taken from here |
Tiba sahaja di
kediaman mertuanya, Adriana diserbu oleh Puan Hafizah diikuti dengan anak-anak
buahnya. Rayyan, Sufi dan Encik Fikri hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Masing-masing melepaskan kerinduan kepada Adriana yang lama ‘menghilang’.
“Hanan, kenapalah kamu buat macam ni? Terkejut ibu bila Firdaus beritahu
yang kamu lari dari rumah. Mula-mula ibu ingatkan si Firdaus ni sengaja
menyakat ibu, sekali betul. Kamu sihat?” Puan Hafizah mengusap pipi menantunya
perlahan.
“Alhamdulillah sihat ibu. Maaf, masa tu Hanan tak fikir panjang.” Adriana
segera mengucup tangan ibu mertuanya. Takut juga jika ibu mertuanya marah
dengan tindakan terburu-buru dia itu.
“Tak apalah. Jangan buat lagi ye sayang?” Adriana pantas mengangguk. Dia
pun tak akan sanggup nak berpisah dengan suaminya lagi.
“Mama Ana! I miss you sooo much!”
Fatehah memeluk kuat Adriana. Fateh dan Daris turut melakukan perkara yang
sama. Macam nak patah pinggang Adriana apabila ketiga-tiga sekali datang
menyerbu.
“Daris, Fateh, Fatehah! Jangan kasar-kasar dengan Mama Ana, nanti baby dalam perut sakit,” tegah Firdaus
lembut. Risau juga apabila isterinya dipeluk kuat oleh anak-anak buahnya.
“Baby?! Alhamdulillah, tambah
lagi koleksi cucu kita bang?” Puan Hafizah mengucap syukur lalu memandang sekilas
ke arah suaminya yang turut tersenyum disebelah Rayyan.
Suha dari tadi
hanya memerhati gelagat keluarga itu. Terasa dirinya diabaikan oleh mamanya
sejak tiba tadi. Firdaus yang ternampak perubahan wajah Suha segera mendekati
anak kecil itu lalu dibawanya berdepan dengan anak-anak buahnya. Suha yang pada
mulanya mengeraskan badan hanya mengikut setelah dipujuk lembut oleh Firdaus.
Adriana ketika itu sibuk melayan pertanyaan ibu dan kakak iparnya terlupa
langsung dengan Suha.
“Sorry lupa nak kenalkan. Ni
Suha. Suha, ni Daris, Fateh dan Fatehah. Suha kawan dengan diorang ni ye?”
Firdaus memperkenalkan Suha kepada anak-anak buahnya. Seperti yang dijangka,
Fatehah dengan gembira menarik tangan Suha lalu diajak bermain bersamanya.
Daris dan Fateh hanya mengikut dibelakang. Tak sampai lima minit, mereka
berempat sudah bergelak-ketawa dan bermain bersama-sama. Fatehahlah yang
kelihatan paling gembira. Suha yang tua setahun dari Daris dilayan dengan baik
sekali oleh Fatehah yang seronok kerana mendapat seorang kakak.
“Anak siapa?” tanya Encik Fikri kepada Adriana yang ralit memerhati Suha
bermain dengan anak-anak buahnya. Puan Hafizah dan Sufi masuk semula ke dalam
rumah untuk menyediakan minum petang. Sekeras-kerasnya mereka melarang Adriana
untuk membantu. Kononnya suruh berehat sebab mengandungkan anak pertama. Macam
berat sangat tugasan menyediakan minum petang itu. Firdaus dan Rayyan turut
bersantai di meja yang sama.
“Anak kawan Hanan,” jawab Adriana dengan senyuman.
“Oh ayah ingatkan kamu berdua ambil anak angkat.”
“Suha tu ingat Hanan mama dia sebab muka Hanan lebih kurang macam arwah
mama dia,” terang Adriana. Syed Azfar pernah menunjukkan gambar arwah Eryna
kepada Adriana dan sungguh Adriana sendiri terkelu melihat wajah wanita yang
hampir serupa dengannya.
“Kasihan kecil-kecil lagi dah jadi anak yatim.” Rayyan membuang pandang ke
arah Suha. Anak kecil itu tampak gembira bermain berkejaran dengan
anak-anaknya. Fateh yang selalunya senyap tiba-tiba sahaja jadi hyperaktif pada
petang ini. Fatehah tak usah ceritalah mulutnya sahaja dah riuh setaman. Daris
seperti biasa bermain dan pada masa yang sama ‘mengawal’ adik-adiknya. Tak sampai
lima minit Puan Hafizah dan Sufi datang semula dengan mentang biskut dan
minuman. Mereka duduk berbual berceritakan pengalaman di tanah suci kepada Adriana.
Firdaus berasa lega kerana kini keluarganya sudah kembali sempurna.
“Hmm ibu rasa nanti Hanan baliklah sekejap ke rumah mama Hanan. Mesti dia
rindu kat Hanan. Tiap-tiap hari dia mengadu kat ibu pasal anak perempuan dia
ni.” Teringat pasal mamanya, Adriana dah mula tak sedap hati. Habislah dia
bakal dileter oleh mamanya. Potong jari kalau mama dia tak berleter sejam dua.
Silap-silap dia dan papa kena halau dari rumah. Hehehe hiperbola sungguh...
“InsyaAllah nanti Hanan pergi sana.” Firdaus yang perasan akan wajah risau
isterinya hanya tersenyum sinis. Haa..tahu takut?
“Eh sejak bila pula kita ada anak ni bang?” sinis pertanyaan Datin Hafsyah sebaik
sahaja Adriana memberi salam dihadapan pintu. Firdaus turut terkejut dengan
perlakuan Datin Hafsyah yang dah macam lebih kurang mak tiri Cinderella. Datuk
Ilyas seperti biasa hanya menayang wajah selamba sambil menyambut huluran
tangan Adriana yang ingin bersalaman.
“Oh salah rumah,” dengan selamba Adriana berpatah semula ke luar rumah.
“Adriana Hanan binti Ilyas!!!!” pekik Datin Hafsyah nyaring. Pucat lesi
wajah Suha dan geng anak-anak Rayyan-Sufi bila melihatkan Datin Hafsyah yang
mula memekik. Adriana macam biasa siap menayang wajah selamba. Firdaus
berkira-kira untuk melutut didepan Datin Hafsyah meminta maaf tapi macam over la pula.
“Berdosa kamu buat mama macam ni!” Adriana menghentikan langkah lalu masuk
semula ke dalam rumah. Perlahan dia memeluk mamanya. Itu sahaja caranya untuk
memujuk Datin Hafsyah. Dari dulu lagi dia bukan pandai sangat menunjukkan
sayang kepada mamanya kecuali dengan memeluk.
“Sorry.” Wajah Datin Hafsyah
terus mengendur. Marah macam mana pun itu sahajalah anaknya didalam dunia ini.
“Geram betul mama dengan kamu ni! Kamu dah minta maaf belum dengan Firdaus?”
soal Datin Hafsyah. Tangannya sudah mencubit pipi anaknya yang nampak tembam.
Nak pukul lebih-lebih tak sampai hati.
“Dah,” jawab Adriana pendek disertai dengan muka tak ada perasaan
menambahkan lagi rasa geram dalam diri Datin Hafsyah dan bermulalah sesi
leteran selama dua jam Datin Hafsyah. Datuk Ilyas awal-awal lagi sudah
melarikan diri membawa Suha dan geng anak-anak Rayyan-Sufi. Firdaus yang
terlebih sayangkan bini pula turut menerima leteran Datin Hafsyah. Tadah
telinga sahajalah mereka berdua pada malam itu. Adriana masih dengan muka tak
ada perasaan. Siap duduk bersila di sofa ruang tamu berdepan dengan Datin
Hafsyah yang penat berleter berdiri.
“Mama, I’m pregnant.” Penat
mendengar leteran Datin Hafsyah. Adriana mengeluarkan senjata rahsia untuk
membuatkan mamanya terdiam.
“Peduli apa mama kalau kamu...hah? Pregnant?!
Alhamdulillah! Abang!!!! Kita nak dapat cucu!!!” jeritan kegembiraan Datin
Hafsyah membuatkan Datuk Ilyas berlari masuk ke dalam rumah.
“Apa hal jerit-jerit ni Sya?” tanya Datuk Ilyas dengan wajah selamba. Macam
mana cemas pun wajah selamba tak ada perasaan menjadi trademark Adriana dan
Datuk Ilyas.
“Kita nak dapat cucu abang oiiii! Kamu duduk rumah mama jela Hanan. Tak
payah pergi kerja. Biar mama jaga kamu. Alhamdulillah akhirnya dapat juga mama
cucu.” Datin Hafsyah yang terlalu gembira lupa langsung tentang Adriana yang
ada sejarah lari dari suaminya.
“Hmm tengok dululah,” balas Adriana selamba. Dia belum fikirkan sama ada
mahu terus bekerja atau duduk dirumah sahaja selepas ini. Lagipun dia masih ada
projek yang perlu diuruskan. Macam tak bertanggungjawab pula jika dia lepas
tangan sekarang.
“Kenapa tak beritahu mama awal-awal Firdaus?” Terkejut Firdaus dengan
serangan tiba-tiba Datin Hafsyah.
“Err tak sempat nak beritahu mama dah fire
Ana dulu,” jawab Firdaus dengan wajah kudus. Takut dia pula yang kena leter
menggantikan isterinya.
“Haish, yela..dah jom makan. Tadi ibu kamu telefon jadi mama dah siapkan
makanan untuk kamu semua. Panggil budak-budak tu makan sekali.” Datin Hafsyah
berlalu ke dapur ke dapur dengan senyuman tak lekang dibibir. Seronok yang dia
bakal bergelar nenek. Datuk Ilyas hanya menggelengkan kepala dengan gelagat
isterinya. Macam-macam gelagat yang buatkan dia terhibur dan tak pernah bosan
dengan isterinya.
“Abang oiii! Tercegat apa lagi kat situ? Marilah makan sekali!” jerit Datin
Hafsyah yang menjenguk dari dapur. Terlupa pula nak menjemput suaminya makan
sekali tadi.
“Ye..” Datuk Ilyas melangkah masuk ke dalam kediaman mereka. Dia sendiri
gembira kerana bakal ada pertambahan ahli dalam keluarganya.
“Hmm mana Henry? Tak nampak pula dia?” soal Adriana selepas mereka
menikmati makan malam dan solat Isyak berjemaah. Tadi dia sudah berceritakan
tentang Suha kepada mama dan papanya yang mula bertanya.
“Oh papa kamu bagi dia cuti. Budak tu nak exam minggu depan,” jawab Datin Hafsyah bagi pihak Datuk Ilyas.
“Henry bakal sambung ijazah sambil bekerja dalam syarikat kita,” tambah
Datuk Ilyas. Adriana hanya mengangguk. Papanya ternyata percaya dan yakin
dengan kebolehan Henry sehinggakan membawa masuk Henry ke dalam syarikat
mereka.
“Jadi papa drive sendiri la lepas
ni ye?” tanya Firdaus pula.
“Tak juga. Henry berkeras yang dia akan hantar dan ambil papa tiap-tiap
hari walaupun apa pun jawatan dia.” Datuk Ilyas tersenyum sendiri mengingatkan
jejaka berbangsa Cina itu. Henry sudah dianggapnya sebagai anaknya sendiri
walaupun tak pernah dia menyatakan secara terang-terangan.
“Bagus betul budak tu kan bang? Bila kamu tak ada dia ajelah yang melayan
mama berborak. Sabar jela dia bila mama berleter pasal kamu depan dia.” Adriana
menayang wajah selamba. Selama ini pun dia hanya mematungkan diri apabila
mamanya mula berleter. Ada tak ada, sama sahaja rasanya.
“Lepas projek Gione tu kamu boleh pilih sama ada nak bekerja dari rumah
atau nak ke pejabat.” Adriana mengangguk sahaja mendengar kata dari mulut
papanya.
“I’ll think about it later.”
Jawapan pendek dari Adriana disambut dengan anggukkan dari Datuk Ilyas.
Masing-masing tayang muka selamba. Itulah cara mereka berkomunikasi. Macam tak
mesra tapi sebenarnya mereka boleh dikatakan kamcheng. Firdaus hanya tersenyum melihat kedua anak beranak itu.
Suha dan geng anak-anak Rayyan-Sufi sudah pun masuk tidur. Pesanan Syed Azfar
dipatuhi. Lagipun memang budak-budak itu dah layu kerana penat bermain petang
tadi. Mereka berbual sehingga hampir lewat malam. Banyak sangat yang
diceritakan oleh Datin Hafsyah. Nak tak nak ketiga-tiga mereka hanya melayan
sehingga masing-masing dah tak larat nak menahan mata yang semakin memberat.