Kapitalis

Saturday, January 3, 2015

Cerpen: Kita Sahabat.

[kredit]  


“Kawan, aku dah tak boleh teruskan lagi. Korang pergilah dulu. Tinggalkan aku sendiri.”

“Tapi..”

“Sudah, tinggalkanlah sahaja daku. Aku tak mahu menjadi beban buat kalian.”

“Baiklah, aku akan cuba mendapatkan bantuan.”


“Apa yang korang merepek ni?!” Aku dan Hairul yang seronok berdrama tersentak dengan jerkahan Fadzli yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Abe’ atau Kelantan murtad sebab jarang guna loghatnya dek terlalu lama menetap di Selangor.

“Marathon 10km je kot! Drama je lebih. Dah, moh kita jalan slow-slow.” Aku dan Hairul hanya tersengih lalu meneruskan aktiviti marathon dengan berjalan perlahan.  Bila nampak amoi comel, aku dan Hairul terus bersemangat semula. Fadzli? Geleng kepala sahajalah dengan gelagat kami.







“Abe, kau serius ke ni?” soalku dengan mimik muka serius.

“Ye..”

“Tapi Abe....”

“Apa tapi-tapinya?”

I tak bersedia lagilah...” Aku terus menarik selimut dan membuat muka malu-malu.

‘Pap!’ Fadzli membaling tualanya tepat ke mukaku. Ceit! Nasib baik wangi!

“Aku minta kau jadi imam solat Subuh bukan pergi terjun parit! Payah sangat ke?!” Fadzli yang sudah mencekak pinggang aku pandang sambil tersengih. Kerang busuk pun lagi lawa dari muka aku sekarang rasanya hehehe...

“Kau pilih nak imam Subuh ini tak pun Zohor nanti. Kau dengan Hairul bincanglah berdua.” Fadzli yang sudah mengendur suaranya pantas mengenakan kopiah sebelum keluar dari bilik. Tahu sangat dia mahu duduk beriktikaf di surau tak pun buat solat sunat. Lain betul perangai dia dengan aku dan Hairul tapi kami memang suka berkawan dengan dia sebab walaupun macam garang tapi Fadzli baik gila! Ni dia minta kami jadi imam pula..aih malas betullah...







Selesai solat Subuh yang diimamkan oleh Fadzli, aku segera mendapatkan sahabatku itu. Hairul? Mamat tu cakap dia solat kat dalam bilik sebab terlewat bangun. Masa aku panggil dia tadi pun liat gila nak bangun! Bahana main game sampai lewat malam! Oh tadi nak mengelak jadi imam punya pasal, aku menyorok dalam tandas surau sampai dengar suara Fadzli laung iqamat baru aku masuk. Eloklah berkawan baik aku dengan syaitan-syaitan dalam tandas tadi...

“Abe, maghi ambo belaje make.” Aku labuhkan tanganku pada bahu Fadzli yang hanya mampu tersenyum dengan perangai tak semengah mana aku ini. Bukan aku tak mahu jadi imam tapi...seganlah weh! Kalau aku salah bacaan ke apa tak ke kesian kat makmum-makmum aku nanti?

“Haih Wan, Wan..aku nak bagi can buat pahala, kau lari..tak apalah lain kali kau cuba okey?” Aku hanya mampu tersengih. Tak mahu berjanji sebab nanti makan diri ma....

“Hairul mana?”

“Dia solat kat bilik dia kata.” Aku dan Fadzli melangkah masuk ke kafetaria. Pantas aku memesan dua keping roti canai telur untuk aku dan Fadzli. Janji mesti ditepati kalau tak memang perangai munafik!

“Cuba call Hairul, takut juga kalau dia terlepas Subuh. Ada lagi 20 minit sebelum syuruk ni.” Antara perangai Fadzli yang aku senangi ialah dia sangat mengambil berat pasal kami. Aku mengangguk lantas menelefon Hairul.

Tepat jangkaan Fadzli! Suara serak-serak basah Hairul membuktikan yang mamat itu memang tak bangun-bangun lagi! Haih mampus kena leter dengan Fadzli ni!

“Woi bangun Subuhlah!” jerkahku sekuat hati. Ramai juga pelajar-pelajar di kafetaria yang memandang pelik ke arahku.  Bunyi barang-barang terjatuh dan tapak kaki yang berlari mengukuhkan sangkaan aku yang Hairul melompat bangun dari katil dan sedang berlari ke bilik air hahaha...






“Abe, aku nak minta pendapat kau ni.” Wajah Hairul yang kusut aku pandang pelik. Fadzli yang dihadapannya turut menjungkit kening. Buku yang sedang dibaca terus ditutup dan sekarang perhatian 100% diberikan kepada Hairul.

“Macam ni, aku minat dengan satu perempuan ni tapi aku malu nak terus –terang. Yelah, aku ni bukannya hensem, duit pun elek tapi aku pasti hati aku boleh kata baik jugalah. Macam mana ni ye be?” Tak payah tunggu, aku menghamburkan tawaku keras. Sumpah lawak sungguh Hairul ni! Lain pula dengan Fadzli yang terus berubah riak wajahnya. Serius sungguh muka dia.

“Wan!” Keras amaran dari Fadzli mematikan terus tawaku. Mana taknya, aku gelakkan Hairul sampai rasa nak terkucil kome tahu? Muka si Hairul merah bukan main setelah diketawakan olehku.

“Hairul, aku bukan nak memandai nasihat kau ke apa tapi perjalanan hidup kita masih panjang lagi. Buat masa sekarang, aku rasa lebih baik kau tumpukan pada pelajaran kau dan perbaiki diri. Bukan aku nak cakap kau tak baik ke apa, tapi kalau sungguh kau sukakan perempuan tu, aku akan cadangkan terus kahwin.” Hairul mengurut-urut dahinya.

“Kahwin apa be? Aku ni duit pun tarak, belajar pun tak habis lagi. Macam mana nak sara anak dara orang be? Aku ingat nak minta couple je dulu dengan dia.”

“Hmm nak tanya kalau kau couple dengan dia, kau nak buat apa je dengan dia?”

“Alah Abe, biasalah. Keluar tengok wayang, jalan-jalan, shopping tak pun makan-makan. Tak adalah sunyi sangat hidup aku ni be,” luah Hairul dengan muka ceria. Mungkin membayangkan saat indah yang bakal dilalui setelah bercinta. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Tak retilah aku nak bagi nasihat kat orang. Aku pun belum pernah bercintan-cintun.

“Kau rasa sunyi ke Hairul?” soalan dari Fadzli membuatkan aku terkejut. Sahlah Hairul tengah kesunyian itu yang nak bercinta bagai.

“Yelah, kawan-kawan lain semua dah ada awek. Korang berdua je yang tak ada. Gay ke apa?” ‘Pap’! Aku membaling bantal ke muka Hairul. Ini sudah lebih!

“Astaghfirullahalazim, nauzubillahiminzalik. Hairul, percaya tak kalau aku cakap couple ni banyak mudarat dari seronok?”

“Eh kenapa pula Abe? Bukan syok ke ada teman ke sana ke mari?” Bangkang Hairul bagaikan ahli kabinet Malaysia.

“Seronok sementara je. Dari segi kewangan, kau pun cakap yang kau duit pun elek. Setiap kali keluar aku berani cakap yang kau akan pakai banyak duit punya. Apa kau ingat dating zaman sekarang ni setakat berlari-lari di kebun bunga ke? Paling-paling pun makan kat kedai mamak. Dah makan tu, takkan kau minta awek kau bayar? Mesti kau bayarkan?” Hairul mengangguk sambil garu-garu kepala. Isy dia ni ada kutu ke apa?

“Tak boleh split the bill ke Abe?” sampuk aku tiba-tiba. Bosan pula senyap dari tadi.

“Boleh tapi sekali-sekala kena belanja juga kan? Perempuan ni, dia suka analisa lelaki-lelaki ni samada jenis kedekut atau tidak. Perempuan mana nak dengan lelaki kedekut kalah Haji Bakhil?”

“Tu baru keluar biasa. Hadiah tak kira lagi. Hadiah harijadi, hadiah ulangtahun entah macam-macam hadiah lagi.” Hairul mengangguk faham. Hairul ini belanja bulan-bulan pun bergantung PTPTN dan bila habis, mak ayah dialah yang menanggung. Selalu sangat dengar dia telefon mak dia minta masukkan duit bila nak hujung-hujung semester. Hmm berapa sangatlah duit PTPTN tu lepas ditolak yuran dan duit buku rujukan.

“Dari segi agama pula, berdosa kalau couple ni.”

“Eh pulak? Bukan kita digalakkan saling sayang-menyayangi sesama umat manusia ke?” sampuk aku lagi. Aku nampak muka Fadzli tahan gelak. Hehehe aku buat lawak ke?

“Ye memang pun tapi lain dengan sayang couple ni Wan oii. Bila dah sayang, keluar sama-sama mesti rasa nak lindungi awek kita kan?” Pantas Hairul mengangguk. Macam burung belatuk pun ada juga Hairul ni..kerja dia asyik mengangguk je..

“Nak lindung punya pasal; pegang tangan masa lintas jalan, pegang tangan bila jalan-jalan dan bila dalam bas pun nak pegang tangan juga sebab takut ada mamat bangla jeling-jeling manja kat awek kita tak gitu?” Hairul mengangguk lagi sebelum menggelengkan kepala. Dia ini kecelaruan maklumat ke apa?

“Bila awek kita mengadu sejuk, kita berlagak macho macam mamat Korea terus buka jaket dan peluk awek kita.” Fuh kuat betul imaginasi Fadzli ni! Dia layan cerita Korea juga ke?

“Wan, apa hukum bersentuhan dengan bukan mahram?” Ha..kan dah kena.

“Haram bro. Batal air sembahyang I...” aku membuat aksi gedik minta penampar. Hehehe tak sukalah serius-serius ni! Fadzli hanya senyum segaris dan Hairul tunjuk penumbuk.

“Hairul, couple ni mendekatkan kita dengan zina sekaligus akan membuatkan kita jauh dari Allah,” sambung Fadzli lagi.

“Eh kenapa pula?” soal Hairul yang nampak semakin berminat mendengar.

“Bila dah bercinta semua nampak indah dan pada ketika ini syaitan akan memainkan peranannya. Asyik teringat kat awek sampai lagi rela tatap smartphone tak berhenti dari baca Quran. Bila gaduh dengan awek ada ke minta pertunjuk dari Allah? Pelajaran terjejas, emosi jadi tak stabil dan ada yang sampai nak bunuh diri bila awek minta putus.” Tercengang terus Hairul dengan penerangan Fadzli. Berbanding dengan kami, Fadzli jelas memang lebih matang.

“Aku tak adalah teruk macam tu, be.” Hairul cuba mempertahankan diri. Kulihat Fadzli hanya senyum nipis dengan balasan dari Hairul.

“Kalau boleh kita elak. Aku tahu kau baik jadi aku tak nak kau rosakkan diri kau. Harapan mak ayah kau besar pada kau, Hairul.” Sebut sahaja mak ayah, Hairul terus tersentak. Dia meraup kasar mukanya.

“Kau cakap kau sunyi, Hairul? Mana mungkin sunyi sebab Allah sentiasa bersama kita dan aku percaya doa mak ayah mengiringi setiap hari-hari kau.”

“Allah..” Itu sahaja yang mampu diucap Hairul.

“Terima kasih Abe. Kaulah sahabat sejati aku,” ucap Hairul dengan senyuman ikhlas.

“Alhamdulillah. Sama-sama Hairul. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku je.” Dalam diam aku mengagumi keperibadian Fadzli. Dia berasal dari keluarga yang berada tapi dari segi percakapan dan gaya hidupnya serba-serbi sangat sederhana. Dahulu aku dan Hairul tak tahu pun pasal keluarga Fadzli sehinggalah dia menjemput kami menghadiri majlis perkahwinan kakakknya. Mahu ternganga masing-masing bila tiba di perkarangan rumah Fadzli yang lima kali lagi besar dari rumah aku.

“Hah kau Wan! Termenung apa tu?” jerkah Hairul tiba-tiba. Mahu terlompat juga dengan suara garau Hairul. Kurang ajar!

“Aku tengah fikir hal negaralah! Dahlah aku nak masuk tidur!” Aku terus menapak ke bilikku. Berat pula kepala aku dengan pengisian dari Fadzli aka Ustaz Abe.








Tamat pengajian aku, Fadzli dan Hairul terpisah. Aku mendapat tawaran bekerja di Perlis manakala Hairul di Pahang. Fadzli dan keluarganya pulang ke Kelantan. Sekali-sekala ada juga kami berhubung bertanyakan khabar. Hairul dan Fadzli masing-masing sudah mendirikan rumahtangga tinggallah aku seorang bujang terlajak. Hahaha..hakikatnya aku masih belum menemui perempuan yang boleh aku jadikan perempuan yang teristimewa selepas ibuku.

 Teringat perbualanku dengan Fadzli sebulan yang lepas ketika aku pergi melawatnya di Kelantan.

“Wan, aku nak tanya soalan sensitif sikit.”

“Hmm tanyalah..”

“Kau belum jumpa calon yang sesuai nak buat isteri ke?” Soalan yang diputar sedikit dari ‘Bila kau nak kahwin’.

“Buat masa ni belum,  Abe,” jawabku dengan senyuman.

“Kau nak aku tolong?” Aduilah Fadzli, aku tahu kau baik tapi...bab jodoh ni kalau boleh aku nak cari sendiri.

“Tak payahlah Abe, aku lagi suka jika aku pilih permata yang sesuai untuk aku itu sendiri. InsyaAllah, sampai jodoh, aku kahwin.” Fadzli mengangguk faham.

“Kalau kau nak aku tolong apa-apa, beritahu je.” Aku menghadiahkan senyuman buat sahabatku ini. Kemudian kami hanya mendiamkan diri sambil menikmati angin malam.








Telefon pintarku yang berbunyi aku gapai dan aku tersenyum sebaik sahaja melihat nama yang terpapar di skrin.

“Assalamualaikum Rul! Lama tak dengar cerita?”

“Waalaikumussalam Wan. Kau sihat?” Suara Hairul dihujung talian sedikit sebanyak mengetuskan kerisauan.

“Alhamdulillah sihat bro. Kau okey tak ni? Lain benar suara kau.”

“Wan, aku nak kau bertenang. Kau tahu tak Kelantan tengah banjir sekarang?” Kelantan dan banjir memang tak boleh dipisahkan. Negeri Pantai Timur akan dilanda banjir setiap tahun menjelang musim tengkujuh jadi apa yang nak dihairankan?

“Biasalah hujung-hujung tahun ni memang banjir kat sana. Kenapa?”

“Abe hilang dibawa arus Wan.” Allahuakbar! Jantungku bagaikan terhenti seketika mendengarkan perkhabaran dari Hairul.

“Ma..mana mungkin bro! Kau bergurau kan? Abe berenang macam ikan mana mungkin boleh hanyut!” Aku dapat rasakan yang dadaku mula sesak dan otakku sedang berusaha menterjemahkan perkhabaran Hairul yang bagaikan satu mimpi ngeri.

“Wan, aku tak mungkin bergurau pasal hal ni. Banjir kali ini paling teruk dalam sejarah. Tadi orang rumah Fadzli telefon beritahu isteri aku. Fadzli hanyut sebab nak selamatkan anak jiran dia. Sebaik sahaja dia bagi budak tu ke tangan mak dia, ranting pokok tempat dia berpaut patah dan dia tenggelam dibawa arus deras. Aku tak tahu apa nasib sahabat kita, Wan.” Sayu suara Hairul menceritakan apa yang terjadi pada Fadzli. Air mata aku sudah tak tertahan.

“Rul, bila dia hilang bro?” soalku dengan suara yang tertahan-tahan. Air mataku sudah tak segan merembes keluar.

“Pagi tadi Wan, arus deras sangat jadi usaha mencari tertangguh.” Allahuakbar! Aku sudah tak dapat menahan sebak. Perasaan risau dan sedih saling bercampur-baur.

“Ada banyak mayat lain ditemui tapi bukan mayat Abe. Kita doakan semoga Abe selamat.” Aku mematikan talian setelah mengucap salam. Hairul ada mengatakan yang dia akan ke Kelantan untuk bertemu keluarga Fadzli. Mahu 10 minit juga aku terdiam selepas mendengar perkhabaran itu. Ah tak boleh jadi! Pantas aku menggapai beg kerjaku dan meluru keluar dari pejabat.


“Saya ambil cuti kecemasan. Jika ada sebarang urusan boleh hubungi saya atau rujuk dengan Said.” Setiausahaku mengangguk faham. Dalam kepala aku sekarang cuma aku perlu ke Kelantan untuk mencari Fadzli. Duit bila-bila boleh cari tapi sahabat sepertinya mana mungkin boleh diganti!

************************************************************************
Alhamdulillah. Siap satu cerpen yang bukan cerpen cinta tapi lebih kepada kasih sayang antara sahabat. Lain sikit dari kebiasaan dan macam biasa, tak suka ka apa sila komen. Oh ye, saya memang nak tamatkan cerpen ini sebegini.

19 comments:

Author said...

sob2..Terasa kehilangan Fadzli.(abg saya tuh..Kehkehkeh)

Norlyana Nasrin said...

@Fazliana Nazri: hehe..main petik je nama tu.
(^-^)v

Anis Farhana said...

Rasa sedih pulak tetiba T.T

Unknown said...

Sedihlah pulak. Ada sambungan tak kak?

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: (^-^)

@adryz annisa,: untuk cerpen ni memang x ada sambungan.

(^-^)

SyAzANa SoPi said...

Nk tau apa yg jd kat Fadzli. Slmt ke x??

Norlyana Nasrin said...

@Syazana Sopi: saya serahkan pada pembaca untuk membuat andaian sendiri.

Tip: saya x suka sad ending

Unknown said...

ketenteraman hatiku tersentap...huhuhuhu

Norlyana Nasrin said...

@Audadi Dzihni: huhu sekali-sekala buat cerpen gini..

InsyaAllah selepas ni kembali sengal sebelum mencuba genre yang lain.

(^-^)v

Unknown said...

nnati smbung la lg nvel isteriku ratu ais..bru jmpa blog ni..mmg best smua nvel dn cerpen...:)

Norlyana Nasrin said...

@Jauhariatul Hidayah Johar: untuk Isteriku Ratu Ais, saya bercadang untuk menghantar manuskrip ke syarikat penerbitan novel.

Alhamdulillah,terima kasih. InsyaAllah akan terus menulis selagi mana Allah izinkan.

(^-^)v

Unknown said...

Nice story. Story if friendship yg menarik.

Norlyana Nasrin said...

@rozita: Alhamdulillah (^-^)v

Terima kasih.

Unknown said...

Best best karya adik. Tahniah!

Norlyana Nasrin said...

@Rosnoraini Aziz: Alhamdulillah terima kasih.

(^-^)v

Syaf Ismail said...

Assalamualaikum sis. Maaflah jika apa yang saya katakan ini mengguris hati. Tapi cerpen ini agak hanging berbanding cerpen lain yang mantap endingnya. semoga boleh diperbaiki

Norlyana Nasrin said...

@Syaf Ismail: Waalaikumussalam. X apa. Untuk cerpen ini memang saya dah tetapkan yang pengakhiran dia mcm ini. Terpulang kepada imaginasi pembaca untuk membayangkan apa nasib Abe. Terima kasih sebab sudi baca dan memberikan komen. InsyaAllah saya akan memperbaiki lagi mutu cerpen saya di masa akan datang.

Unknown said...

assalamualaikum, bagusnya cerpen macam ni...jauh imaginasi tentang kasih sayang lebih2 lagi dari kalangan lelaki..
bagus saya suka sangat...
terus menulis cerpen yang menyentuh jiwa macam ni...
habis keluar air mata, saya suka ending macam ni...nampak hang tapi ianya buat saya berimaginasi...
hehe..just love it...

Norlyana Nasrin said...

@Atiqah Ismail: Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah.
Memang saya suka bereksperimen dengan setiap karya saya. Bila tak ada idea je yang dok buat cerita lebih kurang hehehe..

Apa2 pun terima kasih sebab sudi baca dan komen

(^-^)v