[kredit] |
Ferrari F12
kubelok masuk ke dalam perkarangan Menara Foo. Tiba sahaja di pintu utama, aku
menyerahkan kunci kepada valet yang bertugas. Langkah yang elegan dan yakin
kuatur ke meja penyambut tetamu. Seorang pekerja sudah sedia menungguku dengan
senyuman.
“Welcome Miss Selena, this way
please.” Aku mengangguk lalu mengikut pekerja tadi. Tak sampai dua minit,
kami tiba di muka pintu sebuah bilik mesyuarat. Pintu dibuka, aku melangkah
masuk dengan yakin.
“Welcome Queen!” Aku mengangguk
sedikit sebelum duduk di kerusi yang disediakan. Kaki kusilang dan wajah-wajah
mereka dihadapanku kuteliti. Bilik ini dpenuhi oleh mereka-mereka yang terlibat
dengan kerja ‘belakang tabir’ dan boleh dikatakan berupaya mengawal keadaan
ekonomi negara.
“Queen, dah lama tak tunjuk muka.
Kami ingatkan Queen dah…” Gin, salah
seorang ketua kumpulan kongsi gelap dan juga ahli perniagaan terkemuka mula
membuka bicara setelah lama aku berdiam diri.
“Dah apa? Mati?!” soalku sinis.
“Mana mungkin, aku ingat Queen
dah cuci tangan je.” Sengihannya melebar menampakkan barisan gigi yang putih.
Dari dulu dia memang seorang yang suka memprovok. Nasib baik dia berjaya aku
jinakkan.
“Hmm kenapa korang panggil aku ni?” soalku dengan muka bosan. Dah lama dah
aku tak terlibat dengan mereka. Bak kata Gin, aku memang dah cuci tangan dan
tak rasa nak ada apa-apa kaitan dengan pakatan ini.
“Dengar kata Queen dah sakitkan
hati anak Datuk Bandar? Datuk Bandar tu tengah nak cari orang untuk jahanamkan
bisnes Queen.” Hah? Aku terus
menghamburkan tawa. Lawak sangatlah setakat kena tegur sikit dah mengadu kat
bapak dia.
“Queen? Betul ke ni?” soal Lokman
dengan muka serius.
“Aku tak sangka ada lagi manusia perangai bodoh macam ni. Aduilah, dah korang tak
payah nak buat apa-apa. Tahulah aku nak uruskan macam mana. Aku akan kenakan
dia balik dengan cara yang paling ‘bersih’.” Aku mengesat air mata yang keluar
dek terlalu banyak ketawa.
“Hmm dia ada suruh budak-budak aku buat hal dekat kawasan perniagaan kau
tapi budak-budak aku reject. Gila ke
apa nak kacau Queen?!” tambah Rajesh.
“Dia tak tahu lagi White Fox punya
ganas macam mana. Queen, kalau kau
perlukan bantuan kitorang, kau call je.
Tahulah kau dah tak nak terlibat dalam hal-hal macam ni tapi kalau dia buat
kasar kita balas kasar!” Jack mengepal penumbuknya. Dalam ramai-ramai, dialah
yang paling baran dan sukar nak dikawal tapi dia setia berkhidmat dibawahku.
Pelik memang
pelik sebab walaupun aku tak suka perangai lelaki tetapi ahli kumpulanku ramai
lelaki dan mereka setia berkhidmat kepadaku. Masing-masing mempunyai sejarah
silam yang gelap dan menyedihkan. Mereka tahu erti dan nilai kesetiaan lantas
sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan satu-satunya kumpulan yang sanggup
menerima mereka.
“Bila aku cakap aku nak berhenti, maksudnya memang aku nak berhenti.”
Mataku memandang tajam ke arah mereka. Wajah setiap dari mereka kupandang
menyampaikan maksud ketegasanku.
“Aku sangat percayakan kau orang semua dan aku sangat sayangkan White Fox sebab disini kita semua mahu
keluar dari kepompong dan mahu jadi luar biasa. Tapi, aku dah serahkan semuanya
pada kau orang jadi aku harap kau orang boleh jaga kumpulan kita macam aku jaga
dulu. Rahsiakan segala-galanya dan ingat cara kerja White Fox; senyap, bersih dan misteri.” Senyuman aku hadiahkan buat
mereka semua.
“Menjunjung perintah, Queen!” Tak
habis-habis dengan lawak bangang mereka. Aku ketawa sebelum melangkah keluar
dari bilik mesyuarat.
“Queen.” Aku yang baru mahu masuk
ke dalam keretaku terhenti seketika. Gin mendekatiku dengan senyuman lebar.
“Kenapa?”
“Dengar kata kau sedang mencari ‘King’.
Boleh tak aku nak jadi salah seorang calonnya?”Aku menjulingkan mataku ke atas.
Ada sahaja benda yang dia nak buat main si Gin ni.
“Gin, tak payah nak bergurau dengan aku. Dah aku nak cepat ni.”
“Aku serius. Aku suka kau Queen.”
Wajah Gin yang berubah serius aku pandang untuk kepastian. Sumpah mamat ini
kalau bertukar serius memang agak menakutkan!
“Gin, kau aku layan sama sahaja dengan anggota White Fox yang lain. Sorry,
you’re just my comrade not more than that.” Gin mengangguk faham sebelum
melangkah jauh dari keretaku. Hmm tak sangka Gin yang sinis dan suka memprovok
boleh jatuh cinta dengan aku. Aku memasukkan gear pemanduan dan terus
meninggalkan Menara Foo.
Lagu The Ghost of You nyanyian My Chemical Romance berkumandang di
bilik tidurku. Percaya atau tidak, migrain aku boleh hilang jika mendengar lagu
kumpulan ini. Pelik tapi itu yang berlaku. Mendengar lagu sambil membaca manga
merupakan cara aku untuk melepaskan tekanan sekali-sekala. Hobi yang langsung
tak keperempuanan tapi ada aku kisah?
“Ya Allah, Selena...kau layan lagi baca manga ni?” Isaac yang masuk ke
dalam bilik aku terus mengambil tempat disebelahku. Aku membaca manga di meja
komputer maka memang dari dulu dia akan duduk sebelah aku sambil melayan manga
dan anime bersama-sama. Tak sampai lima minit, dia dah melekat dengan aku depan
komputer.
“Weh sekejap la, tak habis baca lagi.”
“Lembablah kau. Cepat sikit aku tak sabar nak tengok teknik baru Kuroko
ni!” Isaac mengubah muka surat setelah habis baca.
“Oh aku jumpa dengan kau ni sebab mama cakap dia nak kahwinkan kau dengan
Ethan tapi kau tak nak.”
“Hmm biasalah mama tu. Suka sangat pilih pasangan entah apa-apa untuk kita.
Dia fikir nak kembangkan bisnes dengan hubungan rapat dengan keluarga Ethan tu
sahaja. Bukan kisah Ethan tu baik ke tidak.” Mataku masih tertumpu pada skrin
komputer. Isaac hanya ketawa kecil. Dahulu mama membangkang apabila adikku ini
mahu berkahwin dengan gadis Melayu beragama Islam kerana risau adik aku terus buang
keluarga namun sebaliknya yang berlaku. Isaac semakin menghormatinya dan selalu
juga mama memuji-muji Isaac dan Emy dihadapanku.
“Hahaha teringat aku kat kes dia nak aku kahwin dengan Gina dulu. Nasib
baiklah masa-masa itu juga aku sedar yang aku sayangkan Emy.” Aku mengangguk
dan beralih muka surat manga.
“Mana kau tahu Ethan tu tak baik Selena?” soal Isaac tiba-tiba.
“Dari segi dia bercakap dengan aku dan aku ada buat research sikit pasal dia. Kau macam tak kenal kakak kau ni,”
balasku dengan nada bosan. Malas betul nak sebut lagi pasal Ethan yang
hipokrit.
“White Fox macam mana?” Dalam
keluarga aku, hanya Isaac yang tahu pasal penglibatan aku dalam White Fox.
“Masih teguh. Diorang boleh berdiri tanpa aku.” Isaac mengangguk lantas
meneguk air suam milikku. Dia ini bukan kira, dari dulu dia memang tak kisah
berkongsi apa-apa denganku. Dari kecil lagi dia sahajalah teman aku untuk
bermain dan bergaduh.
“Selena kalau kau dah jumpa lelaki yang kau rasa nak kahwin, kau kahwin je.
Kali ini biar aku pula tolong kau kalau mama bantah.”
“Thanks dude.” Kami melagakan
penumbuk bak kata orang kampung aku, ‘brofist’.
“La dua beradik ini dekat sini! Tuan Isaac, cepat turun bawah! Puan Emy dah
pecah air ketuban!” Dengan pantas kami turun ke tingkat bawah, Amy yang sedang
ditenangkan oleh mama segera dipikul Isaac masuk ke dalam kereta. Fuh nampak
jantan sungguhlah Isaac hari ini huhuhu...
“Selena, Suha nak pergi I-City malam ni dengan papa. Selena ikut ye?” suara
si comel ditalian membuatkan aku tersenyum tapi...aku yang dalam perjalanan ke
hospital nak tak nak terpaksalah menolak.
“Sorry Suha, Selena nak pergi
hospital ni. Adik Selena nak dapat baby.”
“Haa? Baby? Suha nak pergi tengok
boleh? Suha nak tengok baby! Baby mesti comel!” Teruja betul suara
Suha ditalian. Aku rasa mesti ice king
tu terkejut dengan anak dia yang tiba-tiba menjerit teruja hehehe..
“Boleh nanti bila baby dah lahir,
Selena call Suha ye?”
“Hello Selena, bersalin hospital mana?” suara garau si ice king membuatkan hati aku melonjak suka. Hehehe gataiii!!
“M hospital, tau tak kat mana?”
“Tahu. Nanti kami sampai.” Aku tersenyum memerhatikan telefon pintarku. Hmm
nampak sangat aku memang dah tertarik dengan ice king ni.
“Siapa tadi?” soal mama yang mungkin pelik melihat anak perempuannya yang
asyik tersenyum memandang telefon.
“My special one,” balasku
selamba. Telefon pintar aku masukkan kembali ke dalam beg tangan. Tiba sahaja
dihospital, aku segera keluar dari kereta memanggil jururawat yang bertugas.
Bergegas mereka mendapatkan Emy. Emy dimasukkan terus ke bilik bersalin
memandangkan bukaan rahimnya sudah 10cm.
“Selena, baby dah keluar ke? Baby girl ke baby boy?” Macam bertih jagung celoteh si Suha yang terus
mendapatkan aku sebaik sahaja tiba di hospital.
“Belum lagi. Hari tu check mereka
kata baby girl.” Mama dan Isaac
disebelah menayangkan muka minta penjelasan.
“Mama, Isaac ni Suha anak kepada Syed Azfar.” Ice king yang hanya
mendiamkan diri sejak tadi menunduk sedikit tanda hormat kepada mamaku dn
bersalaman dengan Isaac.
“Syed Azfar from Azforce right? Nice to meet you! Syarikat kami
memang pakai khidmat Azforce dari dulu.” Mama dengan gembira beramah mesra
dengan ice king. Tak sangka mama aku
kenal ice king ni.
“Nice to meet you too Madam Yeung.”
“So, this is your daughter?
Isteri tak datang?” Berubah sedikit wajah ice
king sebelum kembali tak beriak.
“Isteri saya meninggal dunia sewaktu melahirkan anak saya.”
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un,” ucap Isaac perlahan.
“Awak Muslim?” soal ice king kepada
Isaac. Mungkin pelik mendengar apek comel tiba-tiba cakap Arab.
“Ya, kembali fitrah sebelum berkahwin dengan isteri saya.”
“Alhamdulillah.”
“Hmm saya sebenarnya tak boleh tengok darah jadi saya tak dapat nak masuk
temankan isteri saya.” Dari nadanya, aku tahu yang adik aku sedang dalam
keadaan terkilan. Isaac memang tak boleh tengok darah sejak dari kecil lagi. Silap
hari bulan doktor kena tambah lagi satu katil pula untuk si suami dek pengsan
akibat tengok darah.
“Isaac boleh buat solat hajat. Minta pada Allah supaya dipermudahkan
segalanya. Marilah saya temankan Isaac. Awak jagakan Suha boleh?” Pinta ice king kepadaku. Tenggelam sekejap apabila
dia merenung tepat ke dalam mata aku. Dengan kadar segera jugalah aku
mengangguk.
Hampir satu jam jugalah Emy bertarung didalam bilik bersalin untuk melahirkan puteri sulung untuk dia
dan Isaac. Ice king terpaksa menunggu
sama dek Suha yang terlalu ingin nak melihat bayi yang baru lahir.
“Papa, baby tu kulit dia merah.” Aku
mengusap-usap kepala Suha. Nasib baiklah bilik yang diduduki oleh Emy boleh
kata besar juga kalau tak memang bersempit-sempitlah. Keluarga aku memang aku,
mama dan Isaac sahaja tapi keluarga Emy....hahaha memang ramai.
“Nanti bila baby dah besar sikit,
Suha bolehlah main dengan dia.” Suha mengangguk dengan kata-kataku. Memang sekarang
ini aku pun tak berani nak pegang.
“Papa, Suha nak adik?” Huk?! Okey permintaan Suha yang tiba-tiba kali ini memang buat aku dan ice king terdiam seribu bahasa. Alahai
Suha yang comel lagi bijak bestari, macam manalah nak dapatkan adik untuk Suha?
Melainkan.....
*************************************************************************
Alhamdulillah siap juga lagi satu part. Minta maaf sangat-sangat sebab tak boleh nak update laju-laju. Terima kasih kepada yang masih sudi menunggu dan membaca kesengalan saya disini. Macam biasa tak suka ka apa sila komen ye?
(^-^)v
*************************************************************************
Alhamdulillah siap juga lagi satu part. Minta maaf sangat-sangat sebab tak boleh nak update laju-laju. Terima kasih kepada yang masih sudi menunggu dan membaca kesengalan saya disini. Macam biasa tak suka ka apa sila komen ye?
(^-^)v
22 comments:
sambung lagi
Yeayy..suha bleh dpt adik syg..tggu selena tawen ngn papa suha..hahahaha.. sis update lelaju pasnih.. x sabaq aih nak tau kisah lanjut pasal kak yong kawasan nih..hahaha
Nak lagi
Anonymous sekalian..ahaha aci dak semua letak skali..hehehe...insyaAllah saya akan sambung secepat yang boleh.
Alhamdulillah dan terima kasih kat hangpa semua yang sudi baca dan komen disini. I really appreciate it! Arigatogozaimasu!
Salam. X sangka btol queen tu title besar. Ptut relex je. Menghiburkan dan mesej dsampaikn jelas. Syabas.
Waalaikumussalam. Alhamdulillah terima kasih.
Sengaja buat cerita kali ni sengal sikit.
(^-^)
Wuhuu, akak nak buat berapa part ni? Tak sabarnya nak tunggu diorang kahwin...
@adryz annisa: honestly speaking, I didn't even thought on that.
InsyaAllah akak try buat takat mana akak rasa nk buat hehehehe...
(^-^)v
ada part kungfu-kungfu ka pas ni?
Really cant wait....
good job!
Best3..hope sis dpt smbg cpt2.xsbr nk bc next part.gud luck sis..
setiap hari mesti akan bukak page ni..utk tgk ada x cerita baru yang di update nye..
by the way, cerita menarik..
thumbs up
@jude judy: brilliant! Haha thanks bg idea kat akak.
InsyaAllah akak try update lelaju noh?
@anonymous 25/1/2015 7.51pm: Alhamdulillah, insyaAllah saya try noh? Terima kasih.
Best le... cepat la sambung ye...
@syaheira: waa Alhamdulillah, terima kasih! Really appreciate that!
InsyaAllah akan trs memperbaiki mutu kesengalan dari masa ke masa.
(^-^)v
@aTie: Alhamdulillah semua dari Allah. InsyaAllah saya cuba sambung secepat yg boleh.
(^-^)v
bestlah suka dgn kesengalan Selena. Hehe anak dah keluar soalan cepu mas bila pula bapa dia yg keras tu nak cairkan Selena.. hehe. tak sabra nak tunggu next chapter.
@rozita kadiman: Alhamdulillah, terima kasih.
Hehe ice king x buat apa2 pun blh buat Selena cair, bygkn klu tetiba ice king romantic? Pengsan Selena...hahaha
InsyaAllah saya try update secepat mungkin.
(^-^)v
follower #100..nice blog...
@Manusiaituaku: Waa congrats! Alhamdulillah..Thank you
(^-^)v
akak..saya slalu bukak blog akak n bace citer akak..terbaik!sambung la lagiii
@Nura Ifah: Alhamdulillah, terima kasih dik.
InsyaAllah, akak tengah dalam proses nak mengupdate gak ni. hehehe~
(^-^)v
Post a Comment