*Cerpen ini jelas ternyata tiada kaitan dengan cerpen Short and Sweet sebelum ini ufufufufufu~
taken from google image |
Angin kencang bertiup di luar.
Detikan jam di dinding semakin kuat.
Berdenting melawan kesunyian alam.
Bising suara dari dalam otak mengganggu ketenangan.
Malik mulai resah.
Ayahnya masih belum pulang dari pekan.
“Apa yang kau runsingkan? Kejap lagi baliklah ayah kau tu,”suara Mak Esah memecah suasana hening di rumah usang milik Pak Sabit.
“Tapi ini dah lambat dah ni mak. Selalunya dia dah sampai dah,” keluh Malik.
“Malik ada benda nak cakap dengan dia,” ujarnya perlahan seumpama berbisik.
Mak Esah hanya menggeleng.
Malik teringat akan perbualannya bersama Aiman dan Abu siang tadi.
“Aku rasa harus aku sampaikan niat aku kat mak ayah aku.” Malik yang sedang duduk bertinggung di jeti memulakan bicara. Aiman dan Abu hanya berpandangan sesama mereka. Pening juga dengan perangai Malik yang kadangkala tidak dapat diduga.
“Hmm Malik, kau betul ke tak ni?” Abu turut bertinggung disebelah Malik. Kepalanya digaru seperti ada habitat kutu diatasnya.
“Mestilah!” Malik mula panas hati.
“Sabar Malik. Aku tak rasa mak ayah kau setuju,” sampuk Aiman yang dari tadi memerhati.
“Sudahlah kau orang! Aku nak balik!” Malik baran lantas bingkas bangun dan terus berlari pulang ke rumah. Tak ada sebab untuk dia terus berada disitu!
Bunyi dentuman guruh di langit mengembalikan Malik ke masa sekarang. Hujan diluar semakin lebat. Malik semakin tidak senang duduk. Debar hatinya tidak dapat ditahan lagi. Dia lantas mundar mandir diruang tamu rumahnya itu.
Zppt!
Sekelip mata pandangan matanya gelap. Bekalan elektrik rumahnya terputus. Dia menjengah ke rumah sebelah.
‘Satu kampung nampaknya akan bergelap malam ini,’getus Malik sendiri.
“Engkau cari aku ke, Malik?” Pak Sabit bersuara dari belakang.
“Ayah? Bila ayah masuk?” Malik mencari-cari sumber suara itu. Suasana yang gelap menyukarkan dia melihat.
“Aku masuk dari tadi lagi. Kau nak apa ni?”
Malik melabuhkan punggungnya. Berat rasa hatinya untuk menyampaikan berita ini. Namun, dia harus jujur.
“Malik na..na..nak ka..kahwin, pak,” ujar Malik gugup. Tidak berani hendak berlawan mata dengan ayahnya.
“Engkau dah gila ke Malik? Bentak Pak Sabit lantas berdiri bercekak pinggang.
“Mari sini kau!” Pak Sabit menanggalkan tali pinggang yang dipakainya lantas melibas punggung Malik.
“Abang, sudahlah tu,”Mak Esah cuba memujuk suaminya itu. Kasihan pula melihat transformasi warna punggung gebu anak lelakinya.
“Umur baru enam tahun, nak kahwin apa?!” Pak Sabit terus melibas anaknya itu. Malik yang dilibas hanya mampu menahan air mata. Anak jantan mana mungkin menangis!
-Tamat-
Ini merupakan karya kawan satu tempat kerja saya. Maaflah lama dok tinggal blog ni. InsyaAllah dalam minggu ni saya keluar lagi satu cerpen. Tunggu~~
Okay macam biasa, tak suka ka apa sila komen~~
(^-^)v
6 comments:
Hahahahaha serius lawakk...first fikir mcm nak ada conflict bgai..rupanya bru 6 tahun...aduiii apa2 pon best la kak 😻😂😂ヽ(´▽`)/
@farah shhar : hehehe thanks. Nnt akak smpikn kt kwn akak tu.
(^-^)v
Hahahha..😂 best ingt kn ade conflict tp xpun..
@lebah comel: hehehe..biasalah cerita kanak2..hahhaa
(^-^)v
lama tak bersiaran. Kelakar and sweetnyer budak2 nie...
@rozita kadiman: huhu saya pun dah lama tak update. Asyik tertangguh je.
(^-^)v
Post a Comment