taken from here |
“Suha nak makan aiskrim tak? Daris boleh..”
“Eh tak lah Suha nak makan puding la abang! Tadi dia baru beritahu Fateh!”
“Ahhh tak ada! Korang janganlah sibuk!” Fatehah menarik tangan Suha lalu
berlari masuk ke kawasan kolam renang di tingkat bawah tanah banglo milik Datuk
Ilyas dan Datin Hafsyah. Bangun sahaja dari tidur Daris dan Fateh tak
habis-habis menganggu ‘kakaknya’. Naik lemas dia melihat abang-abangnya yang
terlalu obses dengan kehadiran Suha. Namun begitu sedikit pun dia tidak berasa
cemburu kerana dia sendiri pun suka akan Suha. Perangai kembarnya, Fateh yang
tiba-tiba peramah lagi membuatkan dia bertambah pelik.
“Fatehah, abang-abang awak memang macam itu ke?” Suha menjuntaikan kaki
masuk ke dalam kolam renang kanak-kanak. Dia sendiri terkejut dengan perhatian
yang diberikan oleh kedua-dua abang Fatehah terhadapnya.
“Entah. Dah jom berenang!” Suha mengangguk lantas bangun untuk menukar
pakaian renang. Awal-awal lagi Adriana sudah berpesan untuk membawa pakaian
renang.
“Waa pagi lagi dah berenang!” Firdaus mendekati Suha dan Fatehah yang
seronok berenang didalam kolam kanak-kanak. Selepas sarapan tadi lesap terus
budak-budak berempat itu. Tadi dia terserempak dengan Daris dan Fateh sedang
bertanding siapa yang boleh menyiapkan jigsaw
puzzle paling cepat. Bersemangat sungguh mereka bertanding dan Fateh
berjaya mengalahkan Daris yang kemudiannya mencadangkan mereka bertanding dalam
membina robot mainan yang sudah dicerai-ceraikan kepada bahagian-bahagian
kecil. Firdaus yang sudah tak larat menonton membawa diri ke tingkat bawah
banglo mertuanya. Tak sangka pula bertemu dengan Suha dan Fatehah yang seronok
bermain air. Ada seorang pembantu rumah yang mengawasi keadaan mereka dari tepi
kolam.
“Papa Daus nak mandi sekali?” soal Fatehah sambil berenang-renang ke tepi
kolam.
“Boleh juga, sekejap ye papa pergi tukar baju.” Firdaus menghadiahkan
senyuman kepada Fatehah dan Suha. Isterinya sibuk hendak memasak makanan tengah
hari untuk mereka sekeluarga. Tadi dia dihalau keluar dari dapur dengan
kejamnya oleh Adriana. Nak merajuk tak boleh sebab orang tu tengah dalam
keadaan hormon tak stabil. Datuk Ilyas dan Datin Hafsyah pula keluar
membeli-belah. Lawak sungguh apabila dia sempat menyaksikan adegan Datin
Hafsyah memujuk Datuk Ilyas menemaninya membeli-belah ditepi kolam ikan koi.
Bapa mertuanya dengan muka tak ada perasaan akhirnya mengalah apabila Datin
Hafsyah mengugut untuk mencampak tuba ke dalam kolam ikan. Nampaknya
pengembaraan membawa dirinya tamat di kolam renang hehehe....
“Abang, naik cepat! Makanan dah siap!” Dalam tak sedar sudah dua jam dia
bermain air dengan Suha dan Fatehah. Seronok budak berdua itu bermain sampaikan
Suha pun sudah tak malu-malu dengannya. Hehehe inilah Firdaus, Pencinta Wanita
keskeskes...
“Mama, tengok tangan Fatehah ada kedut-kedut macam orang tua!” Fatehah
menayangkan jari-jari yang mengecut dek terlalu lama bermain air. Suha turut
menunjukkan jari-jarinya kepada mamanya. Adriana mengambil tuala lalu mengelap
badan kedua-dua mereka. Lama-lama nanti, boleh kena selsema la pula. Selesai
mengelap, Suha dan Fatehah masuk ke bilik untuk menukar pakaian.
“Sayang....” Firdaus yang masih berada didalam kolam menayangkan muka sedih
ke arah Adriana. Konon nak minta perhatian. Dari tadi isterinya sibuk
menguruskan budak berdua itu sehinggakan langsung tak memandang kearahnya.
Untuk menunjukkan protes dia berulangkali naik dan terjun semula ke dalam kolam
dengan pelbagai gaya namun Adriana buat tak tahu. Kecil hati + sedih...
“Hmm nak apa?” Sengaja Adriana menayang wajah tak ada perasaan. Seronok
pula mendera perasaan suaminya dari pagi tadi hahaha..dia gelak jahat dalam
hati.
“Sampai hati...” Firdaus terus membenamkan diri ke dalam kolam. Adriana
hanya tersenyum sinis. Nak tengok berapa lama bakal bapak budak itu nak
merajuk.
30 saat..seminit..
hampir dua minit berlalu namun Firdaus masih tak timbul-timbul. Adriana mula
panik lalu menjengulkan kepala di tepi kolam.
“Abang!” Hampir sahaja Adriana ingin terjun ke dalam kolam. Firdaus timbul
lalu merenjiskan air ke muka isterinya.
“Jahat!” Adriana mengelap mukanya dengan tuala yang ingin diberikan kepada
Firdaus. Nasib baik dia tak memakai sebarang solekan kalau tak mesti comot.
“Eleh dia yang buat jahat kat kita dari pagi tadi boleh pula..” Firdaus
naik dengan mulut yang memuncung. Nak merajuk juga!
“Meh sini,” Adriana memanggil Firdaus untuk dekat kepadanya tapi kali ini
Firdaus pula jual mahal. Sengaja dia berjalan menonong ke bilik menukar
pakaian. Tercengang Adriana apabila ditinggalkan sebegitu oleh Firdaus.
Tapi..ini Adriana
Hanan yang tak kenal erti putus asa. Pantas Adriana berlari lalu melompat dan memanjat
belakang Firdaus yang masih basah. Tangannya kemas memeluk leher Firdaus. Nasib
baiklah Firdaus boleh dikatakan tegap kalau tak mahu terbalik dua-dua.
“Ni apa panjat-panjat belakang orang ni?” soal Firdaus dalam nada merajuk.
Adriana buat tak tahu lalu mula mengelap rambut Firdaus dengan sebelah
tangannya masih memeluk leher suaminya.
“I love you,” bisik Adriana dekat
ke telinga Firdaus sebelum menghadiahkan kucupan di pipi suaminya.
“Apa dia? Abang tak dengarlah?” Sengaja Firdaus buat-buat tak dengar. Nak
tengok sejauh mana Adriana nak memujuknya.
“I love you,” bisik Adriana
sekali lagi ke telinga kanan. Kot la tadi telinga kiri Firdaus dimasuki air itu
yang tak dengar kata-kata cintanya.
Firdaus sudah
mula tersenyum. Makin nakal isterinya sejak berbadan dua ini. Paling tak boleh
tahan, boleh pula main panjat-panjat belakangnya dan memaut kalah monyet. Nasib
baiklah tubuh isterinya kecil.
“Eiii mama Ana macam monyet! Hahaha..” Fatehah dan Suha yang sudah selesai
menukar pakaian seronok melihat aksi monyet Adriana. Firdaus menurunkan Adriana
dengan cermat. Wajah Adriana sudah kemerah-merahan walaupun kekal tanpa
perasaan.
“Suha dengan Fatehah masuk dulu ye? Sekejap lagi mama dengan papa datang
okey?” pesan Firdaus kepada dua gadis kecil itu.
“Baik tuan papa!” Suha dan Fatehah naik ke tingkat atas setelah memberi
tabik hormat kepada Firdaus. Disebabkan leka bermain dengan Firdauslah mereka
tak sedar berendam selama dua jam sehingga jari-jari ditangan mereka mengecut.
“Okey sayang masak apa tadi sampai halau abang?” soal Firdaus sambil
mengelap badannya.
“Masak biasa-biasa je. Saja tak mahu abang kacau,” jawab Adriana selamba.
Firdaus yang geram terus menarik pipi gebu Adriana.
“Saja je. Dah meh panjat belakang abang!” Firdaus terus merendahkan
badannya. Adriana berkira-kira untuk memanjat belakang suaminya lagi. Malu jika
ada yang melihat. Tadi pun dia dah cukup malu dengan Suha dan Fatehah.
“Tunggu apa lagi? Tadi bukan main siap lompat belakang abang kalah monyet!” Firdaus bangun semula dan menarik tangan
Adriana untuk memaut kemas dilehernya. Adriana hanya menurut dan dia naik ke
tingkat atas dengan didukung oleh Firdaus.
“Aik Hanan kamu jatuh ke?” tegur Datin Hafsyah yang baru sahaja pulang dari
membeli-belah. Cemas wajahnya melihat Firdaus mendukung Adriana. Datuk Ilyas
turut mendekati mereka.
“Tak adalah mama, saya saja je nak dukung Ana ni sementara boleh dukung
lagi. Lagi berapa bulan saya sendiri pun tak pasti larat lagi ke tak nak
mendukung bakal mak budak ni,” seloroh Firdaus sebelum menurunkan Adriana.
Adriana meneruskan langkah ke dapur bagaikan tiada apa-apa yang berlaku padahal
dia sudah malu yang teramat. Dalam otaknya sekarang dia hanya mahu
menghidangkan makanan di meja makan secepat mungkin.
“Hmm malu la tu. Firdaus, pergi salin pakaian kamu cepat. Hanan dah mula
menghidang tu.” Firdaus menjeling ke arah isterinya yang sedang menghidang
makanan dengan dibantu oleh pembantu-pembantu rumah. Sempat juga dia hadiahkan flying kiss apabila Adriana memandangnya
tadi. Datuk Ilyas yang perasan akan aksi mereka hanya menayang wajah selamba
sebelum mengejutkan Daris dan Fateh yang terlentang tidur dengan jigsaw puzzle,
mainan robot dan set catur.
Tiga hari sudah
berlalu dan seperti yang telah dijanjikan, Firdaus dan Adriana menghantar Suha
pulang ke pangkuan Syed Azfar. Serius, Suha boleh dikatakan terlupa langsung
tentang papanya selama tiga hari itu. Hanya sekali sahaja dia menelefon Syed
Azfar. Itupun untuk memaklumkan yang dia sudah selamat sampai dan mahu masuk
tidur.
“Jadi seronok pergi sana?” soal Syed Azfar kepada Suha setelah Firdaus dan
Adriana pulang.
“Seronok! Ada Fatehah, Daris dan Fateh main dengan Suha. Kat rumah nenek
Sya ada swimming pool besar gila!
Papa Daus pun baik.” Syed Azfar mengangguk. Sepanjang ketiadaan Suha, dia
bagaikan mayat hidup. Tak sangka anaknya boleh pula berseronok tanpa
kehadirannya. Bosan punya pasal, dia membeli set karaoke dan menyanyi seorang
diri dirumah. Kalau Nik tahu mesti pengsan sahabat baiknya itu. Syed Azfar dan set
karaoke, boleh dikatakan seperti Afrika dengan Alaska.
“Papa, lain kali kalau Suha nak pergi sana lagi boleh? Kesian Fatehah, tadi
dia nangis-nangis..” Adui habis tu kau tak tahu ke aku ni macam mana kalau kau
tak ada wahai anakku. Ehey, Suha tak akan tahu melainkan anaknya itu memeriksa
CCTV rumah mereka! PastI Suha pun akan pengsan sekali dengan Nik.
“Okey...” macam mana nak cakap tak boleh bila Suha tayang muka kasihan?
Haih Syed Azfar, nampaknya kau akan melepak dirumah Nik dan Izelea la bila Suha
tak ada dirumah. Nasib baiklah anak lelaki Nik dan Izelea boleh kata rapat
dengannya kalau tak lagi haru.
“Papa, apa benda tu?” Jari telunjuk Suha menunjukkan ke arah set karaoke
yang baru dibelinya. Serba salah dan malu nak menjawab maka dia hanya
mendiamkan diri sambil meneguk air dari gelasnya dengan rakus.
Hari sudah
bertukar malam apabila Adriana dan Firdaus tiba dirumah mereka. Adriana yang
sudah lama tidak pulang ke kediaman rasmi mereka terkejut melihat keadaan rumah
yang agak kelam-kabut. Nampak sangat Firdaus tertekan sepanjang ketiadaannya.
“Tak apa, Ana tak payah buat apa-apa. Esok abang kemaskan semua ni okey?”
tukas Firdaus apabila melihat Adriana mula mengangkat majalah-majalah dan
kertas kerjanya yang bersepah atas sofa di ruang tamu rumah mereka. Adriana
mengangguk dan hanya menurut arahan Firdaus.
“Abang!!!!!” Firdaus yang sedang membersihkan bilik tidur mereka berlari
mendapatkan isterinya di bilik menyimpan pakaian dan aksesori.
“Kenapa sayang?” soal Firdaus cemas.
“Abang bawa balik perempuan mana ni? Kenapa perfume Ana tinggal sikit?!” Sakit hati Adriana melihat minyak
wangi Flora by Gucci yang sudah hampir habis. Seingatnya dia baru membelinya
sebelum meninggalkan rumah mereka dulu. Wajah Firdaus yang serba salah lagi
menguatkan syak wasangkanya.
“Ana sayang, sebenarnya...abang yang pakai perfume Ana.”
“What?!”
“Serius sayang, abang rindu sangat dengan sayang jadi abang pergi kerja
pakai perfume sayang. Nak tidur pun
abang sembur dulu perfume tu kat
bantal sayang baru abang boleh tidur kalau tak memang degil mata ni nak lelap.”
Adriana terus menuju ke arah katil mereka. Sah! Memang ada bau minyak wanginya
di bantal. Sekarang dia tak tahu nak marah ataupun mengetawakan suaminya.
Aduilah macam-macam!
“Tak apa sayang. Esok abang beli baru untuk sayang ye?” Firdaus terus
memeluk Adriana dari belakang. Setakat minyak wangi, seratus pun Firdaus boleh
beli untuk isteri kesayangannya ini.
“Abang, Ana nak buat confession.”
“Spit it out then.”
“Ana ‘kidnap’ perfume abang.”
Adriana mengeluarkan minyak wangi Polo Blue milik Firdaus dari tas tangannya.
Suka sangat dengan bau Firdaus sehingga dia membawa minyak wangi suaminya ke
mana sahaja dia pergi.
“Oh patutlah abang tak jumpa perfume
abang hari tu. Nasib baik memang abang selalu beli lebih. Alah lepas Ana tak
ada hari tu, memang abang dok bantai perfume
Ana je.”
“Pergi kerja pun?”
“Yup. Sampai kena tegur dengan makcik cleaner
tapi abang buat tak tahu je.” Adriana membalas pelukan Firdaus. Tak sangka
mereka ada tabiat pelik yang sama.
“Janji dengan abang, lain kali kalau ada apa-apa salah faham tanya abang
dulu. Kita bincang dan cari penyelesaian. Jangan lari dari abang lagi.” Adriana
hanya mampu mengangguk. Ini baru sebulan rumah dah tunggang-langgang dan minyak
wangi jadi mangsa. Kalau lagi lama...haiish tak payah fikirlah sebab dia
berazam untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Firdaus.
9 comments:
cant wait to read the new chapter
will update as soon as I can..
bersabarlah anda2~
(^-^)v
Finally!!! I can't wait to see this in de novel
Tk sabar tgu episod seterusnye...love it!!
haha sila bersabar sebab saya agak sibuk sekarang keskeskes~
insyaAllah saya akan cuba curi sikit masa untuk update (^-^)v
best gile
thanks (^-^)v
ble nk smbg cerita nie...
InsyaAllah dalam minggu ni..maaf ye..
Post a Comment