[kredit] |
Kawasan jirat tempat dimana lelaki durjana itu
ditanam aku pandang dengan perasaan sebal. Batu penanda hanya ada gambar dan
nama. Tiada pun sembahan yang diletakkan di jirat. Sekitar jiratnya dipenuhi
semak lantas membuatkan aku ingin segera beredar dari situ. Mahu jadi kubur aku
pula jika tiba-tiba ada ular mematuk! Tapi..kaki aku tak mahu melangkah pergi
dan mataku tertancap tak beralih pada batu penanda jirat lelaki durjana ini.
“Pa..papa.” Air mata
aku tiba-tiba mengalir deras. Entah kenapa, aku sangat rindu untuk memanggil
lelaki durjana ini sebagai ‘papa’. Walaupun aku tak pernah disayangi namun, aku
tahu tanpa dia aku tak mungkin lahir ke dunia ini. Aku menangis sepuas-puas
hatiku dihadapan kubur. Nasib baik ketika ini tiada pengunjung lain jika tidak
, tak pasal-pasal aku menjadi tumpuan.
Setelah bertahun papa pergi meninggalkan kami
baru sekarang aku ada kekuatan untuk melawat tempat persemadiannya. Ini semua
atas desakan Isaac yang mahukan aku untuk memaafkan papa yang banyak membuat
onar pada keluarga kami. Aku terduduk menangis melepaskan segala yang terbuku
didada.