taken from here |
“Rin!” Muiz dengan gaya
kanak-kanak riang berlari menuju ke arah seorang gadis yang menunggu di balai
ketibaan. Baik Firdaus mahupun Adriana, masing-masing tercengang dengan aksi
sengal Muiz yang selalu berlagak macho. Iqram, Mia dan Hamdan hanya tersengih
sambil menutup muka dengan passport.
“Kau dah kenapa?! Bukan ke dua
minggu lepas baru kau datang dengan bonda aku?” gadis bertubuh kecil itu
bercekak pinggang meleteri Muiz yang hanya menayang wajah selamba.
“Saja je. Oh Adriana ni Syazrina
sepupu si Hamdan. Masa korang kahwin dulu budak ni ada datang kan?” Syazrina
mengangguk lalu mendekati Adriana. Masa kenduri dulu dia tengok dari jauh
sahaja.
“Assalamualaikum. Nama aku
Syazrina, panggil Rin je.”
“Waalaikumussalam. Adriana
Hanan.” Adriana sedaya upaya menguntum senyum untuk gadis bertubuh kecil itu.
Usahanya kira berjaya apabila gadis itu turut membalas senyuman lima
sentimeternya.
“Rin, geudeul-eun dochaghaneun?” seorang jejaka kacak bertubuh tinggi
lampai mendekati Syazrina. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah mereka yang
lain. Sebotol air mineral dihulurkan kepada Syazrina. Siap tolong bukakan dan
letakkan straw lagi. Memang sweet~
“Ye, geudeul-eun imi yeogi issda. Ni kawan baik aku Lee Chan Hee.”
Syazrina menyambut huluran air mineral tersebut. Masing-masing pakat perhati
wajah Muiz. Memang sah kawan itu sedang menahan rasa.
“Oh hi, I’m Chan Hee. Nice to meet all of you.” Salam perkenalan
dihulurkan kepada lelaki-lelaki sahaja. Mesti Syazrina dah ajar adab pada mamat
Korea ini.
“Okay. Jom, korang mesti penat kan? Eh kejap...mana baby Mia?”
“Saya tinggal dengan mama. Kecil
sangat jadi tak boleh nak bawa.” Mia sudah menayang muka sedihnya. Iqram segera
memeluk bahu isterinya untuk menenangkan Mia yang sudah ada ura-ura nak menangis.
Ada juga yang terus patah balik Malaysia ni..
“Err..sorry. Weh jomlah. Ni korang dah tempah hotel ke tak? Kalau tak
yang perempuan ikut aku, yang lelaki ikut Chan Hee.”
“Tak apa aku dah tempah bilik
hotel.” Muiz menarik bagasinya lalu mula berjalan meninggalkan yang lain.
“Kau nak pergi mana? Jom kami dah
sewa van. Esok bolehlah kita semua pergi jalan-jalan. Elok pula esok aku dengan
si Chan Hee ni tak ada kelas.” Syazrina menarik beg yang digalas Muiz sehingga
Muiz hampir terdorong ke belakang.
“Esok kami nak pergi Yongin
tengok tapak projek,” beritahu Hamdan yang senyap sejak tadi. Chan Hee pula
galak berborak dengan Firdaus dan Iqram yang memang senang ramah dengan
siapa-siapa.
“Alah takkan seharian tengok
tapak. Tak apa nanti kita cari tempat jalan-jalan kat situ. Chan Hee yah! Naeil urineun Yongin e gaissda!” jerit
Syazrina kepada Chan Hee.
“Oh! Everland?”
“Roller-coaster!” jerit mereka serentak.
“Tengoklah macam mana nanti.”
Muiz menyentak beg galasnya sebelum berjalan keluar dari balai ketibaan.
“Abang, Muiz suka Rin tu ke?”
soalan yang keluar dari mulut Adriana menerbitkan senyuman pada wajah Firdaus.
Pertama kali isterinya bertanyakan tentang perihal sahabat baiknya. Mungkin
sebab Muiz yang terlalu menunjukkan perasaannya tadi. Dalam kereta ketika
perjalanan ke hotel, Muiz mogok tak mahu bercakap dek mereka yang asyik melayan
Chan Hee yang peramah dan sangat mesra dengan Syazrina. Mesra-mesra pun mereka
dapat melihat yang Chan Hee sangat menjaga batas-batas.
“Hmm soalan tu baik Ana tanya
Muiz sendiri. Muiz tak pernah cakap apa-apa jadi abang tak nak buat apa-apa
kesimpulan. Tapi Ana sendiri dapat tengok kan macam mana diorang berdua tu?”
Adriana mengangguk. Konon macam tak layan Muiz tapi bila Muiz senyap Syazrina
banyak kali juga mencuri pandang ke arah Muiz sepanjang perjalanan mereka. Muiz
juga begitu sehingga tertangkap oleh Firdaus dan Adriana. Masing-masing pakat
gelak apabila Muiz serba tak kena selepas itu.
“Hmm ada Ana rasa mereka tu suka
sama suka tapi malu nak cakap. Ini hunch
orang mengandung tahu!” Adriana menayang muka bangga kepada Firdaus. Pecah
ketawa Firdaus dengan gelagat isterinya. Ratu ais yang tiba-tiba jadi
hiperaktif dan berlagak detektif. Macam-macam orang mengandung ni....
“Ha..gelak kuat lagi boleh share bilik dengan Hamdan dan Muiz!”
ugut Adriana siap masukkan balik baju Firdaus dalam bagasi. Elok pula ketika
itu dia sedang mengemas pakaian mereka. Firdaus segera tutup mulut. Tak mahu
dia ber’honeymoon’ dengan dua
sahabatnya. Dah ada isteri maka manfaatkannya hehehe....
“Ala Ana sayang...abang gelak pun
tak boleh ke? Nak abang muka ketat 24/7 ke?” Firdaus memeluk belakang tubuh
Adriana. Sambil-sambil itu sempat juga dia keluarkan semula baju-baju.
“Hehe tak nak...tadi dengar
Adriana ada sebut pasal Everland.
Dari kecil mama dengan papa tak pernah bawa Ana pergi theme park.” Mahu terkejut cipanzi Firdaus dengan apa yang
dikatakan oleh isterinya.
“Papa dulu sangat sibuk sebab ada
masa Elves hampir muflis dan papa kena bangunkan semula. Dengan segala kudrat dan
pengalaman yang ada, alhamdulillah Elves berjaya sampai sekarang. Sebab itulah
lepas je habis belajar Ana terus kerja dengan papa. Tahu sebab utama dia
gila-gila pertahankan Elves dulu adalah kerana nak mewariskan empayarnya kepada
Ana.”
“Ibu pernah cerita dekat abang
dulu. Alhamdulillah, ingat itu semua perancangan Allah dan tengok hikmah
sebalik kejadian. Sekarang Elves dah berjaya dan Ana dapat kahwin dengan abang
yang hensem lagi bergaya hehehehe..” Adriana mencubit perut suaminya. Boleh
pula bergurau masa tengah nak feeling touching
touching...
Hehe sorry..abang bukan apa, kalau Ana sedih nanti affect kat baby juga. Dah jom tidur! Best woo katil ni.” Firdaus
melompat naik ke atas katil bersaiz King. Mereka menginap di hotel Seoul
Palace. Bilik jenis suite dihadiahkan kepada mereka oleh Muiz. Kononnya hadiah belated honeymoon untuk pasangan itu.
Muiz kalau pasal belanja kawan-kawan memang tak pernah berkira.
“Tak apa. Esok abang paksa Muiz
pergi Everland tu. Ala sebenarnya
kalau si Rin tu cakap sekali je dia mesti setuju punya. Lagipun esok kita cuma
lawat tapak projek dan berkenalan dengan mereka-mereka yang bakal mengendalikan
projek ini je. Lain semua Muiz dah settle dari Malaysia.” Firdaus menyambung
setelah Adriana buat muka sedih. Tahu sangat yang isterinya mahu mengajak
mereka ke Everland tapi malu nak berterus-terang konon tak kena dengan imej
aisnya. Hihi lagipun di Korea Selatan tengah musim luruh.
Adriana bertepuk tangan gembira. Selalu tengok di internet
je keseronokan di taman tema. Everland
pula merupakan taman tema yang popular di Korea Selatan jadi mana mungkin dia
mahu melepaskan peluang mengunjungi Everland
dah alang-alang mereka semua ke Yongin. Ada peluang dia mahu berjalan ke Lotte World juga hehehe...
“Dah meh la tidur..abang penat
ni.” Firdaus memalapkan lampu disisi katil.
“Abang tidur la dulu. Ana nak update sche..” tak sempat Adriana
menghabiskan ayat Firdaus sudah mengendongnya. Nak tak nak kena tidur lo~
“Ana, abang bukan tak sayang Ana
tapi....” Adriana menarik muka lalu mengatur langkah ke kedai menjual aksesori.
Firdaus menggaru kepalanya yang tak gatal. Pening apabila isteri aisnya meminta
izin untuk naik roller-coaster. Mia dan Iqram sudah lama lesap ber’dating’ sebaik sahaja tiba di taman tema
itu. Muiz dan Hamdan pula mengikut Syazrina dan Chan Hee.
“Sayang, jangan macam ni okey?
Abang fikir pasal sayang dan baby je.
Kalau kita berdua, nak naik sampai muntah hijau pun abang tak kisah.” Firdaus
memujuk isterinya yang menayang muka selamba sambil membelek-belek aksesori
telinga haiwan dan topi di kedai itu. Walaupun nampak macam tak ada perasaan
tapi Firdaus tahu isterinya sedang merajuk teruk. Sepatah haram pun tak
bersuara.
Tiba-tiba Adriana mengambil topi kepala harimau lalu
disarungkan ke kepala Firdaus. Firdaus hanya merelakan sahaja. Lega sedikit
apabila isterinya mula berinteraksi walaupun secara senyap dengannya.
“Buka kasut.” Tercengang Firdaus
apabila Adriana menghulurkan selipar berbentuk kaki harimau kepadanya. Ah
sudah! Tak cukup dengan itu, sarung tangan berbentuk tapak tangan harimau turut
dihulurkan kepada Firdaus. Firdaus dengan separuh rela menyarungkan sarung
tangan dan selipar yang dihulur Adriana.
‘Ini dia nak aku buat pertunjukan
kostum ke apa kat sini?’ getus hati Firdaus. Senyuman nakal isterinya
sekurang-kurangnya membuat dia berasa sedikit lega.
“Jom keluar.” Adriana menarik ‘tangan’
Firdaus keluar dari kedai sebaik sahaja membayar. Firdaus nak seluk poket pun
susah maka Adriana yang pergi membayar tadi. Keluar sahaja dari kedai, Firdaus
menjadi tumpuan ramai pengunjung yang lain. Mana tidaknya? Lelaki dewasa yang
memakai hampir kostum penuh harimau. Ada juga yang mengambil gambarnya namun
dia hanya buat selamba. Demi kegembiraan isterinya dia sanggup berkorban....
“Your boiprendeu?” seorang pengunjung tempatan yang agak berumur bertanya
kepada Adriana dengan loghat Korea pekat.
“Ani, geu-saram-i nae nampyeon ida,” jawab Adriana dengan wajah
selamba.
“Omo neomu gwiyeowoyo. Aigoo..i-jal saeng gi nam iya. Jaemiga iss-eubsio!”
“Nae, kamsahamnida.” Pengunjung tadi meninggalkan Firdaus dan
Adriana setelah bergambar bersama.
“Okey dah boleh bertukar balik.”
Adriana mengarah setelah mengambil gambar Firdaus dengan pelbagai aksi. Firdaus
yang hanya melayan membuatkan sesi fotografi mereka menyeronokkan.
“Tak nak. Tadi ramai awek-awek
cun Korea nak ambil gambar dengan abang..” usik Firdaus.
“Oh ye?” Adriana terus berjalan meninggalkan
Firdaus dengan kostumnya. Mood merajuk
re-activate!
Firdaus tepuk dahi...
p/s: serius saya tengah buat kerja gila..ada report, presentation dan kerja-kerja masih tertangguh tapi gian nak update punya pasal maka...ahahaha doakan yang terbaik untuk saya ye hehehe (^-^)
pencerahan~
geudeul-eun dochaghaneun = adakah mereka dah sampai?
Ye, geudeul-eun imi yeogi issda = ye, mereka sudah berada di sini.
Naeil urineun Yongin e gaissda = Esok kita akan ke Yongin
Ani, geu-saram-i nae nampyeon ida = Bukan, dia suami saya.
Omo neomu gwiyeowoyo. Aigoo..i-jal saeng gi nam iya. Jaemiga iss-eubsio = Oh sangat comel. Aigoo( lebih kurang macam amboi)...lelaki yang sangat kacak. Sila berseronok.
Nae, kamsahamnida = Baiklah, terima kasih.
pencerahan~
geudeul-eun dochaghaneun = adakah mereka dah sampai?
Ye, geudeul-eun imi yeogi issda = ye, mereka sudah berada di sini.
Naeil urineun Yongin e gaissda = Esok kita akan ke Yongin
Ani, geu-saram-i nae nampyeon ida = Bukan, dia suami saya.
Omo neomu gwiyeowoyo. Aigoo..i-jal saeng gi nam iya. Jaemiga iss-eubsio = Oh sangat comel. Aigoo( lebih kurang macam amboi)...lelaki yang sangat kacak. Sila berseronok.
Nae, kamsahamnida = Baiklah, terima kasih.
6 comments:
bab yang sangat ditungu-tunggu. congrates writer !
Tbaek...tp kalu buleh selitkn la skali meaning bahase korea tuh..chek xphm..hehe
hehehe adryz annisa: Thanks (^-^)
Anonymous: hihi sorry la cheq...sat gi kami update meaning ya?
Tahniah writer, keep it up. Cerita best !
Thanks Anis Mohamad (^-^)
Thanks Syahid Zulkifli :)
Post a Comment