taken from here |
“Abam musyuk~” Adriana
menggeselkan pipinya ke pipi Firdaus yang sedang tidur. Penat sangat gayanya
sejak pulang dari masjid sampai tak lalu makan. Firdaus membuka sedikit matanya
sebelum tersenyum. Bini tengah nak bermanja maka layankan jela..
“Nak apa sayang? Abang penatlah.”
Ditariknya Adriana ke dalam pelukannya. Hangat dan selesa walaupun terhadang
sedikit dengan perut isterinya.
“Jom teman Ana makan aiskrim?”
Adriana mengusap lengan Firdaus. Tiba-tiba pula tekaknya terasa nak makan
aiskrim tengah-tengah malam ini.
“Sayang, dah malam sangat ni nak
makan aiskrim. Esok tak boleh? Batuk pula nanti.” Bukan tak kasihan bini tapi
risau batuk nanti tak ke terjejas kesihatan bayi dan ibu mengandung? Firdaus
mengucup ubun-ubun Adriana sebelum mengemaskan pelukan tapi tak lama..
“Adoi! Ana! Ya Allah, nak bagi
abang marah ke?!” marah Firdaus sebelum bangun dari pembaringan. Adriana buat
nakal lagi dan kali ni boleh pula isterinya menggigit perutnya sambil mencubit
lengan. Dua dalam satu tahu!
“Abang tak sayang Ana! Waa....”
Sudah! Lain pula yang jadi. Adriana berkelubung dan meraung dalam selimut.
Firdaus hanya memandang sebab dah tak larat nak melayan. Sensitif tahap gaban
tapi suka buli orang!
“Abang tidur luar.” Firdaus
mengambil bantalnya dan terus keluar dari bilik tidur. Biarkan kali ini dia
pula yang nak merajuk. Belum sempat dia menutup pintu, suara Adriana yang
menjerit membuatkan dia berpatah balik.
“Kenapa ni sayang?” Firdaus
menyelak selimut. Adriana yang baring mengerekot membuatkan dia semakin panik.
Dah nak bersalin ke?
“Sayang kenapa ni?” Terkejut gila
apabila Adriana menarik tubuhnya masuk ke dalam selimut.
“Sorry.” Adriana meletakkan kedua-dua belah tangannya ke pipi
Firdaus. Jarak antara wajah mereka kurang dari tiga inci. Mata bertentang mata
dan walaupun kira lama juga bernikah, jantung tetap berdegup macam baru lepas berlumba
lari dengan Usain Bolt. Huh hiperbola!
“Abang, I’m sorry. Hmm?” Adriana meningkatkan usaha memujuk Firdaus apabila
Firdaus tidak memberikan sebarang reaksi. Adriana mendekatkan jarak antara
mereka lalu mula mengucup wajah Firdaus. Dimulakan dengan pipi kemudian
kedua-dua belah mata, berhenti mengucup di hidung selama lima saat sebelum
menyambung kucupan ke dahi dan berakhir di bibir. Mahu tersekat seketika nafas
Firdaus apabila bini dah mula memujuk dalam versi romantik tak hengat.
“Yela..” Firdaus mengalah dan
memeluk semula tubuh isterinya. Nakal bukan main, nasib baik sayang bini
terlebih.
“Love you!” Adriana merangkul leher suaminya. Lega si suami dah tak
marah. Dia bukan apa, seronok ‘mengganas’ dengan suami sendiri sampai
kadang-kadang agak melampau. Serius dia bernasib baik sebab Firdaus seorang
yang penyayang. Mahu naya kalau dapat lelaki panas baran huhuhu...
“Err Malik..” Henry mendekati pekerja
baru Datuk Ilyas. Lelaki ini yang selalu menggantikannya jika dia tak dapat
menghantar Datuk Ilyas.
“Ye Henry. Ada apa-apa nak saya
tolong ke?” soal Malik dengan senyuman. Sungguh tak pernah sehari pun Henry
melihat Malik tanpa senyuman. Bila disoal, Malik mengatakan yang dia gembira
dengan rezeki Allah kurniakan kepadanya sekarang dan senyum itu adalah sedekah.
Dalam diam, Henry mengagumi personaliti lelaki ini. Paling seronok apabila
melihat Malik tak kekok membuat susu untuk anaknya, Zimam Faqih dan menukarkan
lampin. Ketika bekerja, anaknya dijaga oleh Datin Hafsyah yang terus jatuh
sayang apabila Datuk Ilyas mengenalkan mereka. Zimam Faqih seorang bayi yang
tak banyak ragam dan sentiasa ceria membuat sesiapa sahaja mendekatinya akan
jatuh sayang kepadanya termasuklah Henry.
“Malik, saya nak tanya pasal
solat boleh?” Malik terus sahaja mengangguk. Gembira apabila Henry sudi
bertanya perihal tentang agama dengannya.
“Nak tanya pasal apa Henry?”
Mereka mengambil tempat di bangku yang terletak di laman perkarangan rumah
Datuk Ilyas. Mereka sedang menunggu Datuk Ilyas mengemas bagasi untuk ke
Kelantan. Malik akan mengikut Datuk Ilyas kerana Henry ditugaskan untuk menjadi
pemandu Datin Hafsyah dan dia kini bekerja didalam syarikat Datuk Ilyas membantu
Emir.
“Tak mengapa ke kalau solat Subuh
tapi tak baca doa Qunut?”
“Hukum membacanya adalah sunat.
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r.a.;
Sentiasalah Rasulullah SAW berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat.
Diriwayatkan juga yang Saidina Umar r.a. membaca doa qunut pada solat Subuh
dihadapan para sahabat dan selainnya.” Tenang Malik menjawab soalan Henry.
Henry mengangguk. Dia ada juga mengikut Harraz ke Perkim dan berbulatan gembira
bak kata si Harraz. Alim-alim pun Harraz sebenarnya seorang yang sempoi dan
kadangkala buat lawak yang boleh buat Henry semput nak ketawa.
“Jadi kalau tertinggal, Henry
boleh buat sujud sahwi tapi kalau tak tahu tak apa,” sambung Malik lagi.
“Apa itu sujud sawi?” Malik
tersenyum dengan pelat si Henry.
“Bukan sawi tapi sahwi. Sujud
sahwi ni kita lakukan apabila kita tertambah pergerakan dalam solat macam
terlebih jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya dan kalau terkurang dalam
mengerjakan rukun atau hal wajib dalam solat. Ia juga dilakukan bila kita
ragu-ragu tentang jumlah rakaat yang telah kita kerjakan. Biasalakan, manusia
ni kan pelupa tu yang diharuskan sujud sahwi ni.”
“Macam mana nak buat sujud sahwi
ni Malik?” soal Henry dengan penuh minat. Ilmu bukan hanya boleh dipelajari
dari kuliah dan buku semata-mata. Ianya boleh diperolehi jika kita ada kemahuan
untuk mengetahui.
“Senang sahaja Henry. Sujud dua
kali sebelum mengucap salam. Kamu boleh membaca ‘subhaana man laayanaamu walaa
yashuu’ tapi disebabkan dalam
hadis Rasulullah SAW tak ada menyebut bacaan khusus, bacaan sujud biasa pun tak
apa dan kalau tak baca apa-apa pun boleh.” Henry mengangguk faham. Islam bukan
agama yang menyusahkan.
“Saya dah mengucap syahadah
saya.” Beritahu Henry tiba-tiba. Malik mengucap syukur lantas memeluk tubuh
Henry.
“Alhamdulillah. Tak apa kalau ada
apa-apa yang Henry rasa nak tanya jangan segan tanya ye? InsyaAllah saya cuba
jawab dan kalau saya tak reti, kita sama-sama cari jawapan okey?” Makin berkobar-kobar
semangat Henry apabila melihat Malik yang bersungguh-sungguh mahu membantunya.
“Henry! Malik! Cepat start kereta!” Laungan Datuk Ilyas yang
panik itu membuatkan mereka berdua terkejut. Pelik bos yang selalu bangsa
‘lek-lek lu’ boleh jadi gelabah tahap gaban.
“Hanan dah nak bersalin!”
Mencanak telinga kedua mereka. Masing-masing kelam-kabut sampai tercampak kunci
kereta dalam kolam ikan koi Datuk Ilyas. Malik pantas bertindak terjun masuk ke
dalam kolam dan mengambil kunci tadi.
“Henry awak drive mereka. Saya menyusul lepas tukar baju. Hospital M kan?”
Henry mengangguk lalu menyambut huluran kunci dari tangan Malik. Dari jauh
kelihatan Datuk Ilyas mengendong Adriana Hanan. Segera dia berlari ke arah
kereta dan membuka pintu untuk mereka.Datin Hafsyah turut bergegas keluar dari
rumah dengan membawa barang-barang Adriana.
“Malik, Zimam Kak Fai jaga sat
noh. Sat gi kamu datang bawalah dia sekali. Kamu pakai kereta Lexus belakang
tu. Dalam tu dah letak baby car seat”
Dalam kelam-kabut itupun Datin Hafsyah sempat berpesan kepada Malik. Malik
hanya mengangguk. Tahu yang isteri majikan dia memang selalu bawa anaknya
berjalan-jalan.
“Baik. InsyaAllah Datin.” Malik
menutupkan pintu kereta untuk majikannya. Kelihatan Adriana yang sudah
berpeluh-peluh menahan sakit tapi masih mengekalkan wajah tiada perasaan.
Kadangkala dia kagum dengan Adriana yang boleh berwajah tanpa reaksi sentiasa.
Di hospital M...
“Mama dah call Firdaus?” soal Adriana dengan suara tersekat-sekat. Telefon
pintarnya boleh pula tertinggal dirumah.
“Dah. Dia dalam perjalanan tapi
mama tak mahu rush dia sangat takut
lain pula jadinya.” Datin Hafsyah mengusap pipi anaknya. Suaminya dari tadi
hanya memegang tangan si anak dengan muka tak ada perasaan. Eloklah, anak
dengan papa sama aje!
“Sya! Belum masuk wad bersalin
lagi?” Puan Hafizah yang baru tiba dengan Encik Fikri mendapatkan Datin
Hafsyah.
“Nurse tu cakap kena tunggu bukaan besar sikit tapi dah tak lama dah
ni rasanya.” Puan Hafizah memberikan kata-kata semangat kepada Adriana.
Keluarga Rayyan tidak dapat datang kerana pergi bercuti di luar negara.
“Mama..” Cengkaman tangan Adriana
yang semakin kuat mengejutkan Datin Hafsyah. Encik Fikri segera memanggil
jururawat yang bertugas. Puan Hafizah mengelap peluh didahi Adriana sambil
berselawat. Mendoakan supaya segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Berkuasa.
Baru sahaja jururawat mahu menolak katil masuk ke bilik
bersalin, Firdaus tiba dan terus mendapatkan isterinya. Dia mahu masuk dan
menyaksikan sendiri kelahiran anak mereka dengan matanya.
“I’m here.” Firdaus menghadiahkan senyuman buat isterinya. Isterinya
bakal bertarung nyawa demi melahirkan hasil cinta mereka. Perasaan gusar dan
gembira bercampur-aduk tapi apa yang pasti dia tawakal kepada Allah SWT.
Sesungguh Dia sebaik-baik perancang.
Selepas sejam bertarung nyawa di wad bersalin, Adriana
berjaya melahirkan seorang bayi lelaki. Muhamad Ayyash, lahir-lahir
sahaja terus keluar muka tak ada perasaan macam Adriana. Hanya mula menangis
apabila doktor menepuk sedikit punggungnya untuk pastikan anak itu normal.
Diazankan dan diiqamatkan oleh Firdaus setelah dibersihkan. Boleh kata anak
mereka betul-betul mengikut wajah Adriana. Serius comel! Anak mereka seberat
3.8kg dan berketinggian 55cm yang mana agak tinggi berbanding bayi-bayi yang
lain. Antara ciri yang mengikut Firdaus, telinga anak mereka capang.
Sedang Adriana menyusukan Ayyash dengan ditemani Firdaus,
bekalan elektrik hospital terputus dan mereka semua bergelap. Situasi yang
mengakibatkan suasana panik tercetus dan tambah huru-hara apabila bayi-bayi
mula menangis. Bekalan elektrik kecemasan mula berfungsi tapi dilebihkan kepada
mesin dan alatan pesakit. Hanya lampu di koridor dipasang dan lampu kecil
didalam setiap bilik.
“Abang pergi tengok-tengok kat
luar sekejap ye?” Firdaus bingkas bangun dan meminta ibunya menjaga Adriana
seketika. Pelik juga apabila bekalan elektrik hospital tiba-tiba terputus. Satu
situasi yang hanya akan berlaku ketika waktu-waktu kecemasan ataupun satu
negeri tak ada bekalan elektrik?
Ketika dia baru sahaja mahu membuka pintu, pintu bilik
mereka ditolak kasar dari luar dan kepalanya dipukul dengan objek keras.
“Abang!!!” Kedengaran jeritan
isterinya sebelum semuanya bertukar gelap-gelita.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni video cara nak sujud sahwi. Penerangan ni dia bagi dari awal dan caranya kat minit ke 4 dan ke atas. Semoga bermanfaat (^-^)
4 comments:
apa jdi dgan firdaus??
suspen
Jeng jeng jeng (ala2 sloth dalam ceritaThe Croods) hehe....
Jgn ckp hal ini ada kaitan ngan Malik... sb kemunculan nya penuh ?????... ada seseorang ingin membalas dendam kpd keluarga mrk
hurm sabar menanti new n3
kak ita
@Kak Ita: Hehehe~ bersabar ye? InsyaAllah saya cuba update secepat yang boleh
(^-^)v
Post a Comment