taken from here |
Adriana
meletakkan tas tangannya di meja solek. Hatinya berasa geram apabila dimalukan
sebegitu rupa di restoran Aria tadi.
Kamil, lelaki itu
asyik mengejarnya sejak sebulan lalu sehinggakan dia berasa lemas dan bersetuju
untuk keluar dengan lelaki itu semata-mata ingin menyuruh lelaki itu berhenti
mengacaunya tapi lain pula yang jadi. Dia dipandang seperti perempuan perampas
oleh tunang lelaki itu. Dia sendiri pun tidak tahu yang Kamil sudah bertunang
dan dia amat berpuas hati apabila berjaya memandikan Kamil dengan air fresh
orange yang mungkin boleh menyejukkan kepala bebal lelaki itu.
“Bodoh” ujar Adriana sambil tersenyum kecil. Hatinya yang beku memang
takkan mungkin dicairkan oleh sesiapa. Dia sememangnya sukar untuk menerima
sesiapa untuk menjadi raja didalam hatinya. Sejak dari kecil, dia memang sering
memencilkan diri dan tidak suka meluahkan perasaannya. Rakan-rakan sekolahnya
sering menganggapnya sombong dan prejudis terhadapnya hanya kerana dia berasal
dari keluarga yang berada. Hanya dua orang sahaja yang sudi menjadi rakannya di
sekolah. Julian dan Lillian, adik beradik yang turut sering diejek kerana lahir
dalam tahun yang sama.
Pintunya yang
dikuak dari luar itu membuatkan Adriana tersedar dari lamunannya. Mamanya masuk
dengan muka berseri-seri.
“Macam mana date kamu dengan
Kamil?” tanya mamanya dengan muka ingin tahu.
“He’s already engaged mama”
Adriana menjawab malas sambil membaringkan tubuhnya diatas katil.
“What?! Engaged?! Berani sungguh
dia kacau anak dara orang padahal dah bertunang! Kurang ajar betul!” Muka Datin
Hafsyah memerah menahan marah. Sungguh dia tak menyangka yang jejaka yang
dianggap baik dan sopan itu rupa-rupanya hanya mempermainkan Adriana. Kamil
sanggup datang menjemput Adriana dan bertemu dengannya untuk meminta keizinan
membawa Adriana keluar siang tadi. Tak sangka itu semua lakonan semata-mata.
“Hmm biarlah, lagi pun Hanan bukan suka dengan dia pun” Adriana mula
memejamkan mata. Dia sememangnya lebih suka jika Kamil langsung tak menunjukkan
muka lagi di hadapannya kelak. Naik bosan dia melihat muka Kamil yang tak tahu
malu yang sanggup menunggunya di lobi bangunan pejabatnya tiap-tiap hari.
“Hmm kamu ni pun, mama ingatkan dah terbuka hati untuk bercinta tapi..tak
apalah mama keluar dulu. Kamu nak turun makan malam tak karang?” Adriana hanya
menggelengkan kepala. Dia terasa penat dan hanya ingin berehat. Penat dengan
drama yang tak pasal-pasal dirinya turut terlibat sama.
Adriana
melekapkan tangannya didahi Firdaus. Dia tersenyum apabila demam Firdaus mula
kebah setelah dijelum dengan air asam jawa. Firdaus yang nyenyak tidur setelah
menghabiskan semangkuk bubur ayam dipandang dengan penuh kasih sayang. Dia
dapat rasakan yang dia sudah jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Suami yang
pada mulanya diterima kerana malas mendengar leteran mamanya. Adriana mengelus
pipi Firdaus. Wajah suaminya itu putih bersih namun nampak sedikit pucat akibat
demam. Adriana bingkas bangun untuk mengemas dapur. Tadi dia tidak sempat
mencuci pinggan mangkuk dan periuk yang digunakan untuk memasak. Mesti dapurnya
kelihatan bersepah sekarang. Belum
sempat dia melangkah jauh, Firdaus yang terjaga memegang tangannya.
“Sayang nak pergi mana?” Adriana duduk semula di birai katil.
“Nak pergi basuh pinggan. Tadi Ana tinggalkan lepas masak tadi. Mesti
bersepah dapur kita” jawab Adriana lalu melemparkan senyuman manis kepada
suaminya.
“Tak payahlah kemas dulu, temanlah abang kat sini” rengek Firdaus sambil
tangannya memeluk pinggang Adriana.
“Err..yela-yela” Firdaus terus menarik Adriana ke dalam pelukannya.
“Ana kena jadi bantal peluk abang sekarang. Jom tidur” Firdaus memejamkan
mata lalu mengetatkan pelukannya. Adriana hanya boleh tersenyum dengan kelakuan
suaminya. Nak menegah pun tak sampai hati. Orang tengah sakitlah katakan.
Adriana melelapkan mata yang semakin memberat. Entah apa mantera yang dibaca
Firdaus yang menyebabkan dia berasa selesa dan mengantuk setiap kali suaminya
memeluknya.
Majlis doa
selamat telah pun tamat di kediaman milik Firdaus dan Adriana. Orang-orang dari
masjid dan jiran-jiran mereka telah pun beransur pulang. Yang tinggal hanya
beberapa orang rakan rapat mereka. Sahabat-sahabat rapat Firdaus seperti Muiz,
Iqram dan Hamdan masih galak berborak dengan pasangan itu. Julian, Lillian dan
Ian turut serta dalam perbualan mereka. Tadi mereka hanya memerhatikan sahaja
majlis doa selamat. Ramai yang memandang pelik namun mereka hanya tersenyum.
“Maaflah Mia tak dapat datang sebab kerja sampai malam hari ni” terang
Iqram apabila Firdaus bertanya tentang Mia.
“Oh tak apa, lain kali boleh je kau bawa Mia datang sini” balas Firdaus.
Faham sangat dengan pekerjaan Mia yang sememangnya sentiasa sibuk dan kadangkala
tak tentu masa.
“Hmm aku rasa macam aku pernah tengok la isteri kau ni Firdaus” Muiz
memandang tepat ke arah Adriana yang sudah berasa tidak selesa.
“Mestilah, kau kan datang majlis aku hari tu” Firdaus membalas sambil
tersenyum ke arah Adriana untuk menenangkan isterinya itu.
“Tak, sebelum majlis kau.” Muka Muiz berkerut-kerut memikirkan sesuatu.
“Oh ya! Dah dapat, kau perempuan yang siram air oren kat satu lelaki ni kat
restoran Aria! Kau ingat tak Firdaus? Kau gila-gila tercengang lepas tu” Muiz
berasa gembira apabila dapat mengingat kembali peristiwa yang membuatkan bukan
sahaja Firdaus namun mereka bertiga turut tercengang dengan tindakan Adriana
dan muka Adriana langsung tiada perasaan apabila beredar dari restoran itu.
“Lelaki tu memang layak disiram” jawab Adriana dengan suara mendatar. Muka
Adriana yang nampak bosan itu menunjukkan betapa dia malas untuk mengingat
kembali tentang lelaki ‘bertuah’ itu.
“Hmm berani juga kau. Lelaki tu memang kurang ajar pun” Hamdan sebenarnya
mendengar setiap butir perkelahian pasangan itu dulu sememangnya tidak suka
dengan lelaki yang bernama Kamil itu. Kebetulan meja mereka tidak jauh dengan
meja yang diduduki pasangan itu.
Adriana tersenyum
ke arah Hamdan. Dia sebenarnya tertarik dengan suara kasar Hamdan. Dari dulu
lagi dia memang senang tertarik dengan lelaki yang bersuara kasar. Artis Korea
Selatan seperti Bang Yong Guk dan TOP sememangnya menjadi artis kesukaannya.
Namun tiada siapa yang tahu tentang ini termasuklah sahabat-sahabat baiknya.
“Ikutkan nak je siram dia dengan air dari pasu bunga tu tapi tangan ni laju
je ambil air oren” tambah Adriana lagi. Firdaus memandang pelik kearah Adriana.
Selalunya isterinya sukar untuk berborak dengan sesiapa yang baru sahaja
dikenali tapi nampak isterinya senang berborak dengan Hamdan.
“Kalau kau siram juga memang terbaik la” Hamdan sudah mula ketawa
membayangkan lelaki itu kuyup dengan air. Bukan apa, saiz pasu bunga itu agak
besar dan silap-silap Adriana menelangkupkan pasu itu keatas kepala lelaki itu.
“Oh Ad, lelaki yang nama Kamil tu ke? I dengar dia dah putus tunang dengan
tunang dia tu” Lillian yang sememangnya ramai juga kenalan memulakan
perkongsian cerita pada malam itu.
“Oh yeke” Adriana memberikan reaksi yang agak malas. Peduli apa dia dengan
lelaki itu.
“Hmm, sebenarnya Kamil tu nak dekat dengan you sebab dia nak tender
syarikat papa you tu je. I dengar bila I terserempak dengan dia yang tengah
mabuk dalam Zouk dulu. Punyalah dia marah-marah kata you perempuan sombong
perasan lawa. I rasa nak pukul je dia tapi nasib baik Ian tahan kalau tak dah
mati dah Kamil tu” Lillian mengepal-gepalkan penumbuknya apabila teringat
lelaki yang bernama Kamil itu.
“Haah, I pun ada masa tu. Kamil tu memang a total loser. Macam mana you
boleh keluar dengan dia?” Ian melontarkan pertanyaan yang membuatkan semua
disitu menumpukan perhatian kepada Adriana.
“Honestly,I keluar dengan dia pun
sebab menyampah tengok muka tak malu dia tu yang dok menempek kat lobi tempat
kerja I. Keluar pun sebab nak bagi warning kat dia jangan ganggu I lagi” jelas
Adriana dengan muka tanpa perasaan.
“Ikutkan hati memang nak panggil polis halau Kamil tapi disebabkan dulu syarikat kami pernah
berurusan dengan dia maka I biarkan” tambah Adriana lagi. Jawapan Adriana itu
membuatkan mereka memandangnya tanpa berkelip.
‘Ratu Ais!’ Firdaus tersenyum sendiri memikirkan isterinya yang bersikap
dingin dengan orang sekeliling.
“Lepas dari tu dia ada cari kau lagi ke?” tanya Muiz dengan penuh rasa
ingin tahu.
Ada tapi aku suruh guard jangan
bagi dia masuk hatta kat perkarangan syarikat pun” Adriana menjawab sambil
menghirup milo ais yang digemarinya.
“Dia cuba nak dapatkan tender tapi tak layak sebab syarikat dia dalam
keadaan tak stabil dan lepas dari tu aku tak tahu dan tak nak ambil tahu” Adriana
segera menamatkan perbualan tentang lelaki yang bernama Kamil itu.
Selain dari Kamil
memang ramai yang cuba rapat dengannya semata-mata ingin mendapatkan tender
syarikat dan tak kurang juga ingin memanipulasikannya untuk tujuan peribadi.
Bukan dia tak tahu ada yang membuat pertaruhan jika sesiapa yang berjaya
menawan hati aisnya akan mendapat sejumlah wang. Ini pun kerana Lillian yang
sering memberitahunya tentang rancangan jahat lelaki-lelaki yang cuba mendekatinya.
Julian dan Ian pula sering bertindak sebagai pegawal peribadinya sekiranya ada
lelaki yang mengacaunya ketika zaman universiti dahulu.
“Hmm tak sangka ada juga orang macam tu lagi sekarang ni” kata Firdaus
sambil memegang tangan Adriana.
“Orang macam tu sentiasa ada. Terpulang pada kita untuk mengendalikan
situasi. Ana dah lali sangat sampai dah tak kisah” Adriana membalas genggaman
Firdaus sambil melemparkan senyuman.
“Tapi kalau sekarang ni ada orang kacau, beritahu abang ye? Biar abang je
yang handle orang-orang yang macam
ni” Wajah Firdaus yang serius itu membuatkan Adriana mengangguk pantas.
“Yela dulu kami ni yang protect
Ad, tapi sekarang she’s all yours bro!”
Julian menepuk-nepuk bahu Firdaus. Julian sudah dapat menerima hakikat yang
Firdaus memang lelaki yang sesuai untuk Adriana. Dia dapat melihat perubahan
positif dalam diri Adriana setelah Adriana berkahwin dengan Firdaus.
“Okey, kita rasa kita nak gerak dulu. Nak pergi jemput Mia ni.
Assalamualaikum” Iqram bangun dari tempat duduknya dan bersalam dengan Firdaus,
Muiz, Hamdan, Julian dan Ian. Mia yang sedang mengandungkan anak pertama mereka
sememangnya tidak dibenarkan balik seorang diri. Iqram yang akan mengambil dan
menghantar Mia ke tempat kerja.
“Kami pun gerak dululah Firdaus. Tak nak ganggu pengantin baru ni” usik
Muiz. Setelah Muiz dan Hamdan beredar, Julian, Lillian dan Ian turut meminta
diri untuk pulang.
“Hmm sunyi juga bila diorang dah balik kan?” kata Firdaus tiba-tiba. Dia
memeluk tubuh Adriana dari belakang.
“Nak panggil diorang datang balik ke?” gurau Adriana sambil berura-ura
ingin menuju ke arah pintu.
“Eh tak payah. Sekejap ye abang nak kunci pintu. Ana naik la dulu mandi ke
apa ye?” Adriana menganggukkan kepala dan memanjat tangga untuk naik ke tingkat
atas rumahnya. Firdaus terus melangkah menuju ke ruang tamu untuk mengunci
pintu dan tingkap. Dia turut mengaktifkan fungsi kunci rapi pada pintu pagar
automatik di hadapan rumahnya. Dia turut mengunci pintu di bahagian dapur
rumahnya dengan mangga. Bukan apa dia cuma ingin pastikan yang rumah mereka benar-benar
berkunci sebelum masuk tidur.
Setelah berpuas
hati, Firdaus naik ke tingkat atas. Dia membuka pintu kamar tidur dia dan
Adriana dengan perlahan-lahan.Sengaja dia mahu mengejutkan Adriana yang sedang
leka memilih baju tidur.
“Hah! Makan budak!” Adriana yang terkejut terus menolak tubuh Firdaus yang
begitu hampir dengannya sehinggakan lelaki itu terdorong kebelakang dan
melanggar pintu almari.
“Auch!” Firdaus mengaduh sakit apabila kepalanya terlanggar pintu almari
yang terbuka luas itu.
“Abang! Kenapa terkejutkan Ana? Kan dah terlanggar pintu tu! Mari Ana
tengok” Adriana yang hanya bertuala paras paha itu terus mendekati Firdaus. Berderau
darahnya apabila melihat tubuh seksi isterinya.
“Tunduk sikit, Ana nak tengok” Firdaus menundukkan sedikit kepalanya. Tubuh
isterinya yang seksi itu benar-benar menguji imannya kini.
“Hmm dah benjol sikit. Nasib baik tak luka” Firdaus hanya memerhatikan
sahaja bibir isterinya yang mungil. Bibir comel itu membebel marahkannya.
“Abang? Abang okey tak ni? Kenapa senyap? Sakit sangat ke?” Adriana
memandang tepat ke wajah Firdaus yang diam sejak tadi. Firdaus terus bangun dan
mencempung tubuh isterinya. Adriana terjerit kecil namun hanya membiarkan
apabila Firdaus sudah membaringkannya diatas katil mereka.
“Abang nak Ana” Adriana mengangguk sambil memandang wajah Firdaus. Kehendak suaminya itu tidak mungkin akan ditolak olehnya kerana cintanya
milik lelaki itu.