Kapitalis

Friday, October 24, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 47

[kredit]  

Firdaus mendekati Adriana yang sedang melayan kedua-dua anak lelakinya. Istana pasir yang tiada rupa dipandang sayu. Bagaimanakah penerimaan isterinya dengan berita yang ingin disampaikan? Argh! Buntu!

Saturday, October 18, 2014

Cerpen: Bercinta dengan Mamat Sengal

[kredit]  

Klinik Saf’ONE’ and Da Gang aku pandang dengan penuh mengharap. Nama bukan main gempak dan macam tak boleh nak diiktiraf tapi dengar kata doktor-doktor kat sini semuanya lulusan luar negara dan bekerja di hospital kerajaan. Aku yang baru sahaja tamat ijazah kejururawatan sedang berusaha nak mencari kerja. Ramai yang cakap ambil jurusan kejururawatan ini senang dapat kerja tapi..dengan situasi ekonomi negara yang macam nak kena baling kerusi..haish...

“Assalamualaikum, saya nampak iklan nak mencari jururawat di luar.” Jururawat yang berada di kaunter aku hadiahkan dengan senyuman komersial meminta kerja.

Monday, October 13, 2014

Cerpen: Hikayat Qa'id dan Risa


[kredit]  

Sepanjang 13 jam perjalanan dari London ke Kuala Lumpur aku hanya tersengih dan melayan video bayi-bayi comel di Youtube. Serius tak sabar nak balik Malaysia jumpa Kak Mar yang dah disahkan mengandung anak pertamanya dengan Abang El. Tak sangka taktik lingerie itu menjadi hehehe...

“Risa!” Aku menoleh ke arah suara papa yang sudah menunggu bersama mama di balai ketibaan. Selalunya hanya pemandu kami yang datang menjemput. Kali ini agak istimewa rasanya apabila kepulanganku disambut oleh papa dan mama.

Wednesday, October 8, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 46

[kredit]   

“Terima kasih sebab sudi datang.” Jais menyambut kedatangan keluarga Firdaus dengan senyuman lebar. Tak sangka Firdaus sudi menerima jemputannya.

“Sama-sama. Saja nak tengok gaya orang pulau berkahwin.” Firdaus bersalaman dengan Jais. Adriana disebelahnya hanya mengukir senyuman kecil. Zimam dan Ayyash diletakkan didalam kereta sorong.

“Lebih kurang sama sahaja Encik Firdaus. Mari saya kenalkan dengan keluarga saya.” Firdaus mengangguk dan menuruti langkah Jais. Firdaus dibawa Jais untuk dikenalkan kepada ahli keluarganya yang lain. Dah macam wakil rakyat datang melawat rasanya apabila dikenalkan sebegitu. Adriana hanya menahan tawa apabila melihat wajah Firdaus yang nampak segan.

“Eh saya rasa pernah tengok muka abang ni la! Abang ada masuk majalah kan?” Firdaus tersenyum dengan soalan adik lelaki Jais yang bernama Hadi.

“Adalah sekali dua,” jawab Firdaus merendah diri.

“Abang yang reka hotel cantik kat Korea tu kan? Tererlah abang!” Firdaus mengangguk sambil tersengih. Malulah juga apabila dirinya diangkat bak selebriti.

“Alhamdulillah. Kalau adik berminat dengan bidang senibina dan rekaan, adik kena berusaha dari sekarang.” Pantas Hadi menganggukkan kepalanya.

“InsyaAllah kalau boleh saya nak jadi arkitek macam abang bila dah besar nanti.” Firdaus tersenyum lalu mengusap kepala adik lelaki Jais itu.










Tamat kenduri mereka tidak terus pulang ke hotel, penjelajahan Pulau Langkawi untuk hari kedua diteruskan dengan menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting yang terletak 20km dari Pekan Kuah.

“Macam ada agenda yang tersembunyi je abang bawa Ana ke sini?” telah Adriana apabila Firdaus mula sengih-sengih.

“Hehehe...moh le kita tambah anak.” Adriana terus ketawa dengan telatah Firdaus yang sangat sengal.

“Apa la abang ni. InsyaAllah kalau Allah nak bagi rezeki lagi kat kita, kita terima je. Lagi satu, kalau ikut kepercayaan karut, orang yang mandul kalau mandi kat tasik ni boleh mengandung. Ana ni pula alhamdulillah tak ada masalah untuk mengandung lagi abang oii!” Firdaus ketawa sambil membuat isyarat ‘peace’. Zimam dan Ayyash seronok dapat berendam didalam kolam kanak-kanak yang terdapat di pelantar. Dah macam anak itik kedua-dua anak mereka apabila dapat berendam dengan berpelampung. Terdapat beberapa kanak-kanak lain yang turut bermandi-manda di kolam itu.

“Tahu tak macam mana boleh terbentuk tasik ni?” soal Firdaus tiba-tiba ketika Adriana asyik memerhatikan Zimam dan Ayyash.

“Hmm macam mana?”

“Dengan kuasa Allah.” Adriana menjeling ke arah Firdaus yang suka sangat mengusiknya. Tahulah dengan kuasa Allah semua pun boleh berlaku tapi boleh aje kalau nak terangkan dari segi sainstifik.

“Amboi jeling macam nak telan orang je. Yela abang beritahu..tasik ini terbentuk akibat proses luluhawa tanah dan batuan. Pada zaman dulu, tasik ini juga dijadikan sumber air tawar untuk penduduk Langkawi apabila tiba musim kemarau,”terang Firdaus sambil membelai jari-jemari Adriana.

“Hmm agaknya berapa dalam tasik ni ye?” soal Adriana kepada Firdaus.

“Sedalam cintaku padamu ehey~” Pecah terus ketawa Adriana dengan lawak spontan Firdaus. Haihla suami, perangai nakal dan sengal Firdaus sering menyenangkan hati Adriana.

“Hehehe gurau..gurau..tak silap abang 10 meter. Kenapa nak diving kat sini ke?”

“Mengarutlah abang! Dahlah nak bawa naik Zimam dengan Ayyash. Mahu demam pula budak berdua tu kalau berendam lama-lama.” Adriana bingkas bangun lalu menuju ke arah kolam di pelantar. Firdaus turut membantu Adriana menaikkan anak-anak mereka. Menjerit-jerit juga Zimam dan Ayyash yang masih tak puas berendam walaupun jari-jari dah berkedut. Biasalah, budak-budak mana yang tak suka berendam?

Puas berjalan-jalan di Pulau Dayang Bunting, mereka menaiki bot untuk aktiviti memberi makan burung helang. Bot berhenti di perairan Pulau Singa kecil dan tekong bot mula mencampakkan isi ayam ke dalam laut lalu mematikan enjin bot supaya suasana tenang lantas membolehkan burung-burung helang ini menyambar makanan mereka. Firdaus yang sudah bersedia dengan kamera DSLRnya mengambil gambar sekumpulan burung helang yang datang menyambar isi ayam yang terapung. Zimam dan Ayyash yang berada didalam dakapan Adriana turut teruja dengan kehadiran burung-burung helang yang tak pernah dilihat mereka. Elok pula ketika mereka sampai merupakan waktu burung helang keluar mencari makan.








Malam itu mereka menyaksikan pertunjukan bunga api dari dalam bilik mereka. Makin bisinglah mulut Zimam dan Ayyash berceloteh dengan bahasa alien mereka. Firdaus yang masih tak berenggang dengan kamera DSLR miliknya merakamkan panorama bunga api dan telatah kedua-dua anaknya.

“Perayaan apa ni yang diorang dok bakar bunga api bagai?” tanya Adriana sambil mencubit pipi Zimam dan Ayyash yang terlalu seronok melihat bunga api.

“Entah tapi cantikkan?” Dengan kamera yang masih tergantung dileher, Firdaus mendekati Adriana lalu meriba Ayyash. Zimam diletakkan diatas riba Adriana.

“Jom ambil gambar!” Adriana yang sudah faham sangat dengan perangai Firdaus hanya menurut. Rasanya dah bertimbun album gambar sejak mereka berkahwin dirumah mereka. Ada gambar yang dibesarkan dan digantung manakala selebihnya disimpan didalam album.

“Kenapa abang suka sangat ambil gambar?” soal Adriana setelah meletakkan Zimam dan Ayyash yang sudah terlena ke dalam babys’ crib.

“Abang suka sebab nak abadikan memori kita ni dalam bentuk benda yang boleh ditatap. Katakanlah satu hari nanti bila abang dah tak ada, Ana boleh tengok gambar abang untuk lepaskan rindu.” Zapp! Berdesup masuk ke hulu hati Adriana apabila Firdaus mula membangkitkan soal hidup dan mati.

“Saja nak bagi Ana berendam air mata ke malam-malam gini?” Firdaus merapatkan jarak diantaranya dan Adriana. Aduilah isteri, asal cakap pasal hidup mati terus nak touching!

“Tak salah sentiasa beringat Ana. Orang yang bijak adalah mereka yang sering mengingati mati. Ana pun kena selalu ingat yang kita hidup bukan selamanya. Selagi Allah kurniakan usia kepada kita, selagi itu kita beramal dan saling mengingati. Sayang tahu kan?” Adriana mengangguk lalu memeluk batang tubuh Firdaus.

“Err dah ready nak tambah koleksi?” soalan Firdaus yang tiba-tiba membuatkan Adriana terjungkit kening. Bertambah pelik apabila suaminya memberikan senyuman nakal.

“Koleksi?”

“Koleksi anaklah sayang oii!” Tak sempat Adriana menjawab, Firdaus sudah mencempungnya masuk ke dalam kamar peraduan mereka. Mahu terjerit kecil juga Adriana dengan aksi Firdaus yang tiba-tiba. Apa-apa pun dia senang dengan telatah Firdaus.









“Sayang, belilah Daim tu lebih sikit!”

“Sayang, nak Ferrero Roche!”

“Sayang, Toblerone tu pun belilah semua jenis! Abang nak hadiahkan kat staff-staff kat office abang lagi.”

“Sayang...” Ya Allah serius dah macam budak-budak perangai Firdaus apabila mereka mengunjungi Coco Valley. Tak padan dengan mendukung Zimam dan Ayyash pada kedua-dua belah tangan, mulutnya tak berhenti menyuruh Adriana membeli coklat yang diingininya.

“Sayang, nak lolipop Doraemon tu juga!” Berbekalkan iman dan kesabaran didada, kemahuan suaminya diturutkan sahaja.

“Abang ni dah kenapa? Mengidam ke?” soal Adriana setelah bakulnya sudah dipenuhi coklat.

“Hehehe..taklah saja je. Seronok beli coklat kat sini. Boleh borong buat stok setahun.” Tak dinafikan harga coklat disini jauh lebih murah dan jika pandai mencari, terdapat kedai yang menjual coklat yang sama dengan harga yang sangat murah tapi Adriana sudah malas nak mencari dengan kerenah Firdaus lagi..

“Nanti kita beli perfume pula eh? Perfume Ana pun dah nak habis kan?” Adriana mengangguk lalu membawa bakul yang penuh ke kaunter pembayaran.

“Pegang sat.” Ayyash dihulurkan kepada Adriana yang terpinga-pinga dengan tindakan tiba-tiba Firdaus.

“Biar abang bayarlah sayang oii.” Firdaus menghulurkan beberapa not RM100 kepada juruwang di kaunter. Tersenyum juruwang itu dengan aksi pasangan dihadapannya.

Habis borong coklat, mereka memborong minyak wangi pula. Dengan gembira Firdaus membeli minyak wangi kesukaannya dan Adriana. Firdauslah yang terlebih teruja apabila terdapat banyak set Polo Blue yang sukar ditemui jika berada di Kuala Lumpur. Berbeza dengan Adriana yang ada cuma eau de parfum Flora by Gucci kerana yang setnya lebih kepada Gucci Guilty. Huhu adakah ini kerana Flora by Gucci sudah off season? Nak tak nak dia hanya membeli tiga botol minyak wangi. Bolehlah untuk bekalan setahun.

“Alamak sayang!” Firdaus yang tiba-tiba berhenti dihadapannya selepas membayar harga barangan membuatkan Adriana terkejut.

“Kenapa abang?”

“Lupa nak beli stok Choki-choki!” Tepuk dahi Adriana dengan telatah Firdaus yang sengal lagi macam nak minta penampar. Firdaus yang berlari dengan mendukung Zimam dan Ayyash berjaya membuatkan dia tersenyum sendiri. Alahai suami....










“Assalamualaikum mama, dah makan dah?” Ceria suara Firdaus menjawab panggilan dari Datin Hafsyah. Hubungannya dengan keluarga mertuanya memang baik dan memang boleh bergurau senda ikut suka hati.

“Waalaikumussalam Firdaus. Dah. Kamu tengah buat apa sekarang?”

“Tak ada apa. Saja rehat-rehat depan pantai ni. Ana tengah layan Zimam dengan Ayyash buat istana pasir.” Firdaus mengerling ke arah isteri dan anaknya yang sibuk bermain pasir dipantai. Entah apa punya istana sebab tak ada bentuk langsung. Tak apa, sekejap lagi papa arkitek datang!

“Firdaus. Ada sebab mama call kamu ni.” Suara serius Datin Hafsyah menghentikan lamunan Firdaus.

“Apa dia? Nak pesan Firdaus beli barang ke? Boleh je. Nak periuk belanga? Minyak gamat?” gurau Firdaus untuk menghilangkan rasa tak sedap hati.

“Pasal barang tu tak penting mana. Mama ada berita buruk ni Firdaus.”

“Apa dia mama?”

“Ada orang mengaku ahli keluarga Malik datang nak tuntut Zimam.” Terkedu Firdaus dengan berita yang baru didengarinya.

“Ya Allah. Betul ke ni mama?” soal Firdaus setelah cuba menenangkan diri.

“Ye. Papa kamu tengah buat siasatan sebab agak mencurigakan sebab dah lama baru nak tuntut balik. Lagipun, arwah Malik dulu ada cerita kat papa yang ahli keluarga dia semua dah buang dia dan tak mahu ada kaitan dengan dia lagi.”

“Mungkin mereka cuba nak menyambungkan semula silaturrahim dengan bertanggungjawab ke atas Zimam,” ujar Firdaus yang masih cuba bersangka baik.

“Mama tak sedap hati Firdaus. Mama call kamu sebab tak reti nak beritahu kat Hanan. Dia mesti sedih sebab memang dia layan Zimam macam anak sendiri.”


“Tak apalah mama, nanti Firdaus fikirkan cara nak beritahu Ana.” Firdaus menamatkan talian setelah menjawab salam. Dia memandang ke arah Adriana yang ketawa riang melayan gelagat Zimam dan Ayyash yang rapat seperti saudara kembar. Bagaimanalah penerimaan Adriana dengan berita yang bakal disampaikannya nanti? Apakah pembesaran Zimam dan Ayyash akan terganggu jika salah seorang dari mereka tiba-tiba ‘hilang’? Dalam diam dia berdoa agar semuanya adalah mimpi semata-mata.


[kredit]

Monday, October 6, 2014

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 15 END)

[kredit]  


“Alhamdulillah. Sayang sakit lagi?” Wajah bersih acik ustaz itu aku tatap sebaik sahaja membuka mata. Sejuk hati sikit. Kalaulah anak Makcik Aisyah tu gerenti aku terjun katil belasah dia balik!

“Alhamdulillah dah kurang.” Aku melihat keadaan sekelilingku. Semua pun putih maka aku dapat mengagak yang aku kini berada di hospital. Kelihatan keluargaku dan keluarga acik ustaz itu berada didalam bilik ini. Nasib baiklah ada sofa untuk mereka duduk.

“Kurang ajar betul anak Makcik Aisyah tu!” marah Qairiah dengan muka yang memerah.

“Dah. Kita patut bersyukur dan ada hikmah disebalik kejadian,” tegur Abang Qa’id dengan wajah yang tenang. Apakah? Dia tak kasihan kat aku ke? Perasaan sedih tiba-tiba menyusup masuk ke dalam jiwa.

“Betul tu. Tahniah Kak Mar.” Ucapan tahniah dari Qaisara membuatkan aku bingung seketika. Apa kena dengan mereka-mereka ini?

“Tahniah?”

“Kakak dah mengandung dua minggu! Waa lagi sembilan bulan insyaAllah kami dapat anak saudara!” jerit Qairiah riang. Aku mengucap syukur sambil tersenyum ke arah acik ustaz yang sudah menyengih. Baby made in London you!

“Syhh sini hospitallah adik,” tegur Abang Qa’id lembut.

“Oh apa jadi dengan anak Makcik Aisyah tu?” soalku setelah dua minit berdiam diri.

“Kena tangkap. Silap oranglah nak tunjuk terer kat depan anak-anak Haji Qayyum.” Eh?

“Qairiah ni ha. Belasah dia sampai lembik. Nasib baiklah Qaisara dengan mama sempat tahan kalau tak mahu arwah anak Makcik Aisyah tu.” Aku memandang Qairiah dengan pandangan tak percaya. Boleh tahan juga baran adik acik ustaz ini.

“Entah apa syaitan yang merasuk masa tu. Tahu-tahu je dia dah jatuh depan adik.” Penerangan Qairiah membuatkan aku tercengang. Memang rasanya aku kena belajar ilmu pertahankan diri dengan budak ini baru tak ada siapa boleh mengacau.

“Hmm sayang nak air tak?” Aku segera mengangguk. Memang tekak aku tengah kering sekarang ni. Perlahan aku minum air yang disuakan oleh acik ustaz itu kepadaku.

“Makcik Aisyah mana?”

“Dia uruskan pasal anak dia dengan anak-anak yang lain. Anak dia tu bawah pengaruh dadah tu yang macam orang gila.” Ya Allah beratnya ujian untuk Makcik Aisyah. Tapi aku yakin Makcik Aisyah boleh laluinya dengan redha. Allah sudah nyatakan didalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 286 bahawa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya.

“Oh by the way, Marissa is on her way back home. Semangat gila budak tu bila dengar yang Mar mengandung.” Okey kalau berita macam ini memang aku tak terkejut. Budak itu memang suka buat ikut suka hati dia. Lagipun, dia pun dah beritahu yang dia sedang membuat thesis maka ada banyak masa terluang.

“Risa dah naik kapal terbang ke?” soalku kepada papa.

“Sudah, dia beli terus tiket yang ada. Pagi nanti papa dengan mama pergi jemput dia.” Aku mengangguk faham.

“Sayang ada terasa nak makan apa-apa tak? Nak muntah ke?” Ha..ambik hang sekali acik ustaz tunjuk prihatin.

“Elyas, mak tengok Mar okey je. Baru-baru ni tak ada rasa apa sangat. Tapi Mar kalau nak apa-apa beritahu je kat Elyas. Kalau perlukan bantuan mak, call je mak sampai.” Geli hati juga aku dengan gelagat ahli keluargaku. Perasaan bahagia mula berbunga-bunga di jiwa.

“Projek Hulu Selangor tu nanti Mar bahagi-bahagikan kat staff lain. Papa tak mahu Mar kerja teruk. Kandungan pertama ni kena lebih hati-hati.”

“Baiklah,” balasku patuh. Aku pun ada membaca yang untuk kandungan pertama banyak cabaran dan perlukan lebih perhatian.

“Jangan risau ada maid import dari London yang sedia nak jaga Mar sepanjang dia mengandung.” Semua mata tertumpu kepada mama sebelum sama-sama ketawa. Hahaha habislah kau Marissa...









“Mar baca apa tu?” soal mama lalu meletakkan salad buah-buahan ditepiku. Sejak bakal menimang cucu, mama lebih banyak masa dirumah atau menjadi bayang-bayangku. Marissa juga kalah dengan keprihatinan mama.

“Mar baca Quran mama, Abang Elyas cakap baca ayat-ayat ini supaya hati jadi tenang dan anak yang bakal dikandung biasa mendengar ayat-ayat cinta Allah.”

“Pandai Mar baca Quran.” Aku tersenyum dan meletakkan tafsir Al-Quranku ke atas meja.

“Alhamdulillah. Mar pun belajar lagi ni. Kalau mama nak, Mar boleh ajarkan. Seronok bila dah reti membaca ni. Bagaikan mendengar Allah berbicara dengan kita tatkala mengalunkan ayat-ayatNYA.” Mama terdiam seketika sebelum menundukkan wajahnya. Perlahan aku mula mendengar esak tangis mama. Ya Allah aku dah lukakan hati mama akukah?

“Mama? Kenapa ni? Mar sakitkan hati mama ke?” Berdosa besar aku jika aku melukakan hati insan yang bertarung nyawa untuk melahirkan aku ke dunia ini.

“Mama rasa berdosa Mar, mama ingatkan mama dah berikan segalanya pada Mar dan Risa tapi tak sekali pun papa dengan mama berikan agama pada Mar dan Risa. Tapi Allah itu sangat baik sebab DIA sayangkan puteri-puteri mama dan beri petunjuk pada Mar dan Risa. Mama dah lama tinggal solat dan terlalu asyik dengan dunia. Fikir mama, dunia ini perlu dikejar dan mama tak mahu jadi orang susah. Maafkan mama Mar.” Aku mengucap syukur didalam hatiku. Nampaknya doa dan usaha aku dan Risa sudah mula berhasil. Aku memeluk mamaku.

“Mama, Allah sayangkan mama tu yang dia lembutkan hati mama. Mar pun sama, khayal sangat dengan dunia tapi alhamdulillah, Allah Maha Pengasih, dia beri petunjuk dan hidayah kepada Mar dalam keadaan yang tak disangka. Dengan bimbingan orang disekeliling Mar, Mar semakin bersemangat mahu mendalami Islam. Berkahwin dengan Elyas juga merupakan bukti kasih sayang Allah yang mahukan Mar sentiasa istiqamah dan mendalami Islam.”

“Mar, ajar mama mengaji..ajar mama tentang Islam” Dalam esak tangisnya aku mengeratkan pelukanku. Alhamdulillah Allah sudah berikan hidayah kepada mamaku. Terima kasih Allah.









“Abang baru balik?” Aku mendapatkan Ustaz Elyas yang baru sahaja pulang. Tadi selepas solat Asar berjemaah aku masuk berehat ke dalam bilik tidurku. Kandunganku yang sudah memasuki trimester kedua membuatkan aku berasa sedikit letih.

“Hmm abang nak mandi dulu.” Pelik juga aku dengan acik ustaz yang agak dingin petang ini. Kenapa dengan dia? Dengan sabar aku menunggunya didalam bilik. Air sejuk aku tuang untuknya ke dalam gelas. Biasa dia akan minum air sejuk selepas mandi.

Ustaz Elyas melemparkan tualanya ke kerusi. Serius pelik betul perangai acik ustaz hari ini. Selalunya dia akan menjemur tualanya elok-elok di balkoni bilik kami.

“Abang.” Aku mendekatinya setelah dia sudah lengkap berpakaian. T-shirt dan seluar panjang kain lembut membuatkan si dia tampak santai.

“Ye sayang?” Dia menarikku dekat kepadanya. Perlahan dia membelai rambutku. Dari perlakuan dan air mukanya, aku tahu yang dia sedang kusut memikirkan sesuatu.

“Kenapa ni?” soalku lembut. Tangannya aku gapai dengan harapan dapat memberikan kekuatan kepadanya.

“Tak ada apa sayang.” Adui acik ustaz. Muka suci kamu ni bukan reti menipu acik ustaz oii!

“Abang tak percayakan Mar?”

“Bukan macam tu sayang. Abang tak nak serabutkan Mar yang sedang mengandungkan anak kita. Jangan risau, abang masih boleh uruskan sendiri.”

“Abang, kalau abang simpan sendiri lagi Mar tak senang hati. Mahu terganggu pembesaran baby kita ni.” Entah mana teori aku pakai pun aku tak tahu tapi yang penting aku memang mahu tahu apa yang sedang membelenggu pemikiran acik ustaz ini.

“Yela abang beritahu.” Aku terus memeluk pinggang acik ustaz itu. Konon nak beri sokongan padahal sengaja nak menggedik dengan acik ustaz yang sentiasa hensem dihatiku ehey~

“Ada orang tak puas hati dengan abang.” Huk?! Punya baik perangai pun ada orang tak puas hati juga ke?

“Diorang cakap abang kahwin dengan Mar sebab harta dan dengan pengaruh papa, abang senang aje dapat jemputan buat ceramah di masjid-masjid.” Macam nak tergelak aku dengan perangai orang sekeliling. Ya Allah macam ini pun boleh? Serius lawak!

“Abang down sebab inilah ye?”

“Entahlah, emosi abang macam tak stabil juga akhir-akhir ni senang sangat terasa.” Okey kali ini aku dah tak dapat menahan tawaku lagi. Ya Allah, aku yang mengandung tapi macam acik ustaz ini pula yang ada gangguan hormon haha lawak...

“Sayang ni!” Muncung juga mulut acik ustaz ini bila merajuk. Alahai comel bebenor ghopenye..

“Okey..okey..abang, Mar rasa abang sendiri pun tahu yang tuduhan diorang tu memang tak berasas dan tak benar sama sekali jadi buat apa abang nak fikir lebih-lebih? Kalau diorang tak nak abang bagi ceramah, diorang yang rugi. Abang buat sahaja apa yang abang rasa betul dan kalau abang rasa nak putus asa, ingatlah Allah Maha Mengetahui. InsyaAllah ada ganjaran untuk abang sebab abang sebarkan ilmu kepada orang lain.” Sememangnya aku ingin menjadi seperti Siti Khadijah R.A. sentiasa bersama dengan Rasulullah S.A.W disaat baginda ketakutan selepas pulang dari menerima wahyu pertama di Gua Hira’.

“Hmm bila difikir-fikir memang kelakar. Terima kasih sebab tenangkan abang  dan sanggup mendengar.” Aku memeluk lengan acik ustaz itu manja.

“Nak makan aiskrim tak?” tanya acik ustaz dengan wajah yang ceria. Aku rasa dia yang sebenarnya yang nak makan.

“Nak coconut shake boleh?” Entah apasal tekak aku nak rasa nak minum kelapa goyang aka coconut shake.

“Nak beli mana? Kat sini ada ke jual coconut shake?”

“Kita gi Klebang jom!” ajak aku tiba-tiba. Kat sana yang ada coconut shake sedap tak silap aku. Tapi Klebang itu kat Melaka kot...

“Serius ke ni?” Aku mengangguk laju.

“Abang larat ke nak drive? Kalau tak larat, Mar minta papa pinjamkan helikopter.” Terburai ketawa acik ustaz dengan kata-kataku.

“Melampau sangatlah nak pergi Melaka dengan helikopter. Tak apa abang larat aje nak drive.”

“Serius?”

“Ye..apa saja untuk isteri dan anak abang.” Leher acik ustaz itu aku rangkul dan  menghadiahinya dengan kucupan didahi.


Alhamdulillah perkahwinan yang dimulakan dengan niat untuk memperbaiki keluargaku kini disemai rasa bahagia setiap hari dan aku bersyukur kerana papa dan mamaku sudah mula kembali kepada Islam sepertimana yang dihajatkan olehku. Doa, usaha dan tawakal. Resepi kejayaan yang bukan hanya tertakluk apabila berkehendakan material tetapi boleh diadaptasikan pada keinginan untuk berbahagia di akhirat kelak. Apa gunanya kaya didunia tapi miskin dengan amalan apabila ditimbang amalan kita di Padang Mahsyar kelak. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, aku akan berusaha untuk menjadi seorang isteri, anak perempuan, menantu dan muslimah yang baik disamping suami yang tak pernah penat mentarbiyahkanku.

***************************************************************************
Alhamdulillah habis juga cerita acik ustaz dengan Mar. Maaf lambat update sebab tetiba demam huhu...okey macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen~
(^-^)v

Sunday, October 5, 2014

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 14)

[kredit]  

Pejam celik pejam celik, mahu seminggu juga aku dan acik ustaz itu di Kota London. Walaupun begitu kami tak sempat ke berjalan-jalan sehingga ke Paris dek acik ustaz yang tiba-tiba diserang demam panas. Tak tahan dengan suhu London yang selalu hujan mungkin. Masa acik ustaz itu demam, makin seronok aku berlakon jadi jururawat peribadi dia. Pipi dia memerah dan bibir dia jadi merah lagi seksi bila demam. Hahaha apa yang kau mengarut ni Mar!

“Kakak nanti datanglah lagi jumpa Risa. Lain kali datang boleh bawa baby sekali.” Budak inilah! Nak aje aku seligi kepala dia tapi memandangkan dia memang dah beritahu yang dia memang suka akan bayi maka aku biarkan ajelah.

“InsyaAllah Risa, kalau Allah nak beri rezeki kat kami.” Jawapan skema dari acik ustaz itu membuatkan aku tersengih.

“Jangan risau. InsyaAllah Risa doa banyak-banyak supaya kakak dengan Abang El dapat anak dalam masa terdekat ni! Hehehe but of course you guys need to play your part too.” Terkedu acik ustaz dengan balasan Marissa yang betul-betul tak terjangka. Isy budak ni memang tak malu sungguh!

“Risa, kakak tengah sabar ni.” Marissa memekup mulutnya setelah mendengar amaran dariku. Tak pasal-pasal ada juga yang kena belasah kat lapangan terbang ini. Mahu popular kami dua beradik masuk suratkhabar. Oh acik ustaz itu punya gambar kecik kat bawah dengan kenyataan ‘saya tak mampu halang mereka’ hehehe sengal punya imaginasi...

“Baiklah kami masuk dalam dululah. Risa kalau balik Malaysia beritahulah. Nanti abang dengan kakak bawa Risa pergi jalan-jalan.” Aduilah Ustaz Elyas, dia ini tak tahu yang Marissa ini kaki rayau sejak zaman sekolah.

“Boleh juga! Okeylah insyaAllah lain kali kita jumpa lagi.” Marissa terus menarikku ke dalam pelukannya. Haih aku pasti yang aku akan rindukan budak sengal ini bila sampai Malaysia nanti.

“Risa kalau apa-apa call kakak okey?” pesanku sambil menepuk-nepuk bahunya.

“Jangan risaulah kakak oii! Hari-hari Risa Skype nanti baru tahu!” Ikutkan sebelum ini aku kurang rapat dengan adikku. Alhamdulillah setelah kami berdua berkongsi matlamat yang sama, hubungan kami semakin rapat. Mengislamkan keluarga kami, insyaAllah matlamat yang akan tercapai dengan usaha dan doa.









“Abang pergi kerja dulu ye?” Ya Allah berat gila nak berpisah dengan acik ustaz ini pagi-pagi begini. Hari ini dia sudah mula bertugas dan aku pula akan ke Hulu Selangor untuk meninjau projek resort dan maahad taafiz. Tangannya aku gapai dan cium sebelum memeluk tubuhnya. Adui serius berdrama aku depan pintu rumah. Nasib baiklah papa dan mama aku tengah bersarapan lagi kalau tak mahu kena gelak.

“Err sayang. Abang nak pergi kerja ni. InsyaAllah abang balik cepat. Habis je masa kerja abang terus balik.” Aku memandang mata acik ustaz itu untuk kepastian. Pantas Ustaz Elyas mengangguk siap angkat tangan kanan macam bersumpah hahaha lawak acik ustaz ni..tapi serius hensem gila acik ustaz ini bila pakai uniform. Walaupun seksa juga nak gosok dan pasang butang satu-satu tapi bila Ustaz Elyas bertukar menjadi ASP Elyas, sumpah puas hati!

“Janji ye? Lambat siap!” Hehe terer juga kau mengugut Maritza! Acik ustaz itu mencubit pipiku sebelum menghadiahkan kucupan didahi.

“Ye. Dah abang nak pergi ni. Sampai sana call abang. Kalau tak dapat, hantar mesej.” Aku hanya mengangguk sambil bermain-main dengan butang bajunya.

“Okey abang pergi dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.” Aku menghantar acik ustaz itu sehingga ke keretanya. Ikutkan hati nak aje aku melompat masuk ke dalam kereta acik ustaz dan ikut dia pergi kerja.

“Sayang janji pandu selamat ye nanti.” Aku mengangguk mendengar pesan khidmat masyarakat acik ustaz itu. Aku hanya memerhatikan keretanya meluncur laju keluar dari perkarangan kediaman keluargaku.

“Udah la tu Mar oii! Petang nanti jumpa juga.” La...rupa-rupanya papa dan mama aku hanya memerhatikan gelagat aku dan acik ustaz sejak tadi. Entah bila mereka habis sarapan pun aku tak tahu. Hadui malu gini!

“Papa nak pergi dah ke? Mar tak masuk ofis tau hari ni.” Aku mengapai tangan papa untuk bersalaman. Terpaku juga papaku sebab mana pernahlah anak daranya ini bersalam dengannya sebelum pergi kerja.

“Oh hari ni Mar pergi Hulu Selangor kan? Mama nak ikut boleh? Boleh melawat mak dengan ayah Elyas sekali.” Aku menyambut gembira permintaan mamaku. Mama memang menyenangi mak Ustaz Elyas yang pendiam tapi entah macam mana boleh bergaul baik dengan mama.

“Boleh je. Nanti Mar bawa mama jumpa dengan Makcik Aisyah sekali. Rumah diorang dekat-dekat aje. Oh kita boleh pergi makan seafood! Waa Mar nak makan banyak!” Pecah ketawa mama dan papa aku dengan gelagat aku yang tiba-tiba ceria.

“Baiklah abang pergi dulu Zu. Mar dengan mama pergi awal boleh balik cepat. Nanti Elyas dengan papa dah sampai rumah kamu berdua pula yang tak balik-balik lagi.”

“Okey.” Pesanan papa mesti aku ingat sebab acik ustaz itupun janji nak balik awal huhuhu...









Tiba sahaja dirumah keluarga acik ustaz itu aku terus memberi salam. Hadiah-hadiah yang beli dari London untuk mereka semua turut aku angkut. Mama menggeleng kepala melihat hadiah yang aku beli untuk mereka semua. Dua bagasi baru terpaksa aku beli di Kota London semata-mata untuk mengisi hadiah-hadiah. Mama, papa dan semua pembantu rumah kami sudah aku berikan habuan mereka.

“Waalaikumussalam. Ya Allah Kak Mar! Gaduh dengan abang ngah ke? Tapi...” Qaisara yang menyambut aku dipintu tercengang apabila aku membawa masuk sebuah bagasi besar. Qaisara terus mendapatkan mama untuk bersalaman.

“Bukanlah. Ni souvenir untuk korang semua hehehe..” Aku menarik masuk bagasi ke dalam rumah dengan dibantu oleh Qaisara.

“Eh Kak Mar nak tinggal sini ke? Bestnya!” Alah Qairiah..kalau boleh akak tinggal sinilah kan?

“Bukanlah. Mehlah tolong.” Qairiah terus membantu kami berdua menarik bagasi.

“Mak, ayah dengan Abang Qa’id tak ada kat rumah ke?” soalku setelah melabuhkan punggung ke sofa.

“Mak dengan ayah pergi Seremban melawat saudara belah mak. Abang Qa’id pula kat ofis,” balas Qaisara. Qairiah meminta diri ke dapur untuk menyediakan minuman untuk kami.

“La kamu berdua ajelah kat rumah hari ni. Dah makan dah?” soal mama prihatin.

“Dah pagi tadi lepas Subuh saya dah masak. Tengah hari ni giliran Qairiah pula memasak,” terang Qaisara.

“Tak payah masaklah. Kita makan kat luar tengah hari ni. Auntie belanja okey?” Semestinya cadangan mama mendapat sokongan 100% dariku. Kasihan pula kat Qairiah kalau nak memasak bagai untuk kami semua.

“La yeke? Baru nak tunjuk bakat memasak,” sampuk Qairiah yang baru datang dari arah dapur.

“Serius ke nak masak sendiri ni dik oii?” soalku dengan senyuman.

“Hehehe taklah saja buat sengal.” Qaisara mencubit pinggang Qairiah yang suka benar bergurau. Mama hanya tersenyum dengan gelagat dua beradik itu.

“Haa boleh bawa sekali Makcik Aisyah kak. Hari tu Qairiah ada terserempak dia kat masjid.”

“Hehehe memang akak dah plan nak bawa dia. Tadi akak dah call beritahu yang akak nak datang sini. Akak ingat nak buat surprise kat korang.”

“Haah surprise sangat,” kata Qaisara dengan membuat aksi mata keatas dan tangan ke bahu.

“Okeylah siap-siap! Siapa lambat tinggal!” ugutku dengan senyuman nakal. Mahu berlari juga dua beradik itu dengan ‘ugutanku’.








“Mak takkan tak ada duit langsung! Tanah ayah tu syarikat tu dah bina resort dengan sekolah tahfiz takkan diorang tak bagi mak duit!” pekikan suara jantan tunjuk macho dari dalam rumah makcik Aisyah membuatkan kami semua terpaku. Kami sekarang berada diluar rumah Makcik Aisyah baru sahaja mahu memberi salam.

“Angahkan dah jual tanah tu? Mana mungkin mak dapat duit dari pemaju?” Kedengaran suara Makcik Aisyah yang masih berlemah-lembut dengan anaknya yang pada hemat aku sudah berkurang ajar dengan Makcik Aisyah.

“Angah perlukan duit mak! Kalau tak angah memang tak balik sini!” Serius ikutkan hati aku memang nak masuk dan lempang anak Makcik Aisyah yang perangai macam orang kurang siuman!

“Hmm mama rasa sekarang bukan masa yang sesuai nak ajak Makcik Aisyah untuk ikut kita sekali.” Aku, Qaisara dan Qairiah mengangguk setuju. Macam mana pun aku tak layak untuk masa campur dalam masalah keluarga Makcik Aisyah.

‘Prang!’ Bunyi kaca yang pecah mengejutkan kami. Aku yang risau akan keadaan Makcik Aisyah terus menyerbu masuk rumah Makcik Aisyah yang tidak berkunci.

“Makcik!” Aku terus mendapatkan Makcik Aisyah yang sudah terduduk dilantai dengan kepala yang berdarah. Mengelegak darahku apabila melihat orang yang kusayang diperlakukan sebegitu rupa.

“Siapa korang ni! Berani menceroboh dalam rumah orang!” jerit anak lelaki Makcik Aisyah yang aku rasa bakal lebam sekejap sahaja lagi.

“Saya anak angkat Makcik Aisyah merangkap pemaju tanah arwah ayah awak yang awak dah jual!” balasku dengan nada tegas.

“Oh tak sangka mak bersekongkol dengan kau semata-mata tak nak bagi aku duit!” Apa benda ni? Aku memandang anak lelaki Makcik Aisyah dari atas ke bawah. Mukanya yang berserabut dan pakaian yang aku rasa tak bertukar beberapa hari membuatkan aku bertambah jelik dengannya.

“Mak awak tak pernah bersekongkol dengan saya dan untuk pengetahuan, awak dah jual tanah itu jadi awak tak berhak nak meminta apa-apa pun!” gertakku sambil membantu Makcik Aisyah untuk duduk ke sofa.

“Mar, angah, sudahlah tu. Nanti mak usahakan untuk bagi duit kat angah.”

“Makcik!” tegahku dengan muka tak puas hati. Baik sangat Makcik Aisyah ni sampai dicederakan oleh anak sendiri pun masih berlembut lagi.

“Okey angah nak rm30 000 dalam akaun angah minggu depan!” Amboi kau! Apa kau ingat Makcik Aisyah ini orang kaya ke nak minta duit yang pada aku mungkin tak sebanyak mana tapi bagi Makcik Aisyah agak payah nak bagi dalam masa seminggu?!

“Angah, manalah mak ada duit banyak tu? Separuh dari itu pun mak tak ada.”

“Mak tipu!!!” Dengan tak semena-mena anak lelaki Makcik Aisyah membalingkan sebuah pasu ke arah Makcik Aisyah. Aku yang mahu menghalang dari pasu itu kena pada Makcik Aisyah terkena pasu yang dibaling. Sakit memang sakit tapi lebih baik aku yang muda ini yang kena dari insan yang kusayang.


“Ya Allah Kak Mar!” Kedengaran suara Qaisara dan Qairiah yang menjerit sebelum pandanganku mejadi gelap.

****************************************************************************
Alhamdulillah siap satu bahagian. Ada lagi satu bahagian untuk penghabisan cerpen panjang ini. Macam biasa jika ada tak berkenan ke apa sila komen~ (^-^)v