taken from here |
“Ana sayang~” laung Firdaus sambil mencari-cari isterinya. Sejak dari dia
mencelikkan mata, bayang Adriana langsung tidak kelihatan. Dia yang baharu sahaja
mandi terus ke dapur ditingkat bawah kediaman mereka. Segera bibirnya terukir
senyum apabila isterinya berjaya ‘dikesan’.
“Sayang buat apa?” tegur Firdaus lalu memeluk Adriana dari arah belakang. Bau
wangian Polo Blue milik Firdaus yang sememangnya disukai oleh Adriana
membuatkan dia tersenyum.
“Nak buat breakfast, abang
pergilah duduk tengok tv ke apa. Bila dah siap nanti Ana panggil okey?” ujar
Adriana sambil tangannya membersihkan sotong. Pagi ini dia ingin memasak nasi
goreng Cina khas untuk suaminya. Resepi yang sempat dipelajari dari makcik
Google selepas Subuh tadi.
“Abang nak tolong boleh? Sunyi la duduk kat depan tu sorang-sorang,” tanya
Firdaus. Tangannya sibuk bermain dengan rambut isterinya. Entah apa yang dipintal
namun dia seronok bermain dengan rambut panjang isterinya yang diikat satu.
“Ana dah nak siap dah ni. Tinggal nak goreng je. Okey abang tolong set kan
meja boleh? Bawa masuk sekali air teh ni ke dalam,” ujar Adriana. Firdaus
mencium pipi isterinya sebelum mengangkat teko berisi teh keluar dari ruang
dapur.
15 minit
kemudian, Adriana masuk dengan membawa semangkuk nasi goreng Cina. Terpegun dia melihat meja yang diset
oleh suaminya. Memang cantik! Teko yang digunanya tadi sudah ditukar kepada
teko dari gelas lutsinar. Set cawan dari jenis yang sama digunakan dan dilapik
dengan piring kecil dan kain kerawang putih dibawah. Terdapat juga buah-buahan
yang sudah siap dipotong dan brownie. Entah bila Firdaus menyediakannya pun dia
tidak perasan kerana sibuk merujuk kepada resepi ketika memasak tadi.
“Wah sedapnya bau!” Firdaus yang teruja mengambil mangkuk berisi nasi
goreng dari tangan Adriana yang masih terpegun.
“Abang yang setkan meja ni ke? Cantik,” puji Adriana ikhlas lalu mengambil
tempat duduk. Firdaus tersenyum bangga mendengarkan pujian dari isterinya.
“Biasa je ni. Okey jom baca doa makan!”Firdaus membacakan doa makan. Tak
sabar dia mahu menikmati nasi goreng yang dimasak oleh isteri tercinta.
“Ana sayang, kita nak pergi mana ni?” tanya Firdaus setelah lima minit
perjalanan. Adriana yang memandu dengan memakai kaca mata hitam hanya
tersenyum. Sengaja Adriana merahsiakan destinasi mereka daripada pengetahuan
Firdaus. Hari ini dia mahu suaminya mengenali sukan yang diminatinya.
“Sayang, abang tanya ni bukan suruh Ana senyum.”
“Just wait my love,” balas
Adriana. Diukirnya senyuman menggoda hanya untuk tatapan suaminya seorang.
Firdaus yang terpana dengan senyumannya terus terdiam.
Peugeot RCZ coupe
milik Adriana meluncur masuk ke blok Boulevard. Selesai memarkirkan kereta,
Adriana keluar dari kereta dan membuka pintu disebelah pemandu. Dia perlu mengejutkan
Firdaus yang tertidur. Mungkin bosan kerana pertanyaannya tidak dilayan
tambahan pula malam tadi Firdaus tidur lewat kerana menyiapkan lukisan pelan.
“Abang, kita dah sampai,” kejut Adriana lalu menghadiahkan kucupan di pipi
Firdaus. Firdaus mengeliat membetulkan urat-uratnya.
“Kita kat mana ni sayang?” tanya Firdaus sambil mengosok-gosokkan matanya.
Kantuknya masih bersisa.
“KLFC.” Comel pula Adriana melihat gaya suaminya yang baharu bangun dari
tidur. Rasa macam nak cubit-cubit namun ditahan.
“KFC?”
“Bukanlah, Kuala Lumpur Fencing Center. Jom masuk, Ana dah register abang untuk belajar fencing,” melopong mulut Firdaus. Bila
masa pula aku nak belajar fencing ni?
“Dah jangan banyak fikir, jom sayang?” cair confirm cair hati Firdaus.
Tangannya ditarik lembut oleh Adriana keluar dari kereta. Bagaikan disihir, dia
membiarkan sahaja isterinya yang comel memeluk lengannya.
“Abang, just treat this as our first
date okay?” bisik Adriana ditelinga Firdaus. Berdiri bulu roma Firdaus dengan
aksi menggoda sang isteri.
“Oh Mr Firdaus, welcome to KLFC. I’m
Kenneth, your coach. Pernah fencing
sebelum ni?” ramah Kenneth menegur Firdaus yang ralit memerhatikan kanak-kanak
yang belajar bermain pedang.
“Tak pernah. Nampaknya saya kena belajar dengan budak-budak tu semua la ye?”
kudus Firdaus bertanya membuatkan Kenneth tergelak besar.
“No no no Mr Firdaus. We have another
class for adult that we established last few years. Come let me show you
around. Oh Ad, Jullian, Ian and Lillian are waiting at hall B.” Adriana
menganggukkan kepala tanda faham.
“Abang, Ana pergi jumpa diorang ye? Nanti bila nak balik, Ana cari abang
okey?” pamit Adriana lalu mengucup tangan Firdaus.
“Okey sayang. See you later,”
balas Firdaus lalu mencium pipi Adriana. Kenneth yang memerhati tersenyum
melihat aksi romantik pasangan itu.
“This way Mr Firdaus.” Firdaus
mengekori Kenneth setelah hilang kelibat isterinya dari pandangan matanya.
“Amacam best tak fencing?” tanya
Adriana sebaik sahaja mereka masuk ke dalam perut kereta. Kali ini Firdaus pula
memandu dan Adriana menjadi co-pilot. Dua jam mereka habiskan di KLFC. Baik
Adriana mahupun Firdaus, kedua-duanya nampak keletihan namun puas.
“Abang tak boleh komen lebih-lebih sebab baru lagi. Tapi dari pemerhatian
abang, fencing ni menarik. Banyak
betul terminologi yang nak dihafal.
Lunge, parry, en-garde la macam-macam rasa macam nak balik France je,” luah Firdaus. Adriana
disebelah hanya tersenyum. Dahulu dia sendiri pun pening dengan terminologi
sukan itu namun disebabkan minat, semua itu dapat dipelajarinya dengan pantas.
Tambahan pula, tiga orang sahabatnya itu sering membantu dan sentiasa
memberikan sokongan kepadanya.
“Pernah pergi France ke?” pelik
juga Adriana apabila Firdaus menyebut ingin pulang ke Perancis. Macam ada
kampung disana sahaja lagaknya.
“Hehehe tak pernah. Tapi insyaAllah nanti kita pergi sana untuk honeymoon kita okey?” Adriana tersenyum
suka. Sebelum ini dia ke sana mengikut mamanya yang kaki shopping tapi bila
memikirkan yang dia akan ke sana dengan Firdaus untuk berbulan madu, tentu sekali
perasaan seronok itu berbeza.
“Kita balik rumah ye? Malam kang kita sambung dating,” Adriana mengangguk. Sabtu dan Ahad merupakan hari
meluangkan masa bersama untuk mereka setelah penat bekerja. Kadangkala, mereka pulang
ke rumah ibubapa mereka namun memandangkan masing-masing sibuk, Sabtu dan Ahad
sahaja masa yang ada untuk keluar bersama-sama.
Selepas solat Maghrib,
mereka keluar semula. Kali ini Firdaus pula memilih tempat untuk temujanji mereka.
Adriana memakai gaun princess cut paras bawah lutut berwarna hijau dan
dikenakan dengan kardigan lace lengan
pendek berwarna putih.
“Done!” Adriana puas hati dengan
solekan nipis dan bibir yang hanya disapu pelembab. Sememangnya dia lebih
sukakan wajah neutral dari bertempek empat inci dengan mekap.
“Sayang dah siap ke bel...” tak dapat Firdaus menghabiskan ayatnya dia
sudah terpaku dihadapan pintu bilik tidur mereka. Tinkerbell ke dalam bilik
aku?
“Dah siap dah. Sekejap ye Ana nak ambil beg,” Adriana segera beredar ke
bilik pakaian dan accessories yang dihubungkan dengan bilik tidur mereka.
Sedang Adriana leka memilih beg tangan untuk dipadankan dengan pakaiannya,
Firdaus memeluknya dari belakang. Terkejut juga namun dia hanya tersenyum
melihatkan refleksi suaminya dari cermin tinggi dihadapannya.
“Abang, Ana nak cari beg ni.”
“Sayang cantik macam Tinkerbell.
Comel sangat sampai rasa nak simpan dalam poket,” bisik Firdaus lalu mengigit
cuping telinga Adriana. Adriana mengeliat kegelian dengan aksi suaminya. Setelah menjumpai beg yang padan dengan
pakaiannya, Adriana memusingkan badannya dan memegang kedua-dua belah pipi
suaminya.
“Kita keluar sekarang ye? Nanti lewat pula balik, esok kita kerja kan?”
pujuk Adriana. Firdaus menarik tubuh Adriana ke dalam pelukannya.
“Tapi rasa macam tak nak keluar je sekarang ni.” Firdaus mengelus pipi isterinya.
Didekatkan wajahnya dengan wajah Adriana sehingga hidung mereka bersentuhan.
Merah padam wajah isterinya walaupun wajahnya tidak bereaksi.’
‘Alahai comelnya bini aku’ Firdaus mengucup bibir Adriana lembut sebelum
merenggangkan tubuh mereka. Sengaja dia mahu mengusik isterinya tadi. Masakan
dia mahu membatalkan makan malam mereka setelah dia menempah restoren dengan
suasana romantik hanya untuk mereka berdua.
“Come my dearest Tinkerbell. I’ll be
your Peterpan for the rest of my life,” ucap Firdaus. Tangannya merangkul
pinggang isterinya keluar dari bilik pakaian. Adriana mengeraskan diri setelah
mendengar ucapan Firdaus membuatkan Firdaus bingung. Aku salah cakap ke apa?
“But Peterpan loves Wendy...” Adriana
menundukkan kepalanya ke lantai. Terfikir juga yang Firdaus mungkin mempunyai ‘Wendy’
dan dia hanya Tinkerbell yang bertepuk sebelah tangan.
‘Pulok!’ Firdaus menepuk dahi mendengarkan kata-kata isterinya. Wajah
isterinya yang bertukar keruh lagi menambahkan rasa serba salahnya.
“Sayang, this Peterpan only love his
Tinkerbell. I, Muhamad Firdaus will love Adriana Hanan for the rest of my life,”
ikrar Firdaus. Tangan kanannya diangkat dan dia berdiri tegak dihadapan Adriana
Hanan yang tiba-tiba emosional. Pelik juga dia dengan perangai ratu aisnya ini.
Wajah Adriana yang sudah tersenyum membuatkan dia senang hati. Kalau tak rosak
rancangannya malam ini.
Tiba di restoren,
mereka disambut oleh ketua pelayan dan dibawa ke tingkat atas. Adriana ternyata
terpegun dengan kejutan yang diberikan oleh Firdaus. Keseluruhan tingkat itu
dikosongkan dan hanya terdapat sebuah meja di tengah-tengah. Sebiji macam
cerita Korea yang dia pernah tengok dulu. Firdaus ni mesti kaki layan cerita
Korea juga rasanya..
“Tadah! Suka tak? Yang ni si Muiz, Hamdan dan Iqram bagi idea kat abang.
Punyalah perah otak macam mana nak buat candle
light dinner yang romantik untuk steri abang ni sampai pergi minta tolong
kengkawan sengal abang tu hehehe..” Firdaus menjelaskan dengan teruja dari mana
dia mendapat idea untuk makan malam mereka itu. Adriana yang mendengar menahan
tawa. Kelakar juga suaminya sehingga sanggup berguru dengan Muiz, Hamdan dan
Iqram.
“Suka. Terima kasih abang,” ucap Adriana ikhlas. Firdaus segera menarik
kerusi untuk isterinya. Romantik sekali sekala apa salahnya?
“Sebenarnya tadi Ana ingat abang tiru cerita Korea. Tak sangka idea
kawan-kawan abang rupanya. Apa-apa pun Ana suka,” Firdaus tersenyum lalu
mengapai tangan isterinya.
“Hehe sebenarnya kami ni dulu suka layan cerita Korea. Masa sekolah dulu,
kengkadang kami dok lepak rumah si Muiz layan cerita Korea sampai si Mia tu pun
naik bosan tengok kami,” terang Firdaus sambil tersengih. Adriana
menggeleng-gelengkan kepala dengan telatah suaminya. Persahabatan suaminya
dengan Muiz, Hamdan dan Iqram hampir sama dengan persahabatan diantara dia,
Jullian, Lillian dan Ian.
“Mari makan, tak sedap pula makanan ni kalau sejuk nanti,” ajak Firdaus
sebelum menadah tangan untuk membacakan doa dengan diikuti oleh Adriana.
Sepanjang makan, mereka berkongsi cerita tentang dan bergurau. Rasanya malam
itu Adriana memecah rekod bercakap paling banyak sepanjang hayatnya. Sang suami
pula gembira melihatkan si isteri yang banyak bercakap sekaligus membuatkan dia
lebih kenal dengan Adriana Hanan binti Ilyas.
2 comments:
ada sambungan tak?
ada..novel ni masih belum siap sepenuhnya..sila tunggu update disini ya?
(^-^)v
Post a Comment