Kapitalis

Wednesday, August 13, 2014

Teaser!

Mingukie yang comel~  

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada para pembaca.

Meh nak bagi teaser untuk novel dan cerpen huhu~

Isteriku Ratu Ais:

“Abang, macam mana kalau satu hari nanti Zimam tanya kenapa dia di’bin’kan dengan nama lain bukan nama abang?” Pertanyaan Adriana membuatkan Firdaus sedikit tersentak. Satu soalan yang pernah terlintas dibenaknya dahulu tetapi dia tidak terlalu memikirkan tentangnya memandangkan Zimam masih kecil.

“Cakaplah Ana kahwin lain sebelum ni.” gurau Firdaus sambil tersengih.

“Woit!” Adriana mencubit perut Firdaus sehingga suaminya menggaduh sakit. Merah terus muka Firdaus setelah terkena jurus cubitan berbisa Adriana Hanan. Nasib baik tak terjerit kalau tak mesti dah terjaga Zimam dan Ayyash.




Cerpen: Tajuknya belum difikirkan lagi...

"Ustaz, besar tak pahala kalau mengembalikan satu keluarga yang dah jauh dari Islam ke jalan yang benar?" soalku dengan penuh rasa ingin tahu.

"InsyaAllah besar pahalanya." Ustaz Elyas menjawab dengan senyuman tersungging dibibir. Wajah bersih Ustaz Elyas menenangkan hatiku yang sememangnya walang.


"Ustaz suka pahala banyak tak?"


"Mestilah suka."


"Kahwin dengan saya." Mahu terbeliak mata Ustaz Elyas namun dia segera menenangkan dirinya dengan beristighfar.




Muahaha...agak kejam juga buat teaser ini sebenarnya sebab sememangnya saya perlukan masa untuk siapkan. Anda semua suka tak? (^-^)v



Nah bagi gambar triplet lagi hehe





7 comments:

Suha Fasihah said...

Ohoi~ usah ditanya, mestilah suka!! ;)

Minguk mmg comeyyyy ;p

Norlyana Nasrin said...

Hehehe...

Kan? Best tgk Song Il Kook jaga tiga2 anak dia tu huhu~

Minguk pndi buat comel tu yg buat kte terpikat ehey~

Anis Farhana said...

ofkos la suka kak hewhewhew

cerpen tu menarik perhatian laaaaaa. Ustaz Elyas tu muda lagi ka hahaha tetiba khennnnnn >.<

Anonymous said...

Bestnyaaaaa! Tapi kakak tukarlah nama Elyas tu.
-sophea armelya-

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: hehehe..

Ustaz Elyas tu umur dia...rahsia muahahaha (jahat giler ni!)

@sophea armelya: hehe..kenapa dengan nama Elyas tu cik sophea?

Anonymous said...

Elyas tu okay, but pelik sikit lah. Try letak nama moden sikit ya kakak. Thanks.
-sophea armelya-

Norlyana Nasrin said...

@sophea armelya: nama Elyas itu sebenarnya ada sentimental value kat akak..to be fair akak akan letak nama kat belakang Elyas tu dengan nama yang moden skit ek? hehehe