[kredit] |
Kalaulah ada
mesin masa Tardis dalam wad si Emy ini, mesti aku dah naik dan kembali kepada
masa Suha sebut nak minta adik. Muka ice
king yang terkejut nak aje aku abadikan dalam telefon pintar aku hehehe…
“Ye? Suha nak adik boleh?” Okey rasanya aku tak payah naik Tardis sebab
dengan polosnya Suha mengulang semula permintaannya.
“Zimam dengan Ayyash bukan adik Suha ke?” soal ice king kepada Suha. Wajah Suha bagaikan memikirkan sesuatu
sebelum mengangguk perlahan. Siapa pula Zimam dengan Ayyash ni?
“Tapi Suha bukan selalu dapat jumpa diorang sebab sekolah. Kalau Suha ada
adik, hari-hari boleh jumpa.” Aku hanya mampu menahan tawa apabila si ice king macam dah kehilangan kata-kata.
“Oh tadi kata nak pergi I-City?” Sengaja aku menukar topik. Kesian pula tengok
ice king yang menayang muka minta
tolong kepada aku. Pertama kali aku tengok banyak riak muka ice king hari ini dan aku akui aku
sangat menyukainya.
“Eh boleh ke? Papa kita pergi I-City sekarang boleh?” Aku melihat wajah ice king tampak lega.
“Sekarang dah lewat sangat. Kita pergi esok. Selena boleh ikut?”
“I wouldn’t miss it for a world!”
Okey semangat tak jawapan aku? Ice king
hanya tersenyum sedikit. Mereka kemudian meminta diri memandangkan sudah lama
berada di hospital. Keluarga Emy dan Isaac keluar untuk solat meninggalkan aku,
mama, Emy dan si bayi didalam bilik ini.
“You look happy.” Emy yang sedang
menyusukan puteri sulungnya menghadiahkan senyuman. Mama hanya memandangku dari
sofa.
“Indeed.” Tak perlu nak berahsia.
Aku memang gembira nak-nak lagi aku sudah naik pangkat menjadi seorang makcik.
Hahaha...
“Ini baby ni nak namakan apa?”
“Hmm sebenarnya banyak juga nama yang Isaac cadangkan tapi saya tak fikir
sangat. Tak apalah, biar Isaac buat list
so nanti korang boleh tolong pilih.” Hahaha selamba betullah Amy ni..
Keesokan harinya,
seperti yang dijanjikan aku mengikut ice
king dan Suha ke I-City. Pada mulanya kami melawat Red Carpet, iaitu muzium
patung lilin. Menarik juga melihat patung lilin yang dihasilkan dengan teliti
dan menyerupai manusia sebenar. Suha dan aku seronok bergambar dan tekalah
siapa tukang ambil gambar kami hehehe...Ice
king dengan sabar melayan kerenah kami berdua dan bila melawat muzium Trick
Art. Dia pula yang macam teruja tapi masih menunjukkan muka tanpa riak. Macam
mana aku tahu dia teruja? Kamera dihulurkan kepada Suha dan disuruhnya si anak
mengambil gambarnya. Serius ice king ni
memang lawak. Ada juga gambar kami bertiga dan ada kisah disebaliknya. Seorang
pelancong dari Australia meminta tolong si ice
king mengambil gambar keluarganya dan untuk membalas budi, dia ambilkan
gambar kami. Aku rasa gambar tu mesti aku cuci saiz besar dan bingkaikan
hehehe...
“Selena, jom masuk House of Horror!” Baiklah, walaupun aku ini ganas tetapi
aku sangat tak suka dengan benda-benda macam hantu ke zombie ke apa. Senang
cakap aku penakut hantu.
“Err..Suha masuk dengan papa je boleh?” Ice
king memandang wajah aku lama. Mesti dia perasan yang riak wajah aku
berubah.
“Tapi Suha nak masuk dengan Selena dan papa...” Aduilah, suara Suha yang
mengendur membuatkan aku serba-salah. Nak tak nak, aku masuk juga rumah hantu
itu dengan perasaan tak rela.
Masuk sahaja,
bulu roma aku dah tegak berdiri. Tangan Suha aku genggam kemas. Ruang dalam
House of Horror ini gelap dan luas. Ikutkan, aku mahu menutup mata sepanjang
berjalan tapi takut terlanggar hantu pula. Tengah aku berusaha untuk tidak
bertentangan mata dengan hantu-hantu, satu jasad tiba-tiba memegang bahuku dari
belakang dan ketahuilah aku terus melompat lantas memeluk tubuh sasa ice king dihadapanku.
“Selena!” Suha yang turut terkejut ikut sama memeluk tubuh ice king. Dek terlalu takut, aku biarkan
sahaja ice king mengheret kami berdua
keluar dari House of Horror dalam keadaan dipeluk belakang dan tepi. Nampak
sahaja cahaya matahari, aku menarik nafas lega dan melepaskan tubuh ice king.
“Sorry. Aku memang takut hantu.” Aku tahu yang aku dah buat satu kesalahan
kepada ice king sebab agama dia
melarang lelaki dan perempuan tanpa hubungan keluarga atau suami-isteri
berpelukan.
“Awak tak sengaja dan silap saya juga.”
“Suha minta maaf sebab ajak Selena masuk.” Alahai budak comel ni. Aku
menghadiahkan senyuman lantas menggelengkan kepala.
“Tak apa. Selena ni je yang penakut. Jom pergi Waterworld? Suha ada bawa bathing suit right?” Suha mengangguk
kepalanya riang. Budak-budak biasalah suka main air.
Selesai berendam
dan bermain air dengan Suha, kami menukar baju sebelum beredar ke restoran
untuk makan tengah hari yang boleh dikatakan agak lewat juga dek terlalu asyik
bermain. Tadi ice king hanya
memerhati dan ada ketika dia menghilangkan diri. Mungkin ke tandas atau solat.
“Selena, tengok jari Suha kecut.” Aku hanya ketawa lalu menunjukkan jari
tanganku yang turut sama mengalami kekecutan itu.
“Lepas ni kita nak pergi mana papa?”
“Snowalk.” Ice king mengeluarkan
beg kertas dan diberikan kepadaku.
“Eh kau pergi ambil ke tadi? Thanks.”
Beg kertas berisi sarung tangan, stokin, baju sejuk dan penutup telinga untuk
aku dan Suha. Aku tinggalkan didalam kereta tadi sebab agak sengal nak membawa
segala barang ke sana ke mari.
“Kenapa kau tak join main air
tadi?” soalku sambil menyuap kentang goreng kepada Suha.
“Not interested.” Ice king memandang wajahku sekejap
sebelum meneruskan suapan.
“I prefer swimming in private pool,”
balasnya lagi. Waa dia dah mula membuka ruang untuk aku!
“Well you can come to my house for
swimming. I have a private infinity pool with KLCC view.” Ice king
tersenyum sedikit sebelum menggelengkan kepala.
“Why? Suha nak datang rumah
Selena tak?” Masa-masa ini memang rasanya kena gunakan budak comel ni.
“Nak!”
“Selena, jangan gunakan Suha!” Tersentak aku apabila ice king memberikan amaran tegas. Suha turut menikus melihatkan
papanya yang sudah naik angin.
“I’m sorry.” Sunyi memenuhi ruang
dan aku betul-betul dah hilang mood.
Tak ada siapa pun
yang mahu bersuara. Masing-masing mendiamkan diri dan aku hanya melayan Suha
bermain salji didalam Snowalk. Rasa macam nak balik rumah je sekarang!
“Selena, jom masuk igloo.” Aku
menganggukkan kepala dan memegang tangan Suha untuk masuk ke dalam igloo. Ice king tu memang aku tak nak
ambil kisah langsung kalau boleh! Sentap tak habis lagi. Igloo ini memang sesuai untuk kanak-kanak sahaja tapi ada aku
kisah?
Masuk sahaja
dalam igloo, aku terkejut apabila
Suha tiba-tiba menjerit kesukaan.
“Mama Ana!” Suha terus mendapatkan seorang wanita yang sedang bermain salji
dengan anak-anaknya.
“Suha datang dengan siapa?”
“Suha datang dengan Selena dan papa. Mana Papa Daus?” Wajah wanita itu tak
beriak. Sebiji macam ice king tu!
“Hai saya Selena.” Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita
tak beriak ini.
“Saya Adriana.” Dia menghadiahkan senyuman segaris untukku. Walaupun tak
lama tapi aku dapat merasakann keikhlasannya.
“Mana Papa Daus?”
“Papa Daus keluar sekejap. Nanti datanglah rumah main dengan Zimam dan
Ayyash.” Aku mendekati anak-anak Adriana. Kedua-duanya lelaki dan mereka sangat
aktif. Salji bagaikan pasir buat mereka. Kalau budak-budak lain nampak kesejukan,
anak-anak Adriana bagaikan imun dengan sejuk salji.
“Kembar ke?” soalku kepada Adriana sambil mengusap-usap kepala mereka.
“Bukan. Yang kanan Zimam dan kiri Ayyash.” Aku menganggukkan kepala. Aku
tak terus bertanya memandangkan Adriana bagaikan berat untuk bercerita panjang.
Mungkin merasakan kami terlalu lama didalam igloo,
ice king masuk mencari.
“Adriana.” Zimam dan Ayyash terkedek-kedek berjalan mendekati ice king. Aku yang masih mogok dengan ice king hanya memerhati dari hujung
mata. Adriana dan ice king berbual
mesra dengan cara mereka sendiri. Masing-masing tak menunjukkan emosi tapi
masih serasi. Suha pula seronok bermain dengan Zimam dan Ayyash. Sekarang kalau
aku ada pintu suka hati Doraemon, memang aku balik terus! Perlahan aku aturkan
langkah keluar dari igloo. Aku
betul-betul berasa yang diri aku tak diperlukan disitu.
“Queen! What are you doing here?”
Aiseh hari ni hari berjumpa secara kebetulan ke? Gin yang teruja terus memegang
kedua-dua belah tanganku. Dia dah lupa ke yang aku dah reject dia?
“Nothing, just hanging out. Kau
datang dengan siapa?” Pelik juga jika dia ke sini seorang diri. Selalunya
tempat sebegini dilawat oleh keluarga dan kalau tak pun pasangan kekasih.
“Aku temankan adik aku tadi tapi tiba-tiba pula dia ada hal jadi aku lepak
sini dulu. Tak sangka jumpa Queen.”
Tanganku masih didalam genggaman Gin dan aku tak rasa dia nak lepaskan. Sejuk
sangat ke?
“Jom naik ice slider? Aku nak
naik tapi agak awkward kalau naik
sorang-sorang. “ Gin menayangkan muka minta simpati kepadaku.
“Hmm yela.” Alang-alang aku tengah kecewa, baik aku hiburkan hati dengan
buat benda sengal dengan si Gin ni. Gin menarik tanganku untuk ke tempat luncur
ais. Selesai luncur ais, aku masih tak nampak bayang Suha dan ice king maka aku putuskan untuk balik
bersama-sama dengan Gin. Mungkin mereka betul-betul dah lupakan aku. Aku
menghantarkan pesanan ringkas kepada ice
king setelah keluar dari Snowalk.
“Jom?” Gin menarik tangan aku. Dia ini mentang-mentang aku tak cakap
apa-apa..
“Selena!” Entah dari mana, ice king memunculkan
diri dengan muka marah. Terus dia merentap pergelangan tanganku dari pegangan
Gin dan automatik juga aku menepis kembali tangannya. Memerah juga wajah dia
apabila aku menepis tangannya tadi.
“Siapa ni Queen?” soal Gin yang
bingung dengan situasi sekarang.
“Dia datang dengan saya jadi saya yang akan hantar dia balik. Jom Suha dah
tunggu! Dia menangis cari awak tadi!” Dengar sahaja Suha menangis, hati aku
sudah dilanda resah. Kasihan anak kecil itu.
“Gin, terima kasih temankan aku tadi.” Gin mengangguk faham. Riak di wajahnya
nyata kecewa.
“Tak apalah, aku sedar aku tak setaraf dengan Queen. Maaf aku lupa diri tadi.” Aku mula dilanda rasa bersalah
kerana seperti mempergunakan Gin lantas aku menarik tangannya.
“You are my best comrade! Aku tak
pernah rasa yang kau tak setaraf dengan aku.” Gin tersenyum sedikit sebelum
beredar meninggalkanku. Aku membontoti ice
king yang sudah berjalan dihadapanku.
“Hilang tiba-tiba menyusahkan orang betul!” Eh dia cakap dengan aku ke? Ini
sudah lebih!
“Dah kau seronok berborak dan buat aku macam tak wujud apa kau ingat aku
nak tunggu lagi ke?” Kali ini aku memang tak akan berlembut. Marah aku sudah
tak boleh ditahan. Ice king tiba-tiba berhenti melangkah dan memusingkan badannya.
Dia berdiri dihadapanku dan mula memandangku dengan muka serius.
“Tadi kau buat aku rasa macam aku tak sepatutnya datang hari ni. Bila aku
jemput datang rumah aku, kau tiba-tiba naik marah. Aku tahulah kita tak boleh
berdua-duaan dalam rumah tapi rumah aku tu ada ramai orang gaji dan mama aku
pun tinggal kat situ. Aku rasa macam bangang je sebab nak kenal kau lebih dalam
tapi kau buat aku nampak bodoh! Sudahlah aku dah tak larat nak jadi bodoh sebab
kau! Ramai lagi yang boleh aku pilih selain kau!” Aku memusingkan tubuh dan
mula melangkah laju ke pintu keluar. Kalau tak jumpa Gin, aku boleh balik naik
teksi!
***************************************************************************
Alhamdulillah siap lagi satu part. Saya dah mula sibuk dengan persediaan kelas jadi saya harap anda semua dapat bertabah menunggu update dari saya. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
#Tardis adalah mesin masa merangkap kapal angkasa dalam siri Doctor Who.
***************************************************************************
Alhamdulillah siap lagi satu part. Saya dah mula sibuk dengan persediaan kelas jadi saya harap anda semua dapat bertabah menunggu update dari saya. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
#Tardis adalah mesin masa merangkap kapal angkasa dalam siri Doctor Who.
Tardis [kredit] |
17 comments:
OMG, kakkkkkkk !!!! Kenapa ada Gin dalam kisah hidup diorang ni?????? Kacau daun betullah. But still, I knew Azfar is starting to love Selena. Yeayyyyy
Adryz annisa: hehehe..Gin adalah watak yang akak suka. Dia sangat baik walaupun nampak mcm licik.
Indeed. Hehehe..bertabahlah tggu update ye?
(^-^)v
best lah akak..azfar ngn selena memang serasi.tapi,Gin kacau pulak...sambung lah lagi...best sangat..nak tahu jugak apa sambungannya..saya tunngu!hehe
@Nura ifah: Alhamdulillah terima kasih dik..yup mmg x dpt disangkal lg yp mslh skang bl azfar jns payah nk tnjk perasaan dia huhu..Gin ialah penyeri haha..
InsyaAllah nnt akak smbg ye.
(^-^)v
walaupun diminta bertabah untuk menunggu update...sy masih mo tya...next plzz?? Hihihihi...
@jude judy: hahaha nnt bila senang saya update..hehehe..
Till then, keep stalking (^-^)v
Mcm dah nmpk aura cemburu azfar.... Hehhehe
@tinta merah: huhu sila tggu update seterusnya.
(^-^)v
Haha..ske la ngan watak Gin tu..wlaupun org laen angp die tu kacau daun..dh trjatuh ske pulk watak die..hope Azfar cpt sedar ngn perasaan sndiri..lg 1..hope Gin tak la dpt sad ending sgt yee..walaupun die x dpt Selena tu.. .^^
txs akhirnya sambungan yg ditunggu2kan. Aih marah plak ais king nie... sejak bila pandai marah nie selalu dingin beku jer... kesian selina. bagus juga ada Gin tu utk sedarkan ais king..
tak sabar nak tunggu next episode.
Anonymous: Akhirnya!! Ada juga yg suka jat Gin hehehe..
insyaAllah saya try buat ending yg ok utk Gin xpun buat satu cerpen khas utk dia muahahahahaha
@rozita kadiman: hehe Alhamdulillah..
hrhe bila nmpk Selena dgn laki lain dia trs marah..ais pun cair huhu....
insyaAllah nnt saya sambung lg na..
Wow ! Cerpen baru khas untk Gin? Haha..i will be waiting for it ! ^^
@Anonymous: Hehehe yup2~
Bertabahlah~
(^-^)v
hoyeah akhirnya dpt jgk luangkan masa utk baca.. hehehe... puas hati sekali baca terus sampai part 4... dan puas hati juga sebab cerita bestttt...
mohon sambung bila free... mohon ;)
@Suha: Alhamdulillah, terima kasih. Tu la..lama x nmpk Suha comment kat sini huhu..
insyaAllah sekarang tengah dalam usaha nak meng'update' huhu..
(^-^)v
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.
Post a Comment