taken from here |
Syed Azfar masuk ke restoren Du Viet dengan keadaannya yang
masih mendukung Suha. Firdaus dan Adriana mengekor dari belakang. Sejak tadi
Syed Azfar perasan yang Firdaus cuba mencuri perhatian Adriana namun tidak
sekalipun Adriana membalas setiap pertanyaan Firdaus. Dia yang dihadapan hanya
menahan rasa. Entah hatinya pedih melihat Adriana yang kini disamping Firdaus.
“Kamu okey kan makan makanan
Vietnam?” soal Syed Azfar setelah mengambil tempat duduk. Sengaja dia duduk
berhadapan dengan Adriana. Mungkin ini kali terakhir dia dapat menatap wajah
comel itu dari jarak dekat. Selepas ini pasti payah untuknya bertemu dengan
Adriana Hanan.
“Saya okey sahaja. Asalkan
halal.” Firdaus mengelus lembut tangan Adriana yang masih berdiam diri. Adriana
membeku sambil sebelah tangan lagi menyambut menu dari pelayan.
‘Pergh apasal aku tengok bini aku
macam dah berisi sikit? Dia seronok tinggalkan aku ke apa?’ getus Firdaus dalam
hati.
“Adriana nak makan apa?” Syed
Azfar menyoal tanpa memandang ke wajah Adriana. Matanya melekap ke menu. Dia
pernah ke sini bersama-sama rakan niaganya tapi kali ini dia mahu memberi Suha
mencuba sesuatu yang baru.
“Far pilihkan jela,” balas
Adriana lalu menutup buku menu. Bukan dia tahu sangat pun pasal makanan
Vietnam. Inilah kali pertama dia menjejakkan kali ke restoren makanan Vietnam.
Firdaus yang disebelahnya memandang aksi Adriana dan Syed
Azfar. Selamba sahaja Syed Azfar memesan makanan untuk Adriana. Diam-diam
virus-virus cemburu mula bercambah didalam hati Firdaus. Siapa tak cemburu
weh?!
“Kamu nak makan apa?” soal Syed
Azfar dengan wajah tanpa reaksi. Pelayan disebelah sudah bersedia untuk
mengambil pesanan.
“Dilled prawn fritter, thit bo kho, steam cod fish, stir fried vegetable
and drip coffee for drinks.”
“What type of drip coffee sir?” soal pelayan restoren sopan.
“Creative.” Firdaus menutup buku menu lalu dihulurkan kembali kepada
pelayan. Tangannya sudah diletakkan diatas meja. Tidak lagi mengelus tangan
Adriana seperti tadi. Adriana hanya menayang wajah selamba. Bukan dia tak sedar
dengan perubahan kelakuan Firdaus.
“So Adriana, balik dengan Far
atau suami?” soal Syed Azfar setelah beberapa minit mereka hanya mendiamkan
diri. Suha yang becok pun bertukar menjadi pendiam hari ini.
“Balik dengan Far. Kereta saya
kan dekat sana.” Segera Firdaus memalingkan wajahnya kepada Adriana. Apa dia
ingat aku ini tunggul ke apa?
“Biar abang hantar Ana balik
ambil kereta okey! Abang datang sini naik kereta bukan LRT!” tanpa sedar
Firdaus sudah mula meninggikan suaranya. Geram punya pasal. Adriana sedikit
tersentak dengan Firdaus yang tiba-tiba naik angin.
“Relaks, kami ni berjiran itu sebab saya tawarkan Adriana untuk
balik sekali.” Tenang sekali penerangan Syed Azfar membuatkan Firdaus termalu
sendiri. Syed Azfar memang spesies Adriana Hanan sebab itu mereka sekepala.
Tapi yang sebenarnya Firdaus takut jika Adriana terus pergi bersama Syed Azfar
dan tidak akan kembali kepadanya.
“Ana, biar abang hantarkan Ana
ye? Lepas tu kita balik rumah kita. Abang ambil cuti hari ni,” perlahan Firdaus memujuk Adriana yang masih membisu.
Suha menjeling tajam kepada Firdaus. Marah kerana lelaki itu memarahi ‘mama’nya
tadi.
“Tak boleh! Mama kena balik dengan
Suha! Mama dah janji malam ni mama tidur dengan Suha!” jeritan Suha mengejutkan
mereka berempat. Mahu terlompat Firdaus mendengar jeritan Suha yang nyaring
lagi membingitkan telinga. Tak sangka muka comel tapi suara kalah singa
mengaum.
“Suha, behave!” keras amaran Syed Azfar membuatkan kolam mata Suha mula
bergenang air mata.
“Mama dah janji..” lirih sahaja
kedengaran suara Suha di telinga Adriana. Pantas dia bangun lalu mendapatkan
Suha.
“Okey mama tidur dengan Suha hari
ni. Tapi dekat rumah mama la ye?” Adriana menyeka air mata Suha dengan hujung
jarinya. Nampaknya memang dia tak boleh mengikut Firdaus pulang hari ini.
“Esok sahaja saya balik. Saya dah
berjanji dengan Suha.” Tutur Adriana tanpa memandang wajah Firdaus. Syed Azfar
menyembunyikan senyum dengan berlagak selamba. Nampaknya dia masih boleh
berjumpa dengan Adriana buat sehari lagi.
“Tak apa. Saya ikut awak. Saya
tak akan benarkan awak hilang lagi sekali.” Tegas dan tanpa perasaan kata-kata
itu dituturkan oleh Firdaus. Tersentak juga Adriana apabila suaminya mula
bersaya-awak dengannya. Marahkah Firdaus?
“But that is my secret hiding place!” bentak Adriana. Tak suka
privasinya diceroboh Firdaus. Lupa terus pada hak suaminya.
“That place is no longer your hiding place my cutie! Both of us are
married and you can’t hide anything from me!” bangkang Firdaus. Mukanya
merah menahan marah.
“Quit it. Don’t fight in front of my daughter.” Tenang sahaja wajah
Syed Azfar memberi amaran kepada Firdaus dan Adriana. Suha yang menyaksikan
pergaduhan mulut dua orang dewasa turut diam membisu.
“I’m sorry.” Perlahan Firdaus menuturkan kata-kata meminta maaf. Dia
sedar yang sekarang dia perlu memujuk isterinya untuk pulang semula ke rumah
bukannya bergaduh nak-nak lagi di hadapan Syed Azfar dan anaknya. Perasaan malu
mula menebal didalam dirinya.
Adriana yang turut berasa bersalah hanya mendiamkan diri.
Entah mungkin disebabkan perubahan hormon dia menjadi cepat marah padahal ianya
bukan isu yang besar. Lambat-laun Firdaus akan tahu juga tentang tempat
persembunyiannya. Tanpa sedar dia mengapai tangan Firdaus dibawah meja.
Firdaus yang terkejut dengan sentuhan tiba-tiba hanya diam
dan membalas genggaman tangan isterinya. Adriana memandang sekilas wajah Firdaus. Lega kerana wajah
suaminya tidak lagi kelat seperti tadi.
“Jadi sinilah tempat Ana sembunyi
dari abang ye? Kita ni cari bagai nak rak tapi tak jumpa-jumpa padahal dalam KL
ni juga,” Firdaus melabuhkan punggung diatas sofa. Penthouse di tingkat tertinggi kondominium mewah di ibu kota
menjadi tempat persembunyian isterinya. Paling tak tahan isterinya berjiran
dengan Syed Azfar. Haish cemburu...cemburu..
“Hmm...abang nak minum?” Firdaus
hanya mengangguk. Matanya hanya memandang kelibat isterinya yang sudah membawa
diri ke dapur. Memang dia perasan yang isterinya nampak berisi sedikit dari
sebulan lepas.
Adriana kembali dengan segelas jus tembikai di tangan dan
diletakkan dihadapan Firdaus yang sudah duduk bersandar sambil menutup mata di
sofa.
“Ana tahu tak yang macam mana Ana
lari pun hakikatnya Ana tetap dengan abang?” Firdaus segera membetulkan
duduknya.
“Maksud abang?”
“Rumah ni, hiasan dalaman rumah
ni adalah hasil tangan abang dan ketahuilah yang papa Ana merupakan pelanggan
pertama syarikat abang tu.” Adriana ternyata terkejut dengan kata-kata Firdaus.
Tak sangka pula yang papanya menggunakna khidmat Firdaus untuk menghias
penthouse miliknya. Hmm jauh macam mana pun bayangan Firdaus tetap ada dalam
dirinya dan sekarang dia mengandungkan anak Firdaus.
“Ana, hari tu abang betul-betul
terkejut bila nampak Ana kat muka pintu pejabat abang. Hari tu abang tersadung kaki
meja dan terjatuh kat atas Jannah bukannya abang buat benda tak senonoh kat
dia. Kalau Ana tak percaya, Ana boleh check CCTV pejabat abang.” Firdaus duduk
tegak dengan matanya memandang ke dalam kolam mata isterinya.
“Abang, Ana dengar yang perempuan
tu cakap yang Jannah diciptakan untuk Firdaus dan abang boleh pula mengiyakan
apa yang dia cakap! How do you feel if I
say Syed Azfar is my match made in heaven?” Sengaja Adriana memetik nama
Syed Azfar. Tahu yang suaminya cemburu melihat dia dan Syed Azfar.
Pergh..terbakar Firdaus apabila mendengar Adriana menyebut
nama Syed Azfar. Siap bagi perumpamaan macam tu sekali. Apakah!! Ah tak boleh!
“Mestilah cemburu! Ana abang
punya!” bentak Firdaus.
“Macam tu la perasaan Ana bila
dengar Jannah cakap macam tu.” Adriana mengesot ke tepi menjauhi Firdaus. Marah dan cemburu. Itu
perasaannya sekarang. Ikutkan marah memang dia nak campak sahaja Firdaus dari
balkoni rumahnya sekarang.
Firdaus mendekatkan jarak diantara dia dan Adriana lalu dia
mengapai tangan isterinya.
“Sayang, abang secara tak sengaja
mengiyakan kata-kata Jannah. Masa tu abang pun tak perasan sangat apa yang dia
cakap sebenarnya. Sayang maafkan abang ye?” Adriana memandang tepat ke dalam
kolam mata Firdaus. Mencari kebenaran setiap tutur suaminya. Lambat-lambat dia
mengangguk setelah yakin yang suaminya tidak menipu. Mana dia tahu? Ala
biasalah instinct orang
mengandung..hehehe
Firdaus menarik tubuh Adriana dekat padanya. Adriana segera
bersandar pada dada bidang suaminya. Mood nak bermanja-manja sudah mari!
“Abang, Ana ada benda nak
beritahu.” Firdaus mengelus lembut tangan Adriana. Beritahu sahajalah wahai
isteriku..
“Hmm apa benda sayang?”
“I’m pregnant.” Tegak terus badan Firdaus. Matanya memandang wajah
isterinya sambil tayang muka tak percaya. Adriana mengangguk lalu membawa
tangan Firdaus ke perutnya yan masih kempis.
“Baru sebulan tu yang kempis
lagi. Hari tu Ana pergi pejabat abang sebab nak beritahu pasal hal ni la.”
Firdaus segera mendekatkan telinganya pada perut isterinya. Lagaknya macam ada
kuasa ultrasonic je boleh dengar pergerakan janin dalam perut isterinya.
“Alhamdulillah. Abang baru nak feeling-feeling sedih sebab Iqram dengan
Mia dapat baby boy tak sangka kita
pun bakal timang anak sendiri. Thanks
sayang.” Firdaus mengucup kedua-dua belah tangan Adriana Hanan. Syukur kerana
Allah memberikan rezeki ini kepada mereka.
“Patutlah Ana nampak berisi
sikit. Abang ingatkan sayang seronok tinggalkan abang,” Firdaus mencuit hidung
isterinya dengan hujung jari.
“Sebenarnya Ana banyak makan akhir-akhir ni
sebab tension fikir pasal kerja
juga.”
“Sayang jangan stress sangat. Tak elok untuk bayi dalam
kandungan sayang tu.” Bagi Firdaus tak kisahlah jika isterinya berisi pun
kerana kini ada nyawa baru dalam perut Adriana. Cuma risau jika Adriana terlalu
stress sehingga menjejaskan bayi dalam kandungannya.
“InsyaAllah lepas ni dah tak stress sebab benda-benda penting untuk
projek Gione tu dah siap.”
“Hmm okey. Jadi tak nak balik
rumah kita ke?” Walaupun penthouse
milik Adriana mewah dan selesa tapi Firdaus lebih suka jika mereka pulang ke
kediaman rasmi mereka. Sememangnya dia tak suka tinggal didalam bangunan tinggi
melangit.
“Esok jela. Malam ni dah janji
nak tidur dengan Suha.” Pujuk Adriana sambil tangannya mengelus lengan Firdaus.
“Apa kata kita bawa je Suha balik
rumah kita atau rumah ibu? Kalau kat rumah ibu, dia boleh kawan degan Daris,
Fateh dan Fatehah. Mesti dia suka ada ramai kawan,” cadang Firdaus.
“Hmm nanti Ana minta izin Far
dulu.” Fikir Adriana bagus juga rancangan Firdaus. Boleh dia kenalkan Suha
dengan anak-anak buahnya.
“Hmm okey. Pastikan Suha tidur
sebelum pukul 10 malam kalau tak nanti pagi dia merengek,” pesan Syed Azfar
apabila Adriana meminta izin membawa Suha pulang ke rumah mertuanya.
Pada mulanya Syed Azfar agak berat untuk melepaskan Suha,
namun setelah dipujuk oleh Adriana dan Suha sendiri mahu pergi, dia terpaksa
beralah. Lagipun bukan dia tak kenal dengan Adriana.
“Okey thanks Far.” Adriana segera mendapatkan Suha yang sedang
bersiap-siap memasukkan baju ke dalam beg sandangnya. Seronok sungguh apabila
Adriana memberitahunya yang dia akan mendapat kawan-kawan baru.
“InsyaAllah lusa kami akan hantar
dia balik. Ni nombor saya..” Firdaus menghulurkan kad bisnesnya kepada Syed
Azfar.
“Okey,” jawab Syed Azfar pendek. Dia
turut memberi kad bisnesnya kepada Firdaus. Adat orang berniaga memang begitu.
Suha yang sudah siap mengemas beg mendekati Syed Azfar untuk
bersalaman.
“Anything just call me okay?” pesan Syed Azfar kepada Suha. Sudah
lama dia belikan telefon kanak-kanak untuk Suha. Setahunya Suha hanya
menggunakan telefon itu untuk menelefonnya dan Doktor Izelea. Suha mengangguk
lalu menepuk-nepuk poket seluarnya. Memberitahu yang telefon itu sentiasa ada
bersamanya.
“Kalau tak ada apa-apa kami gerak
dululah. Assalamualaikum.” Firdaus berjabat tangan dengan Syed Azfar sebelum
keluar dari kediaman lelaki itu. Syed Azfar menghantar mereka sehingga di
hadapan pintu grille rumahnya. Sedih pula mengingatkan yang dia akan
keseorangan untuk dua malam. Dia yang sudah terbiasa dengan kehadiran anak
disisi mungkin sukar untuk melelapkan mata untuk dua malam ini. Perlahan dia
menutup pintu grille setelah hilang kelibatSuha, Adriana dan Firdaus.
Bersedialah untuk menjadi bujang semula Syed Azfar!
19 comments:
Berlumba dengan masa nak habiskan bab 1 sampai 30. Cerita ini semakin menarik!.
Sama-samalah kita memeriahkan dunia penulisan di alam maya ini.
Assalamualaikum. Salam perkenalan.
Waalaikumussalam..
Terima kasih sebab sudi baca karya saya yang masih amatur..insyaAllah akan berusaha untuk menjadikan novel ini lebih menarik (^-^)
best.., suka sangat dengan ana n firdaus 2.., cepat2 sambung yea..
insyaAllah saya akan sambung..sekarang saya sibuk sikit (^-^)
suka,suka,suka...cepat2 smbung yer..
saya dah mula jalan crita nie...
Teruja nk tau kisah selanjutnya ....
insyaAllah..jika ada kekangan masa, saya sambung ye (^-^)
nak lagi..marathon nie sume chapter..hehehe..
Best sangat. cepat 2 sambung tau
insyaAllah~ sabar ye (^-^)
Harap novel ini dapat dikeluarkan ya . Jalan cerita menarik. Suka watak ana sbb kena dgn diri sy . Dingin takde perasaan .
to Zahra:
InsyaAllah kalau ada rezeki (^-^)
Oh ye ke? Wah Ice Queen versi real!
To writer : In shaa allah semoga ada rezeki novel ini untuk diterbitkan. Real ya :)
Hehe... Seronok je baca. :)
(^-^)
Ble nak update bru..haha...x sabar weh...rse nak kawin jer ble nak bace...
insyaAllah bila ada masa saya update.. sekarang saya sibuk sikit sebab sem baru universiti dah nak mula..huhu doa2 cepat kahwin~
(^-^)
Tahniah, dik...best sangat cerita ni...moga2 ada sambungan yg baik lg... ;)
Terima kasih..insyaAllah (^-^)
Post a Comment