taken from here |
“Waa..cantik gila model tu! Kau
kenalkanlah kat aku,” wajah model yang sedang bergaya dengan gaun pengantin
dipandang tanpa berkelip.
“Err aku aku tak rasa kau nak
berkenalan dengan dia se…”
“Setan! Berapa banyak lagi gambar
kau nak ambil!” Diam satu studio apabila suara garau si model bergema. Mak aih
lelaki rupanya!
“Kau diam! Selagi kau tak habis
bayar duit aku kau kena jadi model aku secara percuma faham!” balas seorang
perempuan Cina yang berdiri berdekatan dengan jurukamera sambil menyilang
tangan ke tubuh.
“Arghh!!!!!!!!!!!!!!!” jerit si model sambil menarik-narik rambut
palsu dikepalanya tanda bengang
“Celaka punya Selena! Aku kena
paksa jadi model dia lagi kau tau!” Emy menghulurkan sebotol air mineral kepada
aku. Bagus betul ada kawan memahami macam dia ini bukan macam kakak bedebah aku
itu. Oh ye Selena tu kakak kandung aku.
“Relax la Isaac, salah kau juga.”
“Der, bukan aku suka-suka nak accident! Ni luka kat kaki aku ni pun
belum sembuh lagi!” Geram punya pasal aku singkap seluar jeans aku menunjukkan
luka yang masih berbalut.
“Habis tu kau nak aku nak buat apa?”
soal Emy dengan muka selambanya. Satu trademark
yang buat aku suka bergaul dengan Emy. Dia sentiasa cool dan selamba.
“Emy kau ganti aku lain kali boleh?”
“Tak boleh.”
“Kenapa? Kau perempuan lagi sesuai….”
“Aku 100% pasti yang Selena akan
sepak aku keluar dari studio tu.”
“Weh der..”
“Jom makan. Aku belanja.” Tak
sempat aku nak sambung mengayat Emy dah jalan jauh ke depan. Emy atau nama
penuhnya Aimy Adara. Seorang perempuan Melayu yang berketinggian 172cm dan
bergaya agak maskulin. Sering disalahertikan oleh sesetengah manusia yang hanya
memandang pada luaran.
Lupa nak kenalkan diri. Nama aku Isaac Goh, seorang lelaki
yang berwajah feminine atau orang
Melayu panggil muka jambu (yang ni Emy yang beritahu). Selena Goh, kakak aku
mempunyai butik perkahwinan dan sekarang aku terpaksa menjadi model atau lebih kepada hamba kepada kakak aku
kerana aku rosakkan kereta kesayangannya. Kalau setakat kereta Proton itu boleh
sahaja aku tutup mata bayar tapi masalahnya sekarang dia pakai Ferrari F12! Gila la perempuan tu! Okey, tapi aku lagi
gila sebab terlanggar pokok dengan kereta mahal itu sebab nak mengelak kucing
yang tiba-tiba melintas. Haish nasib-nasib.. Oh ye kucing tu selamat dan
melintas macam tak ada apa-apa yang berlaku huhuhu…
“Apa ini semua Isaac! Kamu tak suka
jadi lelaki ke?!” tengkingan dari mama aku membuatkan aku keliru dan mula
menggelabah. Gambar aku yang sedang bergaya dengan gaun pengantin dicampakkan
ke mukaku. Ganas betul mama aku ni..
“Mama…I’m just helping Selena with her business okay! You know what I’ve done
to her F12 right? This is considered as payment.”
“Oh my god! Selena must be crazy! Whatever it is, I don’t like it and I
think I should marry you off Issac.”
“What?!”
“Kamu dah dengar kan? Anak Auntie
Mae minat dengan kamu. Nanti mama uruskan perjumpaan kamu dengan dia. Dah mama
ada urusan lain. Jumpa dirumah petang nanti!” Bamm! Pintu pejabatku ditutup
kuat. Serius memang mama aku ini kira kasar dan perangai kasar itu kini
diwarisi oleh Selena yang selalu buatkan aku jadi huru-hara.
Macam biasa petang itu aku pergi mengadu pada Emy. Aku
berkawan baik dengan Emy sejak tadika lagi. Haa tak percaya ke? Kini Emy
bekerja sebagai pensyarah di UIAM. Lagak sahaja macam agak kelakian tapi dia
ini perempuan bertudung dan berpakaian Muslimah. Pernah juga perkara lucu
terjadi pada kami berdua.
Suatu petang sewaktu kami menunggu bas selepas aku dan Emy pulang
dari kuliah.
“Assalamualaikum, saya rasa saya
perlu sekolahkan kamu berdua.” Tegur seorang perempuan bertudung labuh yang
turut sama menunggu bersama kami.
Terjongket terus kening kami berdua. Apakah?
“Ini kenapa lelaki berpakaian
perempuan dan perempuan ini pula pakai macam lelaki?”
“Err...” sedaya upaya aku cuba mahu
menjelaskan kepada perempuan itu tapi belum sempat nak jelaskan dah kena
potong.
“Mungkin kerana desakan nafsu yang
songsang tapi tak sepatutnya kamu berdua menentang fitrah Illahi!” Tercengang
terus aku dan Emy. Aduilah akak tudung labuh ni dah salah sangka.
“Kamu sepatutnya bersyukur
dilahirkan dengan keadaan yang sempurna…”
“Okey cukup. Saya ni lelaki dan dia
ni perempuan okey! Akak dah salah faham.”Walaupun muka aku feminine tapi suara garau aku ini memang melambangkan aku seorang lelaki
sejati. Mungkin kerana terlalu malu, kakak tudung labuh itu terus beredar
meninggalkan kami berdua. Tak sampai seminit, kami berdua sudah gelak
berguling-guling di stesen bas itu.
“Kau ingat apa tu?” tegur Emy
sebelum mengambil tempat dihadapanku. Terpaku sekejap aku dengan penampilan
Emy. Eh Emy kenapa hari ini kau nampak lain ha? Okey tak patut komen apa-apa
sebab otak aku memang tengah tak betul.
“Emy I’m in a big trouble.” Sesi mengadu bermula. Segala benda aku
ceritakan kepada Emy. Aku ada ramai juga kawan tapi hanya Emy sahaja yang boleh
dipercayai. Dah kata kawan dari tadika la kan..
Terdiam terus Emy mendengar cerita aku. Wajahnya berkerut-kerut
memikirkan sesuatu. Emy dari dulu lagi memang tak akan biarkan aku sendirian
apabila aku ditimpa masalah. Itu yang buat aku setia berkawan dengan dia.
“Kau tak suka anak Auntie Mae tu?”
soal Emy dengan wajah serius.
“Tak! Aku tak suka perempuan yang
selalu upload gambar mabuk tak
senonoh di Instagram dan berpeleseran dengan jantan macam-macam!” tegas aku
memberikan jawapan. Emy hanya mengangguk. Dia sendiri tahu sifat aku yang bukan
kaki kelab dan memang aku kurang suka bersosial.
“Hmm kau beritahu sahaja dengan
perempuan tu yang kau tak suka dekat dia. Habis cerita.” Emy duduk bersilang
tubuh sambil memesan makanan. Muka selamba dan cool Emy hari ini tampak kurang gembira. Kenapakah?
“Kalau mama aku mengamuk macam
mana?”
“Kau kan lelaki. Tegas sikit dengan
keputusan kau!” Okey kali pertama aku rasa macam kena marah dengan Emy.
“Kau marah ke? Bendera Jepun tengah
naik ke?” Pap! Kuat bahuku dipukul dengan majalah yang memang tersedia ada di café
itu. Muka merah padam Emy aku pandang tanpa berkelip. Err kenapa jantung aku
berdegup kencang?
“Isaac! Kenapa cakap dengan Gina
yang kamu tak suka dia?!” Aduilah..kenapalah tempayan sangat mulut anak Auntie
Mae tu?
“Sebab tu benda yang betul.” Muka
aku sengaja aku selambakan. Ikut macam muka si Emy. Hehehe..
“Kamu ada calon lain ke? Mama tak
kira! Dalam minggu ni kalau kamu tak bawa balik calon lain yang lebih baik dari
Gina, mama tak akan teragak-agak kahwinkan kamu dengan Gina walaupun mama kena
seret kamu pada hari perkahwinan kamu!” Rasanya macam ada bunyi guruh dan kilat
menyambar sebagai latar belakang perasaan aku sekarang. Gilalah mama aku ni!
Masuk hari ni, dah dua hari aku tak dapat menghubungi Emy. Dah
la ada lagi empat hari sebelum tarikh tutup menghantar calon sesuai kepada mama
aku. Makin serabut kepala otak aku nak memikirkan perempuan mana yang patut aku
bawa dan kenalkan sebagai calon isteri dalam keadaan tanpa penasihat ulung aku
itu. Bila masuk hari ketiga aku rasa aku patut report polis. Gila aku kalau Emy
tak ada dan ketika ini barulah aku sedar yang aku sangat perlukan Emy. Oh mama!
Isaac dah jumpa calon yang sesuai!
“Emy!” Dengan perasaan riang
gembira aku berlari mendapatkan Emy yang jelas tampak terkejut dengan kehadiran
aku. Penat gila aku bertanya sana-sini untuk mengetahui kedudukan Emy yang
rupanya pulang ke kampung halaman kerana melawat neneknya.
“Macam mana kau tahu aku kat sini?”
soal Emy dengan muka agak bengang. Adakah dia dah bosan dengan kerenah aku?
“Aku cari kau macam nak gila Emy! I need you and I think I lov…”Adui
payah pula nak sebut perkataan keramat itu.
“Yeah
you always need me because I’m your best buddy. Same g…”
“I love you la bongok!” Belum sempat Emy menghabiskan ayatnya yang
ditutur dengan nada jengkel aku melafazkan ayat cinta aku dengan cara yang
paling tak macho.
“What?!”
“I love you. Saya cintakan awak. Wo ai ni. Saranghae yo. Kau nak bahasa
apa? Meh aku google sekejap.”
“Kau bukan dah selamat dengan anak
Auntie Mae ke? Kenapa tiba-tiba cakap cin..suka kat aku pula ni?” Emy bertanya
dengan wajah yang agak bingung. Kot terkejut dengan pengakuan berani mati aku
itu.
“Emy, empat hari kau tak ada aku
dah nak gila kau rasa macam mana keadaan aku kalau tak nampak kau langsung?”
“Tu sebab kau asyik melekat dengan
aku dari dulu bukan sebab kau sukakan aku!”
“Bukanlah sengal! Aku cintakan kau
okey? Aku tak boleh bayangkan masa depan aku dengan orang lain. Asal fikir masa
depan kau mesti akan aku fikirkan sekali dan kalau kata kau cakap kau ada
pilihan lain aku rasa mesti aku pergi bunuh lelaki itu. Serius aku tak
main-main!” Wajah Emy aku tatap dengan penuh kasih. Kenapalah aku ni buta
sangat tak nampak yang aku sebenarnya sukakan si Emy ni dari dulu. Emy tunduk
malu-malu apabila aku pandang dia tak berkelip. Agak-agaklah minah yang selalu
nampak maskulin kini nampak ayu berkain batik.
“Siapa tu Ai? Jemputlah dia naik.
Belum nak runtuh rumah nenek ni!” laungan nenek Emy mematikan lamunan kami
berdua.
“Jom masuk. Kau kena lulus ujian QC
dari nenek aku dulu sebelum aku setuju nak terima kau.” Aku mengangguk dengan
yakin. Dengan hati yang berdebar-debar aku melangkah masuk ke dalam kediaman
nenek Emy.
“Sayang dah siap ke belum?” jeritku
dari dalam bilik mandi. Aku yang sudah lengkap berbaju Melayu berwarna merah hati
merapikan rambutku. Hari ini kami akan bersama-sama menghadiri sebuah program
daurah. Alhamdulillah kini aku dan Emy sudah setahun mendirikan rumah tangga
dan bakal menimang cahayamata.
Banyak sungguh cabaran yang perlu aku tempuh sebelum dapat
mengahwini suriku kini. Bantahan daripada kedua ibubapa hampir membuatkan aku
putus asa namun aku bertuah kerana mendapat sokongan dari nenek Emy dan Selena.
Kakak yang selalu membuatkan aku gila tu yang bermati-matian menolong aku sehinggakan
kedua ibubapa surrender. Ada guna
juga sikap kasar dan degil kau tu ye Selena?
Sesudah itu, aku ditarbiahkan pula oleh ayah Emy. Apa kau
ingat senang ke orang tua tu nak kahwinkan satu-satunya anak gadisnya kepada
lelaki berbangsa Cina yang memang tak berapa nak pandai pasal agama? Aku diajar
mengaji dan segala hukum-hakam Islam sampai master baru dia bagi izin. Kelas di
Perkim pun aku tak pernah miss!
Alhamdulillah aku bersyukur kerana diberikan hidayah sebelum aku berkahwin dan
aku sangat gembira kerana menemui sinar Islam.
Tiba-tiba pintu bilik mandi dikuak perlahan. Isteriku yang
cantik memakai baju kurung sedondon dan dipadankan dengan tudung merah jambu
berdiri mencekak pinggang dengan senyuman sinis dimuka pintu.
“Abang tunggu apa lagi? Bersiap kalah perempuan! Bukan suruh
pakai gaun pengantin pun.”
“Emy!!”
FX Amber Liu as Aimy Adara |
EXO Luhan as Isaac Goh |
7 comments:
kyaaaa~~~
sugoi~
yang org perasan cerpen sis selalu pendek tapi apa yang nak disampaikan tu sampai... hehe...
sempoi je... suka3...
teruskan berkarya :)
hahaa arigatou!
pendek ke Suha? Hehehe insyaAllah len kali kita buat panjang skit (^-^)v
insyaAllah thanks (^-^)
haah agak pendeklah... sebab bila tengah syiokkk2 baca tetiba, eh dah abes?! hehe
but it's okay though... sebab pernah baca kategori cerpen yang pendek ada yang 250 ~ 1500/2000 words...
Tip & motivasi: penulisan genre cerpen (Othman Puteh)
huhu thanks atas pandangan (^-^)
serius kita ni jenis lebih suka tulis ikut suka hati hahaha nampak tak ke'rebel'an disitu?
apa-apa pun akan cuba memperbaiki lagi hehehe~
Sweet cerita ni.. suka
Sweet cerita ni.. suka
@lisanna: thanks (^-^)v
Post a Comment