Kapitalis

Friday, February 7, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 31

taken from here  

Syed Azfar masuk ke restoren Du Viet dengan keadaannya yang masih mendukung Suha. Firdaus dan Adriana mengekor dari belakang. Sejak tadi Syed Azfar perasan yang Firdaus cuba mencuri perhatian Adriana namun tidak sekalipun Adriana membalas setiap pertanyaan Firdaus. Dia yang dihadapan hanya menahan rasa. Entah hatinya pedih melihat Adriana yang kini disamping Firdaus.

“Kamu okey kan makan makanan Vietnam?” soal Syed Azfar setelah mengambil tempat duduk. Sengaja dia duduk berhadapan dengan Adriana. Mungkin ini kali terakhir dia dapat menatap wajah comel itu dari jarak dekat. Selepas ini pasti payah untuknya bertemu dengan Adriana Hanan.

“Saya okey sahaja. Asalkan halal.” Firdaus mengelus lembut tangan Adriana yang masih berdiam diri. Adriana membeku sambil sebelah tangan lagi menyambut menu dari pelayan.

‘Pergh apasal aku tengok bini aku macam dah berisi sikit? Dia seronok tinggalkan aku ke apa?’ getus Firdaus dalam hati.

“Adriana nak makan apa?” Syed Azfar menyoal tanpa memandang ke wajah Adriana. Matanya melekap ke menu. Dia pernah ke sini bersama-sama rakan niaganya tapi kali ini dia mahu memberi Suha mencuba sesuatu yang baru.

“Far pilihkan jela,” balas Adriana lalu menutup buku menu. Bukan dia tahu sangat pun pasal makanan Vietnam. Inilah kali pertama dia menjejakkan kali ke restoren makanan Vietnam.

Firdaus yang disebelahnya memandang aksi Adriana dan Syed Azfar. Selamba sahaja Syed Azfar memesan makanan untuk Adriana. Diam-diam virus-virus cemburu mula bercambah didalam hati Firdaus. Siapa tak cemburu weh?!

“Kamu nak makan apa?” soal Syed Azfar dengan wajah tanpa reaksi. Pelayan disebelah sudah bersedia untuk mengambil pesanan.

Dilled prawn fritter, thit bo kho, steam cod fish, stir fried vegetable and drip coffee for drinks.”

What type of drip coffee sir?” soal pelayan restoren sopan.

Creative.” Firdaus menutup buku menu lalu dihulurkan kembali kepada pelayan. Tangannya sudah diletakkan diatas meja. Tidak lagi mengelus tangan Adriana seperti tadi. Adriana hanya menayang wajah selamba. Bukan dia tak sedar dengan perubahan kelakuan Firdaus.

So Adriana, balik dengan Far atau suami?” soal Syed Azfar setelah beberapa minit mereka hanya mendiamkan diri. Suha yang becok pun bertukar menjadi pendiam hari ini.

“Balik dengan Far. Kereta saya kan dekat sana.” Segera Firdaus memalingkan wajahnya kepada Adriana. Apa dia ingat aku ini tunggul ke apa?

“Biar abang hantar Ana balik ambil kereta okey! Abang datang sini naik kereta bukan LRT!” tanpa sedar Firdaus sudah mula meninggikan suaranya. Geram punya pasal. Adriana sedikit tersentak dengan Firdaus yang tiba-tiba naik angin.

Relaks, kami ni berjiran itu sebab saya tawarkan Adriana untuk balik sekali.” Tenang sekali penerangan Syed Azfar membuatkan Firdaus termalu sendiri. Syed Azfar memang spesies Adriana Hanan sebab itu mereka sekepala. Tapi yang sebenarnya Firdaus takut jika Adriana terus pergi bersama Syed Azfar dan tidak akan kembali kepadanya.

“Ana, biar abang hantarkan Ana ye? Lepas tu kita balik rumah kita. Abang ambil cuti hari ni,” perlahan Firdaus memujuk Adriana yang masih membisu. Suha menjeling tajam kepada Firdaus. Marah kerana lelaki itu memarahi ‘mama’nya tadi.

“Tak boleh! Mama kena balik dengan Suha! Mama dah janji malam ni mama tidur dengan Suha!” jeritan Suha mengejutkan mereka berempat. Mahu terlompat Firdaus mendengar jeritan Suha yang nyaring lagi membingitkan telinga. Tak sangka muka comel tapi suara kalah singa mengaum.

“Suha, behave!” keras amaran Syed Azfar membuatkan kolam mata Suha mula bergenang air mata.

“Mama dah janji..” lirih sahaja kedengaran suara Suha di telinga Adriana. Pantas dia bangun lalu mendapatkan Suha.

“Okey mama tidur dengan Suha hari ni. Tapi dekat rumah mama la ye?” Adriana menyeka air mata Suha dengan hujung jarinya. Nampaknya memang dia tak boleh mengikut Firdaus pulang hari ini.

“Esok sahaja saya balik. Saya dah berjanji dengan Suha.” Tutur Adriana tanpa memandang wajah Firdaus. Syed Azfar menyembunyikan senyum dengan berlagak selamba. Nampaknya dia masih boleh berjumpa dengan Adriana buat sehari lagi.

“Tak apa. Saya ikut awak. Saya tak akan benarkan awak hilang lagi sekali.” Tegas dan tanpa perasaan kata-kata itu dituturkan oleh Firdaus. Tersentak juga Adriana apabila suaminya mula bersaya-awak dengannya. Marahkah Firdaus?

But that is my secret hiding place!” bentak Adriana. Tak suka privasinya diceroboh Firdaus. Lupa terus pada hak suaminya.

That place is no longer your hiding place my cutie! Both of us are married and you can’t hide anything from me!” bangkang Firdaus. Mukanya merah menahan marah.

Quit it. Don’t fight in front of my daughter.” Tenang sahaja wajah Syed Azfar memberi amaran kepada Firdaus dan Adriana. Suha yang menyaksikan pergaduhan mulut dua orang dewasa turut diam membisu.

I’m sorry.” Perlahan Firdaus menuturkan kata-kata meminta maaf. Dia sedar yang sekarang dia perlu memujuk isterinya untuk pulang semula ke rumah bukannya bergaduh nak-nak lagi di hadapan Syed Azfar dan anaknya. Perasaan malu mula menebal didalam dirinya.

Adriana yang turut berasa bersalah hanya mendiamkan diri. Entah mungkin disebabkan perubahan hormon dia menjadi cepat marah padahal ianya bukan isu yang besar. Lambat-laun Firdaus akan tahu juga tentang tempat persembunyiannya. Tanpa sedar dia mengapai tangan Firdaus dibawah meja.

Firdaus yang terkejut dengan sentuhan tiba-tiba hanya diam dan membalas genggaman tangan isterinya. Adriana memandang  sekilas wajah Firdaus. Lega kerana wajah suaminya tidak lagi kelat seperti tadi.




“Jadi sinilah tempat Ana sembunyi dari abang ye? Kita ni cari bagai nak rak tapi tak jumpa-jumpa padahal dalam KL ni juga,” Firdaus melabuhkan punggung diatas sofa. Penthouse di tingkat tertinggi kondominium mewah di ibu kota menjadi tempat persembunyian isterinya. Paling tak tahan isterinya berjiran dengan Syed Azfar. Haish cemburu...cemburu..

“Hmm...abang nak minum?” Firdaus hanya mengangguk. Matanya hanya memandang kelibat isterinya yang sudah membawa diri ke dapur. Memang dia perasan yang isterinya nampak berisi sedikit dari sebulan lepas.

Adriana kembali dengan segelas jus tembikai di tangan dan diletakkan dihadapan Firdaus yang sudah duduk bersandar sambil menutup mata di sofa.

“Ana tahu tak yang macam mana Ana lari pun hakikatnya Ana tetap dengan abang?” Firdaus segera membetulkan duduknya.

“Maksud abang?”

“Rumah ni, hiasan dalaman rumah ni adalah hasil tangan abang dan ketahuilah yang papa Ana merupakan pelanggan pertama syarikat abang tu.” Adriana ternyata terkejut dengan kata-kata Firdaus. Tak sangka pula yang papanya menggunakna khidmat Firdaus untuk menghias penthouse miliknya. Hmm jauh macam mana pun bayangan Firdaus tetap ada dalam dirinya dan sekarang dia mengandungkan anak Firdaus.

“Ana, hari tu abang betul-betul terkejut bila nampak Ana kat muka pintu pejabat abang. Hari tu abang tersadung kaki meja dan terjatuh kat atas Jannah bukannya abang buat benda tak senonoh kat dia. Kalau Ana tak percaya, Ana boleh check CCTV pejabat abang.” Firdaus duduk tegak dengan matanya memandang ke dalam kolam mata isterinya.

“Abang, Ana dengar yang perempuan tu cakap yang Jannah diciptakan untuk Firdaus dan abang boleh pula mengiyakan apa yang dia cakap! How do you feel if I say Syed Azfar is my match made in heaven?” Sengaja Adriana memetik nama Syed Azfar. Tahu yang suaminya cemburu melihat dia dan Syed Azfar.

Pergh..terbakar Firdaus apabila mendengar Adriana menyebut nama Syed Azfar. Siap bagi perumpamaan macam tu sekali. Apakah!! Ah tak boleh!

“Mestilah cemburu! Ana abang punya!” bentak Firdaus.

“Macam tu la perasaan Ana bila dengar Jannah cakap macam tu.” Adriana mengesot ke tepi  menjauhi Firdaus. Marah dan cemburu. Itu perasaannya sekarang. Ikutkan marah memang dia nak campak sahaja Firdaus dari balkoni rumahnya sekarang.

Firdaus mendekatkan jarak diantara dia dan Adriana lalu dia mengapai tangan isterinya.

“Sayang, abang secara tak sengaja mengiyakan kata-kata Jannah. Masa tu abang pun tak perasan sangat apa yang dia cakap sebenarnya. Sayang maafkan abang ye?” Adriana memandang tepat ke dalam kolam mata Firdaus. Mencari kebenaran setiap tutur suaminya. Lambat-lambat dia mengangguk setelah yakin yang suaminya tidak menipu. Mana dia tahu? Ala biasalah instinct orang mengandung..hehehe

Firdaus menarik tubuh Adriana dekat padanya. Adriana segera bersandar pada dada bidang suaminya. Mood nak bermanja-manja sudah mari!

“Abang, Ana ada benda nak beritahu.” Firdaus mengelus lembut tangan Adriana. Beritahu sahajalah wahai isteriku..

“Hmm apa benda sayang?”

I’m pregnant.” Tegak terus badan Firdaus. Matanya memandang wajah isterinya sambil tayang muka tak percaya. Adriana mengangguk lalu membawa tangan Firdaus ke perutnya yan masih kempis.

“Baru sebulan tu yang kempis lagi. Hari tu Ana pergi pejabat abang sebab nak beritahu pasal hal ni la.” Firdaus segera mendekatkan telinganya pada perut isterinya. Lagaknya macam ada kuasa ultrasonic je boleh dengar pergerakan janin dalam perut isterinya.

“Alhamdulillah. Abang baru nak feeling-feeling sedih sebab Iqram dengan Mia dapat baby boy tak sangka kita pun bakal timang anak sendiri. Thanks sayang.” Firdaus mengucup kedua-dua belah tangan Adriana Hanan. Syukur kerana Allah memberikan rezeki ini kepada mereka.

“Patutlah Ana nampak berisi sikit. Abang ingatkan sayang seronok tinggalkan abang,” Firdaus mencuit hidung isterinya dengan hujung jari.

 “Sebenarnya Ana banyak makan akhir-akhir ni sebab tension fikir pasal kerja juga.”

“Sayang jangan stress sangat. Tak elok untuk bayi dalam kandungan sayang tu.” Bagi Firdaus tak kisahlah jika isterinya berisi pun kerana kini ada nyawa baru dalam perut Adriana. Cuma risau jika Adriana terlalu stress sehingga menjejaskan bayi dalam kandungannya.

“InsyaAllah lepas ni dah tak stress sebab benda-benda penting untuk projek Gione tu dah siap.”

“Hmm okey. Jadi tak nak balik rumah kita ke?” Walaupun penthouse milik Adriana mewah dan selesa tapi Firdaus lebih suka jika mereka pulang ke kediaman rasmi mereka. Sememangnya dia tak suka tinggal didalam bangunan tinggi melangit.

“Esok jela. Malam ni dah janji nak tidur dengan Suha.” Pujuk Adriana sambil tangannya mengelus lengan Firdaus.

“Apa kata kita bawa je Suha balik rumah kita atau rumah ibu? Kalau kat rumah ibu, dia boleh kawan degan Daris, Fateh dan Fatehah. Mesti dia suka ada ramai kawan,” cadang Firdaus.

“Hmm nanti Ana minta izin Far dulu.” Fikir Adriana bagus juga rancangan Firdaus. Boleh dia kenalkan Suha dengan anak-anak buahnya.




“Hmm okey. Pastikan Suha tidur sebelum pukul 10 malam kalau tak nanti pagi dia merengek,” pesan Syed Azfar apabila Adriana meminta izin membawa Suha pulang ke rumah mertuanya.

Pada mulanya Syed Azfar agak berat untuk melepaskan Suha, namun setelah dipujuk oleh Adriana dan Suha sendiri mahu pergi, dia terpaksa beralah. Lagipun bukan dia tak kenal dengan Adriana.

“Okey thanks Far.” Adriana segera mendapatkan Suha yang sedang bersiap-siap memasukkan baju ke dalam beg sandangnya. Seronok sungguh apabila Adriana memberitahunya yang dia akan mendapat kawan-kawan baru.

“InsyaAllah lusa kami akan hantar dia balik. Ni nombor saya..” Firdaus menghulurkan kad bisnesnya kepada Syed Azfar.

“Okey,” jawab Syed Azfar pendek. Dia turut memberi kad bisnesnya kepada Firdaus. Adat orang berniaga memang begitu.

Suha yang sudah siap mengemas beg mendekati Syed Azfar untuk bersalaman.

Anything just call me okay?” pesan Syed Azfar kepada Suha. Sudah lama dia belikan telefon kanak-kanak untuk Suha. Setahunya Suha hanya menggunakan telefon itu untuk menelefonnya dan Doktor Izelea. Suha mengangguk lalu menepuk-nepuk poket seluarnya. Memberitahu yang telefon itu sentiasa ada bersamanya.


“Kalau tak ada apa-apa kami gerak dululah. Assalamualaikum.” Firdaus berjabat tangan dengan Syed Azfar sebelum keluar dari kediaman lelaki itu. Syed Azfar menghantar mereka sehingga di hadapan pintu grille rumahnya. Sedih pula mengingatkan yang dia akan keseorangan untuk dua malam. Dia yang sudah terbiasa dengan kehadiran anak disisi mungkin sukar untuk melelapkan mata untuk dua malam ini. Perlahan dia menutup pintu grille setelah hilang kelibatSuha, Adriana dan Firdaus. Bersedialah untuk menjadi bujang semula Syed Azfar!

19 comments:

Unknown said...

Berlumba dengan masa nak habiskan bab 1 sampai 30. Cerita ini semakin menarik!.

Sama-samalah kita memeriahkan dunia penulisan di alam maya ini.

Assalamualaikum. Salam perkenalan.

Norlyana Nasrin said...

Waalaikumussalam..
Terima kasih sebab sudi baca karya saya yang masih amatur..insyaAllah akan berusaha untuk menjadikan novel ini lebih menarik (^-^)

Anonymous said...

best.., suka sangat dengan ana n firdaus 2.., cepat2 sambung yea..

Norlyana Nasrin said...

insyaAllah saya akan sambung..sekarang saya sibuk sikit (^-^)

Anonymous said...

suka,suka,suka...cepat2 smbung yer..
saya dah mula jalan crita nie...

Anonymous said...

Teruja nk tau kisah selanjutnya ....

Norlyana Nasrin said...

insyaAllah..jika ada kekangan masa, saya sambung ye (^-^)

iyads said...

nak lagi..marathon nie sume chapter..hehehe..

Anonymous said...

Best sangat. cepat 2 sambung tau

Norlyana Nasrin said...

insyaAllah~ sabar ye (^-^)

Zahra AR said...

Harap novel ini dapat dikeluarkan ya . Jalan cerita menarik. Suka watak ana sbb kena dgn diri sy . Dingin takde perasaan .

Norlyana Nasrin said...

to Zahra:
InsyaAllah kalau ada rezeki (^-^)
Oh ye ke? Wah Ice Queen versi real!

Zahra AR said...

To writer : In shaa allah semoga ada rezeki novel ini untuk diterbitkan. Real ya :)

Unknown said...

Hehe... Seronok je baca. :)

Norlyana Nasrin said...

(^-^)

Anonymous said...

Ble nak update bru..haha...x sabar weh...rse nak kawin jer ble nak bace...

Norlyana Nasrin said...

insyaAllah bila ada masa saya update.. sekarang saya sibuk sikit sebab sem baru universiti dah nak mula..huhu doa2 cepat kahwin~
(^-^)

Lyza said...

Tahniah, dik...best sangat cerita ni...moga2 ada sambungan yg baik lg... ;)

Norlyana Nasrin said...

Terima kasih..insyaAllah (^-^)