taken from here |
“Ana ingat lagi tak
pasal projek yang Muiz ajak kita join
tu?”
“Hmm kenapa?”
“Muiz ajak pergi
tapak projek dia minggu depan”
“Minggu depan? Oh
okey nanti Ana check schedule dulu
apa-apa nanti Ana beritahu abang balik.”
“Bukan selalunya
perempuan excited ke kalau dapat
pergi ke Korea Selatan?”
“Excited juga kalau dapat jumpa Bang Yong
Guk tak pun TOP.”
“Apakah?! Siapa pulak
yang Ana sebut ni? Apa Bangkok?!”
“Ex-boyfriends.”
“Okeylah abang,
nanti Ana call abang balik ye? Assalamualaikum.”
“Eh Ana tak jawab
lagi! Ana!”
Teet..teet..teet..talian diputuskan dengan
sengihan melebar diwajah Adriana. Sejak mengandung, semakin galak dia menyakat
suaminya. Firdaus pula makin sensitip! Sikit-sikit tayang muka cemberut macam
dia pula yang mengandung. Alhamdulillah dia tidak mengalami sebarang alahan
tapi...selera makan Firdaus pula yang semakin menjadi-jadi. Apa kejadah
mengidam lasagna pukul 3 pagi?!! Nak tak nak terpaksa juga dia bangun dah
memasak untuk suaminya. Nasib baik stok cheese dan segala mak nenek memang
sentiasa ada.
“Err
assalamualaikum Puan Adriana, Mr Chris dah menunggu di bilik mesyuarat.” Emir
yang terpaku didepan pintu bilik bos aisnya segan-segan bersuara. Lama tak
jumpa Puan Bos yang muka sentiasa tak ada perasaan tapi sejak mengandung, Puan
Bos dah pandai senyum tapi segaris je dan tak sampai tiga saat.
Adriana pantas mengambil dokumen-dokumen untuk
mesyuarat. Telefon pintarnya sengaja ditinggalkan didalam laci meja kerjanya.
Tahu mesti suaminya akan menelefon tanpa henti selagi tak mendapat jawapan.
Tamat masa bekerja, Firdaus sudah menunggu di
lobi. Muka tak usah ceritalah, memang cemberut dan muncung kalah tikus mondok.
Adriana menahan tawa didalam hati. Dengan langkah ala-ala model, Adriana
mendekati suaminya.
“Tak nak balik ke?”
soal Adriana apabila Firdaus hanya duduk bersilang kaki di sofa.
“Cepat beritahu
siapa si Bangkok dengan TOP tu.” Sedikit pun Firdaus tidak memandang wajah
Adriana. Tunjuk protes gaya kanak-kanak sengal.
“Balik nanti Ana
tunjuk gambar.” Adriana mengatur langkah ke tempat parkir. Firdaus bingkas
bangun mengejar isterinya yang sudah jauh meninggalkannya. Isterinya memang
kejam! Penat dia merajuk bukannya nak memujuk lagi kasi sakit hati dengan
perangai selamba dia.
“Nak makan apa hari
ni ‘ibu mengandung’?” soal Adriana sebaik sahaja Firdaus masuk ke dalam kereta.
Dengar sahaja pasal makanan terus ceria muka Firdaus. Bab makan memang dia
suka, nak-nak lagi masakan isterinya yang buat dia ketagih. Sekarang siap bawa
bekalan makanan tiap-tiap hari. Kalau masakan orang lain, dia tak berselera
untuk makan.
“Nak kuehteow
goreng. Letak kerang dengan udang...” perlahan Firdaus menjawab. Gaya budak
yang masih merajuk. Adriana menahan tawa dengan gelagat suaminya. Macam-macam
perangai dan entah kenapa nampak comel pula bila Firdaus merajuk
hahaha....makin seronoklah dia menyakat!
“Hmm kita beli jela
boleh? Ana penatlah.” Sengaja Adriana menguji Firdaus. Serta-merta berubah
wajah Firdaus. Kecewa gila tapi masih boleh mengangguk. Bukan dia kejam sangat
nak menyeksa isterinya yang sedang mengandung.
“Okeylah kalau
sayang penat kita beli je.”
“Serius? Ana gurau
je tadi. Tapi kalau abang redha makan kuehteow beli, Ana okey je.”
“Ana! Saje je
sayang ni nak menyeksa jiwa raga abang. Tahulah Ana dah tak sayang abang kan?
Ada si Bangkok dengan TOP la kan...”
Adriana memandang sekilas ke wajah cemberut Firdaus. Okey kali ni betul-betul
punya merajuk sampai merah telinga capang kawan tu.
Adriana memeluk lengan Firdaus. Nasib baik
pakai kereta automatik. Kalau tak mahu berpeluh nak menukar gear dan menekan
klac. Dahlah dengan keadaan trafik Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan ramai
pemandu-pemandu yang bisa menguji kesabaran.
“Apa ni peluk-peluk
orang? Pi la main jauh-jauh!” rajuk Firdaus padahal hati bukan main suka.
“Tak nak la main
jauh-jauh. Abang, hari ni abang heeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnsem sangat!” pujuk
Adriana dengan gaya budak-budak sekolah menengah yang baru nak belajar
bercinta..eh?
“Hari ni je? Abang
sentiasa hensem okey!” seronok pula bila isterinya dah mula nak bermanja-manja.
Kurang sedikit stress memandu diatas jalanraya yang sesak lagi menyakitkan
kepala.
“Hmm abang nak
kuehteow basah ke kering-kering?”
“Nak sederhana
basah boleh?”
“Mengada-gada. Okeylah
nanti Ana masak untuk sayang Ana ni ye?” Adriana mencuit hidung suaminya.
Bergurau dan menyakat Firdaus memang menghilangkan stress dan satu terapi
untuknya sebenarnya hahaha...
“Tapak projek kita
ni terletak di Yongin. Ada komuniti Islam yang baru mendirikan penempatan
disitu. Tujuan utama projek ini adalah untuk memastikan sumber makanan yang
masuk ke dalam M Hotel datang dari sumber yang halal lagi boleh dipercayai.
Projek ini juga mendapat sokongan dari Korea Muslim Federation yang akan turut
membantu dalam pemantauan.” Wajah serius Muiz memberikan penjelasan tentang
projek yang ingin diusaha sama dipandang dengan penuh khusyuk oleh
mereka-mereka yang hadir. Mesyuarat sebelum mereka berangkat ke Korea Selatan
untuk melawat tapak projek. Baik Adriana, Firdaus, Iqram, Mia dan Hamdan.
Masing-masing begitu tekun mendengar setiap butir bicara Muiz.
“Selain dari
memastikan M Hotel menyajikan makanan dari sumber yang halal, kita dapat
memasarkan M Hotel sebagai satu-satunya yang hotel yang bercirikan Islam di
Korea Selatan. Dengan projek ini juga kita secara tidak langsung memberi
peluang pekerjaan kepada saudara baru yakni mualaf yang bilangannya semakin
bertambah dari hari ke hari. InsyaAllah ini juga satu jalan kebajikan untuk
kita semua.”
“Apa maksud Muiz
yang kita memberi peluang pekerjaan kepada mualaf? Adakah M Hotel hanya mengaji
orang Islam sahaja?” soal Adriana. Memang bukan Adriana Hanan jika tak bertanya
apa-apa jika kurang jelas. Setiap bisnes yang melibatkannya akan diteliti dan
dikaji sebelum membuat sebarang keputusan. Bukan hanya bisnes, dalam kehidupan
sehariannya juga dia memang begitu.
Tersenyum Muiz dengan soalan tiba-tiba dari
Adriana. “Dari segi penyediaan makanan dan rumah sembelihan, kita hanya akan
mengambil pekerja yang beragama Islam untuk mengelakkan sebarang keraguan. Kamu
pun akan berasa was-was untuk makan kan jika yang memasak itu bukan Islam?”
Adriana segera mengangguk.
“Hmm ada apa-apa
soalan lagi?” Masing-masing menggelengkan kepala.
“Oh, oh masa kita
pergi nanti ada pergi ladang strawberi
tak? Aku teringin nak makan la.” Meledak ketawa yang hadir dengan soalan
sengal dari Firdaus. Adriana masih menayangkan muka tak ada perasaan. Dah biasa
sangat dengan Firdaus yang mengidam macam-macam jadi dia tak terkejut dengan
soalan sengal Firdaus itu tadi.
“Kau nak bawak
balik 15 bakul strawberi pun boleh. Kau ke bini kau yang mengandung ni?” Hamdan
memandang Firdaus dengan senyuman sinis. Dia perasan dengan perubahan
sahabatnya yang agak pelik-pelik sejak Adriana Hanan disahkan mengandung.
“Tak apa Hamdan,
nanti kau kahwin kau tahulah.” Firdaus membalas dengan sengihan.
“Ek eleh, masa Mia pregnant dulu aku tengok Iqram okey je?
Kau je yang pelik semacam.”
“Sebab aku sayang
bini aku lebih la aku jadi gini.” Hamdan menggeleng kepala apabila mendengar
jawapan bajet sengal Firdaus. Iqram, Mia dan Muiz hanya mampu ketawa. Firdaus
semakin ceria sejak Adriana mengandung. Lupa terus pasal muka cemberut kawan
itu semasa ketiadaan Adriana.
“Banyaklah kau
punya sayang bini. Nanti aku akan hantarkan butiran lengkap kat korang sekali
dengan kontrak okey?” Semua mengangguk setuju. Muiz menutup mesyuarat dengan
tasbih kafarah dan surah Al-Asr.
“Err Mia, saya nak
jumpa awak sekejap boleh?” Mahu terkejut Mia Hana apabila ditegur oleh Adriana
yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang berat mulut + tak ada perasaan.
“Oh boleh-boleh.
Bila?”
“Sekarang jom? Kat
bangunan depan sana ada kedai Haagen Dazs. Kita lepak situ nak?”
“Sekejap ye minta
izin dulu. Awak pun pergilah minta izin Firdaus dulu.” Adriana segera
mengangguk. Dalam kepalanya banyak perkara yang ingin ditanya kepada Mia Hana yang
baru melahirkan putera sulungnya. Walaupun dalam pantang, Mia nampak bertenaga
dan sangat ceria.
Petang itu Adriana berguru dengan Mia tentang amalan-amalan
ketika mengandung dan segala pantang larang. Mahu berjam-jam jugalah mereka
bersantai disitu sebelum Firdaus dan Iqram datang menjemput mereka. Tak sangka
Adriana boleh bergaul mesra dengan Mia Hana. Mungkin kerana mereka berkongsi
gelombang fikiran yang sama?
4 comments:
Wa.. Lama tunggu ni... Best��
jyeah, dah lama tunggu. terbaik !
Thanks semua (^-^)
InsyaAllah akan update lagi dalam masa terdekat maka sabar ye hehehe~
Sama lah ...hari2 tunggu bila nak update ni ...
Post a Comment