Kapitalis

Saturday, March 21, 2015

Teaserz~

[kredit]  


Assalamualaikum w.b.t  dan selamat sejahtera.

Macam yang korang semua dah maklum, saya akan keluarkan buku koleksi cerpen dalam masa terdekat. Alhamdulillah...

Jadi saya nak belanja sedutan (ehey~) cerpen istimewa yang terdapat didalam buku. 



1) Karei wa Hitler desu!


“Maisarah!” Eh apasal panggil aku ni? Setahu aku, aku tak buat salah apa-apa.

“Awak tunjukkan tempat puaka tu pada mereka! Nak juga tengok mereka balik tersampuk. Sekarang!” Mencicit masing-masing berlari keluar dari bilik Hitler. Tak kira tua muda, semua pun takut dengan Hitler ini. Siapa aje yang berani bila berdepan dengan dia? Hmm dia ini marah sebab projek perumahan di suatu kawasan yang kononnya berpuaka itu ke? Banyak sangat pekerja yang tarik diri dari mengepalai projek ini dek terpengaruh dengan cerita-cerita seram tentang kawasan itu. Konon bekas tapak kubur askar Jepun yang mati dipenggal. Heh! Aku rasa hantu Jepun itu pun lari tak cukup tanah kalau berdepan dengan Hitler kami! Patutnya dialah yang bawa mereka pergi bukan aku okey!




2) Hero.

Bro, kau nak makan apa-apa tak? Aku nak keluar sekejap.” Muiz, sahabat yang sengal tapi tak akan meninggalkan aku disaat aku memerlukan. Macam gay aje ayatnya tapi persahabatan kami berlandasankan ukhuwah fillah.

“Kau belikan aku air kelapa boleh? Teringin pula tekak aku ni nak telan air kelapa pandan.” Aku kini ditahan di wad M hospital memandangkan aku tercedera terkena tembakan dalam operasi kelmarin. Tak kisahlah janji unit kami berjaya menahan kesemua ahli kumpulan pengedar dadah dan senjata api itu sudah! Ramai juga ahli unit aku yang cedera namun masing-masing tak mahu menyerah kalah dan alhamdulillah, kami berjaya memberkas kesemua ahli kumpulan itu baik dalam keadaan hidup atau mati.

       “Air kelapa pondan? Ada jual ke?” Sah dia dah mula dah sengal dia!





Cukup!!!! Hehehehe...Kedua-dua cerpen istimewa ini memang tak akan disiarkan di blog. Jika rasa nak baca habis, silalah beli buku koleksi cerpen saya nanti okey?

Oh ye sila undi disini untuk saya tahu berapa ramai yang betul-betul serius untuk memiliki buku koleksi cerpen saya. Sokongan kalian amatlah saya hargai. 

(^-^)v

14 comments:

Nura Ifah said...

Salam Akak..nak tanya,cerpen tambahan dlm buku tu cuma 2 ea?

Norlyana Nasrin said...

@Nura Ifah: Waalaikumussalam. Pada mulanya memang nak letak dua sebab nak kurangkan mukasurat tapi tadi kebetulan ada idea + kawan akak berjaya kurangkan bilangan mukasurat maka akak tambah lagi 1 cerpen istimewa hehehe~

(^-^)v

cahaya_ain said...

Macam mana nak beli buku ini akak? Sebab saya tinggal kat penang

Norlyana Nasrin said...

@cahaya_ain: Jangan risau Ain, buku ini akan dijual secara online buat masa sekarang jadi akak akan pos buku.

Nanti bila akak dah buka pre-order, adik boleh order dan akak akan hantar melalui pos.

(^-^)v

cahaya_ain said...

Terima kasih ✌

Norlyana Nasrin said...

@cahaya_ain: sama-sama (^-^)v

jude judy said...

hi....
Realy cant wait owh...yihhaa

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: Hi~

Hahaha please wait a bit longer.

Will make an announcement once it is done.

(^-^)v

jude judy said...

hi..
now sa pun menulis untuk melayan perasaan..hahaha

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: hi! Tulis dimana? Bgs2..baik utk elak Alzheimer juga.
(^-^)v

jude judy said...

tulis untuk tatapan sendiri ja..pastu feeling2 sendiri..hahah..

Is it? Na..sa rajin2 la ni menulis..memgelak penyakit..

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: ahahaha xpe2..

yup..ini terapi yang lebih kurang sama dengan menulis diari.

(^-^)v

Aini Yumni said...

Assalamualaikum akk . Sy pelajar Jordan. Andai kata buku akk dah siap, sy ingt nk beli dgn kuantiti yg bnyk dan jual di sini.

Norlyana Nasrin said...

@Aini Yumni: Waalaikumussalam. Alhamdulillah terima kasih dik. Buku dah siap cuma tinggal nak proofread dan buat benda2 sampingan. InsyaAllah apa2 akak akan iklankan disini.

Adik boleh emel akak di kouryu.nasrin@gmail.com untuk beritahu jumlah yang adik nak dan nanti kita akan berurusan melalui emel atau ikut apa2 medium yang adik selesa.

(^-^)v