Henry masih
didalam.” Perlahan Datuk Ilyas memberitahu Adriana ketika anaknya itu
bersalaman dengannya. Dia yang hanya luka dibahagian tangan dan kaki begitu
risau dengan keadaan Henry. Masuk kali ini dah dua kali Henry menyelamatkannya.
“Macam mana boleh accident papa?” soal Firdaus lalu
mengambil tempat berhadapan dengan bapa mertuanya.
“Tadi ada orang
yang tiba-tiba melanggar kereta kami dari belakang. Pada mulanya Henry nak
berhenti tapi bila melihatkan ada dua kereta lagi yang mengikut dari kiri dan
kanan serta mengacah untuk melanggar kereta kami, Henry teruskan memandu. Dia
cakap dia hanya akan berhenti di balai polis sebab takut mereka mengapa-apakan
papa. Lagi 200 meter nak sampai balai, sebuah kereta melanggar dibahagian
tempat duduk papa dan buatkan kereta kami macam nak terbalik tapi nasib baik
Henry bijak mengawal. Mereka berang lalu melanggar di bahagian pemandu dan cuba
menghentikan kereta kami dengan menghimpit bahagian kiri dan kanan tapi Henry
tak putus asa walaupun papa nampak yang dia dah memang tercedera masa itu.”
Datuk Ilyas mengesat air matanya yang jatuh. Adriana semakin sebak apabila
melihat keadaan papanya sebegitu. Buat pertama kali dalam hidupnya dia melihat
papanya yang begitu lemah.
“Sampai betul-betul
depan balai barulah mereka berhenti mengikut. Memang Henry tunaikan apa yang
dia cakap, dia hanya akan berhenti bila kami betul-betul berada didalam kawasan
balai polis. Tarik sahaja handbrake
papa tengok Henry dah terkulai di stereng. Baju dia basah dengan darah dan muka
dia luka-luka terkena kaca tingkap yang pecah semasa mereka menghimpit. Papa
kaget dan nasib baik ada dua orang polis datang membantu sebab papa memang dah
tak boleh bangun. Buka-buka mata sahaja papa dah ada dalam hospital ni. Sekarang
ni papa tak sampai hati nak beritahu adik beradik Henry. Mereka dah tak ada
ibubapa, macam mana papa nak beritahu pasal keadaan abang mereka.” Datin
Hafsyah memeluk bahu suaminya sebagai tanda sokongan. Mereka yang lain hanya
memandang simpati. Terkesan dengan pengorbanan Henry yang sangup bergadai nyawa
demi menyelamatkan majikannya.
“Ilyas, banyakkan
bersabar dan berdoa. Ilyas dah buat laporan polis?” Encik Fikri menenangkan
Datuk Ilyas. Apa-apapun laporan polis harus dibuat supaya dapat menahan
penjenayah yang cuba mengapa-apakan Datuk Ilyas.
“Sudah tadi. Mereka
ambil keterangan sebaik sahaja saya terjaga. Saya rasa ini orang yang sama yang
cuba nak menculik saya dulu.”
“Papa nampak tak
muka mereka?” soal Firdaus. Datuk Ilyas menggelengkan kepala.
“Mereka sangat
licik. Mereka memakai topeng badut dan nombor plat kereta mereka pun tak ada.
Yang papa tahu jenis kereta yang dipakai.”
“Nampaknya mereka
memang dah rancang benda ni. Hmm tak apa macam mana pun mereka tak akan
terlepas. Buat masa sekarang saya cadangkan pakcik upah pengawal peribadi. Saya
rasa mesti pihak polis akan menghantar orang-orang mereka untuk mengawasi tapi
untuk lebih selamat pakcik upah pengawal peribadi.” Rayyan memberikan cadangan.
Bukan dia tak percaya akan kredibiliti pasukan polis tapi ianya untuk langkah
berjaga-jaga.
“Untuk bodyguard Hanan boleh minta tolong Far.”
Adriana teringat kepada Syed Azfar yang memiliki syarikat pengawal peribadi dan
pengawal keselamatan. Azforce milik Syed Azfar bukan calang-calang syarikat
keselamatan. Setiap pekerjanya diberi latihan intensif yang mirip dengan
latihan anggota keselamatan dalam negara.
Doktor yang keluar dari bilik kecemasan
mendekati Datuk Ilyas.
“Tuan majikan kepada
pesakit didalam?”
“Ye saya.”
“Keadaan pesakit
agak kritikal kerana patah tiga tulang rusuk. Salah satu tulang rusuk itu
tertusuk pada paru-paru pesakit. Kami perlukan tandatangan ahli keluarganya
untuk menjalankan pembedahan.”
“Doktor, boleh tak
saya wakilkan ahli keluarganya sahaja? Ibubapa pesakit dah meninggal dunia dan
adik-adiknya yang lain masih kecil.” Datul Ilyas memberikan penjelasan. Doktor
tersebut agak serba salah kerana mengikut prosedur hanya ahli keluarga atau
penjaga sahaja yang dibenarkan untuk menandatangani surat kebenaran.
“Teruskan sahaja
pembedahan.” Mia Hana memberikan arahan kepada doktor itu. Kebetulan dia
terlihat kereta Firdaus ketika baru sampai ke hospital untuk mengambil beberapa
dokumen.
“Baiklah.” Mana
mungkin dia mengingkari arahan dari pemilik hospital. Segera dia masuk semula
ke bilik kecemasan untuk memulakan pembedahan.
“Mia,” Adriana
mendekati Mia Hana. Mia Hana segera memeluk Adriana bagaikan lama tak berjumpa
padahal baru sahaja pulang dari bercuti bersama-sama.
“Thanks,” ucap Datuk Ilyas kepada Mia
Hana. Siapa tak kenal anak-anak kepada Datuk Muqri? Seorang hebat dalam perniagaan
dan seorang lagi hebat dalam bidang perubatan.
“Tak ada masalah.
InsyaAllah pesakit itu akan selamat. Doktor tadi tu pakar bedah terbaik disini.
Banyakkan berdoa.” Datuk Ilyas hanya mampu mengangguk lemah. Runsing memikirkan
tentang keadaan dan adik beradik Henry.
“Sya bawalah Ilyas
berehat. Nanti apa-apa kami beritahu.” Datin Hafsyah mengangguk mendengarkan
nasihat dari Puan Hafizah. Sahabat yang sentiasa ada tak kira ketika susah atau
senang.
“Abang jom kita
balik wad? Rehat sekejap. Nanti kita datang balik.” Lembut Datin Hafsyah
memujuk Datuk Ilyas. Pada mulanya Datuk Ilyas menolak namun setelah dipujuk
olek Adriana dan Encik Fikri, dia beralah.
“Hanan, kamu tolong
papa beritahu pada adik beradik Henry boleh?” pinta Datuk Ilyas ketika bangkit dari
tempat duduknya dengan dibantu Encik Fikri dan Firdaus.
“Baiklah papa.”
Adriana memberikan persetujuan sambil mengiringi papanya ke wad. Dalam hatinya
dia berharap agar adik beradik Henry dapat bersabar dengan dugaan yang menimpa
mereka.
“Oh Kakak Hanan!
Mari masuk.” Hui Lin, adik perempuan Henry menyambut kedatangan Adriana dan
Firdaus. Dia mengenali Adriana Hanan sebagai anak perempuan majikan abangnya
dan beberapa kali juga mereka berjumpa setiap kali Tahun Baru Cina dan Hari
Raya Aidilfitri.
“Hui Lin, mana Sze
Ann dan Kwon Long?” Mata Adriana meliar mencari kelibat adik beradik Henry yang
lain.
“Mereka ada dalam
bilik. Kenapa kakak?” soal Hui Lin hairan.
“Panggil mereka,
kita kena pergi hospital. Abang kamu
accident.” Adriana memegang bahu Hui Lin yang kaku seketika. Terkejut
dengan berita yang baru disampaikan oleh
Adriana.
“Hui Lin!” Hui Lin
segera tersedar dari lamunan setelah tubuhnya digoncang oleh Adriana.
“Sze Ann, Kwon
Long!” Hui Lin menerangkan kepada adik-adiknya tentang abang mereka dalam
bahasa Cina. Adriana dan Firdaus hanya memerhati air muka adik-adik Henry yang
keruh.
“Mari kita pergi
sekarang. Abang kamu masih dalam dewan bedah.” Hui Lin menganggukkan kepala
sambil menenangkan Sze Ann yang sudah menangis. Kwon Long diam seribu bahasa
didalam pelukan Sze Ann. Sayu Firdaus melihat anak-anak yatim piatu yang berada
dihadapannya. Dia hanya mampu berdoa agar Henry dapat diselamatkan.
“Datuk..” Datuk
Ilyas segera mendapatkan Henry yang baru sahaja terjaga setelah menjalani
pembedahan selama tiga jam. Jam menunjukkan pukul 1 pagi, Hui Lin, Sze Ann dan
Kwon Long sudah tertidur di sofa. Tiga beradik itu menangis-nangis tidak mahu
meninggalkan abang mereka walaupun sudah dipujuk oleh Datuk Ilyas. Nak tak nak,
dia terpaksa meminta pertolongan Mia Hana sekali lagi untuk membenarkan mereka
bermalam di hospital untuk menemani abang mereka. Datuk Ilyas yang ditahan di
hospital pula meminta supaya dia dan Henry dimasukkan dalam wad yang sama
supaya dia boleh tengok-tengokkan keadaan Henry dan adik-adiknya. Mia Hana
memang banyak membantu mereka pada kali ini.
“Ye Henry?”
“Datuk tak apa-apa?
Berapa lama saya tertidur?” soal Henry dengan wajah yang pucat. Datuk Ilyas
tersenyum. Henry masih mengambil berat tentangnya walaupun kecederaan yang
dialami Henry berkali ganda teruk daripadanya. Henry bernasib baik kerana tulang
rusuk tidak tertusuk begitu dalam ke paru-paru dan doktor yang menjalankan
pembedahan itu pakar dalam membedah paru-paru.
“Saya okey. Tak
adalah lama sangat sebab kamu memang perlukan rehat secukupnya. Saya panggil
doktor untuk periksa keadaan kamu ye?” Henry mengangguk lemah. Datuk Ilyas
menekan butang yang tersedia di tepi katil yang berfungsi untuk memanggil doktor.
“Datuk, macam mana
dengan orang jahat itu?” Walaupun agak sukar untuk Henry bercakap tapi dia
tetap mahu tahu.
“Pihak polis sedang
menjejaki mereka Henry. Jangan risau dan kamu boleh berhenti bercakap sekarang.
Sakit sangat saya tengok kamu ni.” Datuk Ilyas memberikan nasihat berbentuk
arahan. Tak sampai lima minit kemudian, seorang doktor datang bersama seorang
orang jururawat lelaki. Jururawat lelaki itu memeriksa tekanan darah, kadar
degupan jantung dan suhu badan Henry.
“Henry Koo, tekanan
darah awak rendah sedikit sekarang tapi ianya normal bagi mereka yang baru
menjalani pembedahan. Kurangkan bergerak dan jika ada berasa sakit di bahagian
dada atau mana-mana bahagian pun sila panggil doktor ye?” Henry mengangguk
lemah. Datuk Ilyas mendengar teliti
setiap penjelasan doktor itu. Jururawat lelaki itu kemudiannya menukar tiub IV
sebelum beredar bersama doktor.
“Henry, kamu berehat
ye?” Nasihat Datuk Ilyas sebelum kembali berbaring di katilnya. Kecederaan yang
dialaminya tidak begitu teruk dan mungkin dia akan dibenarkan esok atau lusa.
Datin Hafsyah yang sedang nyenyak tidur di katil pelawat sebelahnya dipandang
dengan penuh kasih. Isterinya banyak membantunya dari segi emosi sejak dari
siang tadi. Adriana dan Firdaus disuruhnya pulang kerana bimbang akan kesihatan
Adriana yang mengandung. Sebelum melelapkan mata dia membaca surah Al-Mulk,
amalan yang dilakukan sejak dahulu lagi dan dia tak akan boleh tidur tanpa
membaca surah itu.
4 comments:
Thanks !!! X sia2 refresh hehehe
-new fan HR-
You're welcome (^-^)
Sis smbungn dia ader x???
Ada2~ Sila tunggu ye (^-^)v
InsyaAllah dalam minggu ni atau minggu depan.
Post a Comment