taken from here |
(Amaran: Cerpen ini agak panjang berbanding cerpen-cerpen sebelum ini hehehe...)
Schott
bottle aku sental dengan geram. Panas hati sebab
makcik tukang cuci sesuka hati dia sahaja tinggalkan botol-botol dan peralatan
makmal yang lain tidak berbasuh. Dok cakap nak balik cepat sebab hujan la,
sakit la dan pelbagai alasan dengan menayangkan muka kesian.
Macam orang gila aku tergelak sendiri apabila
membayangkan jika ada muzik latar filem Tamil bila dia membuat muka kasihan nak
minta balik awal dan setiap kali nak membuka cerita-cerita kasihannya. Sedang
aku seronok ketawa seorang diri di bilik mencuci, seorang lelaki menegurku.
“Err...I want to use the in...ah nevermind
you never know what am I talking about since you are just a cleaner.”
Pergh! Menyirap darah aku mendengarkan
kata-kata sombong mamat bajet mat salleh ni! Bila aku periksa pakaian aku baru
aku sedar yang keadaan aku agak selekeh sekarang. Agak-agaklah weh dah nak mencuci
segala botol tu mestilah baju terkena air. Tudung pun dah tersenget sikit
hehe..okey makcik tukang cuci ye?
“Ya pak ada apa-apa
yang bisa dibantuin?” Apa kejadah aku cakap pun aku tak tahu. Aku bantai je..
“Mana lab staff ni? Ni baru pukul 4 tak kan
dah balik dah kot!” Matanya memandangku dari atas ke bawah sambil mencekak
pinggang. Bila dah puas tengok aku dia perhatikan pula keadaan bilik mencuci
yang agak kelam-kabut.
“Oh belum lagi
pulangnya non-non. Rasanya mereka keluar sebentar. Apakah bapak tiada nombor
telefon mereka?” Dalam hati aku menahan ketawa. Kelakar pula bila diri sendiri
berusaha nak menjadi minah indon hahaha~
“Tak ada itu yang
saya tanya. Hmm tak apalah esok pagi saya datang lagi. Pukul berapa diorang
masuk kerja?” Gaya bercakap dia ni memang tak boleh blah. Mukaku tetap aku
maniskan padahal dalam otak aku tengah panggang dia atas unggun api sambil buat
ritual sekeliling dia.
“Selalunya 8.30
pagi tapi sebaiknya bapak datang pukul 9.” Lelaki itu mengangguk dan terus
beredar tanpa ucapan terima kasih. Aku rasa dulu dia tak sekolah tadika.
Langsung tak ada adab punya orang!
Keesokan paginya aku memulakan tugasanku
seperti biasa. Banyak agar yang perlu
aku sediakan untuk kelas minggu depan. Memandangkan bahan sesetengah agar yang agak sensitif dan mudah rosak
maka agar disediakan sebaiknya
seminggu sebelum bermulanya kelas praktikal. Bekerja di makmal mikrobiologi
memang meletihkan dalam aspek penyediaan peralatan dan barang-barang untuk
eksperimen.
“Hessa, yesterday is there any student looking for
me?” soal Cik Supervisa aka supervisor
aku sebaik sahaja tiba di makmal. Belum sempat aku menjawab, mamat bajet mat
salleh itu sudah terjengul di pintu makmal. Pergh! Tepat pukul 9 dia datang!
“Hi miss, I want to use one of the incubator
shaker for this whole week.” Ehey ini bukan meminta tapi dah macam beri
arahan! Aku pandang wajah Cik Supervisa yang macam terpukau dengan ‘kehenseman’
mamat bajet mat salleh itu.
“A..yeah..yeah sure why not? When did you
want to use it?” soal Cik Supervisa malu-malu. Aduhai..macam-macam. Aku
dengan malas masuk semula ke bilik penyediaan. Kerja aku banyak dan tak kuasa
aku nak tengok drama percuma. Mereka meneruskan perbualan bagaikan aku tak
wujud dan sememangnya aku tak kisah sangat dengan apa yang mereka bualkan.
Biasalah pelajar datang meminta izin untuk menggunakan peralatan didalam
makmal. Tak ada apa yang menarik pun.
“I thought you’re a cleaner.” Aku
memandang malas ke arah mamat bajet mat salleh itu. Dah habis berbual dengan
Cik Supervisa aku ke? Kujungkitkan bahu tanda ‘whatever!’. Kerjaku aku teruskan tanpa mempedulikan dia yang
seronok memerhatikan aku di muka pintu bilik penyediaan.
“Elman, let me show you how to operate the incubator.”
Cik Supervisa yang sudah bersiap sedia melaung memanggil mamat bajet itu.
“By the way I’m Elman Haiyan. Nice to see you
again.” Senyuman sinis dilemparkan kepadaku. Konon hensemlah tu senyum
senget-senget!
“Hessa, make sure you autoclave the agar before 11
or you’re not able to finish it by today.” Kata-kata berbaur amaran
dari Cik Supervisa aku balas dengan anggukan. Macamlah aku tak tahu nak buat
kerja padahal sama aje tiap-tiap hari.
“Hessa? What a weird name.” Apa dia ingat
aku tak dengar dia cakap apa? Memang tak ada adab! Aku buat muka selamba
sehinggalah mereka beredar. Hmm bila
fikir-fikir balik memang ramai yang cakap nama aku pelik. Hessa Nathifa, nama
yang diberikan ibubapa aku. Berbunyi agak pelik tapi tak apalah janji tak kacau
hidup orang.
“Hessa, where is your supervisor?” Adoi mamat
bajet ni lagi! Dalam seminggu ini kalau sehari tak nampak muka dia menempek
dekat makmal aku ni memang tak sah! Entah apa seronok sangat datang sini
padahal aku rasa dia punya sampel dah kawtim dah. Nak mengurat Cik Supervisa
aku kah?
“Dia ada mesyuarat.
Nak apa?” soalku sambil tanganku ligat menaip report yang perlu disiapkan dalam
minggu ini juga. Dengan kerja yang bertimbun ditambahkan lagi dengan report
memang boleh kasi aku gila kalau tak kuat semangat dan iman didada ehey~
“Incubator shaker tu rosak. Pergilah
tengok.” Dia ni betul-betul nak menguji kesabaran aku ke apa? Adab memang ke
laut!
“Tak reti nak sebut
perkataan ‘tolong’ ke?” wajah aku cuba maniskan walaupun tengah sakit hati.
“Okey..tolonglah
saya Acik Cleaner!” kuajaq! Dia dok
bangkit pasal aku menyamar jadi tukang cuci hari itu. Tak apa..tak apa..
“Oh sekejap ye. Kak
Maithali tolong dia ni sekejap!” Tukang cuci makmal yang sedang ‘sibuk’ melayan
panggilan telefon aku panggil. Mencuci tak nak tapi layan telefon boleh pula!
“Nak saya tolong
apa Hessa?” aku lihat dari ekor mataku yang mamat bajet itu menekup mulutnya.
Menahan tawa mungkin.
“Ni ha student ni nak minta tolong. Akak
pergilah tolong dia dari tak buat apa-apa.” Mata aku tumpukan pada monitor
komputer. Tangan masih laju menaip. Entah apa aku taip pun aku tak tahu.
Sengaja tunjuk yang aku betul-betul sibuk..padahal memang ye pun.
“Ye adik?” mamat
bajet itu terus menghamburkan tawa yang ditahan sejak tadi apabila melihat
wajah blur makcik tukang cuci.
“Hmm tak apalah
kak. Pergi cuci botol-botol.” Aku bangun setelah memberikan arahan. Lama-lama
dengan mamat ni pun buat aku sakit jiwa baik aku kawtimkan dia cepat.
“Hmm apa
masalahnya?” soalku sebaik sahaja tiba di bilik incubator.
“Entah, awak
cubalah tengok.” Serius dia ni memang sengaja nak naikkan darah aku. Aku
berusaha untuk menyabarkan diri. Dah nak bertukar jadi Cik Raksaksa Hijau dah
ni!
Aku mendekati mesin incubator shaker yang dikatakan ‘rosak’ itu. Belek punya belek mahu
lima minit juga aku dekat situ dan mamat itu dok tayang muka bosan dari tadi.
La..patutlah tak boleh hidup! Ada malaun yang cabut plug incubator tu!
Aku memasang semula plug dan menghidupkan mesin
incubator. Mamat bajet itu sempat bertepuk tangan tiga kali sebelum
memasukkan sampelnya ke dalam incubator
shaker. Belum sempat aku beredar, mamat bajet itu dah melaung memanggilku.
“Apa lagi?” tanyaku
jengkel.
“Sebenarnya saya
yang cabut plug tu. Hahaha...” Serius
dia ni sakit jiwa ke apa? Nanti kau..
“Oh ye awak nak Bacillus cereus culture kan? Boleh
tolong ambil dalam cold room tak? Ada
kotak-kotak berat kat tepi jadi lebih baik awak yang kuat ni yang pergi ambil,”
pintaku dengan senyuman. Mamat bajet mengangguk dan terus menuju ke bilik sejuk.
Bamm! Pintu aku tutup dari luar. Hahaha padan
muka kau! Oh ye bilik sejuk itu hanya boleh dibuka dari luar sahaja maka mamat
bajet itu terkurunglah didalam muahaha...tak apa nanti lagi lima minit aku
suruh je makcik tukang cuci bukakan pintu itu.
“Hessa, I’m going to visit Elman. Do you want to
follow?” soal Cik Supervisa. Aku mengangguk. Err semalam aku ‘ter’kurung mamat bajet tu dekat 15minit. Boleh pula aku
terlupa pasal mamat bajet itu dek terlalu fokus nak menyiapkan report. Makcik
tukang cuci tu pula entah ke mana menghilang. Keluar-keluar je dia terus marah
aku. Ah siapa suruh kenakan aku dulu! Nasib kaulah terkurung 15 minit dalam
bilik yang bersuhu 4°C. Manalah aku tahu yang antibodi mamat bajet itu rendah,
boleh pula kena demam panas dan dimasukkan ke hospital. Fuh nampaknya aku dah
melampau kali ni...tapi tak siapa pun tahu pasal aku yang kurung mamat bajet tu
kecuali aku dan dia.
Setibanya di wad yang menempatkan mamat bajet
itu, aku terkaku di muka pintu. Cik Supervisa dah masuk dulu dan siap
borak-borak manja dengan mamat bajet itu. Dari jauh aku nampak si mamat bajet
asyik menjeling ke arah aku. Apahal? Tak suka aku datang ke apa?
Tapi..disebabkan aku dah buat salah maka dengan perlahan aku melangkah masuk ke
dalam. Dalam hati aku berdoa agar Allah lembutkan hati dia untuk maafkan aku.
“Oh my god! I left the fruit basket in my
car. Hessa, just accompany him. I’ll be back shortly.” Aduh Cik Supervisa
ni! Malulah aku tinggal berdua aje dengan mamat bajet ni! Wad yang hanya
menempatkan mamat bajet ini nampak mewah dan ekslusif. Pintu wad aku biarkan
terbuka. Seram kot nak berdua dengan dia ni!
Krik..krik..krik..krik..
Serius aku tak reti nak memulakan perbualan
dengan dia. Wajahnya pucat sedikit dan dia pun tak adanya nak pandang atau
berborak dengan aku. Sibuk sangat melayan telefon pintar dia tu. Okey aku rasa
aku yang kena mulakan dulu..
“Err..saya nak
minta maaf.” Wajah mamat bajet itu aku pandang dengan penuh rasa bersalah.
Dijungkitnya sebelah keningnya kepadaku. Konon tak faham sebab aku minta maaf
dekat dia.
“Semalam saya ingat
nak keluarkan awak lepas 5 minit tapi saya terlupa tapi nasib baik saya tak
tinggalkan awak sejam dalam cold room
tu.” Aku cuba nak berlawak. Kot la dia okey sikit lepas tu..
“Mungkin saya dah
arwah kalau awak tinggalkan sejam.” Dingin gila nada mamat bajet itu. Okey
tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan Hessa. Kena sabar dengan mamat ni
kalau tak mahu dia menetap terus dekat hospital ni. Cacat sepanjang
hayat..hahaha..
“Ye saya salah.
Saya minta maaf ye Elman?” Aku meminta maaf sekali lagi. Mamat bajet itu
memandang mukaku tajam. Ehey marah lagi ke?
“Elman saya minta
maaf. Err janganlah pandang saya macam tu!” Agak-agaklah nak menatap muka aku
macam nak telan pun ada. Aisyh seram aku dengan mamat bajet ni!
“Kenapa? Are afraid that you will fall in love with
me?” soalnya nakal. Dah mula dah..dia masuk gear nakal + miang. Aku baling
juga mamat ni dengan kerusi!
“Taklah saya takut
malam nanti saya mimpi buruk,” jawabku selamba. Mamat bajet mat salleh itu
boleh pula tergelak dengan jawapan sarkastik aku.
“Hessa, awak tahu
tak yang awak lain dari yang lain?” Aku menggeleng kepala. Lain pebendanya? Aku
rasa aku tak ada kad OKU...
“Saya rasa
saya....” belum sempat si mamat bajet menghabiskan kata-kata. Cik Supervisa
masuk ke wad dengan senyuman lebar. Ditangannya ada bakul berisi buah-buahan
yang dibelinya tadi.
“Here your fruits Elman. Hey why are you blushing?”
soalan Cik Supervisa hanya balas dengan ketawa yang dibuat-buat oleh si mamat
bajet. Dia tu dah kenapa?
Tamat sahaja kelas praktikal Introduction to Microbiology sesi pagi,
aku mengemas makmal. Aku cukup tak suka jika makmal berada dalam keadaan
bersepah dan memang dah menjadi kebiasaan yang aku akan mengemas sebelum keluar
makan tengah hari kerana ada kelas praktikal yang sama sesi petang. Selesai
mengemas dan menyusun atur peralatan dan bahan, aku mengunci pintu makmal.
“Hai Hessa baru nak
pergi lunch ke?” Aku mengangguk tanpa
memandang wajah si tukang tanya. Dah kenal sangat suara mamat bajet itu. Dia ni
terlibat juga dalam kelas praktikal petang nanti sebagai demonstrator. Mamat bajet ini rupanya pelajar PhD dibawah seliaan pensyarah
yang mengajar subjek Introduction to
Microbiology. Makin kerap aku jumpa mamat bajet ni semenjak semester
bermula.
“Jom pergi makan
sekali?”
“Tak apa saya ada
bawa bekal.” Agak-agaklah dah petang ni ada kelas manalah ada masa nak keluar
makan? Aku memang membawa bekal makanan dari rumah dan aku tak rasa yang aku
nak keluar makan dengan dia kalau aku tak bawa pun.
“Okey awak bawalah
bekal awak ke staff lounge dan kita
boleh makan sekali.” Adui dah kenapa dengan dia ni?
“Maaf saya tak
mahu. Lagipun waktu rehat saya singkat.” Sesopan mungkin aku menolak pelawaan
mamat bajet itu. Sebelum pukul 2 aku dah kena ada dalam makmal jadi aku kena
makan cepat sebab aku nak solat lagi..
“Hmm Hessa mengelak
dari makan dengan saya ke apa?”
“Agaklah. Kita
bukan mahram kot nak makan berdua bagai. Lagipun saya nak cepat ni” Serius aku
nak cepat banyak pula soalan mamat bajet ni. Langkah aku panjang kan ke pejabatku
dengan laju. Nasib baik pakai jubah seluar..
“Kalau Hessa dah
cakap macam tu tak apalah.” Terhenti seketika langkahku mendengarkan nada
kecewa dari mamat bajet itu. Adui dia tayang muka minta simpati dekat aku. Dia
ni berguru dengan makcik tukang cuci tu ke apa?
“Elman, tunggu kat
sini sekejap.” Aku segera masuk ke pejabatku. Bekalan makananku aku keluarkan
dan aku bahagikan separuh ke bekas yang lain. Nasi goreng Cina cincai yang aku
masak pagi tadi aku harap dapat memuaskan hati mamat bajet itu.
“Nah ambil ni.
Rasanya ada staff lain yang makan
dekat staff lounge sekarang jadi awak
tak ada la rasa sunyi sangat.” Bekas makanan kuhulurkan kepada mamat bajet itu.
Dengan segan-segan dia menyambut huluranku.
“Saya nak makan
dengan awak bukan nak makan bekal awak. Hessa..Hessa awak memang pelik.” Mamat
bajet itu tersenyum memandangku.
“Okeylah saya masuk
dulu. Bye.” Cepat-cepat aku masuk
semula ke pejabat. Jantung aku dah macam nak tercabut bila tengok mamat bajet
itu pandang aku semacam huhu..apakah?!
“Hessa, are you dating Elman?”
soalan Cik Supervisa membuatkan aku nak jatuh kerusi. Heh drama...
“Why are you asking such question? No I’m
not!” Aku yang berprinsip tak akan bercinta sebelum nikah takkanlah nak
bercinta dengan mamat bajet tu..
“Well just asking.” Cik Supervisa
meneruskan kerjanya dengan wajah selamba. Terdetik juga dalam hati yang mungkin
dia sukakan mamat bajet tu..err ada rasa cemburu sikit. Ehey apakah ini?!
“Hessa, you ada pakai autoclave ke hari ni? Saya mau autoclave
Nutrient Agar.” Alwin rakan sekerjaku datang menghampiri dengan bakul
berisi dua botol Nutrient Agar. Alwin ini bekerja di makmal Biologi ditingkat
atas. Selalu juga dia turun untuk autoclave
bahan buangan dan agar.
“Ada..ada..waste tak ada nak autoclave ke? Sekejap lagi saya mau autoclave.” Aku membawa Alwin ke bilik autoclave. Kebetulan aku pun nak autoclave agar jadi baik sekalikan sahaja. Mesin autoclave aku
setkan kepada mode cecair. Agar akan diautoclave
dengan suhu 121°C untuk 15 minit.
“Oh saya punya waste semalam saya sudah datang autoclave.” Alwin ini boleh
dikategorikan sebagai lelaki Cina yang blur
sikit tapi serius dia ni okey je kalau tahu cara nak bergaul dengan dia.
“Haipp pakai mesin
saya tanpa kebenaran!” Alwin hanya ketawa apabila aku menayang muka konon tak
puas hati padahal bukan aku yang beli mesin tu hahaha...
“Hessa jom lunch!” Mak aih terkojut mokcik
bila tengok si Elman menyinga di depan bilik autoclave. Alwin pun terkejut dengan sergahan mamat bajet itu. Apa
kena dengan dia ni?
“Saya tak mahu.
Alwin, you tolong saya beli nasi ayam
boleh?” Alwin yang masih terkejut hanya mengangguk dengan permintaan aku. Dia
memang selalu tolong belikan aku makanan kalau aku sibuk dan tak bawa bekal.
“Okey nanti saya call you,” kata Alwin sebelum keluar
dari bilik autoclave. Sempat juga dia
memandang kearah mamat bajet yang dari mula asyik menjeling sahaja.
“Apasal dia nak call awak?” soal Elman selepas Alwin
beredar.
“Nak beritahu
makanan dah sampai la kenapa?”
“Awak tak bagi pun
nombor awak kat saya bila saya minta!” Elman menggasak dengan soalan yang buat
aku rasa nak putaq-putaq sahaja kepalanya.
“Saya yang minta
nombor dia dulu.” Ambik kau! Agak-agaklah kami ni rakan sekerja dan memang akan
berhubung atas dasar kerja. Selain dari kerja, aku hubungi Alwin untuk minta
tapau untuk aku je..
“Awak suka dia ke
Hessa?” nadanya mengendur. Wajah kecewa ditayangkan kepada aku. Pulak dah!
“Isk dia ni! Saya
minta nombor dia sebab kami ni satu tempat kerja! Suka ke apa ke apa kaitan
dengan awak?” Tanganku ligat menyusun bahan buangan ke dalam mesin autoclave yang lain. Kerja aku banyak
dia pula nak buat drama!
“Saya suka awak
Hessa.” Wajah mamat bajet itu aku pandang sekilas sebelum menghidupkan mesin autoclave. Riak muka aku sengaja aku
selambakan padahal dalam hati aku dah rasa semacam.
“Dengar tak? Saya
suka awak,” ulang mamat bajet itu melihatkan aku tak memberikan sebarang reaksi.
Dia ingat aku ni dah pekak kot.
“Hmm jadi?” soalku
dengan muka bajet kering.
“I want to be your special one.” Mukanya
memerah. Tak tahulah marah ke menahan malu tapi comel la juga...aish jaga
pandangan kau Hessa!
“Special one tu hanya untuk suami saya
sahaja.” Tersentak mamat bajet itu apabila aku menyebut perkataan suami.
“You’re married?” Adui lembab dia
ni..kata ambil PhD!
“Bukanlah sengal!
Yang akan jadi special untuk saya
cuma orang yang saya kahwini sahaja. Saya tak mau bercinta sebelum nikah!”
Mamat bajet itu terus tersenyum mendengarkan penjelasan aku. Senyuman nakal
kemudiannya diberikan kepadaku.
“You want me to marry you?” Agak-agak dia
pernah telan kasut saiz 8 tak?
“Whatever,” aku segera meluru keluar dari
bilik autoclave. Buat sakit jiwa aje
kalau lama-lama dengan mamat bajet hilang skru ni! Belum sempat keluar dah kena
hadang dengan mamat bajet itu.
“Okey janganlah
marah saya gurau je. Bak alamat rumah!”
“Nak buat apa?”
soalku malu padahal dah macam tahu-tahu aje sebab. Muka aku rasanya dah merah
tahap gaban dah ni!
“Nak hantar
rombonganlah Acik Cleaner oiii!” Aku
memandang muka mamat bajet itu dengan penuh rasa malu untuk kepastian. Macam
mana pun aku ni perempuan. Malu gila kot kalau bab-bab ni..
“Kejap karang saya
emel.” Rasa macam nak lari jauh-jauh je sekarang. Malu bila mamat bajet itu dah
senyum macam apa entah dekat aku.
“Jangan lupa!” Aku
mengangguk sebelum masuk semula ke dalam makmal. Malu dan berdebar gila!
Seminggu selepas mendapat alamat rumah ibubapa
aku, keluarga si mamat bajet tu datang meminang. Ayah dengan mak aku punyalah
seronok anak mereka yang sengal-sengal alam ini pun ada yang tersangkut.
Abang-abang aku tak usah ceritalah, tak habis-habis mengusik sebab mamat bajet
itu bagi hadiah kek yang ada patung barbie tengah mencuci botol dengan ayat ‘I love you my Acik Cleaner!’. Memang
kuajaq! Abang-abang aku sibuk nak minta hadiah sebab aku langkah bendul. Aku
bagi penampo buaya baru tau! Huhuhu..Keluarga kami memutuskan yang kami akan
melangsungkan perkahwinan selepas si mamat bajet itu tamat PhD dia. Hmm aku tak
kisah sangat tapi mamat bajet tu ajelah yang dok tension nak habiskan PhD dia
secepat mungkin sebab sengaja ayah aku cakap kalau tak habis-habis juga dalam
masa setahun, ayah aku buka ‘tender’ kat orang lain. Macam-macam, padahal aku
tahu ayah aku tu melawak aje.
Tiba hari graduasi mamat bajet mat salleh itu..
Aku ditugaskan untuk mengiringi tetamu dan
para graduan ke tempat duduk mereka. Biasalah kalau dah bekerja dalam
universiti, segala aktiviti kena ambil bahagian. Mula sahaja majlis
penganugerahan aku mengambil tempat berdekatan dengan keluarga mamat bajet itu.
Ayah dan mak aku turut dijemput oleh keluarga mamat bajet itu. Konon sebagai
bukti mamat bajet itu dah layak untuk kahwin dengan aku hahaha..
Tumpuan sepenuhnya aku berikan sebaik sahaja
nama mamat bajet itu dipanggil. Waa dah doktor kau sekarang!
“Yes finally I can get married! Yahoooo!!!!”
si mamat bajet yang membuat aksi ‘banzai’ diatas pentas menggamatkan dewan.
Tutup muka aku apabila banyak mata yang memandang ke arah aku sambil
senyum-senyum. Kedua-dua keluarga hanya ketawa sahaja dengan aksi tak semengah
si mamat bajet. Jaga kau!Kurung dalam cold
room lagi baru tau!
“Hessa..” si mamat
bajet memandangku dengan senyuman nakal. Turun sahaja dari pentas terus cari
aku makin gamat dewan dengan siulan dan usikan nakal. Tergendala seketika
majlis graduasi disebabkan aksi sengal mamat bajet ini.
“Get ready to be my Mrs, my Acik Cleaner.”
Bonnet yang dipakainya diletakkan ke atas kepala aku. Aku hanya mampu menunduk
dan mengangguk malu-malu. Depan orang ramai ini dia nak buat drama tapi
layankan jela. Ikutkan nak aje aku lesing dia ni sebab asyik panggil aku Acik Cleaner. Haish mamat bajet aka Inche
Pelajar, kau masih tak matang-matang....
Kris Wu Yi Fan as Elman Haiyan |
Lee Ji Ah as Hessa Nathifa |
9 comments:
Wahhhh... Best3!!! Congrats sis... Kali ni baca dari phone, so tak terasa panjang ke pendek... Hehehe...
Keep up the good work... ;)
Thank you (^-^)
Hehehe gitu pula~
InsyaAllah (^-^)v
Thanks atas sokongan~
Best.. suddenly terimbau zaman study dulu.. bnyk involve dengan kerja2 lab ni.. rindu pulak.. x sangka kerja lab pun boleh jadi cerita. Good job.. btw.. bnyk info pasal aitoclave tu.. hehehehe
Hehe disebabkan selalu involve dengan mesin itu maka saya abadikannya dalam cerpen tak seberapa saya ni hehe~
Idea ni datang masa saya tengah bengang cuci Schott bottle dan memang saya gelak sorang-sorang dalam wash & dry room sampai orang yang lalu pandai pelik kat saya haha~
best!! :D
Thanks sarina nayna (^-^)v
Lawak cerita ni tp gempak
Lawak cerita ni tp gempak
@lisanna: thanks (^-^)v
Post a Comment