taken from here |
Datuk Ilyas berjalan perlahan masuk ke dalam
kawasan surau. Pagi ini dia ditugaskan untuk menjadi muazzin di surau taman
perumahannya. Langkahnya terhenti apabila melihat kelibat manusia di dalam
surau. Makin pelik apabila lampu tidak pula dipasang. Datuk Ilyas membuang
perasaan curiga lalu melangkah masuk setelah memberikan salam. Alangkah
terkejutnya beliau apabila melihat seorang lelaki yang sedang mengendong
seorang bayi cuba mengambil wang dari tabung surau. Wajah lelaki itu turut
terkejut dengan kehadiran Datuk Ilyas dan segera melutut.
“Encik, saya bukan
nak mencuri encik. Saya nak pinjam sedikit duit dari rumah Allah ini sebab nak
beli susu untuk anak saya ni encik. Kasihanilah anak saya.” Terpaku Datuk Ilyas
dengan aksi lelaki itu. Dari pandangan kasar, lelaki itu berusia lewat 20an.
“Bawa bertenang
saudara. Saya bukan menuduh kamu mencuri. Tapi kelakuan kamu didalam keadaan
gelap macam ini memang mengundang curiga.” Terang Datuk Ilyas lalu membantu
lelaki itu untuk berdiri.
“Saya minta maaf
encik. Saya betul-betul buntu dan hanya Allah sahaja tempat saya bergantung.”
Lelaki itu menangis dihadapan Datuk Ilyas. Bayi dikendongnya turut menangis.
“Bersabar saudara.
Boleh ceritakan kepada saya apa yang terjadi?” Datuk Ilyas menyentuh bahu
lelaki itu sambil membawanya duduk di satu sudut surau.
“Isteri saya
meninggal semasa melahirkan anak ini. Saya redha dan nekad untuk membesarkannya
dengan sedaya mana yang boleh. Ketika pulang dari hospital, saya dikejutkan
dengan kediaman saya terbakar dan ibu saya terbunuh didalam kebakaran itu. Hilang
segalanya kerana rumah saya didirikan di tapak setinggan maka saya tak dapat
sebarang pampasan. Saya diuji lagi apabila warung yang menjadi mata pencarian
saya selama ini dirobohkan kerana lewat memperbaharui lesen dan ada projek lain
yang akan dijalankan ditapak itu. Wang simpanan saya pula banyak dihabiskan
untuk rawatan ibu dan isteri saya dulu. Saya meminta pertolongan dari
saudara-mara saya tapi tiada yang mahu membantu malahan menuduh saya penyebab
kematian ibu saya.” Lelaki itu terhenti seketika sebelum menyambung cerita.
Mungkin terlalu sedih mengenang nasibnya.
“Saya cuba untuk
berfikir dengan waras dan mula bermusafir mencari pekerjaan namun tak ada yang
sanggup menggaji saya sebab saya tak boleh tinggalkan anak ketika bekerja. Duit
yang ada didalam tangan saya makin berkurangan dan saya memang tak mampu
sediakan tampat berteduh untuk anak saya. Saya rela tahan lapar dan gunakan
duit yang ada untuk beli susu anak. Duit didalam dompet saya hanya tinggal beberapa
ringgit dan memang tak cukup untuk beli susu yang dah habis. Dari semalam saya
hanya beri air mineral dan roti yang dihancurkan kepada anak saya. Saya tahu
anak ini lapar lantas saya membuat keputusan untuk mengambil sedikit wang dalam
tabung surau ini. Saya ada menulis nota memberitahu yang saya meminjam dahulu
wang dari tabung ini dan akan membayar semula sebaik sahaja saya punya wang
yang cukup.” Lelaki itu mengeluarkan nota yang ditulis lalu menunjukkan kepada
Datuk Ilyas. Air matanya masih bergenang dan dikesat kasar dengan belakang
tangan.
“Saudara, ini semua
ujian yang diturunkan Allah kepada saudara. Apa nama saudara?”
“Malik, encik.”
“Malik, Allah telah
memberi pelbagai ujian kepada kamu dan ianya sebagai bukti yang Allah
mengingati kamu. Kamu juga boleh menganggapnya sebagai penghapus dosa-dosa yang
pernah kamu lakukan. Ye, kita sebagai manusia tak akan terlepas dari melakukan
dosa-dosa. Pasal wang kamu tak perlu risau. Saya lihat kamu sihat tubuh badan
dan masih muda. Apa yang menyekat kamu sekarang cuma anak kecil yang perlukan
perhatian. Saya boleh tawarkan pekerjaan dan tempat tinggal untuk kamu. Adakah
kamu berminat?” Bersinar mata Malik mendengarkan tawaran Datuk Ilyas. Segera
dia mengucap syukur dan memeluk tubuh Datuk Ilyas.
“Terima kasih
encik! Dah lama saya berkeadaan begini dan hanya encik seorang yang sudi
menolong saya. Allahuakbar! Alhamdulillah, ya Allah. Encik apa nama encik?
Encik imam surau ini ke?”
“Nama saya Ilyas.
Hari ini saya ditugaskan jadi muazzin surau ni. Oh ye Malik boleh bersihkan
diri dan mengambil wuduk. Kita solat sunat dan mengaji dulu. Lagi 10 minit baru
masuk waktu Subuh.” Malik menganggukkan kepala. Dia membentang sehelai sejadah
sebelum meletakkan anaknya dibawah. Mujur anaknya sudah tertidur. Mungkin
kerana lapar dan mengantuk. Segera dia mengikut Datuk Ilyas ke tempat mengambil
wuduk. Dia bersyukur kerana Allah telah menurunkan seorang hamba persis
malaikat yang sudi membantunya disaat saudara sedarah dagingnya memulaukannya.
“Hanan, kamu tak
payahlah masuk dapur ni. Kamu tu dah sarat,” nasihat maksu Azean. Adriana
mengangguk patuh sebelum berpatah balik ke ruang tamu. Hari ini dia mengikut
mamanya merewang di rumah Paksu Hafiz. Akhirnya, kahwin juga si Hisyam sengal
walaupun sepupunya itu ada buat drama tragis konon tak rela kahwin. Tapi tak
adalah tragis sangat sebab bila nampak je muka gadis yang bakal dinikahinya,
terus Hisyam setuju nak kahwin. Ceit!
Adriana menyeluk keluar telefon pintarnya dari
cardigan dipakainya. Bosan kerana
tidak dibenarkan membantu. Jika dia tahu begini, lebih baik dia ke rumah ibu
mertuanya. Kurang-kurang dia boleh membantu Puan Hafizah menjaga anak-anak
abang iparnya. Tengah dia seronok melihat koleksi peribadi gambar sengalnya
bersama Firdaus, suaminya itu menelefon. Huhu macam ada instinct..
“Assalamualaikum
sayang buat apa?” suara sang suami di talian membuatkan hatinya berbunga
gembira.
“Waalaikumussalam.
Tengah tengok gambar. Abang?”
“Tengah buat kerja
tapi tiba-tiba teringat kat sayang abang tu yang terus call. Ana dengan mama lagi ke?” Adriana memintal-mintal hujung
tudungnya. Aduilah macam angau pun ada padahal hari-hari jumpa. Perbuatannya
automatik terhenti apabila ada dua orang sepupu perempuan yang melintas
dihadapannya.
“Hmm. Bosan sebab
diorang tak bagi Ana tolong.” Firdaus dibalik talian hanya ketawa apabila
Adriana mula mengadu bosan. Faham sangat dengan isterinya yang sentiasa aktif
walaupun makin sarat.
“Nak abang ambil
Ana ke? Tadi Henry hantar kan?” cadangan Firdaus disambut baik oleh Adriana.
Lama-lama disini pun bukan dia boleh buat apa.
“Abang dah habis
kerja ke? Nanti Ana bagi alamat.”
“Okey. Wait aaa...I’ll fetch you as soon as possible my love.” Adriana sudah
tersengih-sengih dengan apabila mendengar Firdaus beromantik dengan dialek
Padayappa.
“Amboi mak buyung
ni awat dok sengih sorang-sorang?” Maksu Azean yang baru masuk dari dapur
menegur Adriana. Pelik binti ajaib melihat anak saudara yang selalu muka tiada
reaksi boleh pula tersengih seorang diri. Adakah ini kesan hormon ibu
mengandung? Ehey~
“Maksu, beritahu mama
sekejap lagi Hanan nak balik dengan suami Hanan.” Adriana mengaris senyum buat
ibu saudaranya. Maksu Azean lebih kurang sama mesra terhadapnya seperti Paksu
Hafiz. Suka memanjakannya kerana mereka tiada anak perempuan.
“Ye nanti maksu
beritahu. Hailah, dulu maksu ingat nak jodohkan kamu dengan Hisyam tapi apa
boleh buat, dah Allah putuskan yang jodoh kamu dengan Firdaus. Suka maksu
tengok kamu sekarang. Makin berseri.” Maksu Azean mengusap lembut pipi Adriana.
Anak saudara yang tak betah berkongsi perasaan sejak kecil tapi tetap comel
dimatanya. Adriana hanya memandang wajah maksu Azean dengan muka tanpa reaksi.
Dari dulu lagi dia senang dengan keluarga paksunya.
“Nanti maksu
bekalkan makanan untuk kamu dengan Firdaus ye? Maksu nampak kamu asyik menjeling
kat gulai kawah je waktu nak masuk dapur tadi. Ingatkan nak panggil kamu makan,
sekali dah nak balik dah mak buyung ni.” Adriana mengangguk suka. Ingatkan tak
siapa pun yang perasan yang dia teringin merasa gulai kawah yang baru dimasak
oleh maksunya. Mamanya riuh didapur bersembang dengan saudara-mara dan
jiran-jiran maksunya mana nak perasan akan dirinya yang teringin nak makan
gulai kawah.
Kedengaran sayup suara memberi salam dari
luar. Alahai dengar suara sahaja Adriana sudah tersenyum. Serius laju gila!
“Amboi dengar je
suara suami dia terus senyum. Pergilah sambut suami kamu tu,” Adriana
mengangguk lalu berjalan pantas ke pintu. Firdaus yang dari jauh dah nampak si
isteri turut tersenyum.
“Cepatnya abang
sampai!” Adriana menyalami tangan Firdaus sebelum menghadiahkan kucupan dipipi
suaminya. Berani buat pun sebab tak ada orang kalau tak malu woo..
“Sebenarnya masa call Ana, abang dah dalam perjalanan dah
pun. Rindu punya pasal,” jawab Firdaus dengan sengihan melebar. Memang rindu
pun dan kalau boleh dia mahu membantu dalam persiapan majlis si Hisyam. Lega sikit
sepupu sengal Adriana dah bertemu jodoh kalau tak asyik nak mengacau isterinya.
“Sayang, kita masuk
jumpa diorang dulu? Kot-kot ada benda yang abang boleh tolong. Lepas tu kita
balik ye?” Adriana memaut tangan Firdaus lalu membawa Firdaus berjumpa dengan
maksunya. Maksu Azean menyambut kedatangan Firdaus dengan baik. Memandangkan
segala persiapan sudah hampir siap dan maksu Azean mengarahkan Firdaus membawa
Adriana pulang untuk berehat, mereka berdua pulang ke rumah dengan bekalan lauk-pauk
dari maksu Azean.
“Abang tak aci!”
Firdaus yang sudah berenang jauh ke depan menayang muka berlagak kepada
Adriana.
“Aci? Siapa?
Ahaha...ahahaha....” Adriana mengetap bibir geram. Sengal punya suami! Boleh
pula main tipu ketika berlumba berenang dengannya. Tak kasihankan ibu
mengandung ke apa?!
“Abang! Ni kalau
tak ada baby ni memang Ana dah
berenang laju-laju lepas tu seligi-seligi abang tau!’ Firdaus menayang muka
selamba sambil mengacah mahu keluar dari kolam renang. Nasib baiklah mertuanya
tiada dirumah kalau tidak tak adanya dia nak buat sengal dengan isterinya di
rumah mertua.
“Abang! Ana tak
puas berenang lagi! Tak maulah naik dulu!” Menjerit-jerit Adriana didalam kolam
renang dengan muka masam. Hari ini seronok pula Firdaus menyakat Adriana.
Selalu dia aje yang kena sakat.
“Ala..abang penat
la...” Sengaja dia menunjukkan muka penat sambil berenang perlahan mendekati
isterinya. Okey salah langkah sebab Adriana terus memaut lehernya dan cuba
membenamkan dia ke dalam air. Fuh cubaan membunuh ke apa?!
“Balasan! Jahat
lagi dengan Ana tadi.” Adriana ketawa puas sebelum berenang jauh sedikit dari
Firdaus.Namun tak lama, Adriana berhenti ketawa apabila melihat Firdaus tak
menunjukkan reaksi. Dia mula panik apabila tubuh Firdaus seakan-akan mahu
terapung.
“Abang! Bangun!”
Adriana segera menarik tubuh Firdaus yang sudah tak sedarkan diri ke tepi
kolam. Sedaya-upaya dia cuba naikkan Firdaus ke tebing kolam mandi.
“Waa..tak maulah
main macam ni! Abang bangun! Waaaa!!!” Adriana menolak-nolak tubuh Firdaus.
Mahu tiga minit juga baru Firdaus membuka sebelah matanya sebelum mencubit pipi
Adriana. Perlahan dia bangkit dan duduk dihadapan isterinya yang sudah
dibanjiri air mata.
“Haish ni kalau
sungguh abang lemas ni memang dah innalillah. Apa punya penyelamat? CPR tak
reti nak bagi ke?” Adriana mencubit pantas paha Firdaus. Orang tengah panik,
semua benda tak ingat.
“Jahatlah main
mati-mati ni! Tak suka!!!!” Firdaus hanya ketawa sambil mengusap perut
isterinya. Alahai bini, kalau dia yang buat nakal lagi teruk dia tak tahu.
“Yela..yela..abang
tak main macam tu dah. Ni nak sambung swimming
ke tak nak?” soal Firdaus dengan menjungkitkan sebelah kening.
“Naklah!” Adriana
menarik tangan Firdaus. Macam-macam gaya renang mereka cuba tapi kebanyakannya
Firdaus akan menyuruh Adriana memeluknya dari belakang dan mereka berenang bersama.
Mahu nak dekat Maghrib barulah mereka berhenti aktiviti berenang sambil
menyakat. Itupun sebab Datin Hafsyah yang sudah pulang melaung memanggil mereka
untuk makan malam.
6 comments:
huu.lama tunggu entry baru akk ni.macehh kak.nanti update lelaju lagi tauu.hee
suka gaya akk.
btw,ramadhan kareem,kak :)
-dyla b-
Thanks dyla b (^-^)
sorry la akak ni busy buat persediaan untuk kelas sem depan maka susah sikit nak update lelaju..
insyaAllah akan cuba ye.
Allahuakram (^-^)
Best.. Lama betul den tunggu hihi
Thanks Syahid Zulkifli.
InsyaAllah try update lagi secepat yang boleh huhu~ (^-^)v
sukenye cite ni... antara karya terbaik dan xmembosankan :)
terima kasih..
insyaAllah akan cuba hasilkan yang lebih baik di masa akan datang (^-^)
Post a Comment