Kapitalis

Saturday, January 17, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 2)

[kredit]   


Di dalam kereta. Masa seakan-akan terhenti dan aku rasa dah macam kat tanah perkuburan sebab terlalu sunyi. Radio pun tak dipasang dan suhu penyaman udara sejuk mencengkam tulang. Aku yang sememangnya tak reti nak duduk diam mula membuka laci dashboard kereta ice king ini. Penuh dengan koleksi lagu kanak-kanak dan ada beberapa CD bertulisan Bahasa Arab.

“Itu anak saya punya.” Eh dia perasan ke apa yang aku buat dalam kereta dia? Hahaha…

“Oh, berapa umur dia?”soalku dengan nada agak teruja. Jujur, aku memang suka dengan kanak-kanak walaupun senakal mana pun mereka. Pada aku mereka lebih jujur dan masih belum dikotori dengan ideologi yang membantutkan keupayaan berfikir.

Almost seven.” Hish dia ni..tanya sepatah, jawab sepatah! Tapi…perangai macam inilah yang buatkan aku lagi rasa nak ‘kacau’ dia. Hahahaha..


“Ehhh..awalnya kau kahwin! Sekarang pun kau baru 32 kan? Waaa..mesti best dah ada minion!”

Minion?”

“Kau tak tengok ‘Despicable Me’ ke? Sekejap ye, aku cari gambar.” Telefon pintar aku keluarkan dari tas tangan dan dengan pantas aku membuat carian imej di Google. Dapat sahaja terus aku tunjukkan pada si ice king. Nasib baiklah ketika itu kami sedang berhenti di lampu isyarat kalau tak mahu berlanggar dengan kereta depan sebab pakcik ni tengok minion macam nak telan telefon aku tu pun ada hahahaa…

“Macam pisang.” Pffftt…aku terus tergelak dengan kenyataan ice king ini. Mentang-mentanglah minion ini berbentuk agak lonjong dan berwarna kuning terus sahaja dia melabel sebagai ‘pisang’.

“Comel kan?”

“Hmm.” Muka si ice king agak memerah ketika aku menjeling ke arahnya. Hehehe..malu ke? Selepas itu hanya aku sahaja yang gagah bercerita itu ini dan dia hanya mengangguk tak pun tersenyum sedikit. Nasib kaulah ice king..





Tiba sahaja di kawasan sekolah, aku dah mula menggelabah. Entah kenapa aku risau pula jika anak perempuan ice king ini tak suka pada aku.

“Sakit perut ke?” soal ice king tiba-tiba. Ketahuilah bahawa soalannya membuatkan rasa gelabah aku itu terus hilang dan sekarang aku seronok gelakkan dia lagi. Adui lawak sungguhlah dia ni!

“Papa?” Seorang gadis kecil bermata besar, berkulit putih gebu, bibir merah merekah dan hidung bukan main mancung mendekati kami yang sedang menunggu di luar kereta. Gadis itu menyalami ice king dan tanganku.

“Kawaiiiii!!!!! Anak kau ke ni? Waa comelnya! Apa nama?” Gadis kecil itu tersipu-sipu malu apabila aku memujinya. Waa comelnya dia!!!

“Syarifah Nur Suha.”

“Nama aunty, Selena. Suha panggil Selena saje pun tak apa. Ne..ne..jom pergi makan? Suha nak makan apa?” Terkeluar terus gaya percakapan Jepun aku. Dulu aku melanjutkan pelajaran aku di Jepun dan disebabkan terlalu lama disana, kadangkala keluar jugalah perkataan-perkataan Jepun aku tu.

“Apa-apa pun boleh ke?” soal Suha dengan mata bersinar-sinar. Waa comel!! Ini kalau minta belikan segunung soft toys pun aku sanggup beli.

“Yup!”

“Suha nak makan aiskrim! Selena boleh bawa Suha makan aiskrim?” Suha pun dah masuk mode teruja seperti aku. Ufufufu~ aku ini macam bagi pengaruh tak baik je kat kanak-kanak sesuci Suha.

“Boleh! Kita pergi makan aiskrim paling sedap didunia nak?”

“Ehem!” Eh seronok borak dengan Suha sampai terlupa pula kat ice king ni. Hehehe…

Ara..ara..gomenasai papa-chan. Boleh ke kita pergi makan aiskrim?” Gabungan mata bersinar aku dan Suha cuba menembusi tembok ais milik ice king. Mukanya masih tak beriak dan terus membukakan pintu belakang kereta.

“Cepat naik, nanti ramai orang.” Aku dan Suha menjerit kegembiraan. Suha terus mengambil tempat di tempat duduk belakang dan menyuruhku duduk di depan. Huhu tak kisahlah janji sampai.






“Selena, jom!” Suha yang sangat teruja untuk menikmati aiskrim menarik tanganku masuk ke dalam Sunway Pyramid.

“Suha.” Walaupun perlahan, namun, agak tegas nada ice king. Mungkin risau aku tak selesa dengan telatah anaknya.

“Tak apa, biasalah budak-budak excited nak makan aiskrim. Yosh! Suha-chan kita pergi cari paling sedap!” Suha mengangguk laju.

Tiba di Asian avenue, aku terus membawa Suha ke Yokomon. Gerai aiskrim Jepun yang mempunyai perisa aiskrim yang aku minati.

“Suha nak aiskrim apa?”

“Aiskrim apa yang sedap kat sini?” soalnya semula.

“Hmm Suha suka coklat tak?”

“Suka!”

“Okey kita beli dark choco untuk Suha. Kau nak perisa apa?” soalku pada ice king yang agak ralit memerhati menu aiskrim.

Black sesame,” jawab si ice king setelah senyap seminit untuk berfikir.

Maccha, goma to daku choko onegaishimasu!” Terkebil-kebil pelayan di kaunter dengan perangai Jepun sesat aku hahaha..

“Err green tea, black sesame and dark choco ice cream. You want it in cup or cone?”

Cone!” balas aku dan Suha serentak. Ice king terus membayar harga aiskrim dengan muka selamba sebelum sempat aku menahan.

“Hmm tak lapar ke nanti kalau makan aiskrim je?” Suha yang sedang menikmati aiskrimnya segera menggelengkan kepala.

“Pagi tadi Suha dah makan banyak.”

“Selena lapar ke?” Ice king bertanya dengan muka tanpa riak lagi.

“Lapar sikit. Kau lapar tak?” Ice king bangun dari tempat duduk dan memegang tangan Suha.

“Jom makan.” Hmm unpredictable ice king. Ikut kepala dia aje tapi..hehe aku tak kisah.








Are you Selena Goh?” Seorang lelaki memakai suit lengkap Burberry mendekatiku. Aish bosan betullah makan malam ni! Isaac temankan aku separuh majlis sahaja. Konon risau kat bini dia tinggal seorang diri di rumah. Hmm nasiblah..

Yeah, and you?”

“Ethan Wang.” Pula..macam manalah dia ini boleh ada kat sini?

“Oh okay. Nice to meet you.”

“Hmm actually I was upset because you didn’t turn up on that day.” Sopan betullah Ethan ni. Memang jenis yang mama suka tapi bukan aku.

“I’m sorry but things happened.” Aku yang dah mula bosan mencari alasan untuk melepaskan diri.

“If you don’t mind, would you like to go out with me sometime?”

“Huh?”

“Selena!!” Bagaikan bidadari kecil ala-ala Tinkerbell, Suha berlari mendapatkanku. Oh my savior!

“Suha! Mana papa?” Si kecil itu terus kupeluk ketat-ketat. Walaupun baru siang tadi kami berjumpa tapi aku dah memang jatuh sayang gila-gila dengan si comel ini.

“Papa tengah ambil makanan. Baju Selena cantik! Dari jauh lagi Suha dah nampak Selena.” Hehehe..masa inilah aku nak percaya yang kanak-kanak tak akan menipu.

“Err who is she?” Eh ada lagi ke mamat sopan ni? Haish…

“Oh this is my lovely daughter, Syarifah Nur Suha. Okay Ethan got to go.”

“Selena can you please stop lying! I know you’re not yet married so how on earth this girl is your daughter? You’re Chinese and she’s..obviously Malay! Stop testing my patience, Selena Goh!” Oh pandai juga dia marah rupanya. Hmm dah agak dah dia cuma berlakon baik. Dasar hipokrit!

“Oii, suka hati akulah nak panggil dia anak aku ke apa! Kau kisah kenapa? Aku memang belum kahwin dan bukan biological mother budak ini tapi aku sayang dia yang kau nak emo tiba-tiba kenapa?!” Tercengang juga si Ethan Wang bila aku dah keluar nada gengster dan langsung tak feminine. Mampus kaulah!

“Selena..”

“Ethan Wang. Maaf aku tak boleh nak pilih kau.” Aku menarik perlahan tangan Suha untuk segera beredar dari tempat kejadian. Nasib baiklah aku dapat mengawal kemarahan dan tidak menengking mamat konon sopan tadi. Hmm mahu kecoh majlis dengan drama sebabak.

“Selena marah ke?” soal Suha tiba-tiba.

“Hmm marah sikit dengan pakcik tadi tu. Papa kat mana ye?”

“Kat sini.” Waargh! Terkejut aku bila si ice king tiba-tiba muncul di tepi. Sengaja nak bagi aku sakit jantung ke?

“Papa! Banyaknya makanan?” Suha nampak terkejut dengan makanan yang dibawa oleh ice king.

“Kita kongsi.” Ice king dan Suha berlalu ke meja mereka. Entah kenapa aku rasa macam terpinggir seketika.

“Selena? Mari makan.” Hati aku melonjak gembira dengan pelawaan ice king. Walaupun dipelawa dengan muka tanpa riak tapi aku tahu dia betul-betul ikhlas mempelawaku sebab dia siap tarik kerusi sebelah Suha untuk aku duduk sebelum dia kembali duduk ditempatnya. Kami bertiga berkongsi makanan dan perasaanku berbunga bahagia.







Pagi itu aku tiba dibutik dengan perasaan gembira. Semalam, pakaian rekaan kami mendapat bidaan lelongan tertinggi sekaligus menaikkan nama butik aku. Tapi apa yang membuatkan aku gembira mestilah dapat berjumpa dengan Suha dan ice king.

Morning guys!” Semua pekerja butikku hanya tersenyum dengan telatahku. Dah faham sangat dengan perangai bos mereka. Kalau gembira ke sedih ke marah memang akan terpancar di wajah dan perlakuan. Entah aku memang tak pandai sangat nak sembunyikan perasaan.

“Amboi gembiranya Queen pagi ini.” Sandara yang suka menyibuk terus menegurku. Huhu nasib baiklah mood aku memang betul-betul baik pagi ni.

“Pakaian rekaan butik kita dapat bidaan lelongan tertinggi semalam. Beritahu kat semua staff yang tengah hari ni saya belanja makan okey? Kamu boleh bincang nak makan kat mana nanti beritahu Wafi untuk call buat reservation.”

“Baik!” Sandara memberi tabik hormat sebelum berlari keluar dari pejabatku. Tak sampai dua minit, butik aku kecoh dengan sorakan dan suara-suara pekerjaku berbincang nak makan di mana. Haha comel betul mereka-mereka ini.

Queen, ada pelanggan nak jumpa.” Aku mengangguk dan segera turun ke tingkat bawah butik untuk bertemu pelanggan. Selalunya pelanggan yang berprofil tinggi memang suka berjumpa dengan tuan butik untuk berbincang tentang konsep dan rekaan majlis perkahwinan mereka.

“Hi I’m Selena.” Aku memperkenalkan diri kepada pasangan dihadapanku dan mempelawa mereka untuk duduk.

“I’m Shereen and this is my future husband, Farid.” Aku memberikan senyuman kepada kedua mereka. Hmm belum berkahwin tapi berpeluk sakan kalah belangkas.

“Ye, ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

Well, I nak rekaan latest butik you dan I nak yang paling ekslusif. Untuk upacara nikah, I nak baju kurung warna putih dan you kena sediakan tudung dan veil sebab I nikah dalam masjid besar. Majlis di hotel pula I nak strapless ballgown yang ada lace overlay.” Dia terus menunjukkan gambar strapless ballgown yang dia mahu. Eh bernikah dalam masjid pakai tutup-tutup tapi bila di hotel terbuka habis? Peliknya Melayu ini..

“Hmm are you sure you want strapless ballgown for your wedding reception? Saya rasa terlalu revealing untuk orang Islam atau you bukan Islam?” soalku untuk kepastian. Berkerut terus muka si bakal pengantin dengan soalanku.

“Hey! Kalau dah bernikah dalam masjid mestilah kami ni orang Islam. Cina ni tak faham bahasa ke apa?” tengking bakal pengantin lelaki.

“Jadi kenapa perangai kamu tak macam orang Islam? Bukan ke kamu belum berkahwin? Kenapa peluk-peluk? Kenapa nak pakai baju tak tutup aurat. Adik saya Islam jadi saya tahu hukum-hakam agama kamu. Maaf saya tak berminat untuk berurusniaga dengan kamu berdua. Sila keluar dari butik saya sekarang!” Tercengang juga kedua-dua manusia depan aku. Dengan kadar segera mereka keluar dari butik aku. Tak rugi pun kalau hilang pelanggan macam ini! Tegur sikit dah melenting..

“Selena, tahu tak dia tu anak Datuk Bandar?” Wafi yang memerhati dari tadi menegurku.


“Besar sangat ke Datuk Bandar tu sampai hukum-hakam agama sendiri tak nak ikut? Tak apa, butik saya tak akan terjejas sekalipun Datuk Bandar itu nak ‘kacau’.” Aku meninggalkan Wafi untuk naik ke tingkat atas. Banyak lagi kerja yang perlu aku buat.

***************************************************************************
Alhamdulillah siap juga lagi satu part. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v 

8 comments:

Unknown said...

Ohoi, ada bau-bau nak masuk islam terus selena ni nampaknya. Macam biasa memang terbaikk. Cepat sambung tau kak.

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: kan? Alhamdulillah..insyaAllah akak try sambung secepat yang boleh hehehe..

(^-^)v

Unknown said...

best. Selena nie mcm dah terpikat kat Ice King jer.... suka tengok kesengalan Selena nie... tak sabra nak tunggu next chapter...

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: Alhadmdulillah terima kasih.

Selena punya kesengalan sama level dengan Risa hehe~

InsyaAllah saya cuba update secepat yang boleh.

(^-^)v

Anis Farhana said...

Haah tak paham la zaman sekarang. nikah masuk masjid pakai tudung, bila keluaq habih bukak semua. haih tetiba emo hehehe.

best la kak, sambung cepat cepat naaa. hilang stress saya pikiaq pasai upu >.<

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: kan? Akak cuba highlight isu2 yang akak pun rasa pelik dalam cerpen2 akak..huhu~ manusia..manusia..

Alhamdulillah..insyaAllah akak try sambung selaju boleh na..

awat tang UPU? tak tau nk pilih course apa ka?

Unknown said...

Salam, setuju dgn Anis Farhana. Skarng ramai nikah kt masjid bertutup tp bila majlis kt luar trus open. Tq writer bg open subject nie. At least ad pengajaran untuk mereka2 yg belum terleka.

Norlyana Nasrin said...

@Hamba Allah: Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah memang klu boleh saya mmg nk mskkn isu yg sesettgh kita ambil mudah.

Sekarang ni, ada juga yg buat majlis kahwin dlm masjid so nak xnak tetamu kena menutup aurat. Masalahnya, ada yg cuma menutup kepala ala kadar dan pakai pakaian yang tidak menutup aurat.

InsyaAllah, selagi diberikan ilham saya akan cuba ketengahkan isu2 yg lain.

(^-^)v