Kapitalis

Wednesday, July 16, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 41

taken from here   

“Bangun!” Satu tamparan kuat dilayangkan ke muka Firdaus membuatkan dia terjaga. Tak pernah-pernah dikejutkan dengan penampar. Firdaus memandang wajah si pemberi tamparan yang bisa menghidupkan keinginan membunuhnya. Namun dengan keadaannya yang terikat dikerusi dia tahu yang dia tak mampu berbuat apa-apa sekarang.

“Siapa kau?” soal Firdaus marah. Dia lihat isteri dan ibunya turut diikat dikatil dengan mulut ditutup kain. Anak?! Matanya  meliar mencari anaknya yang baru sahaja lahir tak sampai sehari tapi sudah dikejutkan dengan perkara yang boleh dikatakan tak masuk akal. Apahal tetiba mereka dijadikan tawanan oleh manusia-manusia gila ini?

“Mana anak aku?!” Firdaus menengking dan cuba meronta meleraikan ikatan dikerusi namun hanya sia-sia. Ikatan itu terlalu kejap sehinggakan dia merasa sakit setiap kali dia bergerak.

“Kau tak payah tau siapa kami sebab kau tak ada kaitan pun dengan semua ni. Apa yang kau patut tanam dalam kepala otak kau sekarang ialah kau bernasib malang beristerikan perempuan celaka tu! Anak dengan bapak sama sahaja celakanya!” Serentak tubuh Firdaus ditendang mengakibatkan dia terjatuh dengan kerusi-kerusinya sekali. Sakit dan marah!

“Anak kau kami jadikan umpan untuk dapatkan orang tua tu. Takkan dia sanggup gadaikan nyawa cucu sulung dia kan? Hahahaha..” Bergema bilik dengan gelakan si penjahat. Firdaus memerhati sekeliling bilik. Terdapat lima penjahat lain yang lengkap bersenjata. Apa yang menghairankan Firdaus ialah mereka tidak menutup muka. Adakah mereka tak tahu yang hospital ini mempunyai CCTV?

“Hospital ni kami dah kepung dan tak akan ada satu nyawa pun akan selamat hari ini kalau kami tak dapat si tua itu faham?!”jerkah si ketua penjahat.

“Adriana Hanan, kau kenal aku lagi? Lelaki yang kau malukan di restoren dan kau buat aku macam anjing kurap!” Si penjahat mencekup kedua-dua belah pipi dan membuka kain yang menutupi mulut Adriana. Adriana pantas meludah wajah lelaki dihadapannya. Benci tangan kotor yang menyentuh pipinya.

“Hmm nampaknya kau masih kenal aku kan?” Si penjahat mengesat ludah di muka dengan selamba bagaikan tak tercabar dengan tindakan Adriana meludahnya.

“Kamil kau dah gila ke! Lepaskan kami setan!” jerit Adriana sekuat hati. Terasa sakit di ari-arinya apabila menjerit.

“Hmm Ice Queen dah marah ke sayang? Dah lama I nak tengok you marah tapi selalu tayang muka tak ada perasaan kat I.” Pang! Muka Adriana dilempang kuat sehingga terteleng sedikit. Sakit sehinggakan telingganya berdengung. Sah lelaki ini sudah hilang akal!

“Haha..sakit ke sayang? Ni baru sikit. Ikutkan I nak lukis muka you dengan pisau tapi sayang la pula.” Kamil mengeluarkan pisau belati yang tersisip di tali pinggangnya sambil mengacu ke pipi Adriana. Puan Hafizah disebelah hanya mampu berdoa dan menangis. Takut dengan situasi yang melanda anak dan menantunya sekarang. Hanya Allah sahaja yang dapat membantu mereka sekarang. Datuk Ilyas dan suaminya ke masjid berhampiran untuk menderma dan membuat solat sunat sebaik sahaja Adriana melahirkan. Datin Hafsyah yang terlalu gembira pula keluar membeli-belah barangan untuk cucu lelaki sulungnya.

“Lepaskan isteri aku! Kau boleh buat apa-apa sahaja kat aku tapi tolong jangan apa-apakan isteri aku!” jeritan Firdaus mengamit perhatian Kamil. Perlahan dia berjalan ke arah Firdaus dengan senyuman. Belakang pisau belati dilalukan di pipi Firdaus perlahan.

“Kalau muka kau cacat pun tak apa kan? Humm?” Perlahan-lahan dia memusingkan pisau belati di pipi Firdaus. Firdaus redha jika mukanya cacat sekalipun asalkan isteri dan anaknya selamat. Sejuk mata pisau belati dihalakan dipipinya. Pedih yang dirasainya hanya mampu ditahan. Dia takkan menjerit sakit didepan lelaki psiko ini!

“Bos!” Thiru membisikkan sesuatu ditelinga Kamil. Sekali lagi bergema ketawa si Kamil didalam bilik itu.

“Bagus Thiru. Pelanduk tua dah masuk jerat. Okeylah bang lain kali jela aku sambung lukis muka kau okey? Hahaha..” Firdaus disepak sebelum Kamil keluar dari bilik bersama Thiru dan konco-konconya. Firdaus mengesot ke katil yang menempatkan isteri dan ibunya. Seluruh tubuhnya berasa sakit dan ada darah yang mengalir di pipi kesan torehan si Kamil gila.

“Ibu, Ana okey?” Puan Hafizah mengangguk. Adriana berusaha melepaskan tangan yang diikat dengan menggigit tali pengikat. Tadi dia mengingati semula ilmu yang pernah diajarkan kepadanya ketika menjalani latihan Airsoft. Tangannya direngangkan sedikit ketika konco si Kamil mengikatnya. Tak sampai lima minit, tali berjaya dileraikan. Segera dia membuka ikatan tangan ibu mertuanya sebelum membuka ikatan di kaki.

“Mereka ambil Ayyash sebab nak umpan papa. Ana rasa Ayyash mesti ada dalam hospital ni juga.” Adriana meleraikan ikatan tubuh Firdaus pada kerusi. Kasihan suaminya disepak terajang oleh si Kamil gila. Dia mengesat darah di muka Firdaus dengan hujung tudungnya. Nasib baik tadi dia sudah lengkap bertudung kerana memikirkan pasti saudara-maranya akan datang melawat sebaik sahaja mendengar berita dia melahirkan.

“Sayang, jangan bergerak sangat. Ana baru je lepas lahirkan anak kita. Bentan nanti,” nasihat Firdaus lalu membawa Adriana ke katil semula.

“But they took my baby! Don’t you care about Ayyash?!” Berang Adriana memikirkan nyawa anaknya mungkin dalam bahaya. Kamil yang psikologinya tak stabil pasti akan mendatangkan bahaya kepada anaknya.

It’s our baby Adriana Hanan! Awak ingat awak seorang je ke yang risau pasal keselamatan Ayyash? Tangan saya belum puas nak memegang dan membelai Ayyash tapi dia sudah diambil oleh orang gila tadi. Tolong jangan burukkan keadaan lagi!” Kecut perut Adriana apabila Firdaus mula marah. Dia memeluk tubuh Firdaus. Benci memikirkan yang dia sudah melukakan hati suaminya. Mustahil suaminya tidak risau tentang Ayyash dan percakapan dia tadi telah menyinggung perasaan Firdaus.

“Abang, I’m sorry. I’m scared to death when they took Ayyash from my arm. I tried to fight back but they knocked me off. I didn’t meant to hurt your feeling but I’m scared if anything happen to our Ayyash. Forgive me abang..forgive me.” Adriana sudah mengongoi menangis didalam dakapan Firdaus. Bila dia takut atau marah laju sahaja bahasa penjajah terbit dari mulutnya.

“Dah-dah abang pun minta maaf sebab marah Ana.” Firdaus mengusap belakang isterinya sebelum meleraikan pelukan.

“Sekarang ni, abang nak Ana tunggu dengan ibu dalam bilik ni. Abang nak keluar cari Ayyash. Kunci pintu okey?” Adriana mengangguk. Tak kisahlah sekuat mana dan sehebat mana dia mengendalikan senjata api, dia masih seorang perempuan dan sakit melahirkan Ayyash tadi pun masih belum sembuh. Bimbang jika dia menjadi bebanan buat Firdaus jika dia mengikut suaminya. Tubuh Firdaus dipeluknya kejap.

“Abang, kalau bahaya sangat abang patah balik sini. Biar polis yang uruskan okey?” Firdaus mengangguk mendengarkan nasihat isterinya. Selesai berpelukan dengan isteri, dia mendapatkan ibunya yang hanya memerhatikan mereka sejak tadi. Pucat muka ibunya menunjukkan yang ibunya masih terkejut dengan situasi yang melanda mereka sekarang.

“Ibu, Firdaus nak keluar cari cucu ibu ni. Ibu doakan Firdaus ye?” Tangan ibunya digapai dan dikucup lama. Bimbang jika ianya merupakan kali terakhir dia dapat mengucup laluan syurganya.

“Maafkan segala dosa Firdaus pada ibu. Halalkan makan-minum Firdaus ye ibu?” Gugur juga air mata Puan Hafizah dengan kata-kata Firdaus. Dia mengangguk lalu menarik Firdaus ke dalam pelukannya. Anak yang tak pernah mendatangkan masalah kepadanya sejak kecil. Sebaik namanya, Firdaus merupakan anugerah Allah kepadanya.

“Ibu tolong jagakan Ana kalau apa-apa jadi kat Firdaus.” Puan Hafizah mengangguk lagi. Adriana disebelahnya sudah kuyup dengan air mata. Berat hatinya mahu melepaskan pemergian anaknya.

“Abang, jangan cakap macam tu. Abang maafkan segala dosa Ana.” Adriana memeluk belakang Firdaus. Selalunya Firdaus yang rajin ber’back hug’ dengannya. Hatinya mula diselubungi perasaan takut akan kehilangan suaminya apabila mendengarkan ayat-ayat Firdaus tadi.

“Sayang, segalanya dah tertulis di Loh Mahfuz. Jika apa-apa terjadi, abang nak Ana redha.” Adriana menggeleng kepala. Bukan dia tak mahu menerima ketentuan Allah, tapi jiwanya masih belum kuat andai ditakdirkan Firdaus diambil dulu sebelum dirinya.

“Ana, sayang abang..abang nak pergi cari anak kita. InsyaAllah kita akan jumpa lagi.” Firdaus mengesat air mata Adriana dengan hujung jarinya. Hatinya turut sebak namun dia cuba untuk kuat. Dia perlu selamatkan anaknya dari tangan Kamil!


“Abang, Ana tunggu abang.” Adriana memandang tepat ke mata suaminya. Firdaus mengangguk. Pelukan dileraikan dan dia berjalan ke pintu. Dalam hatinya dia berdoa agar Allah melindungi keluarganya. Dengan lafaz bismillah dia membuka pintu.

------------------------------------------------------------------------------------------
Hmm saya terfikir nak buat pertandingan mencipta banner/poster/image? untuk IRA ni. Sesiapa yang berminat boleh hantarkan karya ke emel saya kouryu.nasrin@gmail.com dengan meletakkan title IRA. Saya akan sediakan hadiah untuk pemenang (^-^)

Bukan apa, nak buat sendiri, saya tak reti nak pakai photoshop ke pebenda maka saya harapkan pembaca yang lebih arif untuk membantu saya dalam mereka banner/poster/image untuk novel sengal saya ni. 

6 comments:

Anonymous said...

ala smbung lgi
menarik keep it up :-)

Anonymous said...

ala smbung lgi
menarik keep it up :-)

Unknown said...

dah lama tak jenguk, tup tup dah bab 41. bergenang air mata bila baca bab ni. kesian kat Ayyash.
awesome story kak nasrin :)

Norlyana Nasrin said...

Anonymous: Thanks

adryz annisa: oh welcome back!!
Thanks ye (^-^)

kamilah said...

bestttt, nk lagi..huhuhu

Norlyana Nasrin said...

kamilah: InsyaAllah saya update secepat mungkin ye? (^-^)