Kapitalis

Saturday, May 24, 2014

Cerpen: Inche Pelajar VS Acik Cleaner

taken from here  

(Amaran: Cerpen ini agak panjang berbanding cerpen-cerpen sebelum ini hehehe...)
Schott bottle aku sental dengan geram. Panas hati sebab makcik tukang cuci sesuka hati dia sahaja tinggalkan botol-botol dan peralatan makmal yang lain tidak berbasuh. Dok cakap nak balik cepat sebab hujan la, sakit la dan pelbagai alasan dengan menayangkan muka kesian.

Macam orang gila aku tergelak sendiri apabila membayangkan jika ada muzik latar filem Tamil bila dia membuat muka kasihan nak minta balik awal dan setiap kali nak membuka cerita-cerita kasihannya. Sedang aku seronok ketawa seorang diri di bilik mencuci, seorang lelaki menegurku.

Err...I want to use the in...ah nevermind you never know what am I talking about since you are just a cleaner.”

Pergh! Menyirap darah aku mendengarkan kata-kata sombong mamat bajet mat salleh ni! Bila aku periksa pakaian aku baru aku sedar yang keadaan aku agak selekeh sekarang. Agak-agaklah weh dah nak mencuci segala botol tu mestilah baju terkena air. Tudung pun dah tersenget sikit hehe..okey makcik tukang cuci ye?

“Ya pak ada apa-apa yang bisa dibantuin?” Apa kejadah aku cakap pun aku tak tahu. Aku bantai je..

“Mana lab staff ni? Ni baru pukul 4 tak kan dah balik dah kot!” Matanya memandangku dari atas ke bawah sambil mencekak pinggang. Bila dah puas tengok aku dia perhatikan pula keadaan bilik mencuci yang agak kelam-kabut.

“Oh belum lagi pulangnya non-non. Rasanya mereka keluar sebentar. Apakah bapak tiada nombor telefon mereka?” Dalam hati aku menahan ketawa. Kelakar pula bila diri sendiri berusaha nak menjadi minah indon hahaha~

“Tak ada itu yang saya tanya. Hmm tak apalah esok pagi saya datang lagi. Pukul berapa diorang masuk kerja?” Gaya bercakap dia ni memang tak boleh blah. Mukaku tetap aku maniskan padahal dalam otak aku tengah panggang dia atas unggun api sambil buat ritual sekeliling dia.

“Selalunya 8.30 pagi tapi sebaiknya bapak datang pukul 9.” Lelaki itu mengangguk dan terus beredar tanpa ucapan terima kasih. Aku rasa dulu dia tak sekolah tadika. Langsung tak ada adab punya orang!




Keesokan paginya aku memulakan tugasanku seperti biasa. Banyak agar yang perlu aku sediakan untuk kelas minggu depan. Memandangkan bahan sesetengah agar yang agak sensitif dan mudah rosak maka agar disediakan sebaiknya seminggu sebelum bermulanya kelas praktikal. Bekerja di makmal mikrobiologi memang meletihkan dalam aspek penyediaan peralatan dan barang-barang untuk eksperimen.

“Hessa, yesterday is there any student looking for me?” soal Cik Supervisa aka supervisor aku sebaik sahaja tiba di makmal. Belum sempat aku menjawab, mamat bajet mat salleh itu sudah terjengul di pintu makmal. Pergh! Tepat pukul 9 dia datang!

Hi miss, I want to use one of the incubator shaker for this whole week.” Ehey ini bukan meminta tapi dah macam beri arahan! Aku pandang wajah Cik Supervisa yang macam terpukau dengan ‘kehenseman’ mamat bajet mat salleh itu.

A..yeah..yeah sure why not? When did you want to use it?” soal Cik Supervisa malu-malu. Aduhai..macam-macam. Aku dengan malas masuk semula ke bilik penyediaan. Kerja aku banyak dan tak kuasa aku nak tengok drama percuma. Mereka meneruskan perbualan bagaikan aku tak wujud dan sememangnya aku tak kisah sangat dengan apa yang mereka bualkan. Biasalah pelajar datang meminta izin untuk menggunakan peralatan didalam makmal. Tak ada apa yang menarik pun.

I thought you’re a cleaner.” Aku memandang malas ke arah mamat bajet mat salleh itu. Dah habis berbual dengan Cik Supervisa aku ke? Kujungkitkan bahu tanda ‘whatever!’. Kerjaku aku teruskan tanpa mempedulikan dia yang seronok memerhatikan aku di muka pintu bilik penyediaan.

“Elman, let me show you how to operate the incubator.” Cik Supervisa yang sudah bersiap sedia melaung memanggil mamat bajet itu.

By the way I’m Elman Haiyan. Nice to see you again.” Senyuman sinis dilemparkan kepadaku. Konon hensemlah tu senyum senget-senget!

“Hessa, make sure you autoclave the agar before 11 or you’re not able to finish it by today.” Kata-kata berbaur amaran dari Cik Supervisa aku balas dengan anggukan. Macamlah aku tak tahu nak buat kerja padahal sama aje tiap-tiap hari.

Hessa? What a weird name.” Apa dia ingat aku tak dengar dia cakap apa? Memang tak ada adab! Aku buat muka selamba sehinggalah mereka beredar.  Hmm bila fikir-fikir balik memang ramai yang cakap nama aku pelik. Hessa Nathifa, nama yang diberikan ibubapa aku. Berbunyi agak pelik tapi tak apalah janji tak kacau hidup orang.





“Hessa, where is your supervisor?” Adoi mamat bajet ni lagi! Dalam seminggu ini kalau sehari tak nampak muka dia menempek dekat makmal aku ni memang tak sah! Entah apa seronok sangat datang sini padahal aku rasa dia punya sampel dah kawtim dah. Nak mengurat Cik Supervisa aku kah?

“Dia ada mesyuarat. Nak apa?” soalku sambil tanganku ligat menaip report yang perlu disiapkan dalam minggu ini juga. Dengan kerja yang bertimbun ditambahkan lagi dengan report memang boleh kasi aku gila kalau tak kuat semangat dan iman didada ehey~

Incubator shaker tu rosak. Pergilah tengok.” Dia ni betul-betul nak menguji kesabaran aku ke apa? Adab memang ke laut!

“Tak reti nak sebut perkataan ‘tolong’ ke?” wajah aku cuba maniskan walaupun tengah sakit hati.

“Okey..tolonglah saya Acik Cleaner!” kuajaq! Dia dok bangkit pasal aku menyamar jadi tukang cuci hari itu. Tak apa..tak apa..

“Oh sekejap ye. Kak Maithali tolong dia ni sekejap!” Tukang cuci makmal yang sedang ‘sibuk’ melayan panggilan telefon aku panggil. Mencuci tak nak tapi layan telefon boleh pula!

“Nak saya tolong apa Hessa?” aku lihat dari ekor mataku yang mamat bajet itu menekup mulutnya. Menahan tawa mungkin.

“Ni ha student ni nak minta tolong. Akak pergilah tolong dia dari tak buat apa-apa.” Mata aku tumpukan pada monitor komputer. Tangan masih laju menaip. Entah apa aku taip pun aku tak tahu. Sengaja tunjuk yang aku betul-betul sibuk..padahal memang ye pun.

“Ye adik?” mamat bajet itu terus menghamburkan tawa yang ditahan sejak tadi apabila melihat wajah blur makcik tukang cuci.

“Hmm tak apalah kak. Pergi cuci botol-botol.” Aku bangun setelah memberikan arahan. Lama-lama dengan mamat ni pun buat aku sakit jiwa baik aku kawtimkan dia cepat.

“Hmm apa masalahnya?” soalku sebaik sahaja tiba di bilik incubator.

“Entah, awak cubalah tengok.” Serius dia ni memang sengaja nak naikkan darah aku. Aku berusaha untuk menyabarkan diri. Dah nak bertukar jadi Cik Raksaksa Hijau dah ni!

Aku mendekati mesin incubator shaker yang dikatakan ‘rosak’ itu. Belek punya belek mahu lima minit juga aku dekat situ dan mamat itu dok tayang muka bosan dari tadi. La..patutlah tak boleh hidup! Ada malaun yang cabut plug incubator tu!

Aku memasang semula plug dan menghidupkan mesin incubator. Mamat bajet itu sempat bertepuk tangan tiga kali sebelum memasukkan sampelnya ke dalam incubator shaker. Belum sempat aku beredar, mamat bajet itu dah melaung memanggilku.

“Apa lagi?” tanyaku jengkel.

“Sebenarnya saya yang cabut plug tu. Hahaha...” Serius dia ni sakit jiwa ke apa? Nanti kau..

“Oh ye awak nak Bacillus cereus culture kan? Boleh tolong ambil dalam cold room tak? Ada kotak-kotak berat kat tepi jadi lebih baik awak yang kuat ni yang pergi ambil,” pintaku dengan senyuman. Mamat bajet mengangguk dan terus menuju ke bilik sejuk.

Bamm! Pintu aku tutup dari luar. Hahaha padan muka kau! Oh ye bilik sejuk itu hanya boleh dibuka dari luar sahaja maka mamat bajet itu terkurunglah didalam muahaha...tak apa nanti lagi lima minit aku suruh je makcik tukang cuci bukakan pintu itu.





“Hessa, I’m going to visit Elman. Do you want to follow?” soal Cik Supervisa. Aku mengangguk. Err semalam aku ‘ter’kurung  mamat bajet tu dekat 15minit. Boleh pula aku terlupa pasal mamat bajet itu dek terlalu fokus nak menyiapkan report. Makcik tukang cuci tu pula entah ke mana menghilang. Keluar-keluar je dia terus marah aku. Ah siapa suruh kenakan aku dulu! Nasib kaulah terkurung 15 minit dalam bilik yang bersuhu 4°C. Manalah aku tahu yang antibodi mamat bajet itu rendah, boleh pula kena demam panas dan dimasukkan ke hospital. Fuh nampaknya aku dah melampau kali ni...tapi tak siapa pun tahu pasal aku yang kurung mamat bajet tu kecuali aku dan dia.

Setibanya di wad yang menempatkan mamat bajet itu, aku terkaku di muka pintu. Cik Supervisa dah masuk dulu dan siap borak-borak manja dengan mamat bajet itu. Dari jauh aku nampak si mamat bajet asyik menjeling ke arah aku. Apahal? Tak suka aku datang ke apa? Tapi..disebabkan aku dah buat salah maka dengan perlahan aku melangkah masuk ke dalam. Dalam hati aku berdoa agar Allah lembutkan hati dia untuk maafkan aku.

Oh my god! I left the fruit basket in my car. Hessa, just accompany him. I’ll be back shortly.” Aduh Cik Supervisa ni! Malulah aku tinggal berdua aje dengan mamat bajet ni! Wad yang hanya menempatkan mamat bajet ini nampak mewah dan ekslusif. Pintu wad aku biarkan terbuka. Seram kot nak berdua dengan dia ni!

Krik..krik..krik..krik..

Serius aku tak reti nak memulakan perbualan dengan dia. Wajahnya pucat sedikit dan dia pun tak adanya nak pandang atau berborak dengan aku. Sibuk sangat melayan telefon pintar dia tu. Okey aku rasa aku yang kena mulakan dulu..

“Err..saya nak minta maaf.” Wajah mamat bajet itu aku pandang dengan penuh rasa bersalah. Dijungkitnya sebelah keningnya kepadaku. Konon tak faham sebab aku minta maaf dekat dia.

“Semalam saya ingat nak keluarkan awak lepas 5 minit tapi saya terlupa tapi nasib baik saya tak tinggalkan awak sejam dalam cold room tu.” Aku cuba nak berlawak. Kot la dia okey sikit lepas tu..

“Mungkin saya dah arwah kalau awak tinggalkan sejam.” Dingin gila nada mamat bajet itu. Okey tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan Hessa. Kena sabar dengan mamat ni kalau tak mahu dia menetap terus dekat hospital ni. Cacat sepanjang hayat..hahaha..

“Ye saya salah. Saya minta maaf ye Elman?” Aku meminta maaf sekali lagi. Mamat bajet itu memandang mukaku tajam. Ehey marah lagi ke?

“Elman saya minta maaf. Err janganlah pandang saya macam tu!” Agak-agaklah nak menatap muka aku macam nak telan pun ada. Aisyh seram aku dengan mamat bajet ni!

“Kenapa? Are afraid that you will fall in love with me?” soalnya nakal. Dah mula dah..dia masuk gear nakal + miang. Aku baling juga mamat ni dengan kerusi!

“Taklah saya takut malam nanti saya mimpi buruk,” jawabku selamba. Mamat bajet mat salleh itu boleh pula tergelak dengan jawapan sarkastik aku.

“Hessa, awak tahu tak yang awak lain dari yang lain?” Aku menggeleng kepala. Lain pebendanya? Aku rasa aku tak ada kad OKU...

“Saya rasa saya....” belum sempat si mamat bajet menghabiskan kata-kata. Cik Supervisa masuk ke wad dengan senyuman lebar. Ditangannya ada bakul berisi buah-buahan yang dibelinya tadi.

Here your fruits Elman. Hey why are you blushing?” soalan Cik Supervisa hanya balas dengan ketawa yang dibuat-buat oleh si mamat bajet. Dia tu dah kenapa?





Tamat sahaja kelas praktikal Introduction to Microbiology sesi pagi, aku mengemas makmal. Aku cukup tak suka jika makmal berada dalam keadaan bersepah dan memang dah menjadi kebiasaan yang aku akan mengemas sebelum keluar makan tengah hari kerana ada kelas praktikal yang sama sesi petang. Selesai mengemas dan menyusun atur peralatan dan bahan, aku mengunci pintu makmal.

“Hai Hessa baru nak pergi lunch ke?” Aku mengangguk tanpa memandang wajah si tukang tanya. Dah kenal sangat suara mamat bajet itu. Dia ni terlibat juga dalam kelas praktikal petang nanti sebagai demonstrator. Mamat bajet ini rupanya pelajar PhD dibawah seliaan pensyarah yang mengajar subjek Introduction to Microbiology. Makin kerap aku jumpa mamat bajet ni semenjak semester bermula.

“Jom pergi makan sekali?”

“Tak apa saya ada bawa bekal.” Agak-agaklah dah petang ni ada kelas manalah ada masa nak keluar makan? Aku memang membawa bekal makanan dari rumah dan aku tak rasa yang aku nak keluar makan dengan dia kalau aku tak bawa pun.

“Okey awak bawalah bekal awak ke staff lounge dan kita boleh makan sekali.” Adui dah kenapa dengan dia ni?

“Maaf saya tak mahu. Lagipun waktu rehat saya singkat.” Sesopan mungkin aku menolak pelawaan mamat bajet itu. Sebelum pukul 2 aku dah kena ada dalam makmal jadi aku kena makan cepat sebab aku nak solat lagi..

“Hmm Hessa mengelak dari makan dengan saya ke apa?”

“Agaklah. Kita bukan mahram kot nak makan berdua bagai. Lagipun saya nak cepat ni” Serius aku nak cepat banyak pula soalan mamat bajet ni. Langkah aku panjang kan ke pejabatku dengan laju. Nasib baik pakai jubah seluar..

“Kalau Hessa dah cakap macam tu tak apalah.” Terhenti seketika langkahku mendengarkan nada kecewa dari mamat bajet itu. Adui dia tayang muka minta simpati dekat aku. Dia ni berguru dengan makcik tukang cuci tu ke apa?

“Elman, tunggu kat sini sekejap.” Aku segera masuk ke pejabatku. Bekalan makananku aku keluarkan dan aku bahagikan separuh ke bekas yang lain. Nasi goreng Cina cincai yang aku masak pagi tadi aku harap dapat memuaskan hati mamat bajet itu.

“Nah ambil ni. Rasanya ada staff lain yang makan dekat staff lounge sekarang jadi awak tak ada la rasa sunyi sangat.” Bekas makanan kuhulurkan kepada mamat bajet itu. Dengan segan-segan dia menyambut huluranku.

“Saya nak makan dengan awak bukan nak makan bekal awak. Hessa..Hessa awak memang pelik.” Mamat bajet itu tersenyum memandangku.

“Okeylah saya masuk dulu. Bye.” Cepat-cepat aku masuk semula ke pejabat. Jantung aku dah macam nak tercabut bila tengok mamat bajet itu pandang aku semacam huhu..apakah?!





“Hessa, are you dating Elman?” soalan Cik Supervisa membuatkan aku nak jatuh kerusi. Heh drama...

Why are you asking such question? No I’m not!” Aku yang berprinsip tak akan bercinta sebelum nikah takkanlah nak bercinta dengan mamat bajet tu..

Well just asking.” Cik Supervisa meneruskan kerjanya dengan wajah selamba. Terdetik juga dalam hati yang mungkin dia sukakan mamat bajet tu..err ada rasa cemburu sikit. Ehey apakah ini?!

“Hessa, you ada pakai autoclave ke hari ni? Saya mau autoclave Nutrient Agar.” Alwin rakan sekerjaku datang menghampiri dengan bakul berisi dua botol Nutrient Agar. Alwin ini bekerja di makmal Biologi ditingkat atas. Selalu juga dia turun untuk autoclave bahan buangan dan agar.

“Ada..ada..waste tak ada nak autoclave ke? Sekejap lagi saya mau autoclave.” Aku membawa Alwin ke bilik autoclave. Kebetulan aku pun nak autoclave agar jadi baik sekalikan sahaja. Mesin autoclave aku setkan kepada mode cecair. Agar akan diautoclave dengan suhu 121°C untuk 15 minit.

“Oh saya punya waste semalam saya sudah datang autoclave.” Alwin ini boleh dikategorikan sebagai lelaki Cina yang blur sikit tapi serius dia ni okey je kalau tahu cara nak bergaul dengan dia.

“Haipp pakai mesin saya tanpa kebenaran!” Alwin hanya ketawa apabila aku menayang muka konon tak puas hati padahal bukan aku yang beli mesin tu hahaha...

“Hessa jom lunch!” Mak aih terkojut mokcik bila tengok si Elman menyinga di depan bilik autoclave. Alwin pun terkejut dengan sergahan mamat bajet itu. Apa kena dengan dia ni?

“Saya tak mahu. Alwin, you tolong saya beli nasi ayam boleh?” Alwin yang masih terkejut hanya mengangguk dengan permintaan aku. Dia memang selalu tolong belikan aku makanan kalau aku sibuk dan tak bawa bekal.

“Okey nanti saya call you,” kata Alwin sebelum keluar dari bilik autoclave. Sempat juga dia memandang kearah mamat bajet yang dari mula asyik menjeling sahaja.

“Apasal dia nak call awak?” soal Elman selepas Alwin beredar.

“Nak beritahu makanan dah sampai la kenapa?”

“Awak tak bagi pun nombor awak kat saya bila saya minta!” Elman menggasak dengan soalan yang buat aku rasa nak putaq-putaq sahaja kepalanya.

“Saya yang minta nombor dia dulu.” Ambik kau! Agak-agaklah kami ni rakan sekerja dan memang akan berhubung atas dasar kerja. Selain dari kerja, aku hubungi Alwin untuk minta tapau untuk aku je..

“Awak suka dia ke Hessa?” nadanya mengendur. Wajah kecewa ditayangkan kepada aku. Pulak dah!

“Isk dia ni! Saya minta nombor dia sebab kami ni satu tempat kerja! Suka ke apa ke apa kaitan dengan awak?” Tanganku ligat menyusun bahan buangan ke dalam mesin autoclave yang lain. Kerja aku banyak dia pula nak buat drama!

“Saya suka awak Hessa.” Wajah mamat bajet itu aku pandang sekilas sebelum menghidupkan mesin autoclave. Riak muka aku sengaja aku selambakan padahal dalam hati aku dah rasa semacam.

“Dengar tak? Saya suka awak,” ulang mamat bajet itu melihatkan aku tak memberikan sebarang reaksi. Dia ingat aku ni dah pekak kot.

“Hmm jadi?” soalku dengan muka bajet kering.

I want to be your special one.” Mukanya memerah. Tak tahulah marah ke menahan malu tapi comel la juga...aish jaga pandangan kau Hessa!

Special one tu hanya untuk suami saya sahaja.” Tersentak mamat bajet itu apabila aku menyebut perkataan suami.

You’re married?” Adui lembab dia ni..kata ambil PhD!

“Bukanlah sengal! Yang akan jadi special untuk saya cuma orang yang saya kahwini sahaja. Saya tak mau bercinta sebelum nikah!” Mamat bajet itu terus tersenyum mendengarkan penjelasan aku. Senyuman nakal kemudiannya diberikan kepadaku.

You want me to marry you?” Agak-agak dia pernah telan kasut saiz 8 tak?

Whatever,” aku segera meluru keluar dari bilik autoclave. Buat sakit jiwa aje kalau lama-lama dengan mamat bajet hilang skru ni! Belum sempat keluar dah kena hadang dengan mamat bajet itu.

“Okey janganlah marah saya gurau je. Bak alamat rumah!”

“Nak buat apa?” soalku malu padahal dah macam tahu-tahu aje sebab. Muka aku rasanya dah merah tahap gaban dah ni!

“Nak hantar rombonganlah Acik Cleaner oiii!” Aku memandang muka mamat bajet itu dengan penuh rasa malu untuk kepastian. Macam mana pun aku ni perempuan. Malu gila kot kalau bab-bab ni..

“Kejap karang saya emel.” Rasa macam nak lari jauh-jauh je sekarang. Malu bila mamat bajet itu dah senyum macam apa entah dekat aku.

“Jangan lupa!” Aku mengangguk sebelum masuk semula ke dalam makmal. Malu dan berdebar gila!




Seminggu selepas mendapat alamat rumah ibubapa aku, keluarga si mamat bajet tu datang meminang. Ayah dengan mak aku punyalah seronok anak mereka yang sengal-sengal alam ini pun ada yang tersangkut. Abang-abang aku tak usah ceritalah, tak habis-habis mengusik sebab mamat bajet itu bagi hadiah kek yang ada patung barbie tengah mencuci botol dengan ayat ‘I love you my Acik Cleaner!’. Memang kuajaq! Abang-abang aku sibuk nak minta hadiah sebab aku langkah bendul. Aku bagi penampo buaya baru tau! Huhuhu..Keluarga kami memutuskan yang kami akan melangsungkan perkahwinan selepas si mamat bajet itu tamat PhD dia. Hmm aku tak kisah sangat tapi mamat bajet tu ajelah yang dok tension nak habiskan PhD dia secepat mungkin sebab sengaja ayah aku cakap kalau tak habis-habis juga dalam masa setahun, ayah aku buka ‘tender’ kat orang lain. Macam-macam, padahal aku tahu ayah aku tu melawak aje.




Tiba hari graduasi mamat bajet mat salleh itu..

Aku ditugaskan untuk mengiringi tetamu dan para graduan ke tempat duduk mereka. Biasalah kalau dah bekerja dalam universiti, segala aktiviti kena ambil bahagian. Mula sahaja majlis penganugerahan aku mengambil tempat berdekatan dengan keluarga mamat bajet itu. Ayah dan mak aku turut dijemput oleh keluarga mamat bajet itu. Konon sebagai bukti mamat bajet itu dah layak untuk kahwin dengan aku hahaha..

Tumpuan sepenuhnya aku berikan sebaik sahaja nama mamat bajet itu dipanggil. Waa dah doktor kau sekarang!

Yes finally I can get married! Yahoooo!!!!” si mamat bajet yang membuat aksi ‘banzai’ diatas pentas menggamatkan dewan. Tutup muka aku apabila banyak mata yang memandang ke arah aku sambil senyum-senyum. Kedua-dua keluarga hanya ketawa sahaja dengan aksi tak semengah si mamat bajet. Jaga kau!Kurung dalam cold room lagi baru tau!

“Hessa..” si mamat bajet memandangku dengan senyuman nakal. Turun sahaja dari pentas terus cari aku makin gamat dewan dengan siulan dan usikan nakal. Tergendala seketika majlis graduasi disebabkan aksi sengal mamat bajet ini.


Get ready to be my Mrs, my Acik Cleaner.” Bonnet yang dipakainya diletakkan ke atas kepala aku. Aku hanya mampu menunduk dan mengangguk malu-malu. Depan orang ramai ini dia nak buat drama tapi layankan jela. Ikutkan nak aje aku lesing dia ni sebab asyik panggil aku Acik Cleaner. Haish mamat bajet aka Inche Pelajar, kau masih tak matang-matang....



Kris Wu Yi Fan as Elman Haiyan
Lee Ji Ah as Hessa Nathifa

9 comments:

SuhaFasihah said...

Wahhhh... Best3!!! Congrats sis... Kali ni baca dari phone, so tak terasa panjang ke pendek... Hehehe...

Keep up the good work... ;)

Norlyana Nasrin said...

Thank you (^-^)
Hehehe gitu pula~

InsyaAllah (^-^)v
Thanks atas sokongan~

TUPPERWARE by Farah said...

Best.. suddenly terimbau zaman study dulu.. bnyk involve dengan kerja2 lab ni.. rindu pulak.. x sangka kerja lab pun boleh jadi cerita. Good job.. btw.. bnyk info pasal aitoclave tu.. hehehehe

Norlyana Nasrin said...

Hehe disebabkan selalu involve dengan mesin itu maka saya abadikannya dalam cerpen tak seberapa saya ni hehe~

Idea ni datang masa saya tengah bengang cuci Schott bottle dan memang saya gelak sorang-sorang dalam wash & dry room sampai orang yang lalu pandai pelik kat saya haha~

Nayna H. said...

best!! :D

Norlyana Nasrin said...

Thanks sarina nayna (^-^)v

lisanna said...

Lawak cerita ni tp gempak

lisanna said...

Lawak cerita ni tp gempak

Norlyana Nasrin said...

@lisanna: thanks (^-^)v