Kapitalis

Sunday, March 31, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 5

taken from here 

"Dah siap dah pack barang-barang Ana?" tanya Firdaus sambil mengambil tempat disebelah Adriana yang sedang menonton televisyen. Datuk Ilyas dan Datin Hafsyah tiada dirumah kerana pergi beriadah di pusat sukan berhampiran rumah mereka.

Adriana menganggukkan kepala. Dia menghulurkan pinggan berisi biskut jagung kepada suaminya lalu bangun untuk mengambil minuman. Dia kembali dengan segelas air teh hijau.

"Woah green tea? I'm not a fan but well let me give it a try" kata Firdaus sambil meneguk air teh hijau yang dihidangkan isterinya.

"Eii kelatnya" komen Firdaus sambil membuat muka.

"Benda yang baik untuk kesihatan tak semuanya sedap" balas Adriana dengan muka tanpa reaksi.

"Yup. Antioxidant right? Abang tahu sangat." Firdaus menghabiskan minumannya yang masih berbaki.

"Hmm Ana?" Firdaus terus memandang wajah Adriana dengan muka yang agak serius sambil memegang tangan isterinya. Adriana yang terkejut dengan kelakuan suaminya terus memberi perhatian kepada Firdaus. Firdaus masih memandang Adriana dengan pandangan yang serius.

"Kenapa?" tanya Adriana sambil memandang tepat kearah Firdaus. Risau pula melihatkan suaminya yang tiba-tiba serius.

"Abang ada satu permintaan" kata Firdaus sambil membuang pandang ke luar rumah. Kelihatan seperti permintaannya itu teramatlah susah untuk dipenuhi. Adriana masih setia memandang kearah Firdaus yang kelihatan gusar.

"Abang...abang.."

"Kenapa?" tanya Adriana lagi.

"Tolong kemaskan baju abang sekali boleh?" kata Firdaus sambil tersenyum nakal kearah Adriana tak lama selepas itu dia sudah meledak ketawa. Suka sangat apabila dapat mengenakan Adriana. Adriana menayang muka kelat. Tak suka dirinya dipermainkan oleh suaminya yang tak habis-habis mengusiknya.

"La...janganlah marah. Abang gurau jela" kata Firdaus sambil cuba memeluk bahu Adriana. Adriana menolak Firdaus dan naik ke tingkat atas.

"Ana?!" Firdaus mula panik apabila melihat isterinya yang sudah meninggalkannya keseorangan diruang tamu.

'Ish aku kacau lebih sangat ke?' fikir Firdaus. Dia terus berlari mengejar Adriana yang sudah ke tingkat atas.

Sementara itu ditingkat atas,
Adriana terus mengeluarkan beg pakaian yang kosong untuk mengisi pakaian suaminya. Malas dia mahu melayan Firdaus. Dia mengeluarkan pakaian Firdaus dari almari dan mengaturnya diatas katil.

"Ana marah ke sayang?" tanya Firdaus yang sedang berdiri dihadapan pintu. Terasa seram untuk melangkah masuk kedalam bilik yang terasa dingin secara tiba-tiba.

'Fuiyoh boleh tahan juga aura dingin membeku isteri aku ni' bisik Firdaus dalam hati. Firdaus hanya menunduk memandang kearah ibu jari kakinya sambil bermain-main dengan jarinya. Sengaja dia membuat aksi sengal itu dihadapan isterinya dengan harapan isterinya memaafkannya. Adriana hanya memandang dingin kearah suaminya. Rasa marahnya hampir hilang apabila melihat gaya suaminya yang seperti budak kecil yang hendak minta maaf.

Adriana meneruskan kerjanya yang tertangguh. Dia memasukkan baju Firdaus yang sudah siap dilipat kedalam beg pakaian. Firdaus mula menapak masuk kedalam bilik apabila Adriana hanya mendiamkan diri. Dia duduk disebelah Adriana yang sibuk memasukkan pakaiannya kedalam beg. Apabila Adriana masih mendiamkan diri, Firdaus terus bangun mengambil bantal dan selimutnya. Adriana memandang pelik kearah Firdaus.

"Malam ni abang kena tidur luar kan?" tanya Firdaus dengan muka sedih. Adriana hanya terpaku memandang suaminya yang seperti merajuk. Adriana tersedar apabila suaminya sudah mula mengangkat kaki untuk keluar dari bilik tidur mereka.

"Abang!" Adriana sedikit terjerit memanggil suaminya. Firdaus menghentikan langkahnya dihadapan pintu sambil menoleh memandang Adriana.

"Tidur dengan Ana." Adriana menundukkan mukanya yang mula membahang. Tak sangka ayat itu akan keluar dari mulutnya. Firdaus tersenyum lalu meletakkan semula bantai dan selimutnya diatas katil.

"Nak abang tolong apa-apa tak?" tanya Firdaus yang sudah duduk disebelah Adriana.

"Ambilkan barang-barang toiletries abang." Adriana menjawab sambil tangannya laju mengemas. Firdaus terus bangun menuju ke bilik mandi. Barang-barangnya memang sudah Adriana kemas didalam rak didalam bilik mandi.

"Lagi?" tanya Firdaus yang sudah kembali dengan barangan peribadinya. Adriana hanya menggeleng. Firdaus merapatkan dirinya dengan Adriana.

"Ana, abang nak minta maaf" Adriana terus memandang Firdaus yang semakin dekat dengannya.

"Entah kenapa bila dengan Ana abang rasa seronok sangat nak mengusik. Selalunya abang tak macam ni dengan orang lain" ujar Firdaus ikhlas sambil menatap wajah isterinya. Adriana hanya mengangguk. Dia berasa malu apabila berada terlalu hampir dengan Firdaus walaupun mukanya masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Ana maafkan abang?" Adriana mengangguk cepat-cepat tangannya terus menzipkan beg yang sudah siap dikemas.

"Thanks sayang" ucap Firdaus sambil memeluk isterinya. Adriana hanya membiarkan suaminya memeluknya. Entah kenapa dia berasa selesa diperlakukan begitu oleh Firdaus. Firdaus meleraikan pelukan dan memandang muka Adriana yang kurang lima inci dari mukanya. Dengan perlahan dia mendekatkan muka mereka dan mengucup bibir isterinya. Adriana terkejut dengan tindakan berani suaminya namun dia hanya merelakannya kerana suaminya memang berhak keatasnya.

"Amboi kot ye pun tutuplah pintu Firdaus, Hanan." Datin Hafsyah yang baharu pulang dari aktiviti riadahnya menegur anak dan menantunya sambil tersenyum. Melompat Firdaus apabila melihat ibu mertuanya yang sudah tergelak melihat aksi mereka. Adriana pula berlari masuk ke bilik mandi.

"Err..sorry mama" ucap Firdaus sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Terasa canggung segala perlakuannya dihadapan ibu mertuanya kini. Malu sungguh aksi mesranya bersama isterinya diperhatikan.

"Hmm papa mana?" tanya Firdaus untuk menghilangkan malu.

"Papa ada kat bawah. Oh kamu dah kemas barang untuk ke Langkawi esok? Papa kamu ni memang suka buat benda ikut kepala dia. Ni sampai tergesa-gesa kamu nak pergi honeymoon esok" bebel Datin Hafsyah.

"Eh tak apa. Tadi Ana dah tolong kemaskan barang Firdaus. Tak adelah tergesa-gesa sangat." Firdaus hanya tersenyum kearah ibu mertuanya.

"Okaylah mama nak masuk mandi ni. Melekit rasa lepak jogging dengan papa kamu tadi. Ni Maghrib ni kita solat jemaah sama-sama kat bilik solat ye?" Firdaus hanya mengangguk setuju. Datin Hafsyah turut tersenyum sambil menuju ke bilik tidurnya.

Sesudah Datin Hafsyah beredar, Firdaus menutup pintu biliknya dan menuju kearah bilik mandi didalam kamar tidur mereka.

"Ana? Buat apa dalam bilik air tu? Mama dah pergi dah" Firdaus mengetuk perlahan pintu bilik mandi. Adriana membuka pintu sambil menundukkan kepala. Dia masih berasa malu dan janggal dihadapan suaminya nak-nak lagi setelah aksi mesra mereka tadi turut dilihat oleh mamanya.

"La..pandanglah muka abang. Pandang lantai buat apa?" kata Firdaus sambil memegang bahu isterinya. Adriana terus mengangkat muka memandang kearah Firdaus. Firdaus hanya tersenyum nakal kepada isterinya. Nampak comel sangat bila isterinya malu-malu memandang mukanya walaupun muka isterinya memang jenis tak ada reaksi.

Firdaus menarik tangan Adriana lalu membawa isterinya ke kerusi rehat ditepi jendela bilik mereka. Mereka duduk diatas kerusi rehat jenis Cleopatra itu. Firdaus memegang tangan Adriana dan menarik isterinya supaya dekat dengannya.

"Abang nak Ana tahu yang abang betul-betul sayangkan Ana. Mungkin Ana masih belum dapat sayangkan abang lagi tapi tak salah kalau Ana belajar untuk sayangkan abang kan?" kata Firdaus sambil memandang tepat ke wajah Adriana. Kelu lidah Adriana untuk membalas kata-kata suaminya. Dia hanya membalas pandangan Firdaus dengan wajah yang tiada ekspresi. Firdaus kecewa apabila tidak mendapat balasan dari isterinya. Dia terus bangun dari kerusi rehat itu. Belum sempat dia melangkah, terasa tangannya ditarik lembut oleh Adriana.

"Ana akan cuba" kata Adriana tanpa melepaskan tangan Firdaus. Firdaus tersenyum gembira lalu merangkul tubuh isterinya.

"Terima kasih sayang" ucap Firdaus sambil mengucup pantas bibir Adriana. Adriana hanya tersenyum nipis dengan kelakuan suaminya.

"Jom mandi sama-sama?" cadang Firdaus sambil mengenyitkan sebelah mata kepada Adriana.

"Tak nak!" balas Adriana sambil berlari masuk kedalam bilik mandi.

'Macam tak boleh mandi sendiri' bisik Adriana dan tanpa sedar dia tersenyum bahagia mengenangkan aksi romantis Firdaus.





Isteriku Ratu Ais - Bab 4

taken from here  

"Hmm kamu rancang nak pergi mana untuk honeymoon?" tanya Datin Hafsyah sebaik sahaja anak dan menantunya tiba di meja makan. Adriana hanya berdiam diri menayangkan muka tanpa ekspresi. Dia memang tak kisah pasal bulan madu mereka.

"Firdaus ingat nak pergi dalam Malaysia ni saja sebab cuti pun tinggal berapa hari je. Malas pergi jauh-jauh kalau setakat pergi seminggu." Firdaus menjawab setelah dia melihat Adriana buat tak tahu. Dia memandang kearah isterinya yang sibuk mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya.

"Tapi..nanti insyaAllah kalau ada cuti panjang, Firdaus nak bawa Ana ni pergi jauh-jauh sikit baru best" sambung Firdaus sambil tersengih kearah Adriana yang sudah siap meletakkan nasi goreng dan air teh dihadapannya. Muka Adriana masih tidak berubah.

"Eh Hanan ni, orang tengah bincang pasal honeymoon dia boleh pula dia buat tak tahu! Nak pergi ke tak nak?" marah Datin Hafsyah bimbang jika menantunya terasa hati dengan kelakuan anaknya yang suka membatukan diri.

"Sya, depan rezeki ni." Datuk Ilyas menegur isterinya yang berang. Datin Hafsyah memandang geram kearah suami dan anaknya. Datuk Ilyas hanya menayangkan muka selamba.

'Anak dengan papa sama je perangai!'

"Hanan ikut abang" jawab Adriana pendek sambil mula menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Firdaus tersenyum gembira apabila mendengarkan persetujuan isterinya itu.

"Hmm sebenarnya papa ada hadiah untuk kamu berdua. Papa dah tempah tiket untuk kamu berdua bercuti ke Langkawi esok." Datuk Ilyas memandang kearah Firdaus sambil tersenyum. Adriana memandang kearah papanya yang suka melakukan sesuatu yang kadangkala tidak dapat dijangka. Datin Hafsyah terlopong apabila mendengar kata-kata suaminya.

"La...bila abang tempah? Sya tak tahu pun.." Datin Hafsyah mula memuncung. Geram suaminya tidak berbincang dengannya tentang hadiah untuk anak dan menantunya.

"Awak kan busy uruskan perkahwinan Hanan?" Datuk Ilyas meneruskan suapan nasi gorengnya.

"Terima kasih papa" ucap Firdaus. Datuk Ilyas hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan.

"Ni hotel semua abang dah uruskanlah ye?" tanya Datin Hafsyah.

"Yup." jawab Datuk Ilyas pendek. Datin Hafsyah memandang geram kearah Datuk Ilyas.

'Ada gak yang tidur kat bangku taman malam ni' getus Datin Hafsyah dalam hati.

"Nanti papa bagi tiket flight dan detail pasal hotel kat Firdaus ye? Kereta sewa pun papa dah uruskan" ujar Datuk Ilyas kepada Firdaus. Adriana hanya mendengar sambil meneguk air suam. 

'Langkawi...' bisik Adriana dalam hati


Adriana berehat ditepi kolam renang didalam kediaman mereka. Memang sudah menjadi rutin Adriana untuk berehat dan kemudiannya berenang untuk sejam selepas makan. Dia tersenyum apabila teringatkan kenangan diantara dia dan Firdaus dikolam renang ini dahulu.

"Kat sini rupanya Ana, penat abang cari" kata Firdaus sebaik sahaja melabuhkan punggung disebelah Adriana. Adriana tersenyum nipis kearah Firdaus. 

"Nak berenang ke?" tanya Firdaus. Adriana mengangguk dan bangun untuk menukar pakaian. Dia menuju ke dalam bilik persalinan. Firdaus hanya mengekor dari belakang.

"Abang, Ana nak tukar baju" kata Adriana sambil memandang pelik kearah Firdaus. Firdaus tersenyum nakal.

"Tak nak abang teman ke?" Adriana menggeleng laju sambil cepat-cepat menutup pintu bilik persalinan. Kedengaran ledakan ketawa suaminya diluar bilik.

Selesai menukar pakaian, Adriana dan Firdaus melakukan senaman regangan. 

"Nak lumba? Kita buat dua pusingan" cadang Firdaus sambil menjungkitkan sebelah kening. Adriana mengangguk setuju. Sudah lama dia tidak berlumba renang dan peluang untuk berlumba dengan suaminya tidak akan dilepaskan.

"Okay satu..dua..tiga!!!" Adriana dan Firdaus terjun serentak kedalam kolam dan mula bersaing sesama mereka. Adriana berenang laju meninggalkan Firdaus. Firdaus yang tidak mahu mengaku kalah menukar gaya renangnya dan mula memotong Adriana namun tak lama selepas itu Adriana mendahului Firdaus dan sampai ke penghujung kolam.

Firdaus memandang tidak percaya kearah isterinya. Berenang macam ikan! Laju gila sampai termengah-mengah Firdaus nak mengejar. Atlet renangkah Adriana Hanan ni?

"Err Ana dulu atlet ke apa?" tanya Firdaus yang sudah terbaring ditepi kolam. Penatnya masih belum hilang. Adriana yang sedang mengapungkan diri didalam kolam renang terus berenang kearah suaminya. Dia sememangnya suka menghilangkan penat dengan mengapungkan diri, terasa damai jiwanya ketika terapung.

"Taklah." jawab Adriana pendek. Dia keluar dari kolam dan mengambil air mineral di bar yang terletak di hujung kolam renang. Bar itu merupakan tempat istirehatnya setelah penat berenang. Terdapat peti sejuk dan microwave di bar itu. Bukannya bar yang penuh dengan minuman keras!

Adriana menghulurkan botol air mineral kepada Firdaus. Firdaus menyambutnya dengan senyuman. Dia meneguk pantas air untuk menghilangkan dahaga. 

"Laju sangat Ana berenang sampai tak terkejar abang" komen Firdaus. Adriana tersenyum memandang suaminya yang leka memandang jauh kearah kolam renang mungkin mengenangkan dirinya yang kalah dengan isterinya sendiri.

"Kalau macam ni gaya Ana, abang tak risau kalau abang lemas kat laut sebab Ana boleh selamatkan abang kan?" kata Firdaus sambil tersenyum memandang isterinya. Adriana hanya tergelak kecil.

"Abangkan boleh berenang?" kata Adriana sambil tersenyum. Firdaus terpaku mendengar ketawa kecil isterinya. 

'Comel' matanya tertancap pada lesung pipit di pipi kiri dan kanan Adriana. Dia bangun dan terus mengucup pipi Adriana. Adriana yang terkejut hampir-hampir sahaja menolak Firdaus. Nasib baiklah dia masih ingat yang Firdaus kini suaminya dan berhak keatasnya. Mukanya mula membahang menahan malu. Firdaus sudah terkekeh ketawa melihat muka Adriana yang memerah. 

"Ana tolong ambilkan baju abang boleh? Abang tadi datang sini sehelai sepinggang tak sangka pula isteri abang ajak race" kata Firdaus sambil ketawa perlahan. Adriana mengangguk dan terus menukar pakaiannya di bilik persalinan. 

Setelah 10 minit dia kembali dengan pakaian Firdaus. Firdaus dengan selamba menyalin pakaiannya dihadapan Adriana. Adriana terus memalingkan muka. Tak sanggup dia nak menengok badan seksi suaminya. Malu ma~

"Eh kenapa tengok arah lain? Badan abang tak cukup lawa ke?" tanya Firdaus sambil ketawa mengusik. Tahu sangat isterinya masih malu dengannya. Adriana terus bangun dan meninggalkan Firdaus yang masih ketawa di kolam renang. 

"Aik terus tinggalkan abang? Alah dulu abang siap buat CPR kat Ana lagi." Firdaus terus menerus mengusik Adriana sambil jalan beriringan dengan Adriana. Adriana hanya menundukkan mukanya. Kenangan ketika zaman kanak-kanak dengan Firdaus sememangnya amat bermakna baginya.

'Kuat mengusik dia ni. Habislah' getus Adriana dalam hati. Wajah Firdaus ditatapnya seketika sebelum tersenyum kearah suaminya yang masih bersisa ketawanya.

Sunday, March 24, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 3

taken from here 

"Hanan..meh mama kenalkan kawan mama. Ni Auntie Fiza dan ni kawan baru Hanan, Firdaus." Datin Hafsyah memperkenalkan Puan Hafizah dan anaknya kepada anak gadisnya. Adriana menyorok dibelakang Datin Hafsyah. Budak lelaki itu hanya tersenyum memandang kearah Adriana.

"Firdaus, pergi la kawan dengan dia" pujuk Puan Hafizah. Firdaus mengangguk sambil berjalan menuju kearah Adriana.

"Nama saya Firdaus. Apa nama awak?" Firdaus berdiri dihadapan Adriana sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Adriana hanya memandang Firdaus dengan pandangan kosong. Dia teragak-agak untuk menyambut huluran tangan Firdaus. Belum sempat dia menyentuh tangan Firdaus untuk bersalam, Firdaus terlebih dahulu menarik tangannya.

Datin Hafsyah dan Puan Hafizah hanya tersenyum memandang gelagat kedua anak mereka. Firdaus terus menarik tangan Adriana dan mengajaknya bermain di taman. Adriana hanya menurut.

"Nama awak apa? Dari tadi saya tanya." Firdaus mengulangi pertanyaannya kerana Adriana masih membisu dan hanya menurut apabila dia mengajak Adriana ke taman.

"Adriana Hanan" jawab Adriana pendek. Dipandangnya kearah budak lelaki itu dengan malu-malu. Dia sebenarnya malu untuk bercakap dengan orang lain dan dia memang tak pandai bergaul.

"Tadi saya dengar mama awak panggil awak Hanan. Saya panggil awak Hanan juga boleh?" tanya Firdaus lagi. Adriana hanya mengangguk setuju.

"Okay sekarang kita nak main apa?" Firdaus tersenyum sambil menguis-guis tanah dengan ranting kayu.

"Jom main dekat swimming pool nak?" cadang Adriana. Dia sudah mula berasa selesa dengan Firdaus yang ramah itu.

"Swimming pool? Okay juga. Sekejap ye saya beritahu mama saya dulu." Firdaus terus meminta izin dari mamanya untuk ke kolam renang bersama Adriana.

"Okay jom!" Firdaus terus menarik tangan Adriana menuju ke pintu keluar kediaman Datin Hafsyah. Firdaus berpaling memandang Adriana apabila gadis itu mengeraskan badan tidak mahu mengikutnya.

"Err swimming pool tu kat ground floor dalam rumah" terang Adriana. Firdaus menepuk dahi lalu ketawa terbahak-bahak.

"La saya ingatkan nak pergi swimming pool yang dekat sport centre tu yang saya sampai minta izin ibu saya" Adriana hanya tersenyum melihat Firdaus yang sudah meleleh air mata akibat terlalu banyak ketawa.

"Jom" kini giliran Adriana pula yang menarik tangan Firdaus. Mereka terus masuk kedalam rumah dan menuju ke tingkat bawah tanah kediaman Datin Hafsyah itu. Datin Hafsyah turut mengarahkan salah seorang pembantu rumahnya untuk mengawasi Firdaus dan Adriana di kolam renang itu.

Mereka bermain-main di kolam renang bahagian kanak-kanak yang disediakan disitu. Datin Hafsyah memang sudah melarang Adriana dari masuk kebahagian dewasa kerana terlalu dalam untuknya. Kolam renang itu terbahagi kepada tiga bahagian; bahagian kanak-kanak, kolam 150 cm dan kolam sedalam dua meter.

Sedang leka mereka bermain, tiba-tiba Adriana tergelincir masuk kedalam kolam renang dewasa yang dalamnya dua meter. Firdaus terpaku seketika apabila melihat Adriana yang sudah terkapai-kapai meminta pertolongan. Pembantu rumah Datin Hafsyah pula ketika itu pergi menyediakan minum petang buat mereka. Tanpa berfikir panjang, Firdaus terus melompat masuk ke dalam kolam renang itu. Dia nekad untuk menyelamatkan Adriana. Terus dia berenang kearah Adriana dan membawa gadis itu ke tepi kolam.

"Hanan! Hanan! Bangun! Jangan mati!" Firdaus mula panik apabila Adriana tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedar. Dia teringat bantuan CPR yang pernah diajar oleh pengajar renangnya minggu lepas dan dia terus mencubanya kepada Adriana. Adriana memuntahkan air setelah diberikan bantuan kecemasan.

"Hanan dah okay ke? Tadi Hanan lemas. Nasib baik saya teringat cara bantuan CPR" Firdaus membantu Adriana untuk duduk.

"CPR?" Adriana terus teringat adegan bantuan CPR yang ditontonnya di televisyen. Mukanya terus membahang.

"Firdaus kiss saya ke tadi?" tanya Adriana malu-malu. Firdaus mengangguk sambil menunduk malu.

"Tapi itu pertolongan cemas bukan untuk saja-saja dan saya bagi oksigen kat awak" jelas Firdaus. Adriana hanya mengangguk walaupun kurang faham dengan penjelasan Firdaus.

"Dah jom kita main benda lain lah. Kita pergi tukar baju ye"

"Okay"

Lalu mereka meninggalkan kolam renang dan menuju ke tingkat atas.

"Alamak ibu tak bawa baju Firdaus la. Firdaus pinjam baju Hanan boleh?" tanya Puan Hafizah sebaik sahaja melihat anaknya yang basah kuyup. Adriana terus mengangguk setuju.

"Tak naklah! Firdaus tak nak pakai baju perempuan la ibu." Firdaus membentak kerana malu memakai pakaian Adriana.

"Ala bukan pakai skirt la Firdaus. Pinjam baju Hanan ye?" pujuk Datin Hafsyah. Adriana mula berkecil hati apabila Firdaus tidak sudi memakai pakaiannya. Dia pun ada baju T-shirt dan seluar bukan skirt semata-mata.

"Tak apalah kalau awak tak nak pakai baju saya. Lain kali saya tak mahu main dengan awak" ugut Adriana. Geram apabila Firdaus beria-ia menolak untuk memakai pakaiannya.

Firdaus memandang tajam kearah Adriana. Tak sangka gadis ini sudah mula mengugutnya.

"Yelah..yelah. Firdaus pakai!" Firdaus terpaksa mengalah apabila melihat Adriana yang seperti hendak menangis. Datin Hafsyah terus membawa Firdaus ke bilik Adriana sambil diikuti oleh Adriana dan Puan Hafizah.

"Nah Firdaus. Cuba pakai baju ni. Ni jela T-shirt yang besar Hanan ada. Hari tu Auntie salah beli" terang Datin Hafsyah. Firdaus terus menukar pakaiannya. T-shirt Hello Kitty berwarna pink terang itu disarungnya dengan penuh rasa sebal. Dia tak suka dengan warna pink ditambah pula dengan karakter Hello Kitty yang baginya begitu menjengkelkan.

Puan Hafizah terus menangkap gambar anaknya. Firdaus yang sibuk mencari seluar yang sesuai pula tidak sedar yang gambarnya diambil. Adriana tersenyum melihatkan Fidaus yang sudah memakai pakaiannya. Nasib baik kulit Firdaus cerah kalau tidak mesti tak padan dengan warna bajunya itu.

"Terima kasihlah Hanan sebab bagi Firdaus pinjam baju Hanan. Nanti bila Auntie dah basuh Auntie pulang balik ye?" Puan Hafizah berkata sambil mengusap-usap kepala Adriana. Adriana hanya tersenyum.

Adriana melangkah kearah Firdaus dan memegang tangan lelaki itu sambil tersenyum. Firdaus hanya menunjukkan muka kelat kerana tidak suka dengan pakaian yang dipakainya kini.

"Nanti datang lagi main dengan Hanan ye?" kata Adriana lalu mencium pipi kanan Firdaus. Firdaus terkejut besar dengan kelakuan Adriana yang sememangnya tidak dijangka. Dia memegang pipi kanannya sambil matanya membulat memandang Adriana yang sudah melarikan diri.

'Cis dia curi-curi kiss aku!' getus hati Firdaus sambil tersenyum. Puan Hafizah dan Datin Hafsyah yang turut menyaksikan kelakuan Adriana itu hanya ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala.


"Ana tengok apa tu?" tanya Firdaus apabila melihat isterinya ralit menengok sekeping gambar. Adriana terus menyimpan gambar itu didalam diari miliknya. Gambar Firdaus dengan T-shirt Hello Kitty yang berwarna pink terang itu diperolehinya dari Puan Hafizah ketika majlis resepsi perkahwinan mereka semalam. Lalu mengembalikan memori-memori indahnya bersama lelaki itu sewaktu kecil.

Adriana hanya menggelengkan kepala dan terus menyimpan diari didalam lacinya. Firdaus mulai berasa tidak senang hati apabila melihat tingkahlaku isterinya yang bagaikan merahsiakan sesuatu darinya. Adriana bangun mengemas katil dan menyediakan pakaian untuk suaminya. Walau bukan hari bekerja, dia masih ingin menyediakan pakaian untuk Firdaus kerana dia berasa seronok memilih baju yang bakal dipakai oleh suaminya. Dia mengeluarkan T-shirt berwarna krim dan seluar lalu diletakkan diatas katil. Firdaus tersenyum melihat kelakuan isterinya. Hilang terus prasangka terhadap Adriana.

"Abang nak mandi dulu?" tanya Adriana sambil tangannya ligat menggosok sedikit baju suaminya. Dia tidak suka baju yang berkedut kerana nampak tidak kemas dan boleh merosakkan imej.

"Tak nak mandi sekali ke?" tanya Firdaus sambil tersenyum nakal kearah Adriana. Adriana hanya menggelengkan kepala. Walaupun sudah tidur sekatil dengan lelaki itu namun mereka masih belum melakukan hubungan intim. Semalam dia dan Firdaus terasa amat letih dan terus tidur sebaik sahaja baring diatas katil.

Pagi tadi ketika dia bangun untuk solat Subuh, dia terkejut dengan keadaan dirinya yang dipeluk erat oleh Firdaus. Firdaus yang sebenarnya terjaga apabila 'bantal peluknya' bergerak-gerak berusaha untuk melepaskan diri. Sengaja dia memejamkan mata ketika Adriana mengejutnya kerana ingin melihat sejauh mana kesungguhan isterinya mengejutkannya. Dia bangun setelah isterinya mencubit pipinya geram. Selepas solat Subuh berjemaah, mereka berdua menyambung semula tidur kerana keletihan.

"Betul tak nak mandi dengan abang? Dulukan kita pernah mandi sama-sama?" usik Firdaus lagi. Adriana menggeleng laju. Dia mengantungkan baju yang sudah siap digosok bersama-sama dengan seluar di rak penyangkut. Terdengar Firdaus menyanyi-nyanyi kecil didalam bilik mandi. Selesai sahaja Firdaus mandi, Adriana terus masuk kedalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

"Jom turun sarapan. Mesti mereka dah lama tunggu kita" ajak Firdaus sebaik sahaja Adriana keluar dari bilik mandi dengan lengkap berpakaian. Adriana mengangguk setuju.

"Cuba cakap sikit? Asyik angguk-angguk, geleng-geleng. Macam bisu pun ada juga" tegur Firdaus sambil ketawa. Adriana hanya memandang geram. Malas hendak melayan kerenah suaminya.

"Aik marah abang ke?" Firdaus terus memeluk Adriana apabila isterinya itu bagaikan kecil hati dengan kata-katanya tadi. Adriana terkesima dengan aksi romantik suaminya pagi ini.

"Abang minta maaf ye Ana?" kata Firdaus sambil mencium pipi kiri isterinya.

"Okay" jawab Adriana pendek dia takut jika Firdaus meneruskan aksi romantiknya jika dia terus berdiam diri.

Firdaus terus memimpin tangannya untuk turun bersarapan. Mesti banyak soal jawab yang akan berlaku di meja makan nanti memandangkan mereka turun agak lewat.

Thursday, March 21, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 2

taken from here 

Adriana melangkah keluar dari bilik mandi setelah selesai membersihkan diri dan lengkap berpakaian.

"Tunggu sekejap ye, abang nak mandi lepas tu kita boleh solat sekali" kata Firdaus sambil tersenyum kearah Adriana yang sedang mengelap rambut.

Adriana hanya menganggukkan kepala tanpa memandang Firdaus. Dia sebenarnya sudah berwuduk dan berfikir mahu bersolat terus selepas mandi. Nampaknya dia kena menunggu Firdaus untuk solat berjemaah.

'Abang? Oh dia tua tiga tahun dari aku' getus Adriana dalam hati.

Selepas 10 minit, Firdaus keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala paras lutut. Adriana mengalihkan pandangannya kepada buku yang dibacanya. Terkejut kerana pertama kali melihat Firdaus yang begitu terdedah dihadapannya. Adriana terasa malu namun mukanya langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Firdaus pula dengan selamba memakai pakaian dihadapan Adriana. Baginya tiada apa yang perlu disorok kerana mereka sudah halal diantara satu sama lain.

Adriana terlopong apabila melihat aksi berani suami yang baru dinikahinya itu.

"Dah cukup-cukup la tengok abang, jom solat" Adriana tak sedar yang Firdaus sudah siap berpakaian dan kini berada betul-betul dihadapannya. Adriana pantas menganggukkan kepalanya. Cepat-cepat dia memakai telekung dan mengikut suaminya yang sudah berdiri diatas sejadah. Malam ini merupakan malam bersejarah buatnya. Malam dimana dia terkejut dengan aksi berani suaminya dan dia kini sudah ada imam lain selain papanya.

Selesai solat, Adriana mencium tangan Firdaus dan Firdaus menghadiahinya dengan ciuman di dahi. Muka Adriana masih tidak berubah namun sebenarnya dia berasa gembira dengan perlakuan Firdaus.

"Ana lapar tak?" tanya Firdaus tiba-tiba ketika Adriana sedang menegemas sejadah dan melipat telekung.

"Ana?"

"Oh abang nak panggil Hanan dengan panggilan Ana boleh? Kan nama penuh Hanan, Adriana Hanan? Biar abang rasa istimewa sikit" terang Firdaus sambil tersenyum kearah Adriana.

"Tapi kenapa 'Ana'?" tanya Adriana lagi. Dari dulu dia sememangnya mahukan seseorang untuk memanggilnya dengan panggilan 'Ana'.

"Sebab setiap kali abang panggil Ana, abang akan mengingatkan diri abang tentang tanggungjawab baru abang. 'Ana' kan merujuk kepada 'saya' dalam bahasa Arab? Jadi Ana melambang diri abang juga" jelas Firdaus.

Adriana puas hati dengan penjelasan Firdaus. Dia terus bangun dan menarik tangan Firdaus keluar dari biliknya. Firdaus terpinga-pinga dengan tindakan Adriana.

'Aku salah cakap ke?' getus hati Firdaus yang risau.

"Kenapa ni Ana?" tanya Firdaus apabila Adriana diam seribu bahasa. Dia hanya mengikut kerana ingin menjaga hati isterinya.

"Abangkan lapar." jawab Adriana pendek.

Adriana membawa Firdaus ke dapur. Dia melepaskan tangan Firdaus dan menyuruh Firdaus duduk di meja makan. Firdaus hanya memerhatikan gelagat isterinya dengan penuh khusyuk.

Adriana membuka peti sejuk dan mengeluarkan ayam, kentang, lobak merah dan brokoli. Setelah itu dia memanaskan nasi di dalam periuk nasi. Adriana membersihkan ayam, lobak merah dan brokoli, memotong bahan-bahan itu dan kemudiannya diasingkan. Dia mencapai bawang merah, halia dan bawang putih yang juga kemudiannya dipotong. Setelah itu Adriana menghidupkan api dan memulakan aktiviti memasak. Bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang ditumis seketika dan dia memasukkan bahan-bahan lain dan air secara berperingkat-peringkat.

"Nasi dengan sup ayam okay?" tanya Adriana. Firdaus hanya mengangguk nak membantah pun isterinya sudah mula memasak dan kini hanya menunggu sup itu mendidih. Sementara itu mereka duduk bersama-sama di meja makan.

"Ana suka memasak?" tanya Firdaus. Adriana hanya menjungkitkan bahu.

"Ana marah dengan abang ke?" Pertanyaan Firdaus membuatkan Adriana memalingkan mukanya kearah Firdaus sambil menunjuk muka pelik.

"Yelah, dahlah kena kahwin dengan abang lepas tu banyak punya permintaan abang tengah-tengah malam ni. Mesti Ana tak suka abang kan? Dari tadi Ana tak senyum" jelas Firdaus panjang lebar. Dia sebenarnya sudah tahu tentang Adriana Hanan yang sememangnya tidak suka menunjukkan perasaannya. Gelaran Ice Queen yang dipegang Adriana bukan diberikan secara suka-suka. Sengaja Firdaus mahu menguji Adriana malam ini. Kalau boleh dia mahu Adriana lebih mesra dengannya.

Adriana terpempan dengan soalan Firdaus. Dia kemudiannya menggelengkan kepala. Dia bukannya dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki itu.

"Saya tak kisah. Saya memang jarang senyum" Firdaus agak kecewa dengan jawapan Adriana. Dia sangkakan yang Adriana berkahwin kerana sukakannya. Disebabkan hubungan baik diantara mamanya dan Datin Hafsyah, sewaktu kecil dia sering ke rumah Adriana untuk bermain-main bersama gadis itu namun setelah mereka menginjak dewasa, dia sudah tidak ke rumah Adriana kerana sibuk dengan aktiviti persekolahan dan hidupnya sendiri. Setelah tamat universiti, dia bertemu dengan Adriana ketika majlis doa selamat di rumah Adriana namun gadis itu telah menjadi gadis yang dingin dan tidak bergaul dengan orang lain. Adriana juga seperti tidak mengenali dirinya apabila dia menegur gadis itu ketika majlis itu.

"Jemput makan." Adriana meletakkan sepinggan nasi dan semangkuk sup ayam dihadapan Firdaus. Dia kemudiannya duduk bertentangan dengan suaminya.

"Ana tak nak makan?" tanya Firdaus sambil menghirup sup dari sudu.

'Sedap!' puji Firdaus dalam diam sambil tersenyum kearah Adriana.

"Saya tak lapar" jawab Adriana pendek. Dia meneliti lelaki di hadapannya sambil tersenyum. Firdaus yang sedang berselera menikmati makan lewat malamnya itu tidak sedar yang Adriana sedang asyik merenungnya dan tersenyum kearahnya.

"Terima kasih ye masakkan untuk abang" kata Firdaus sambil membawa pinggan mangkuk ke sinki. Adriana menuju ke sinki dan membantu Firdaus mengeringkan pinggan mangkuk yang siap dicuci Firdaus.

"Sama-sama" jawab Adriana pendek.

Adriana senang dengan perlakuan Firdaus yang ringan tulang. Dia memang benci dengan orang yang suka mengambil kesempatan dan mengharapkan orang lain sahaja. Dalam diam dia mula menyukai personaliti suaminya.


Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Adriana dan Firdaus bersiar-siar seketika di taman bunga milik Datin Hafsyah.

"Ingat tak dulu kita selalu kena marah sebab petik bunga mama?" Firdaus teringat yang dahulu dia memang suka bermain pelbagai permainan dengan Adriana. Kadangkala mereka bermain masak-masak dan ada kalanya mereka bermain tembak-tembak. Aktiviti memetik bunga Datin Hafsyah pula dilakukan apabila mereka memerlukan bahan 'masakan' ataupun 'mewarna' dalam permainan mereka. Pandai sungguh menggunakan sumber semulajadi tapi aktiviti jugalah yang membuatkan mereka didenda membersihkan laman rumah yang bersepah dek aktiviti permainan mereka.

Adriana mengangguk. Dia tak akan lupa kenangan yang paling indah dilaluinya ketika kecil. Dia ingat cuma apabila mereka menginjak dewasa, dia terasa malu untuk bertegur dan bercakap dengan Firdaus. Kini rakan sepermainannya sudah menjadi suaminya.

"Dah lama abang tak datang rumah Ana kan? Bila mama cakap nak cari jodoh untuk abang, abang terus cakap abang ikut je sebab abang tahu yang nak dipinang mama pun bukan siapa-siapa mesti Adriana Hanan punya" kata Firdaus. Pengakuan Firdaus itu membuatkan Adriana terkesima.

"Abang sukakan Ana?" tanya Adriana sambil memandang tepat ke mata Firdaus. Orang kata mata tak pandai menipu jadi memang sudah menjadi tabiat Adriana untuk cakap sambil memandang kearah mata apabila dia inginkan penjelasan.

"Sejak dari dulu lagi" jawab Firdaus sambil membalas pandangan Adriana. Adriana tertunduk malu.

"Dah malam sangat ni. Jom masuk tidur" kata Firdaus sambil memimpin tangan Adriana menuju ke bilik tidur. Adriana hanya menurut. Didalam hatinya dia gembira kerana dia berkahwin dengan lelaki yang mencintainya tapi dia sebenarnya masih ragu-ragu dengan perasaannya sendiri.

'Cintakah aku pada Firdaus?' persoalan yang bermain didalam mindanya mula membelenggu dirinya sendiri.


Friday, March 15, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 1

taken from here 

Kurang dari dua jam Adriana Hanan akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan mamanya. Dengar bagaikan kahwin paksa tapi baginya dia redha dengan keputusan mamanya untuk mengahwinkannya dengan Muhamad Firdaus, lelaki yang berjaya membuatkan mamanya beria-ia menyuruhnya berkahwin.

"Err...Hanan, makcik tanya sikit boleh?" tanya Makcik Hani, mak andam yang diupah oleh mamanya. Adriana hanya menganggukkan kepala.

"Hanan kena kahwin paksa ke? Makcik tengok Hanan macam tak ada perasaan" Makcik Hani meluahkan perasaannya setelah beberapa minit mendandan Adriana. Adriana hanya menggelengkan kepala. Mukanya tetap tak berperasaan.

Muka tak ada perasaan. Itu sememang trademark bagi Adriana. Dari dahulu lagi dia sememangnya tak pandai menonjolkan perasaannya sendiri. Baginya malas sebab kalau ye pun hanya menunjukkan kelemahannya. Dia sememangnya mempunyai muka yang tampak dingin dan jarang senyum. Ratu Ais atau dalam bahasa Inggerisnya Ice Queen sememangnya gelaran yang diberikan oleh orang disekelilingnya kepadanya.

Selesai berdandan, Adriana ditinggalkan didalam bilik itu seorang diri. Adriana terus mengeluarkan telefon dari dalam lacinya. Diaturnya jadual kerjanya. 

'Hmm mama suruh ambil cuti dua minggu. Banyak benda yang kena postpone. Terpaksalah suruh Emir uruskan' Adriana terus leka menyusun jadualnya. Baju pernikahannya masih tergantung didalam almari. Terasa malas untuk dia bersiap awal-awal. Ada lagi 40 minit sebelum pernikahannya.

"Hanan, kenapa tak siap lagi? Tahu tak perjalanan dari rumah kita nak ke masjid ambil masa dalam 20 minit? takkanlah kamu nak bernikah kelam-kabut!" mamanya Datin Hafsyah sudah mencekak pinggang dihadapan pintu biliknya.

"Hani! Kenapa kamu tinggalkan budak ni sorang-sorang? Tengok dia dok sibuk atur jadual kerja dia lagi! Dah Hanan cepat siap!" arahan tak ubah macam Hitler dari mamanya harus ditaati oleh Adriana. Dia menyarungkan baju nikahnya sepantas mungkin. Makcik Hani pula dengan segera memekap nipis muka Adriana. Wajah Adriana memang tak perlukan solekan tebal untuk kelihatan cantik. Walaupun kedengaran seperti kelam-kabut namun Adriana masih kekal dengan muka tanpa perasaannya.

"Hah cantik pun anak mama. Okay jom turun, papa dah tunggu dalam kereta dah." Datin Hafsyah menarik tangan Adriana. Mereka berlari-lari anak turun ke tingkat bawah. Papanya memang pantang menunggu lama. Kereta mewah, Bentley New Flying Spur setia menunggu dihadapan pintu kediaman mereka. Dari jauh lagi Adriana menlihat muka papanya yang agak masam dek menunggu lama.


"Adriana, dah solat Zohor?" tanya papanya, Datuk Ilyas sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya didalam kereta.

"Sudah papa." Adriana memandang panorama diluar tingkap. Memang sudah menjadi kebiasaan baginya duduk ditepi tingkap setiap kali menaiki apa-apa kenderaan kecuali motorsikal. Tingkap pebenda kalau naik motor.

"Firdaus dah sampai ke?" Pertanyaan papanya itu dibiar sepi. Bukan dia tak mahu jawab tapi sebab dia memang tak berhubung dengan lelaki itu.

"Firdaus dah dalam perjalanan ke sana, tadi Fiza beritahu kat Sya" jawab mamanya. Mamanya tampak ceria hari ini. Yelah hari pernikahan anak tunggal la katakan.

"Hanan nanti jangan buat perangai tak senonoh pula depan Firdaus tu. Dia tu budak baik tahu. Untung kamu dia nak ke kamu yang muka macam robot ni." Datin Hafsyah tak habis-habis memuji bakal menantunya itu.

'Muka robot? Tak kisahlah' getus Adriana dalam hati. Dia sebenarnya tidak begitu mengenali Firdaus dan tak ada niat pun untuk mengenali lelaki tersebut. Firdaus pula bagaikan rela diperlakukan begitu. Tak pernah sekali pun lelaki itu menyuarakan hasrat untuk bertemu.

Teringat pada peminangan keluarga Firdaus,

"Sya, memang suka sangat kalau Firdaus ni nak jadi menantu Sya. Lagi suka bila difikirkan yang kita akan berbesan" Hajat besar yang dibawa oleh keluarga Firdaus itu memang disenangi oleh Datin Hafsyah dan Datuk Ilyas.

"Kita ni kan dah kawan lama. Kebetulan Firdaus ni pun dah stabil sekarang. Bila Fiza tanyakan tentang pilihan hati, dia kata dia tak ada dan tak kisah kalau Fiza nak carikan untuk dia. Memandangkan Fiza pun dah berkenan dengan Hanan, Fiza teruslah tanyakan dia untuk Firdaus" jelas Puan Hafizah panjang lebar. Datin Hafsyah tersenyum lebar apabila mendengar butir percakapan rakannya itu. Dia dan Puan Hafizah sudah berkawan rapat sejak zaman persekolahan lagi. Jadi memang dia arif dengan hati budi dan keluarga rakannya itu.

"Baiklah kami setuju je. Hanan, kamu macam mana?" tanya Datuk Ilyas kepada anak tunggalnya yang asyik menunggul sejak tadi.

"Beri masa untuk Hanan berfikir dulu." Adriana menjawab dengan suara yang mendatar ditambahkan lagi muka tanpa perasaannya.

Jawapan Adriana itu menyebabkan wajah Datin Hafsyah menyinga. 'Nak kena budak ni!' getus Datin Hafsyah dalam hati.

Puan Hafizah hanya tersenyum begitu juga dengan Encik Fikri. Faham benar mereka dengan sifat Adriana Hanan yang sentiasa tak berperasaan. Sejak dari kecil lagi memang Adriana begitu jadi mereka tidak berkecil hati pun jika begitu intonasi Adriana apabila menjawab soalan papanya.

"Tak mengapalah, Auntie pun tak paksa Hanan beri jawapan dia hari ni. Auntie faham yang Hanan juga perlukan masa untuk berfikir sebab ini masa depan Hanan. Tapi Auntie harap sangat Hanan menerima Firdaus." Puan Hafizah memang inginkan Adriana untuk menjadi menantunya. Suka dengan sifat Adriana yang tak manja dan cukup berdikari walaupun dilahirkan didalam keluarga yang kaya-raya.

Adriana hanya menganggukkan kepala. Sebenarnya dia suka akan cara Puan Hafizah yang berhemah berbanding dengan mamanya yang agak suka memaksa.

"Baiklah kami pulang dululah Sya. Firdaus balik awal hari ni jadi Fiza nak masak sedap-sedap untuk dia. Hanan, Auntie tunggu berita baik dari kamu ye?" Puan Hafizah meminta diri apabila sudah hampir waktu Asar.

"Baiklah Fiza, apa-apa nanti Sya contact Fiza ye?" Datin Hafsyah terus memeluk dan mencium kedua-dua pipi rakan baiknya itu. Datuk Ilyas dan Encik Fikri hanya memandang, dah biasa dah tengok drama sebabak dua rakan baik itu.

'Bukan ke hari-hari mereka berjumpa?' Encik Fikri hanya menggelengkan kepala. Suka sangat berdrama. Padahal rumah mereka bukannya jauh sangat. Berlainan taman perumahan sahaja.


"Hanan dah fikirkan tentang pinangan Firdaus? Apa jawapan Hanan? Ke Hanan dah ada pilihan lain?" Bertubi-tubi pertanyaan Datin Hafsyah sebaik sahaja Adriana pulang dari tempat kerja.

"Belum lagi." Adriana menjawab pendek. Tugasan yang menimbun di pejabat menyebabkan dia tiada masa untuk memikirkan tentang pinangan Firdaus.

"Apa! Takkan tak ada jawapan lagi? Dah nak dekat seminggu ni kamu tahu?" Datin Hafsyah bengang apabila anaknya itu bagaikan tidak ambil kisah sangat tentang pinangan Firdaus. Terasa bagaikan dia pula yang terlebih fikir untuk anaknya. Puas Datin Hafsyah memaksa Adriana untuk menerima Firdaus. Sejak dari hari Puan Hafizah melawat mereka, dia sering mengetengahkan tentang isu itu setiap kali dia bertemu empat mata dengan anaknya.

"Hanan naik dulu. Solat" Terus Adriana melangkah naik ke biliknya setelah bersalam dengan mamanya. Dia perlu bersihkan diri dan solat. Tadi dia tidak sempat solat ditempat kerjanya jadi dia perlu cepat kerana sudah hampir ke penghujung waktu.

Puan Hafsyah memandang geram kearah anak tunggalnya itu. Hajatnya untuk berbesan cepat dengan Puan Hafizah dipandang remeh oleh anaknya. Nasib baiklah anaknya seorang kalau ramai dan perangai macam Adriana rasanya dia dah boleh tempah bilik di Hospital Bahagia biar lagi aman disana.

Adriana cepat-cepat membersihkan diri dan bersolat. Selesai solat, dia berdoa agar diampunkan dosanya kerana lewat menunaikan kewajipannya dan memohon petunjuk supaya dia dapat membulatkan hatinya sama ada menerima atau menolak pinangan Firdaus. Dia sudah penat dipaksa mamanya yang mahukan jawapan segera.


"Mama, papa, Hanan setuju terima pinangan Firdaus" Pengumumannya itu hampir menghantar mamanya ke ICU kerana tercekik tulang ikan dek terkejut gembira dengan keputusan Adriana.

"Betul ke ni Hanan? Mama tak salah dengar kan?" Pucat muka Datin Hafsyah yang baru lepas tercekik. Adriana seperti biasa mengangguk sambil menayangkan muka tanpa perasaannya. Datin Hafsyah terus memeluk anak tunggalnya itu.

"Thanks sebab tunaikan hajat mama untuk berbesan dengan kawan baik mama! Biar mama ye yang plan majlis kamu? Kamu mesti busy kan? Ei..tak sabarnya mama." Datuk Ilyas gembira apabila mendengar keputusan anaknya itu walaupun tadi ada adegan cemas tetapi kegembiraan yang ditonjolkan oleh isterinya kini cukup membahagiakannya.

"Tapi ada syarat" Datin Hafsyah terkejut apabila Adriana mula hendak meletakkan syarat.

"Apa dia Hanan?"

"Hanan nak kahwin terus, tak mahu bertunang. Hanan malas nak ambil cuti banyak kali." Datin Hafsyah tersenyum gembira apabila mendengarkan cadangan Adriana.

'Ini sudah bagus!" getus Datin Hafsyah dalam hati.


Dengan sekali lafaz kini Adriana Hanan sah menjadi isteri kepada Muhamad Firdaus bin Muhamad Fikri. Sepanjang upacara pernikahannya, dia melihat yang mamanya dan Puan Hafizah cukup gembira. Majlis resepsi di Grand Millenium Hotel dihadiri oleh ramai kenalan papa dan mamanya dan saudara mara mereka. Tak lupa juga dengan keluarga sebelah Firdaus. Puan Hafizah turut menjemput kenalan dan saudara maranya untuk memeriahkan majlis.

Majlis ala perkahwinan diraja merupakan gabungan idea mamanya dan Puan Hafizah. Mereka memang sekepala dalam menguruskan perkahwinan dia dan Firdaus. Adriana hanya datang ambil ukuran baju untuk baju perkahwinannya sahaja dan dia yakin Firdaus juga begitu. Dia hanya bertemu dengan Firdaus pada majlis pernikahan mereka. Firdaus dilihatnya sangat prihatin dengan mamanya dan ibunya. Firdaus juga tak nampak kekok apabila menyarungkan cincin dan menyentuh ubun-ubunnya sambil berdoa ketika upacara membatalkan air sembahyang. Tenang sahaja lelaki itu apabila disuruh jurugambar bergambar dengannya. Adriana masih dengan muka tanpa perasaannya walaupun ditegur berulang kali dengan jurugambar yang kononnya mahu merakamkan aksi romantik sebagai kenangan.

"Tak mengapa bang, ambil gambar secara berlebihan ni pun sebenarnya kurang manis." Tenang sahaja Firdaus menuturkan ayat itu kepada jurugambar itu. Terus jurugambar itu tidak memaksa lagi Adriana untuk senyum.

Selesai sahaja majlis, Adriana sudah terkulai layu diatas katilnya. Penatnya tuhan sahajalah yang tahu. Penat melayan orang yang sibuk bertanya kisah 'percintaannya' dengan Firdaus dan macam-macam soalan yang membuatkan dia rasa hendak lari sahaja.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuk" arah Adriana pendek. Lagaknya seperti melayan pekerja bawahannya di pejabat.

"Assalamualaikum." Firdaus terus masuk dan tersenyum kepada isterinya yang baru dinikahi. Adriana menjawab salam Firdaus dan terus memandang pelik ke arah Firdaus.

"Err abang boleh tidur disini kan?" tanya Firdaus apabila Adriana senyap memerhati dirinya bagaikan pesalah.

'Alamak macam mana aku boleh lupa' Adriana mengangguk dan terus masuk ke bilik mandi. Dia perlu membersihkan diri dan menukar baju. Baju salinan turut dibawa masuk ke dalam bilik mandi.

Firdaus yang dari tadi memerhatikan gelagat Adriana hanya tersenyum. Macam manalah kehidupan rumah tangga mereka selepas ini?