taken from here |
“Do you want to build a snow man?” Sedikit pun Adriana tidak mempedulikan Firdaus yang cuba memujuknya
sejak pulang dari taman tema tadi. Dia yang sedang mengemas pakaian meneruskan
kerjanya dengan tak berapa nak khusyuk.
Apa tidaknya? ‘Ulat’ besar itu asyik menyibuk dari tadi.
Adriana yang sedang memakai gaun tidur
berwarna biru dipandang sepi oleh Firdaus. Sedih tak dilayan oleh isterinya.
Teringin juga dia membawa diri ke bilik Muiz dan Hamdan tapi tak silap hari
bulan mahu kena ejek dengan kedua-dua orang sahabat baiknya itu. Ratu ais yang
bergaun biru mengingatkannya kepada Elsa watak kartun dari filem Frozen.
“Ana...tak mahu la
merajuk gini. Abang minta maaf eh?” pujuk Firdaus lagi kali ini siap memeluk
Adriana dari belakang. Bak kata orang putih ‘back hug’..
Adriana masih meneruskan kerjanya tanpa
mempedulikan Firdaus. Padan muka siapa suruh menggatal tadi! Firdaus yang
tiba-tiba melepaskan pelukan mengejutkan Adriana. Lima minit kemudian, Firdaus
kembali dengan sut harimaunya. Tak cukup dengan itu, mukanya turut diconteng
menyerupai harimau. Ini betul-betul bapak rimau! Mana dia dapat barang
menconteng?
“Hello little one! Mr Tiger come to entertain you!
Zip-pe-dee-doo-dah zip-pe-dee-eay!” Bulat mata Adriana
apabila si bapak rimau mula menari dan menyanyi ikut sesuka hati dia.
“Sekejap!”Adriana
berlari mendapatkan kamera videonya. Ini barang baik! Mesti rakam punya.
“Okey boleh mula
semula.” Selesai meletakkan kamera video diatas tripod, Adriana mengeluarkan
arahan dengan muka tiada perasaan padahal dalam hati seronok gila. Tak cukup
dengan itu, dia turut merakam dengan telefon pintarnya. Firdaus hanya redha melayan
kerenah isterinya yang macam-macam. Aduilah sayang bini punya pasal..
Tengah syok Firdaus menyanyi dan menari,
loceng bilik hotel mereka berbunyi.
“Mungkin room service.” Adriana bangun membuka
pintu setelah memakai baju sejuk dan menyarungkan tudung. Tak mungkin dia nak
suruh si bapak rimau buka pintu. Mahu pengsan pekerja hotel itu dek terkejut
nanti.
“Oh Adriana.
Firdaus ada? Ni nak cakap pasal kita nak pergi Jeju-do lu...astaghfirullahalazim
Firdaus! Sejak bila kau tukar jadi harimau ni!” Muiz tergelak terbahak-bahak
melihat sahabatnya yang lengkap bersut harimau. Mia dan Iqram turut sama
menggelakkan Firdaus yang hanya mampu menayang wajah selamba. Hamdan
walaubagaimanapun memandang Firdaus dengan wajah simpati. Simpati sebab kena
gelak ramai-ramai.
“Apa? Ni aku tengah
buat video untuk anak aku yang bakal lahir la!” Firdaus memberi alasan sambil
menunjukkan ke arah kamera video yang masih berada diatas tripod.
“Dah tak payah kau
nak mengarut. Jom kita pergi makan sambil-sambil tu boleh bincang pasal nak
pergi Jeju lusa nanti. Kami tunggu kat lobi.” Hamdan menarik Muiz yang masih
bersisa ketawanya.
“Bro, kau ada cita-cita nak jadi bintang
Disney ke? Hahaha..” Muiz yang masih belum berhenti ketawa membuatkan yang lain
turut ketawa. Nasib kaulah Firdaus..
“Okey aku rasa nak
beli tanah kat sini.” Ucap Muiz sebaik sahaja turun dari kapal terbang. Mungkin
kerana terlalu terpegun dengan permandangan Pulau Jeju yang lain turut
mengangguk. Semalam mereka melawat kawasan-kawasan menarik di Seoul dan
membeli-belah dengan ditemani oleh Syazrina dan Chan Hee. Tercapai juga hasrat
Adriana yang mahu ke Lotte World. Dua hari berturut-turut ke taman tema tapi
Firdaus relakan sahaja kerana seronok melihat gaya keanak-anakan isterinya. Tak
macam orang tengah mengandung langsung! Oh Firdaus dapat juga strawberi yang
diidam.
“The question is, do they want to sell their land to
you?” Hamdan cuba mengembalikan Muiz ke realiti. Pulau
Jeju ialah tempat pelancongan paling popular di Korea Selatan.
“Aku pasti aku
boleh beli. Kau tunggu dan lihat,” jawab Muiz dengan yakin. Muiz seorang yang
pantang dicabar dan dia pasti akan dapatkan apa yang diingininya.
“Ye Mia tahu abang
boleh. Jom kita cari tempat makan. Mia lapar.” Mia memaut lengan Muiz manja.
Bukan selalu dia dapat bermanja dengan abang kandungnya sejak sudah berkahwin.
“Haish yela budak manja!” Muiz mencubit pipi
adiknya geram. Dah jadi mak orang pun nak manja-manja lagi. Gelagat mereka
diperhati oleh Iqram, Firdaus dan Adriana. Hamdan? Dia senyum geleng kepala
sahajalah melihat gelagat dua beradik itu.
“Weh kita makan seafood ye? Adriana ada alergik apa-apa
tak?” soal Muiz prihatin. Adriana hanya menggelengkan kepalanya. Pergi Pulau
Jeju tapi tak makan makanan laut memang rugi woo..
“Err aku rasa baik
kita singgah hotel letak barang dulu sebelum cari makan. Gua tak sanggup nak
angkut barang-barang ni masuk kedai.” Cadangan Firdaus disambut baik oleh
mereka semua. Yang lelaki tak kisah sangat bab bagasi tapi yang perempuan.
Walaupun hanya dua orang tapi seorang sahaja pun dah ada dua bagasi itupun belum
beli lagi buah tangan untuk mereka-mereka yang menunggu di Malaysia. Lelaki
berjalan bawa satu beg galas pun dah cukup hehehe...
Luonto Boutique Pool Villa merupakan tempat
penginapan yang disediakan oleh Datuk Ilyas untuk mereka semua. Tahu sahaja
Adriana, Firdaus dan sahabat-sahabatnya ke Korea Selatan, Datuk Ilyas segera
mencadangkan mereka semua ke Pulau Jeju dan segala perbelanjaan ditanggung
olehnya.
“Hamdan nampaknya
kita berdua lagi la...” ujar Muiz selepas mendaftar masuk. Hamdan hanya mampu
ketawa.
“Kenapa abang nak
tidur dengan Mia ke?” soal Mia kudus. Sewaktu mereka kecil, selalu sahaja
mereka tidur sekatil. Iqram tersedak mendengar pertanyaan isterinya yang
kadangkala memang tak terjangka.
“Isk mengarut apa
ni Mia? Abang gurau jela..mau kena hempuk dengan Iqram juga kang,” gurau Muiz
sambil menjeling ke arah Iqram yang sudah tersengih.
“Ke nak asing? Satu
villa untuk lelaki dan satu villa lagi untuk perempuan? Waa bestnya Adriana kita boleh borak-borak
sampai pagi!” Adriana memandang Mia pelik. Sejak bila pula Mia Hana jadi
seorang yang sangat ceria tak ingat?
“No way! Papa dah sediakan tiga villa
jadi rugi kalau cuma pakai dua villa. Oh lagi satu tak ada kerja nak pisahkan
bilik tidur suami-isteri okey!” Firdaus segera memeluk bahu Adriana. Adriana
hanya mendiamkan diri. Mukanya sudah memerah menahan malu.
“Mia gurau jela
bapak rimau! Okey jom letak barang lepas tu boleh makan. Lapo!!” Iqram
menggeleng kepala dengan gelagat isterinya. Muiz dan Hamdan sudah menggelakkan
Firdaus yang menggelabah tak tentu hala. Tahu sangat yang Mia pun tak akan
berpisah bilik dengan Iqram.
Selesai meletakkan bagasi, mereka keluar
dengan menggunakan kereta yang disewa. Mereka ke restoren makanan laut. Sebelum
makan lagi, Muiz sudah bertanya tentang bahan masakan. Mereka bernasib baik
kerana restoren tersebut hanya menghidangkan makanan laut dan tiada arak yang
digunakan didalam makanan yang dimasak. Memang agak sukar untuk mendapatkan
makanan halal di Pulau Jeju jadi Hamdan mencadangkan mereka membeli peralatan
memasak dan memasak sendiri. Adriana dan Mia masing-masing teruja untuk
memasak. Yang lelaki semua seronok dapat merasa masakan Mia dan Adriana
sampaikan sanggup turun ke pasar pantai Yongduam atau Dragon Head Rock mencari
barang mentah yang segar di sana.
“Ana..jom mandi
dengan abang!” ajakan Firdaus hanya dibalas anggukan dari Adriana. Vila yang
mereka duduki mempunyai kolam renang peribadi dan semestinya tertutup
membolehkan Adriana dan Firdaus berkubang tanpa risau.
“Ana suka sini
tak?” soal Firdaus sambil mengusap bahu isterinya. Mereka berendam sambil memerhatikan langit
malam Pulau Jeju.
“Suka,tapi lagi
seronok kalau kita datang sini masa musim bunga.” Adriana melentokkan kepalanya
ke bahu Firdaus. Manja dengan yang halal dapat pahala woo..
“InsyaAllah kalau
ada peluang kita dapat sini dengan bawa baby
kita sekali okey?” Adriana mengangguk setuju. Bercuti bersama keluarga memang
menyeronokkan disamping boleh mencipta pelbagai memori.
“But before that you need to take me to
France first. Ingat tak abang janji nak bawa pergi sana? Kalau bawa mama
mesti dia borong barang-barang untuk baby
kat sana.” Adriana mengingatkan Firdaus tentang ‘janji manisnya’ dahulu.
“Haah nasib baik
Ana ingatkan. InsyaAllah boleh tapi bagi abang settle pasal design M Hotel Muiz lepas tu abang memang nak ambil
cuti panjang. Projek Gione Ana tu pun dah nak kawtim dah kan?” Adriana
mengangguk mengiyakannya. Walaupun mereka sedang bercuti di Korea Selatan,
Firdaus masih membawa semua barang-barang kerjanya. Kadangkala, Adriana perasan
yang Firdaus akan bangun membuat kerjanya pada pukul 3 pagi dan kemudiannya
membuat solat-solat sunat sebelum tiba waktu Subuh. Pernah juga dia menyertai
suaminya bersolat sunat bersama jika dia terjaga.
Semenjak dia mengandung, setiap malam Firdaus
akan mengalunkan ayat-ayat al-Quran sehingga dia tertidur. Adriana juga
mengikut petua-petua yang Mia ajarkan kepadanya. Setiap hari dia akan membuat
soalan Matematik yang diemel oleh Mia. Pergh! Mahu pecah kepala sebab Mia
hantar soalan Matematik Tambahan yang sememangnya bukan subjek yang dia mahir.
Tak cukup dengan itu, Mia turut mengajaknya mempelajari Bahasa Arab. Kata Mia,
senang supaya dia dapat memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca setiap hari.
Ternyata dia tidak silap dalam memilih Mia sebagai penasihat sepanjang mengandung
kerana dia tahu apa yang diajar oleh Mia ada kebaikan untuknya dan bayi yang
dikandung.
“Ana sayang...”
Adriana memandang wajah Firdaus yang serba salah. Apahal tiba-tiba ni?
“Kenapa?” Wajah
Firdaus diusap perlahan.
“Abang sejuk la
berendam lama-lama kat luar ni. Jom masuk?” Adriana memerhatikan jari-jemarinya
yang mengecut. Tak perasan pula yang mereka sudah lama berkubang dek melayan
perasan dari tadi.
“Tapi seronok.
Terasa nak makan aiskrim pula sekarang ni.” Terkejut orang utan Firdaus dengan kata-kata
sang ratu ais comel. Mana mahu cari aiskrim malam-malam ni? Kalau dapat pun
belum tentu halal.
“Err sayang, tunggu
balik Malaysia baru makan aiskrim boleh? Abang was-was sikit nak beli aiskrim
kat sini.” Firdaus berdiri lantas menarik tangan Adriana untuk bangun berdiri
bersamanya. Sudah tak tertahan sejuk dek berendam lama sangat. Mahu sejam juga
mereka berendam di kolam renang peribadi itu. Adriana mengangguk faham. Bukan senang
nak cari makanan halal di Korea Selatan nak-nak lagi aiskrim. Dia sendiri tak
mahu mengambil risiko. Bukan apa, setiap yang kita makan akan menjadi darah
daging kita dan dia tak mahu bayi yang dikandung termakan benda yang haram dek
kecuaiannya.
“Ana, kita buat
steambot nak? Malam-malam yang sejuk gini best woo makan steambot,” cadang Firdaus
sambil berjalan berpegangan tangan dengan isterinya keluar dari kolam renang. Tuala
yang diletakkan ditepi kolam diambil dan dihulurkan kepada Adriana. Setelah dia
siap bertuala, dia mengambil sehelai lagi tuala lalu membantu isterinya
mengeringkan rambut. Adriana hanya membiarkan sahaja perlakuan suaminya.
Seronok juga dimanjakan sebegitu.
“Abang tolong Ana masak
nasi ye?” Adriana mengangguk lagi. Untung kerana mempunyai suami yang sangat
memahami dan ringan tulang.
Malam itu mereka menikmati steambot sambil berbual-bual
ditepi kolam renang. Sebelum tidur, Firdaus tetap meneruskan rutin mengalunkan
ayat-ayat suci al-Quran ditelinga Adriana. Harapannya cuma satu, dia mahu anak
yang bakal lahir menjadi anak yang patuh pada perintah Allah. Andai seorang
manusia itu patuh pada perintah Allah, insyaAllah dia akan menjadi manusia yang
terbaik dan patuh pada ibubapanya.
8 comments:
Terbaik
Thanks Syahid Zulkifli (^-^)
Tertarik utk follow ur to story starting penulisan2u. N seronok katamkan this episod utk 1 mlm... tahniah.. ske citer ni n x sabar nk tau episode seterusnya.. do update yer. Jgn stop half way...
Thanks sebab sudi baca karya amatur saya ni (^-^)
InsyaAllah saya akan update dalam masa terdekat.
Wargh baru habis marathon. Best2 thanks for d wonderful love story. Waiting for d next en3. X sabar nak tunggu Ana N Firdaus Junior ��
-new fan HR-
Hahaha tahniah2x~ you're welcome. The new entry will be uploaded within this week (^-^)v
Hehee sabar~
Hehe baiklah menunggu dengan penuh kesabaran.. :)
-new fan HR-
Hehehe bagus2 (^-^)v
Post a Comment